Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Isnin, 3 November 2014

Pahang Juara Piala Malaysia 2014


Pahang berjaya mengekalkan Piala Malaysia selepas mengalahkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 5-3 menerusi penentuan penalti pada final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam kelmarin.

Pahang terpaksa berusaha keras untuk merangkul gelaran berganda musim ini apabila perlawanan diheret ke masa tambahan 30 minit sebelum penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 pada masa perlawanan sebenar 90 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan Pahang muncul juara Piala Malaysia buat kali keempat selepas meraihnya pada tahun 1983, 1992 dan 2013. Pahang juga merangkul Piala FA musim ini.

Pada aksi itu, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sebaik sahaja pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed meniupkan wisel perlawanan, namun nasib nyata menyebelahi Pahang yang membuka tirai jaringan pada minit ke- 15 menerusi penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme.

Gol tersebut berpunca daripada sepakan percuma yang diambil oleh Azidan Sarudin sebelum ditanduk masuk oleh Dickson untuk menewaskan penjaga gol JDT, Muhd Al- Hafiz Hamzah.

Tersentak dengan gol tersebut, JDT kembali memperkemas jentera serangan bagi mencari gol penyamaan dan berjaya menembusi gol Pahang hasil sentuhan penyudah penyerang import dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-31.

JDT menggandakan jaringan selang tiga minit kemudian menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh seorang lagi pemain import mereka, Luciano Figueroa.

Nagor Amir menghadiahkan penalti itu kepada skuad ‘Harimau Selatan’ selepas bola terkena lengan kapten Pahang, Mohd Razman Roslan sewaktu cuba menghalang Luciano daripada menjaringkan gol di dalam kawasan penalti Pahang.

Bersambung babak kedua perlawanan, Pahang dilihat lebih menguasai permainan namun berjaya diimbangi oleh barisan pertahanan JDT yang diketuai oleh pemain import dari Brazil, Marcos Antonio Santos.

Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-69 selepas pemain pertahanan Mohd Saiful Nizam Miswan dilayangkan kad merah oleh Nagor Amir kerana dikatakan mengasari pemain JDT, Mohd Amri Yahyah.

Ketiadaan seorang pemain nyata tidak menjejaskan semangat skuad ‘Tok Gajah’ yang berjaya menyamakan kedudukan menerusi Dickson, selang dua minit kemudian selepas beliau bijak melepasi perangkap ‘ofsaid’ yang cuba dipasang oleh JDT

Jumaat, 31 Oktober 2014

Kelantan Sambar Pemain Kebangsaan

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendapatkan khidmat dua pemain skuad Harimau Malaya bagi memperkuat pasukan Kelantan menghadapi Liga Malaysia 2015.

Tanpa mendedahkan identiti dua pemain berkenaan, Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata tiga pemain import asing berusia 22 hingga 26 tahun dan merupakan pemain kebangsaan negara masing-masing turut menyatakan persetujuan untuk menyertai skuad 'The Red Warriors' (TRW).

"Tumpuan meremajakan lagi TRW serta persiapan untuk bermain bola sepak 'pantas dan menyerang'...Semoga dipermudahkan Allah (SWT)," kata Annuar menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Annuar menjelaskan, pengurusan pasukan turut merancang beberapa aksi persahabatan pramusim menentang pasukan tempatan dan luar negara sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia 2015.

Antara aksi tersebut adalah menentang pasukan kebangsaan Timor Leste; kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana FC; dua kelab Liga Super Indonesia, Persib Bandung dan Persija Jakarta serta jiran mereka, Terengganu.

Dalam pada itu, Annuar mengakui pengurusan pasukan berdepan masalah penajaan dan kewangan yang sangat terhad bagi menyaingi lima pasukan tempatan yang mendapat tajaan daripada kerajaan negeri masing-masing.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama lima pasukan tersebut.

"Namun secara prinsip, kita bersetuju untuk tidak mudah berputus asa dan mengambil pendirian 'bergadai godek' (mencuba sedaya upaya) pada 2015 demi membentuk (skuad) TRW yang kuat," katanya.

Sebagai rekod, pasukan Kelantan menduduki tangga keenam Liga Super musim ini dengan pungutan 31 mata selain mara ke peringkat separuh akhir Piala FA.

Mereka turut tersingkir daripada saingan Piala Malaysia selepas kalah agregat 3-4 kepada Kedah pada peringkat separuh akhir.

GANJARAN LUMAYAN MENANTI SKUAD PAHANG

Ganjaran lumayan malah lebih tinggi berbanding musim lalu menanti pasukan Pahang jika berjaya mengalahkan Johor DT di pentas final Piala Malaysia untuk sekali lagi menjulang trofi kejuaraan, musim ini.
Pentas final Piala Malaysia 2014 akan menentukan pasukan manakah yang layak diangkat sebagai juara sebenar.

Pahang mahupun JDT, kedua-dua pasukan akan berentap dengan reputasi hebat selaku juara Piala FA dan Liga Super musim ini.

Maka, tidak hairanlah ganjaran istimewa menanti skuad Tok Gajah yang sememangnya mahukan kejuaraan Piala Malaysia dipertahankan.

