Khamis, 29 September 2011

Marah itu Sifat Syaitan



SEMEMANGNYA hidup ini banyak cabaran, banyak dugaan dan penuh dengan liku-liku dan ranjau yang harus dilalui dan dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan.
Cabaran dan dugaan itu bermacam-macam bentuk, ada berbentuk kesusahan, kesengsaraan dan ada pula berbentuk kesenangan dan kegembiraan.
Jika kesenangan yang diperolehi, gembiralah hati kita dan jika kesusahan yang menimpa, maka akan kecewalah dan marahlah kita.

Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.

Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir Allah SWT bahkan insaf terhadap-Nya.

Ini kerana mereka sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.

Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).

Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia itu sendiri.

Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.

Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita marah, maka lekas-lekaslah kita mengambil wuduk supaya kita merasa tenang dan tenteram. Di samping itu, kita hendaklah bersifat sabar dan mudah memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya. (asy-Syuura: 37)

Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”

Menjauhkan diri dari bersifat marah itu mempunyai banyak hikmah antaranya boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik.

Kedua, supaya kita akan dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.

Oleh itu, kita harus memahami bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat marah akan mendapat balasan syurga.
Ini dijelaskan seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abi Ad-darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga (riwayat At-Tabrani).”

Islam mahukan umatnya bersatu padu, hidup bersaudara, berkasih sayang, mengelakkan perpecahan dan permusuhan yang boleh membawa kepada kehancuran umat Islam.

Maka bagi mengelakkan semua itu, Islam menganjurkan kita supaya jangan bersifat marah. Mudah-mudahan dengan demikian umat Islam akan bersatu padu dan menjadi umat yang kuat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (ali-’Imran: 133-134)

Rabu, 28 September 2011

Come Back To Photograhy


Kata Hatiku

Kalau Hendak Seribu Daya, Kalau tak nak seribu dalih...

Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan

Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahaja itu belumlah banyak; jauhilah musuh kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak

Tujuan untuk memperbaiki akhlak ialah untuk membersihkan kalbu dari kotoran hawa nafsu

Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datang lah celaka

Kelebihan burung pada kepaknya, kelebihan gajah pada kekuatannya dan kelebihan manusia pada akalnya

Orang yang sempurna akalnya, ialah orang yang selalu memeriksa dirinya beramal dan beramal untuk beklan sesudah mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu menurutkan hawa nafsunya dan menharapkan ampunan Allah tanpa amal

Untuk cemerlang memang banyak halangan tapi untuk tidak cemerlang pun apa kurangnya

Memiliku kepintaran sahaja sebenarnya belumlah cukup. Yang betul memiliki kemahiran berfikir dengan kepintaran

Kehidupan ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu

Semua orang cerdik sehingga dia sendiri mengatakan dia tidak

A winner visualise mentally the act of winning long before it ever happen. 

Street Photography





Selasa, 27 September 2011

Muhasabah Diri



“Apabila umatku  mengagungkan dunia, kehebatan islam akan di cabut daripada mereka. Apabila mereka meninggalkan amr-bil-makruf dan nahi-’anil-munkar mereka akan diluputkan daripada keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain,  mereka akan gugur daripada pandangan Allah (s.w.t)

[dipetik dari kitab Durrul-Manthur hadith riwayat Hakim Tirmizi]

Zaman Akhir zaman, dunia dah sampai ke penghujung nya. Umat ini sudah lupa akan tugas sebenar mereka dihantar ke dunia ini sehinggakan mereka terlalu mengagungkan dunia, lalu kehebatan Islam dicabut dari kehidupan kita. Walaupun hakikatnya, Islam ada lah agama yang benar. Ditambah pula, perkara kemungkaran lebih banyak dari amal makruf, lebih ramai yang berada digerai-gerai makan, sedangkan surau dan masjid kosong. Lebih ramai yang sedang sibuk dengan Facebook, di saat dan ketika azan sedang berkumandang.

