Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Februari 2014

Encik Mimpi Ke Sarawak


Encik Mimpi tidak asing lagi dalam indusri muzik tanah air, minggu lalu berkunjung ke Kuching, Sarawak. Beliau terkenal dengan lagu Rindukanlah (OST Playboy itu suamiku) bukan sahaja datang bercuti ke Kuching, malah beliau turut mengadakan sesi bertemu peminat setia di Kompleks Baitulmal, Kuching. Selain itu, Encik Mimpi juga dijemput untuk mengadakan beberapa persembahan lain di sekitar Kuching. Selepas sesi bertemu peminat di Kompleks Baitulmal, beliau turut mengadakan persembahan di The Hills sebelum bertolak ke Kota Samarahan untuk Penambilan Khas dalam program realiti The Stage, This Is The Show.

Muncul dengan penampilan yang agak berbeza daripada artis lain, Encik Mimpi yang bertopeng putih separuh muka ini tidak lokek dan tidak sombong untuk bertemu peminat setia beliau.



Bob The Stage, Encik Mimpi dan Eein The Stage membawa lagu Ombak Rindu di Kompleks Baitulmal, Kuching.




Sesi autograf bersama peminat...





Favine The Stage, Encik Mimpi dan Afif Tenor

Rabu, 29 Mei 2013

Dadah : Saiful Apek Bela diri 15 Julai


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Saiful Apek dan tiga pekerjanya yang berhadapan pertuduhan penyalahgunaan dadah akan membela diri di Mahkamah Majistret di sini bermula 15 Julai ini.

Majistret K B Elena Hong Tze Lan turut menetapkan 17 Julai untuk prosiding sama setelah pihak pendakwaan memaklumkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan rayuan pendakwaan supaya kesemua tertuduh membela diri.

Saiful Apek, 44, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dan tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Keempat-empat tertuduh yang diwakili peguam Bazlinda Bahrin, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Semua tertuduh memilih untuk memberi keterangan bersumpah bagi prosiding itu dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad.

Pada 22 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan keempat-empat tertuduh membela diri terhadap pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada Jun tahun lepas.

Selasa, 28 Mei 2013

Misha Omar bakal khawin

SELEPAS penangguhan perkahwinannya selama hampir setahun, penyanyi Misha Omar mengakui yang beliau tidak sabar untuk menamatkan zaman bujangnya tahun depan.

Pelantun lagu, "Angin Surga" itu telah mengikat tali pertunangan dengan juruterbang syarikat penerbangan Malaysia (MAS), Mohd Firos Ezzwan Rossly  tanggal 21 Februari tahun lalu.
Namun, Misha mengakui komitmen pada kerja merupakan faktor utama mereka menangguhkan majlis perkahwinan mereka.

Penyanyi itu mengakui yang beliau dan Firos sedang sibuk dengan karier masing-masing. Misha sibuk dengan rakaman album terbarunya yang bakal diedarkan bulan depan.

Firos pula sibuk menggalas tanggungjawab baru selepas mendapat kenaikan pangkat di syarikat penerbangan tersebut.

“Perancangan untuk berkahwin pada tahun ini memang ada namun kami terpaksa melupakan hasrat itu kerana sibuk dengan karier masing-masing. Saya sedang memberikan tumpuan pada pembikinan album barunya dan Firos pula sangat gembira kerana diberi tanggungjawab mengemudi kapal Airbus A330 sejak Februari lalu.

Tambah Misha, mereka berdua mempunyai tahap persefahaman yang tinggi terhadap kehendak karier mereka.

“Saya menghormati karier Firos dan oleh itu saya harus memberikan beliau laluan untuk menumpukan perhatian terhadap tugas hariannya. Saya tak mahu memberikan apa-apa tekanan padanya,” kata Misha sewaktu dihubungi.

Isnin, 20 Mei 2013

Anuar Zain mohon maaf berikutan foto peluk Zandra


17 Mei – Penyanyi pujaan Malaya, Anuar Zain memohon maaf kepada kekasih Zandra Aziela Ibrahim Hakimi iaitu pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim jika berkecil hati berikutan foto berpelukan dengan Zandra.

"Ia berlaku secara spontan. Dia kawan saya. Kami dah lama sangat tak berjumpa. Jadi kebetulan pada hari itu kami terserempak. Yang lucunya, masa kami berjumpa, reaksi pertama sekali kami menjerit sesama sendiri," ujar Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain seperti dipetik dari Malaysian Digest.