Difahamkan, setiap pemain Tok Gajah menerima imbuhan RM30,000 daripada kerajaan negeri ketika muncul juara edisi tahun lalu.

Walaupun jumlahnya mungkin berganda, pemain Pahang tidak memikirkan soal imbuhan sebaliknya fokus untuk misi penting di Bukit Jalil.

Sementara itu, ada juga dilihat penyokong fanatik Pahang sanggup membotakkan kepala sebagai tanda sokongan kepada skuad Tok Gajah yang akan beraksi di pentas final Piala Malaysia menentang JDT, Sabtu ini.

Inisiatif ini dilakukan salun rambut style cut yang terletak di kompleks teruntum Kuantan. Dilaporkan tiada bayaran dikenakan, namun promosi ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja.

Mereka berharap skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan beroleh kejayaan pada final nanti.

stadiumastro.com

Khamis, 30 Oktober 2014

Rayuan JDT ditolak


Kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Razak sah terlepas peluang beraksi dalam final Piala Malaysia selepas FAM menolak rayuan JDT untuk menarik balik kad kuning keduanya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa kad kuning pertama dan kedua yang diterima Aidil pada dua aksi separuh akhir menentang Felda United FC, tidak akan ditarik balik.

Katanya, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan dan Jawatankuasa Pengadil  mengesahkan kad kuning yang diterima Aidil adalah tepat selepas membuat penilaian penuh terhadap video insiden terbabit.

"Setelah menilai video yang diserahkan oleh pihak JDT, kami berpendapat keputusan pengadil melayangkan kad kuning kepada Aidil adalah munasabah," katanya.

Aidil menerima kad kuning pertamanya ketika JDT tewas 3-4 kepada Felda United pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Selayang dan menerima kad kuning keduanya pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin.

JDT akan menentang Pahang pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam pada itu, Hamidin menyarankan penyokong pasukan JDT dan Pahang hadir seawal 2 petang pada Sabtu ini bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas.

Katanya lebih 90,000 penyokong dari kedua-dua pasukan akan membanjiri stadium itu nanti.

"Lebih 2,000 anggota keselamatan akan ditempatkan di sekitar stadium pada hari tersebut. Kita jangka 500 buah bas daripada kedua-dua negeri akan membawa penonton menyaksikan perlawanan itu.

"Rapid KL akan melanjutkan tempoh perkhdimatan mereka sehingga penyokong meninggalkan stadium selepas perlawanan itu nanti.

"Bagi yang memandu kenderaan sendiri nanti disarankan supaya tiba awal untuk mendapatkan tempat letak kereta berhampiran dengan stadium," katanya.

AFF 2014 : Malaysia jumpa Myanmar, Thailand di Jalan Besar

Malaysia akan memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2014 di dua venue berbeza di Singapura dalam perlawanan peringkat kumpulan A.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang Myanmar dan Thailand, kedua-duanya pada 23 Nov dan 29 Nov ini di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Skuad bimbingan Dollah Salleh itu akan melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan menentang Singapura di Stadium Nasional Sports Hub Singapura, pada 29 Nov.

Hamidin berkata skuad negara sepatutnya bermain kesemua perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Nasional Sports Hub Singapura namun Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengesahkan Stadium Nasional Sports Hub Singapura masih belum berada dalam piawaian terbaik.

"FAS hanya membenarkan satu perlawanan dalam tempoh sehari di Stadium Nasional Sports Hub Singapura bagi menjaga keadaan padang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa keselamatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 di sini, hari ini.

Sebelum ini, FAM enggan beraksi di Stadium Jalan Besar dan menuntut kepada FAS untuk beraksi di Stadium Nasional Sports Hub Singapura yang dilihat memiliki kapasiti besar.

Bagaimanapun, FAM terpaksa akur dengan tuntutan FAS dan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang menggesa skuad Harimau Malaya beraksi di Stadium Jalan Besar bagi kejohanan Piala AFF Suzuki tahun ini.

"Kami telah menerima surat dari FAS yang mana kami terpaksa mengubah venue dari Stadium Nasional Sports Hub Singapura ke Stadium Jalan Besar. FAS memberitahu venue tersebut dilaporkan tidak mampu menampung untuk dua perlawanan berturut-turut dalam tempoh yang sama.

"Selepas berbincang dengan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Dollah, kami tiada pilihan lain dengan mengikuti kehendak FAS dan AFF untuk bermain di Stadium Jalan Besar," katanya.

Hamidin berkata FAM telah membuat rayuan untuk beraksi tiga perlawanan di Stadium Nasional Sports Hub Singapura tetapi ditolak.

Bagi mempersiapkan pasukan membiasakan dengan rumput tiruan, skuad negara akan menjalani sesi latihan di Kluang, Johor bagi mendapatkan rentak beraksi di atas padang rumput tiruan.

Sumber : Stadium Astro

Rabu, 29 Oktober 2014

Final Liga KPM : Terengganu 6 - 1 Sarawak


Sarawak yang diwakili Sekolah Sukan Negeri Tabuan Jaya kecundang 6 - 1 kepada Terengganu patang tadi dalam aksi final Liga KPM 2014 di Stadium Ismail Nasarudin Shah, Terengganu.