Apabila dunia melebihi kepentingan akhirat, maka keberkatan wahyu al-quran tidak ada lagi dalam kehidupan, akhirnya kita saling menyalahi antara satu sama lain. Lalu timbullah permusuhan, caci-mencaci antara satu sama lain, sedangkan ianya dilarang dalam agama. Dunia melebihi segalanya, hingga kita lupa ajaran agama, akhirnya "gugur dari pandangan Allah SWT". 

Allah SWT maha hebat, telah menciptakan segala-galanya. Apa yang kita nampak dan apa yang kita tak nampak.. 

Allah SWT maha pengasih dan penyang, bagi kita jutaan nikmat dalam kehidupan, walaupun kita sering lupa dan alpa menunaikan tanggugjawab kita kepada-Nya.

Solat 5 waktu : Perintah Allah SWT yang paling agung. Melalui solat 5 waktu sehari semalam, Allah SWT bagi keberkatan dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Hanya Solat yang betul diiringi ilmu yang betul akan diterima oleh Allah SWT.

Sinarilah diri dan sucikan hati dengan Zikirullah. Basahkanlah lidah dan bibir dengan menyebut nama Allah, lembutkanlah jiwa dengan zikrullah..

Setiap amalan tidak akan diterima oleh Allah SWT, jika tidak disertakan dengan Niat Iklhas kerana Allah SWT. 

Berkasih sayanglah kita antara satu sama lain. Hormatilah orang tua... Kerana kita semua adalah ummat Nabi Muhammad SAW.

Sampaikanlah pesanan-pesanan Nabi Muhammad SAW antara satu sama lain agar kita sentiasa beringat antara satu sama lain.



Isnin, 26 September 2011

Aku dan Fotografi



Teringat la pulak ngn blog sahabat aku, sana sini sunyi tanpa seni.. :)

Rabu, 21 September 2011

Otak Pun Sujud?


Otak manusia seperti orang sedang sujud~

MasyaAllah, bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.

Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" (Surah Fusshilat : Ayat 53)

Kelebihan sujud

“Wahai orang-orang yang beriman! ruku'lah dan sujudlah kamu kepada Tuhan kamu (Allah) dan perbuatlah kebaikan mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”. (Surah Al-Hajj : ayat 77)

Sujud melegakan sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. 

Rasulullah s.a.w bersabda, “Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya, ialah ketika Ia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyak do‘a ketika sujud itu!”

Dan sabdanya pula: “Ketahuilah bahawa saya dilarang membaca AlQuran di waktu ruku’ mahupun sujud. Maka sewaktu ruku’, hendaklah kamu membesarkan Tuhan, sedang di waktu sujud, usahakanlah padanya berdo‘a dengan sungguh-sungguh, kerana besar kemungkinan akan dikabulkan Tuhan!” (Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim).


Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. 

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh: 

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 

- melegakan sakit hernia. (burut) 

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 

- melegakan paru-paru daripada ketegangan. 

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 

- meringankan bahagian pelvis. 

- memberi dorongan supaya mudah tidur. 

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. 

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan. 

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions). 

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. 

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


Selasa, 13 September 2011

Semua Orang Boleh!

beberapa tahun dahulu aku pernah mendengar org ini berkata::::::


Semu orang boleh berjaya!

  SOALNYA!

MAHU
ATAU
TIDAK!

Prof. Morni

Why Not Me?


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh..!


Khamis, 8 September 2011

Ramadan Pergi


Setelah sebuan berpuasa dibulan ramadan yang penuh dengan keberkaan, keampunan dan kerahmatan.. Kini ianya pergi dan akan kembali setahun lagi. Bulan ramadan, merupakan sinopsis kepada kehidupan kita sepanjang setahun. Segala ahimpunan amal ada di bulan ramadan. Bulan yang mencerminkan diri kita adalah bulan ramadan... Kini ianya pergi... aku rindu ramadan...