Jelas penyanyi berusia 43 tahun, dia dan Zandra sudah mengenali antara satu sama lain sejak tujuh tahun lalu dan dia hanya menganggap pemain bowling negara itu seperti adiknya sendiri.

"Kami memang sangat rapat. Cuma memang lama tak jumpa. Lagipun dia sibuk dengan latihan dia. Saya rasa gambar itu taka da apa-apa. Niat Zaza (Zandra) tak kotor. Zaza dah macam adik saya. Mana tahu, mungkin dikalangan kawan-kawan dia yang ambil gambar itu dan sebarkan di internet. Itu biasa."

Sumber : Yahoo.com

Khamis, 7 Februari 2013

Setia Hujung Nyawa (Drama)


Edisi Drama  

( Minggu pertama Episod 1 - 4 ) - Episod pengenalan

Episod 1
Episod pertama episod perkenalan , Ersalina mempunyai keluarga bahagia. Mempunyai seorang abang Zakwan, yang berkerja Juruterbang. Ersalina suka menghabiskan masa dengan kawannya Zehra. Ikram, abang Zehra cuba memikat Ersalina dalam diam. Tetapi lain pula pada keluarga Zain. Zain mencintai Sofea tetapi perhubungan mereka tidak direstui oleh mummy Datin Adibah. Pelbagai cara Datin Adibah buat agar perhubungan mereka diputuskan. 


Episod 2
Perhubungan Zain dan sofea semakin tegang .Datin Adibah semakin mendesak agar Zain dapat mengubah keadaan dan cara hidup Sofea yang suka pergi ke kelab malam. Sofea tertekan bila Zain asyik mengikut telunjuk Mummynya sehingga tiada pendirian. Bila perhubungan Ersalina dan Ikram mula baik , Ersalina dikejutkan dengan berita keluarga Ikram akan berberhijrah ke luar negara .

Episod 3
Sofea lebih mendesak membuatkan Zain tertekan. Hadi sahabat zain selalu mendengar keluhan dan masalah Zain. Episod ini ditambah pasal kasut. Zain membeli kasut dan kasut yang Zain beli telah tertukar dengan kasut Ersalina. Ersalina berjanji untuk memulangkan kasut itu tetapi ada saja masalah yang menghalang. Haliza pula stress bila suaminya selalu pergi outstation ( penang ) dan dia mengesyaki suaminya sesuatu yang tak kena.  

Episod 4 
Ersalina terus menanti berita dari Ikram tapi tiada jawapan. Haliza dikejutkan dengan berita Ersalina mengandung. Datin Adibah mengupah penyiasat untuk mengintip aktiviti Sofea. Datin Adibah kecewa kerana Sofea tetap dengan aktivitinya ke kelab malam. Sofea menghilangkan diri setelah bertengkar dengan Zain. Tarikh perkahwinan mereka semakin hampir Datin Adibah sibuk mencari pengganti Sofea. Sehingga Datin Adibah bertemu dengan Ersalina .    

( Minggu kedua Episod 5 - 8 )  
Episod 5
Datin Adibah terus mendesak agar keluarga Ersalina menerima pinangannya. Ersalina pula kecewa dengan Ikram yang terus menyepi. Kerana terlalu kecewa Erslina menerima pinangan Datin Adibah. Ayah dan abang Ersalina terkejut dengan keputusan Ersalina untuk berkahwin dengan Zain. Dihari pernikahan Ersalina resah dan takut menerima lelaki asing sebagai suami.

Episod 6
Ini episod yang manis , Bermulalah kehidupan Zain dan Ersalina menjalani hidup berkeluarga. Mereka Tinggal di rumah baru ini untuk belajar hidup berdikari. Disinilah bermula detik-detik yang mencuit hati, bila Ersalina cuba memasak .... goreng ikan ..ikan hangus.. lauk masin.. Ersalina anak manja yang tidak pernah membuat kerja-kerja rumah, segalanya serba tak kena bila dilakukan dirumah sendiri. 

Episod 7 

Zain banyak menghabiskan masa menceritakan aktivitinya bersama Ersalina dengan Hady. Hady seperti tak berminat mendengar cerita Zain. Dalam tak sedar Zain mula sukakan Ersalina . Begitu juga Ersalina , masing-masing takut untuk meluahkan.  Lantaran itu Ersalina tidak berputus asa belajar memasak untuk menjadi isteri yang baik. Walaupun masih tidak menjadi. Lakonan berbaik-baik depan orang Zain membuatkan Datin Adibah merasa seronok dan tidak menyesal membuat pilihan memilih Ersalina sebagai menantu. 