Terlebih dahulu, dalam aksi semi final ahad lalu Sarawak menumpaskan Sekolah Sukan Bukit Jalil 3 - 0 di Stadium Mini SMK Tabuan Jaya, Kuching. Dengan Pencapaian anak muda ini, terbukti Sarawak 'tidak ketandusan' pemain berakat seperti yang dikatakan oleh Ketua Jurulatih Sarawak, Robert Albert dalam satu akhbar tempatan lalu.

Semoga bakat-bakat muda di negeri Sarawak ini mampu berkhidmat untuk skuad senior satu hari nanti. 

Tahniah Youngs Crocs U17.

Amri Idamkan Hatrik Di Pentas Final

Johor Bahru: Pemain berpengalaman, Mohd Amri Yahyah (gambar) tidak mahu melepaskan peluang mendakap Piala Malaysia buat kali ketiga dalam kariernya Sabtu ini.

Andai berjaya menumbangkan Pahang pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil berkenaan, Amri jelas mencapai kepuasan tersendiri.

“Piala Malaysia itu bakal menjadi kejuaraan ketiga saya sekali gus melengkapkan koleksi kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Sumbangsih yang sudah dimenangi sebanyak tiga kali sepanjang berkecimpung dalam kancah bola sepak tempatan,” kata pemain tengah Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu.

Ketika mewakili Selangor selama 13 tahun, Amri menjulang semua kejuaraan berkenaan bermula 2001 hingga 2010 dan kejayaan membantu Johor DT muncul juara Liga Super musim ini melengkapkan kejayaan diraih pada 2009 dan 2010.

Lebih istimewa pemain kelahiran Tanjung Karang itu berusia 33 tahun musim ini.

“Ia bakal menjadi final impian buat saya. Memang saya teruja selepas 12 tahun menanti kerana final ini adalah salah satu sasaran saya bersama pasukan baru.

“Saya harap rakan sepasukan dapat memberikan komitmen tinggi untuk perlawanan ini,” katanya yang menyertai Harimau Selatan pada musim ini.

Amri pernah menjulang Piala Malaysia pada 2002 dan 2005.

Mengenai ketiadaan kapten dan tonggak pertahanan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Amri menjelaskan ketiadaannya umpama ‘sebuah kapal tanpa nakhoda’.

“Saya harap sesiapa saja yang menggantikannya mampu memberikan komitmen dan membuka laluan untuk kemenangan kami dengan bermain bersungguh-sungguh,” katanya.

'Messi' Kedah Bersama Harimau Malaya


Kelana Jaya: Kecil jangan disangka anak, itulah yang ingin dibuktikan pemain muda, Farhan Roslan sebaik saja mendapat panggilan pengendali skuad kebangsaan, Dollah Salleh bagi persiapan Piala Suzuki AFF 2014 bulan depan.

Farhan yang baru berusia 17 tahun berjaya memikat Dollah terutama ketika saingan suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia baru-baru ini bersama pasukan negeri kelahirannya, Kedah.
“Ini pengalaman baru buat saya kerana dapat panggilan skuad kebangsaan,” kata pemain yang digelar ‘Messi Kedah’ itu selepas sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Pemain kelahiran Alor Setar itu berkata, dia memang mengimpikan untuk mewakili Malaysia dan sekarang ini situasi itu ibarat bulan jatuh ke riba.

“Saya cuba buat yang terbaik walaupun saya bersaiz kecil, saya akan memberi tentangan kepada mereka yang lebih senior dan besar dari saya.

“Tidak ada masalah jika seseorang pemain itu bertubuh kecil, namun saya akui sedikit gementar bila berlatih bersama pemain senior,” katanya.

Farhan yang akan menjangkau usia 18 tahun pada 3 Disember ini mengakui, aksi cemerlang pada separuh akhir ketika menentang Pahang menjadi punca utama dia dipanggil berlatih bersama skuad Harimau Malaya.

“Saya akan tunjukkan kepada jurulatih apa yang saya ada, saya mempunyai keyakinan untuk melakukan yang terbaik dalam skuad kebangsaan,” kata pemain yang menjadikan Lionel Messi sebagai idolanya.

Selain berasa puas dapat dipanggil berlatih bersama skuad kebangsaan, Farhan juga tidak sabar untuk bergandingan bersama idolanya dalam kalangan pemain tempatan, Safiq Rahim.

Safiq masih belum menyertai kem latihan skuad ke bangsaan kerana perlu menyelesaikan tugas penting mem bantu pasukannya, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) bersaing dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 menentang Pahang Sabtu ini.

Conti Sedia Bedil JDT


Temerloh: Penyerang import Pahang Matias Conti melaungkan amaran betapa dia masih dahagakan kejuaraan Piala Malaysia dan bersedia untuk ‘membedil’ kubu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

Pemain kelahiran Santa Fe, Argentina itu sudah membuktikan dia kini berada di prestasi terbaik dengan melakukan hatrik ketika membantu skuad Tok Gajah menewaskan Kedah 5-0 pada aksi separuh akhir kedua untuk menempah tiket ke final buat kali kedua berturut-turut menerusi agregat 6-3.