Episod 8
Perasaan cemburu mula hadir dalam diri Zain. Zain berterima kasih pada Mummy kerana menjodohkannya dengan Ersalina. Zain juga membuat kejutan pada Ersalina dengan membuat kek kegemarannya. Hadi pula cuba mempengaruhi Ersalina mengatakan Zain berkahwin dengannya hanya sekadar mengikut kata mummynya sahaja. Mama Ersalina pula mengesyaki sesuatu yang pelik pada suaminya yang kerap pergi outstation hingga dirinya stress.

( Minggu ketiga Episod 9 - 12 )
Episod 9
Akhirnya Zain meluahkan Isi hatinya Pada Ersalina , terpancar kebahagiaan Zain Dan Ersalina  bila cinta mereka diluahkan. bab kelakar kali ini ialah bila Zain sanggup bertukar wajah menjadi Zain Min Ho kerana minat Ersalina suka tengok cerita Korea. Tetapi Hadi seakan cemburu bila melihat Zain dan Ersalina bahagia. Sekali lagi Hadi mendapat peluang mengapi-apikan Ersalina, dan berkata Zain hanya berpura-pura suka pada Ersalina tapi hatinya tetap suka pada Sofia. Ersalina berjanji pada Zain dia yang akan tentukan bila mereka akan bersama.   

Episod 10
Hari yang ditunggu untuk bersama dinanti dengan penuh debaran. Zain telalu gembira bila Ersallina menerimanya seadanya. Sewaktu mereka meraikan untuk bersama Ersalina jatuh dan Zain terkejut ada darah mengalir di kaki . Zain membawa Ersalina ke hospital dan disahkan Ersalina keguguran. Zain tak boleh terima Ersalina keguguran sedangkan mereka belum pernah bersama. Dalam keadaan runsing Zain kerumah Hadi dan menceritakan apa yang berlaku pada Ersalina. Dalam perkabaran itu Hadi nampak lebih gembira bila mendengar apa yang berlaku pada Zain. Ersalina merasa malu untuk dengan apa yang berlaku. Dia tidak tahu yang dia mengandung dan jika dia tahu dia mengandung dia tidak akan berkahwin dengan Zain.

Episod 11
Zain terlalu kecewa dan melepaskan marahnya pada Ersalina. Ersalina kecewa bila mamanya menyembunyikan rahsia yang dia mengandung. Mama Ersalina cuba merayu pada Zain agar menerima Ersalina seadanya. Ersalina malu untuk berdepan dengan suaminya Zain dalam keadaan ini. Ersalina terus bersedih dan meratapi nasib dirinya. Hadi pula umpama main tarik tali. Dia cuba memujuk Zain supaya tidak marah- marah dan dia juga memasang niat jika Zain melepaskan Ersalina Hadi sanggup menggantikan tempat Zain. Zain mengambil keputusan membawa Ersalina balik kerumah mereka. Walau pun dibantah oleh kedua orang tuanya. Zain memberi alasan untuk berlajar menjaga Ersalina dalam pantang tapi sebenarnya Zain hanya ingin menyakiti dan memarahi Ersalina . 

Episod 12
Kemarahan Zain masih membara. Carian dan cemuhan dari Zain sudah menjadi makanan harian Ersalina bila Zain dirumah. Tangisan dan airmata menjadi teman setia Ersalina. Ersalina menghubungi kawan baiknya Zehra dan menceritakan apa yang telah berlaku pada dirinya. Zehra marah dan memberitahu bahawa abang perlu bertanggungjawab pada Ersalina. Tetapi Ersalina merayu demi perkahwinannya dengan Zain. Zain yang banyak menghabiskan masa dirumah Hady. Hady berpura-pura memujuk Zain agar berbaik - baik dengan Ersalina. Mama Ersalina terlalu bimbangkan Ersalina hingga mengganggu kesihatannya ditambah pula Abah Ersalina kian berubah. 


( Minggu keempat Episod 13 - 16 )
Episod 13
Episod air mata.... Hady memujuk Zain agak Zain menceraikan Ersalina. Ersalina cuba berbaik dan membuat sesuatu yang Zain suka. Ersalina tidak berputus asa walaupun hakikatnya Zain tidak suka dan marah padanya. Abang dan mama Ersalina mengajak Ersalina kerumah untuk berkumpul sekeluarga tetapi tidak mendapat keizinan Zain. Ersalina terpaksa membuat alasan agar keluarganya tidak terasa dan Ersalina menyembungikan hal rumah tangganya yang tidak bahagia. Dalam kekeruhan ini Hady mengambil peluang memperkenalkan Eriza. Eriza yang dari dulu meminati Zain amat seronok bila hady berbuat sedemikian.

Episod 14
Ersalina mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dia meminta izin Zain untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Tetapi Zain tidak benarkan. Dalam masa yang sama Ersalina terkejut bila Ikram datang berjumpa dengannya. Ikram mengharapkan kepastian anak yang gugur dulu adalah anaknya dan Ikram ingin bertanggungjawab. Eriza mula rapat dengan Zain dan Zain pula rasa lemas bila Eriza cuba mengorek cerita tentang rumah tangganya. 

Episod 15
Eriza mula kecewa bila dengan sikap Zain yang tak mengendahkan dirinya. Datin Adibah datang buat kejutan kerumah untuk mengucapkan tahniah pada Ersalina. Malanagnya Mummy Zain dapat menghidu rumah tangga anaknya tidak bahagia. Datin Adibah Memberi cadangan pada Zain dan Ersalina pergi Honeymoon untuk merapatkan kembali hubungan yang renggang. Dalam terpaksa Zain terpaksa bersetuju demi menjaga hati mummynya. Ikram yag sering datang menggangu Ersalina membuatkan Ersalina tak senang duduk. Ersalina terus merayu agar Ikram jangan datang dan mengganggu dirinya lagi kerana Ersalina telah berkahwin. Hadi mengambil peluang untuk menghasut Ersalina supaya tinggalkan Zain jika Zain berterusan memberi layanan buruk pada diri Ersalina.

Episod 16
Seperti yang dipersetujui Zain dan Ersalina pergi Honeymoon, disana mereka lebih banyak bertengkar dalam masa yang sama Zain meluahkan , dia kecewa kerana Ersalina menipu dirinya disaat Zain mula menerima dan menyayanginya. Hady pula memantau apa yang berlaku diantara Zain dan Ersalina. Zain masih tak sedar niat jahat hady yang cuba menangguk di air yang keruh. Ikram pula tidak berputus asa merayu agar Ersalina kembali kepadanya. Ersalina mula lemas dengan desakan dan rayuan dari Ikram. Mama Ersalina risau jika sesuatu yang tak baik berlak pada Ersalina .

(Minggu ke lima Episod 17 - 20 )
Episod 17
Setelah pulang dari honeymoon Ersalina dan Zain pergi ke rumah mummy Zain. Mummy Zain mendesak agak Zain cepat  cepat ada anak. Zain dalam terpaksa memujuk mummy dan berjanji akan memberi cucu secepat mungkin. Dalam perasaan sayu bila mendengar Zain memujuk mummynya. Ikram yang tak pernah putus asa mengejar Ersalina walaupun dia tahu harapan untuk memiliki Ersalina tipis. Walau bagaimana pun Ikram telah menyuarakan dia ingin berjumpa dengan Zain dan ingin memberitahu yang Ersalina pernah mengandungkan anaknya. 

Episod 18
Hidup Ersalina lebih derita bila pulang dari haneymoonnya. Zain sengaja menyakitkan hatinya supaya hatinya puas. Ersalina dapat menghidu perhubungan Zain dan Eriza. Itu semua sengaja semata-mata membuat Ersalina sakit hati. Ikram terus-terusan mengugut Ersalina. Pelbagai rayuan tidak pernah diindahkan. Ini membuat hidup Ersalina lebih tertekan . 

Episod 19
Hady sengaja mendekatkan diri dengan Ersalina. Zain pula seakan perasan yang Ersalina kini tak melawan hanya menurut apa saja. Ikram pula sudah berani datang rumah bila Zain pergi kerja. Hady yang selalu memerhatikan gerak geri Ersalina ternampak Ikram berjumpa Ersalina Dirumah. Hary juga menghasut agar Zain lebih menyakiti hati Ersalina agar Ersalina akan membenci Zain. Eriza juga mengambil peluang untuk rapat dengan Datin Adibah sebagai mengambil hati Mummy Zain. 