Biarpun sedar bakal ‘dirantai’ pertahanan skuad Harimau Selatan, Conti tetap berharap mampu mengulangi kejayaan tahun lalu apabila dia menyumbat gol tunggal kemenangan menewaskan Kelantan 1-0 di perlawanan akhir.

“Kami mahu menang. Kami akan berikan yang terbaik kerana ini perlawanan terakhir musim ini. Kami adalah juara bertahan dan sudah pasti mahu mengekalkan trofi itu,” katanya yang sudah meledak lima gol sepanjang kempen Piala Malaysia ini.

Conti, 24, yang dijangka bergandingan bersama ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme di bahagian serangan pasti dapat menghidu kelemahan juara Liga Super Johor DT yang kehilangan tonggak pertahanan tengah Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak kerana penggantungan perlawanan.

Namun dia tidak mahu memperkecilkan pihak lawan kerana menganggap pasukan lawan itu tetap memiliki pertahanan mantap.

“Semua pasukan di Malaysia mempunyai pertahanan bagus. Johor DT juga bagus dan begitu juga kami,” katanya yang mahu memastikan Pahang juara berganda musim ini selepas menjulang Piala FA Jun lalu.

Dalam pada itu final kali ini juga bakal mempertemukan penyerang Argentina terbaik dalam Liga Malaysia iaitu Conti dan Luciano Figueroa serta Jorge Pereyra Diaz dari Johor DT.

“Figueroa dan Diaz pemain Argentina yang bagus dan mereka mempunyai persefahaman baik antara mereka. Tapi saya akan berikan yang terbaik untuk kemenangan Pahang,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Mesyuarat Agung Tahunan FAS 1 November

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) yang akan diadakan pada 1 November ini bakal menyaksikan perubahan besar dalam barisan kepimpinan persatuan itu.

Salah seorang peminat bola sepak tempatan menjangkakan pemilihan sengit bakal berlaku dengan beberapa kerusi penting dalam FAS akan dicabar pada AGM itu nanti.

Ini berikutan beberapa peraturan baharu telah diperkenalkan pada pemilihan kali ini.

Menurutnya, pada pemilihan 2010 setiap perwakilan di setiap bahagian dibenarkan membuat dua undian namun peraturan tersebut tidak akan dipraktikkan pada pemilihan kali ini.

Seperkara lagi, perwakilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak dibenarkan membuat sebarang undian pada pemilihan kali ini.

Ia sekali gus membayangkan beberapa kerusi penting akan dicabar dan tidak mustahil beberapa muka baharu diperkenalkan dalam barisan exco persatuan itu.

Begitupun, peminat tegar Ngap Sayot itu tetap menaruh harapan tinggi agar pucuk pimpinan FAS kekal diterajui Presiden Datu Sudarsono Osman dan Timbalannya, Datu Mohammad Abu Bakar Marzuki.

Kedua-dua watak utama FAS itu telah melaksanakan tugas dengan baik.

Sumber : Utusan Borneo - 26/10/2014

Isnin, 27 Oktober 2014

''Sarawak Junior Ke final"


Sekolah Sukan Tabuan Jaya (SSTJ) yang dibarisi pemain muda tempatan berjaya menewaskan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dengan jaringan 3 - 0 petang semalam di Stadium Mini SMK Tabuan Jaya dalam aksi Liga KPM U17. Terdahulu SSTJ menewaskan SSBJ 1 - 0 di Selangor dalam aksi Semi Final Pertama minggu lepas.

Skuad kendalian Jurulatih tempatan, Ahmad Nurfaizal Patrick Abduulah menampilkan aksi yang cukup cemerlang sepanjang perlawanan. Separuh masa pertama Sarawak mendahului 2 - 0 hasil jaringan Nick Raynolde dan Mohd Hazrie Bin Razali. Sarawak terus beraksi cemerlang di separuh masa kedua dengan melakukan serangan demi serangan, dan Darren Damu menambah kehampaan pasukan pelawat dengan menjaringkan satu goal diakhir minit perlawanan.

Dengan kemenangan 4 - 0 secara aggregate, SSTJ menempah tiket ke final Piala Liga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan akan menentang Terengganu pada 28 Oktober (Rabu) ini.

Kejayaan anak muda tempatan ini ke pentas final Liga KPM U17 menyangkal dakwaan sesetengah piahk yang 'berpengaruh' dalam membangunkan bola sepak tempatan bahawa, Sarawak tidak memilik pemain muda yang berbakat. Dengan perancangan dan perhatian yang serius oleh pihak berwajib, arena bola sepak Sarawak khususnya boleh maju setanding pasukan lain yang kelihatan lebih agresif untuk memiliki gelaran sang juara di Liga Malaysia.

Van Persie rescues 1-1 draw for United vs Chelsea



MANCHESTER, England (AP) — Robin van Persie rescued Manchester United with a goal in the fourth minute of stoppage time to earn a 1-1 draw with leader Chelsea in the Premier League on Sunday.

The Netherlands striker rammed home a loose ball from 10 meters to make amends for his error that helped Chelsea take the lead in the 53rd minute through veteran striker Didier Drogba.

Drogba met a corner from Cesc Fabregas with a towering header that should have been kept out by Van Persie, who was supposed to be guarding the near post.

Chelsea looked like seeing the game out until right back Branislav Ivanovic was sent off in stoppage time for picking up a second booking for a foul on Angel Di Maria. United scored from the resulting free kick, with Van Persie pouncing after Marouane Fellaini's header was parried out by goalkeeper Thibaut Courtois.

Chelsea's lead has been cut to four points by surprising Southampton but Jose Mourinho's unbeaten team is now six points ahead of third-place Manchester City, arguably its biggest rival for the title.

Still this was an opportunity lost by Chelsea, which threw away two points in Manchester like it did a month ago a month ago when conceding late in a 1-1 at City.

"Is it a good result? I don't think so," Mourinho said. "Was it a good performance? Yes."

United stayed 10 points behind Chelsea but is showing great fighting spirit under Louis van Gaal, having also scored late in a 2-2 draw at West Bromwich Albion on Monday.

"I've said to the players we could have won," Van Gaal said. "And when you can do that again the best team in this league at this moment it is a good sign.

"I am pleased that they are fighting to the end."

A draw was arguably a fair result in a match that pitted two of world football's best tacticians in Mourinho and Van Gaal, who mentored the Portuguese coach during their time together at Barcelona from 1997-2000.

They shared a warm embrace before kickoff for their first head-to-head meeting since the 2010 Champions League final. On that occasion, Mourinho's Inter Milan beat Van Gaal's Bayern Munich for a win for the pupil over his master.

Four years on, they are widely regarded as two of the most wily, respected managers around and it was always likely to be a tight, tactical affair at Old Trafford. That was how it turned out.

The first half ebbed and flowed with each goalkeeper having only one genuine save to make. Courtois spread himself well to deny Van Persie, who had run onto a through-ball from the lively Adnan Januzaj in the 23rd minute as United made the faster start.

At the other end, Drogba — starting a league game for the first time in his second spell at Chelsea with top scorer Diego Costa and Loic Remy unavailable — drove a shot at goal from Oscar's cut-back but it was kept out by the feet of David de Gea.

De Gea did even better to deny a low shot from Eden Hazard at the start of the second half after the winger dribbled through the heart of the United defense. However, the goalkeeper wasn't helped by the defending from the resulting corner.

Drogba drifted to the near post and leapt above the diminutive Rafael de Silva to meet an inswinging cross from Fabregas with a header that flew between Van Persie and the near post. Van Persie had left his position on the post, only to belatedly retreat and was off-balance when the ball went past him.

The Dutchman made up for it with his late intervention in the final scheduled minute of injury time.

"It was not our best performance. That's a pity, because at this moment you have to show yourself against the better teams," Van Gaal said. "But we have created more chances than Chelsea."

Source :  yahoo.com

Mencari Pengganti Salibasic

Sarawak sudah mula berkira-kira mencari calon pengganti pemain importnya, Muamer Salibasic, 31, memandangkan kecederaan yang dialami pemain itu amat sukar dipastikan.

Ketua Jurulatih Sarawak, Robert Alberts berkata calon pengganti pemain tersebut sudah dikenal pasti sekiranya Salibasic terpaksa diketepikan ekoran kecederaan.

Bagaimanapun, harapan tinggi masih diberikan kepada Salibasic untuk kembali cergas kerana pemain kelahiran Bosnia itu mempunyai pengaruh kuat dalam pasukan Ngap Sayot.

“Buat masa ini, biar kita bincangkan mengenai Salibasic dahulu kerana kita masih belum mengetahui mengenai nasibnya.

“Namun, saya memang sudah mengenal pasti calon import asing untuk menggantikannya sekiranya Salibasic tidak dapat bermain musim depan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ketika ini, Sarawak mempunyai dua pemain import iaitu Ryan Griffiths dan Gabor Gyepes sementara nasib Salibasic masih tidak diketahui.

Tambah Alberts, pemain import asing yang bakal diambil untuk musim depan hendaklah bebas daripada kecederaan selain berkualiti tinggi.

“Kita juga perlu mencari pemain import bagi slot Asia. Kalau keadaan memaksa kita perlu mencari seorang lagi pemain bagi menggantikan Salibasic,” ujarnya.

Musim depan menyaksikan Sarawak kehilangan beberapa pemain utama seperti Junior Eldstal, S Chanturu, Rashid Aya, Mafri Balang dan Sani Anuar Kamsani.

Menurut Albert, pemergian beberapa pemain utama memaksanya mengubah taktik bagi menghadapi saingan musim baharu.

“Kita menghadapi cabaran getir musim depan. Jadi kita perlu mengubah taktikal dengan mengambil kira kemampuan pemain yang kita miliki,” katanya.

Sumber : Utusan Borneo

Jumaat, 24 Oktober 2014

Bobby Gonzales untuk Perak FA 2015, Sarawak terus 'Ponek'


Penyerang sensai berasal dari Sabah, Bobby Gonzales akan beraksi bersama Perak untuk saingan Liga Super tahun 2015.