Episod 20
Zain terkejut bila kawan baik Ersalina , Zehra datang rumah. Zehra menasihatkan abangnya Ikram janagn ganggu rumah tangga Ersalina. Zain membakar semua DVD yang Ikram bagi pada Ersalina. Erisa pula mula rapat dengan Zain. Ikram nampak Zain bersama Eriza keluar bersama dan mendatangkan rasa cemburu pada Ikaram. Hady terus meracuni fikiran Ersalina agar Ersalina minta cerai dari Zain kononnya Zain dah tak sayang pada Ersalina dan Zain kini sudah ada orang lain .

(Minggu ke enam Episod 21 - 24 )
Episod 21
Segala curiga mama Ersalina dan ayahnya terlerai, bila sangkaan suaminya ada hubungan dengan perempuan lain. Akhirnya Zain memberitahu Hady dia ingin menerima Ersalina seadanya. Hady terkejut, Hady memberi pendapat agar Zain mengenal pasti kenapa Ersalina kian berubah. Hary sering mengintip Ersalina dirumah dan terlihat seorang lelaki selalu bersama Ersalina. Dalam masa yang sama Zain melihat Ersalina bersama Ikram dikedai Kek Mama Ersalina. Tambah mengejutkan lagi bila Zain pulang kerumah Ikram turut sama ada dirumahnya. 

Episod 22
Zain dapat merasakan Ersalina menyembunyikan sesuatu. Kehadiran Ikram kerumah tidak disenangi oleh Zain. Zain mengajak Ersalina berpindah kerumah baru. Zain kebilik Ersalina kerana terkejut Ersalina terjatuh lalu pengsan kerana takut darah. Kerana luka didahinya Ersalina bermalam di hospital. Zehra memarahi Zain kerana lalai. Ikram pula mengamuk pada Zain tapi dihalang oleh Ersalina. 

Episod 23
Zain keluar bersendirian tanpa arah . secara kebetulan bertembung dengan Erisa . Erisa mengajak ke rumahnya dan ingin memerangkap Zain tetapi diperhatikan oleh Hady sebangai dalangnya. Ersalina menyaksikan apa yang berlaku atas hasutan Hady . Ersalina begitu kecewa dengan apa yang berlalu. Ersalina mengambil keputusan dan lari dari rumah Zain. Zain memujuk Ersalina agar dapat bersamanya kembali. Dengan berat hati dia kembali kerumah Zain kembali tetapi tidak disenangi oleh Hady kerana Zain berjaya memujuk Ersalina kembali balik kerumah.

Episod 24
Selepas apa yang berlaku Zain dan resalina hidup seperti pasangan suami isteri yang lain. Hady dan Eriza tak senang duduk. Begitu juga Ikram, Ersalina terus tak dapat dihubungi. Keindahan bersama tidak kekal lama Zain terlibat kemalangan. Zain koma dan Ersalina meratapi keadaan Zain yang entah bila akan sedar. 

(Minggu ke tujuh  Episod 25 - 28 ) - minggu akhir 
Episod 25
Ersalina di sahkan mengandung. Dalam Dia menjaga Zain Hady datang dan sengaja mengungkit kisah lama. Tiba-tiba bualan Hady dan Ersalina terdengar oleh Datin Adibah. Datin Adibah naik berang bila mengetahui Ersalina keguguran dulu bukan anak Zain. Datin Adibah melarang Ersalina untuk terus berjumpa dengan Zain. Datin Adibah juga menghalau Ersalina tinggal dirumah Zain. Segala rahsia yg disimpan oleh mama Ersalina diketahui juga oleh ayah Ersalina. Ayah Ersalina menyalahkan Haliza mama Ersalina kerana tidak duduk berbincang menyelesaikan masalah bersama . Haliza juga memohon maaf pada Datin Adibah tetapi tidak dihiraukan. Zain sedar dari koma dan dibawa pulang kerumah tetapi Zain bingung kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa. 

Episod 26
Pelbagai cara Ersalina buat untuk berjumpa suaminya Zain. termasuklah berlakon menjadi makcik pembantu rumah.  Zain tersepit antara mummynya dan isteri. Eriza terus cuba menggoda Zain tapi kecewa dengan sikap Zain yang dingin. Ikram dengan rela hati berjumpa dengan Zain dan Ikram menceritakan apa yang berlaku. Zain terima dengan hati yang terbuka tetapi Hady semakin runsing dan resah kerana niat untuk mendapatkan Ersalina semakin pudar.