Bobby Gonzales yang satu ketika dahulu pernah membantu Sarawak menjuarai Liga Perdana 2013, sebelum beraksi bersama PDRM tahun ini berjaya menjaringkan 6 gol untuk membantu PDRM juara Liga Perdana 2014.

Akhbar tempatan Sarawak beberapa hari lalu memberitakan Presiden FAS ada bertanya kepada Bobby Gonzales, sama ada mahu kembali bermain dengan Sarawak. Namun, Bobby Gonzales menjelaskan bahawa tetap bersama PDRM kerana khidmatnya masih diperlukan oleh juara Liga Perdana 2014.

Adakah Sarawak terus 'ponek' untuk mendapatkan penyerang jika kecederaan yang dialami oleh Muamer masih tidak pulih sepenuhnya bagi menghadapi musim 2015?

Dimulakan Dengan Bismillah.


JKT tersenarai dalam skuad AFF 2014



Senarai 35 pemain untuk pendaftaran awal Piala AFF 2014:


Penjaga Gol : 
Khairul Fahmi bin Che Mat (Kelantan)
Mohd Farizal bin Marlias (Selangor)
Khairul Azhan Khalid (Pahang)

Pertahanan:
Muhammad Shukor bin Adan (Felda United)
Mohamad Aidil Zafuan bin Abdul Radzak (Johor Darul Takzim)
Mohamad Muslim bin Ahmad (PDRM)
Mohd Afif bin Amiruddin (PDRM)
Mohd Razman Roslan (Pahang)
Mahalli bin Jasuli (Johor Darul Takzim)
Mohd Bunyamin bin Umar (Selangor)
Mohamad Azmi bin Muslim (Selangor)
Muhammad Zubir bin Mohd Azmi (Terengganu)

Tengah:
Safiq bin Rahim (Johor Darul Takzim)
Mohd Hafiz bin Kamal (Pahang)
Mohd Badhri bin Mohd Radzi (Kelantan)
Ahmed Ezrie Shafizie bin Sazali (PDRM)
Brendan Seng Ling Gan (Kelantan)
Gary Steven Robbat (Harimau Muda A)
Baddrol bin Bakhtiar (Kedah)
Azammudin bin Mohd Akhil (Pahang)
Kunanlan A/L Subramaniam (Selangor)
Ahmad Fakri Saarani (Kelantan)
Joseph Kalang Tie (Sarawak)
Indra Putra bin Mahayuddin (Felda United)
Gopinathan Ramachandra (Pahang)
Chanturu A/L Suppiah (Sarawak)
Wan Zaharulnizam bin Wan Zakaria (Kelantan)
Mohamad Farhan Bin Roslan (Kedah)

Penyerang:
Mohd Amri bin Yahyah (Johor Darul Takzim)
Norshahrul Idlan bin Talaha (Johor Darul Takzim)
Mohd Safee bin Mohd Sali (Johor Darul Takzim)
Mohd Nor Farhan bin Muhammad (Terengganu)
Abdul Manaf bin Mamat (Terengganu)
Mohd Fauzi bin Roslan (Pahang)

''Sabri dan Rozaimi masih milik Sabah''



Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) tidak menerima surat permohonan rasmi daripada mana-mana pasukan termasuk jiran tetangga persatuan bola sepak sarawak (FAS) berhubung keinginan menggunakan khidmat dua orang pemain sabah iaitu Rozami Abdul Rahman dan Sabri Sahar. Pegawai tadbir safa, Azhar Mohammad berkata, pihaknya tidak pernah menerima surat permohonan daripada FAS dan Rozaimi masih mempunyai baki kontrak bersama SAFA sehingga 2015.

Akhbar tempatan Sarawak semalam melaporkan tonggak tengah Sabah, Sabri Sahar bakal menyertai Sarawak, manakala bintang tengah Harimau Muda A, Rozaimi Abd Rahman berminat untuk ke Sarawak.

Isnin, 8 September 2014

Aidil Mohammad tetap terbaik


Tarikh Lahir : 10 Ogos 1980
Tempat Lahir : Mukah, Sarawak
Bersama Sarawak FA sejak 2007
Pencapaian Terabik : Liga Perdana 2011, Bolos 16 gol, Naib Juara Liga Perdana 2011

Perlawanan menentang Terengganu pada 3 September lalu yg berkesudahan seri tanpa jaringan dalam saingan Piala Malaysia merupakan perlawanan terakhir beliau bersama Sarawak FA.

Aidil yang kini berusia 34 tahun dikatakan akan menamatkan kariernya atas faktor usia. Namun, ramai peminat bola sepak tempatan inginkan beliau beraksi untuk musim hadapan memandangkan prestasi beliau masih ditahap yang terbaik.

***
Rasa atau filling seorang anak jati Sarawak bila main bol untuk negeri dirik mpun lain rasanya. Kata orng ada 'ong' sikit bila berjuang demi Ibu Pertiwiku! Ndak giyanya?

Our Team, Our Pride!

Khamis, 4 September 2014

Suka Duka Ngap Sayot 2014



Daripada saingan Liga Super hinggalah saingan Piala Malaysia 2014, Skuad Ngap Sayot dibarisi oleh pemain-pemain yang baik keseluruhannya. Namun kecederaan tonggak utama yang silih berganti merencatkan rentak kemenangan yang turut memberi kesan terhadap formasi dan kekuatan sebenar pasukan. Selain dari kecederaan berpanjangan, layangan kad kuning dan kad merah yang dihadiahkan oleh pengadil dalam sesebuah perlawanan juga turut memberi kesan terhadap rentak permainan pasukan.

Disaat pasukan mengalami kekalahan yang berturut-turut tanpa kemenangan, timbul suara dari penyokong Sarawak untuk menggugurkan Ketua Jurulatih Sarawak FA, Robert Albert. Percaturan pelik yang diketengahkan oleh Robert dalam beberapa siri perlawanan sejak kebelakangan ini, mungkin diragui oleh ramai peminat tegar bola sepak tempatan. Namun harus diingat, percaturan Robert Albert dalam merancang formasi sesuatu perlawanan mungkin ada sebab tersendiri yang tidak tercapai oleh 'minda' seorang penyokong. Walaubagaimanapun keputusan perlawanan, hanya barisan jurulatih sahaja yang mengetahui segalanya. Ada kemungkinan tahap kecergasan pemain diambil kira, dan adakalanya prestasi semasa latihan diambil kira sebelum menurunkan skuad utama dalam sesuatau perlawanan.

Daripada sumber yang boleh dipercayai, Robert Albert ingin meninggalakn Sarawak FA, tetapi Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) enggan melepaskan beliau. 

Selain itu, pemilihan pemain import juga turut dipersoal sejak bermulanya musim 2014 lagi. Ada sumber yang mengatakan bahawa, pemilihan pemain import seperti Hassan_30, yang dilakukan tanpa sebarang trial dan hanya melalui tontonan di youtube sahaja. Jika benar maklumat ini, tidak hairanlah prestasi pemain import seperti yang ada tidak mencapai tahap sebagai seorang 'pemain import' yang sepatutnya. Begitu juga yang berlaku dengan pemilihan Alireza_20.

Dalam pada itu, pengguguran Bobby Gonzales juga turut dipersoal oleh ramai penyokong setia ngap sayot. Bobby Gonzales pada musim 2013, telah banyak membantu Sarawak FA mencipta kejayaan yang sangat bermakna. Namun, sumber mengatakan pengguguran BG_9 dari skuad ngap sayot disebabkan, FAS enggan menaikkan gaji BG_9. Seharusnya isu gaji bukan lagi isu utama yang harus dijadikan persoalan utama oleh pihak pengurusan FAS, kerana peningkatan kehadiran penyokong ke Stadium sejak 2013 sangat-sangat menggalakkan. Apakah FAS ada agenda tersembunyi yang tersendiri? Dengan ketiadaan BG_9 dalam Skuad Ngap Sayot, memberikan kesan yang sangat-sangat dapat dirasai ditambah lagi dengan kecederaan tonggak utama, Muamer Salibasic yang mengalami kecederaan berpanjangan. Apakah mungkin, PDRM  FC mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar gaji BG_9? Sedangkan, kalau dilihat Sarawak FA memiliki sumber kewangan yang lebih baik dengan adanya penyokong yang sentiasa memenuhi stadium setiap kali perlawanan diadakan. 

Ketiadaan, Guy Bwele juga turut dirasai sepanjang musim 2014 ini kerana tiada pengganti yang sehebat beliau. Ternyata Sarawak FA kehilangan seorang pemain yang boleh beraksi dimana-mana posisi dan tahan lasak. Pernah mendapat gelaran mesin goal dan kereta kebal Ngap Sayot. Boleh dikatakan kekuatan beliau umpama dua kali kekuatan yang ada Junior Estadel sekarang ini.

Dalam saingan Liga Super 2014, pasukan kesayangan kita pernah dipandang rendah oleh pasukan lawan. Ramalan kalah 8 - 0 di Stadium Negeri dalam perlawanan terakhir keatas pasukan 'terkaya' di Malaysia oleh 'pakar ramalan Malaysia' merupakan ramalan yang tidak masuk akal kerana Skuad Ngap Sayot bukan pasukan belasahan, dan terbukti pada perlawanan tersebut kita mampu menjinakkan pasukan berstatus bintang dengan kemenangan tipis 1- 0. Walaupun ramalan 8 - 0 itu menyakiti perasaan penyokong tegar Sarawak FA, namun ianya tidak menghalang penyokong di kedua-dua pihak untuk menjalinkan hubungan silaturahim yang erat di Stadium Negeri dan perlawanan berakhir dengan keadaan aman walaupun perlawanan terakhir Liga Super 2014. Penyokong tidak akan bertindak agresif, jika tidak ada sentimen perkauman dilemparkan.

Dalam saingan Piala Malaysia 2014, ramai penyokong meramalkan bahawa Sarawak FA tidak mampu ke final, malah untuk melepasi peringkat kumpulan merupakan satu keajaipan buat Sarawak FA. Ini kerana, ketiadaan tonggak utama, Muamer Salibasic yang dibelengu kecederaan berpanjagan sejak bermulanya musim 2014 lagi. Ditambah pula dengan keadaan kecederaan dan prestasi yang tidak memberangsangkan beberapa lagi pemain import. Ternyata, ramalan itu benar-benar belaka.

Saingan Piala Malaysia 2014, diakhiri dengan kejadian rusuhan di Stadium Negeri oleh ribuan penyokong. Keadaan ini berlaku disebabkan sentimen perkauman yang dimeparkan oleh penyokong dan kakitangan PAFA ketika Sarawak FA berkunjung di Ipoh 20 Ogos yang lalu. Dalam kejadian di Ipoh, beberapa penyokong Ngap Sayot di pukul oleh Penyokong Perak dan video ramakan kejadian menjadi hangat di laman sosial. Laporan polis telah dibuat oleh mangsa kejadian, namun sehingga sekarang tiada tindakan diambil oleh mana-mana pihak berwajib. Rusuhan paling buruk sepanjang arean bola sepak Malaysia itu memusnahkan 6 buah kereta Polis dan sebuah terbakar teruk. Apa-apa pun, kejadian rusuhan ini berlaku berpunca daripada sikap rasis penyokong perak dan pentadbiran Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA). 

Diperlawanan terakhir Piala Malaysia 2014, Sarawak berada dikedudukan ke-4 dalam kumpulan B dan sekadar seri 0 - 0 keatas Terengganu, lantas memberikan laluan kepada Terengganu untuk ke suku akhir Piala Malaysia.

Dengan keadaan pasukan kita dianggap pasukan Underdog oleh sesetengah pihak dan seringkali diperkecilkan kehebatannya oleh pasukan lawan dan 'pakar-pakar ramalan di Malaysia', Skuad Ngap Sayot tetap menjadi pujaan ramai peminat bola sepak tempatan, walaupun seringkali kecundang diatas padang, namun kemenangan sebenar adalah kepuasan menyokong pasukan kebangaan yang membawa nama kebanggaan ramai SARAWAK.

Arena bola sepak Sarawak, dilihat bukan sahaja sekadar Bola Sepak semata-mata. Malah ianya merupakan medium untuk mengeratkan silaturahim dan tali persaudaraan dikalangan rakyat negeri Sarawak yang pelbagai kaum, bangsa dan agama. 

Hubungan baik juga terjalin antara penyokong Sarawak dengan penyokong pasukan pelawat yang bertandang ke Stadium Negeri setiap kali perlawanan diadakan. Hanya segelintir penyokong pasukan lawan yang memberi layanan buruk di gelanggang sendiri menerima padah apabila berkunjung ke Stadium Negeri (mun paham bisa).

Dengan taraf pengadil kelas E, yang disediakan oleh FAM ternayata Liga Bola Sepak Malaysia tidak akan dapat melahirkan pemain-pemain berkelas dunia, malah untuk layak ke Piala Dunia sekalipun akan menjadi mimpi disiang hari buat selama-lamanya.

Jumaat, 9 Mei 2014

Gabor Beraksi Sabtu Ini

KUCHING: Pemain pertahanan Gabor Gyepes membawa khabar gembira buat Sarawak setelah dilaporkan dapat diturunkan pada perlawanan menentang KL Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu ini.

Pengendali Sarawak Robert Alberts berkata, bek tengahnya itu akan kembali beraksi setelah direhatkan selama tiga minggu akibat kecederaan ‘harm-string’ ketika perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini pada 16 April lalu.

“Keputusan MRI Gabor semalam menunjukkan petanda positif dan beliau akan kembali menyertai sesi latihan hari ini.

“Keadaannya nampak baik dan saya yakin beliau dapat diturunkan jika tiada sebarang masalah berlaku semasa latihan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Penyertaan semula Gabor dalam kesebelasan utama Sarawak nyata berita gembira buat Alberts yang amat memerlukan khidmat pemain kelahiran Hungary itu.

“Gabor memainkan peranan yang sangat penting dalam skuad. Ketinggian dan kemahiran yang dimiliknya juga menyumbang kepada beberapa kemenangan kita sebelum ini.”

Alberts sebelumnya agak resah setelah pemain itu terpaksa direhatkan dalam tempoh yang agak lama ketika Sarawak bakal berdepan beberapa perlawanan penting dalam saingan Liga Super.

Namun, beliau bingkas menyatakan rasa yakinnya terhadap barisan pertahanan sedia ada untuk memikul tanggungjawab tersebut.

“Kita masih memiliki Ronny Harun, Hairol Mokhtar, Rames Lai Ban Huat dan Mafry Balang. Malah Dzulazlan Ibrahim juga telah kembali dan menunjukkan peningkatan yang sangat baik.

“Namun ia satu kelebihan jika Gabor dapat kembali beraksi untuk memperkuatkan benteng pertahanan. Saya yakin peminat juga pasti mahu melihat beliau kembali beraksi,” tambah Alberts.

Sarawak bakal turun tanpa khidmat Junior Eldstal yang digantung perlawanan setelah mengutip tiga kad kuning.

Mereka berada di tangga kelima Liga Super dengan mengumpul 22 mata setelah mencatat tujuh kemenangan, sekali seri dan enam kekalahan dari 14 perlawanan.

Sumber : Utusan Sarawak