Episod 27
Zain berjumpa dengan isterinya dalam diam tanpa pengetahuan Datin Adibah . Ini semua kerana mummynya masih marah pada Ersalina dan tapi terkantoi juga . Datin Adibah mengajak Zain pergi bercuti. Atas nasihat papa Zain , Zain ikut sahaja apa kehendak mummynya. Di sana Mummy Zain bertemu dengan mama Eriza. Datin Adibah terkejut bila dia berjumpa dengan Ikin birasnya. Hady berjumpa dengan Zehra kawan baik Ersalina dan mengugut sesuatu jika Zehra tidak membantunya. 

Setia Hujung Nyawa (Novel)

Ersalina Imani dan Zain Hakimi adalah watak utama dalam novel ini. Bermulanya cerita Ersalina seorang gadis 17 tahun menunggu keputusan SPM. Gadis yang terlalu naif tentang kehidupan dan pernah terlanjur bersama teman lelakinya. Dia juga tidak tahu apa akibatnya dimasa akan datang. Ersalina dilamar oleh Datin Adibah untuk mejadi menantu bidang terjun dan isteri kepada anaknya Zain Hakimi menggantikan tempat Sofea hilang entah kemana. Kelembutan dan keayuan Ersalina menambat hati Datin Adibah. Haliza ( ibu Ersalina ) menerima pinangan Datin Adibah bagi menutup satu rahsia yang akan memalukan keluarga. Tanpa memikirkan akibatnya, mereka dikhawinkan dengan perkenalan kurang dari seminggu. Bermula episod kehidupan baru Ersalina dan Zain sebagai suami isteri.

Mereka memilih untuk menjadi rakan serumah dan belajar untuk menyemai rasa cinta . Tat kala perasaan cinta sudah membara dan berjanji untuk menjalinkan hubungan suami isteri. Zain terkejut bila Ersalina keguguran, isteri yang belum sempat disentuh . Disinilah pergolakan rumah tangga mereka bermula. Zain merasa dirinya tertipu dan memujuk hati dan untuk menerima Ersalina dalam hidupnya demi menjaga hati keluarga dikedua belah pihak . Kemarahan dan amukan Zain dah menjadi rencah kehiduapan Ersalina. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Perasaan cinta Zain yang terlalu dalam pada Ersalina, Zain menerima Ersalina kembali sebagai isteri sepenuhnya.

Dugaan terus membadai, Zain terlibat dalam kemalangan dan rahsia yang disimpan rapi terbongkar dan didengari oleh Datin Adibah. Zain Koma ... Datin Adibah membenci Ersalina dan keluarga dan menganggap keluarga Ersalina menipu dan mengambil kesempatan diatas keluarganya. Ersalina berjanji dan tekad ingin setia hingga kehujung nyawa walau apa terjadi sekalipun . Sedar dari koma Datin Adibah memaksa Zain menceraikan Ersalina dan berjanji mencari isteri yang jauh lebih baik dari Ersalina. Sibuk mencari menantu yang berbaik Datin Adibah dikejutkan satu berita yang tidak disangka-sangka. 8 tahun yang lalu zain juga pernah merosakkan anak gadis orang dan tidak mahu bertanggungjawab. ia memberi alasan kerana mereka terlalu muda ketika itu. kesudahan cerita ni happy ending.


Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Petikan - petikan yanga menarik dari dalam novel ini:-

Siibu merahsiakan berita baru yang baru diterima.
"Tolonglah, doktor. Perkara ini rahsia kita berdua." Haliza memegang lengan Dr. Suria. Sesekali matanya beralih pada Ersalina yang terbaring.

"Kita berdua?" Dr. Suria mengangkat sedikit cermin matanya yang melorot ke hidung. Kemudian memandang wajah Ersalina yang outih bersih. Kejelitaan anak perempuan Haliza itu memang mempersonakan mata.

"Lina pun tak perlu diberitahu perkara ni. Saya tank nak dia susag hati."

"Tapi nanti, macam mana kalau..."Dr. Suria mempamerkan riak keliru dan tidak faham. Mana mungkin dia boleh merahsiakan perkara ini daripada tuan punya badan sendiri. Memang tidak masuk akal!

"Saya akan fikirkan yang terbaik buat anak saya." Mata Dr. Suria membulat memandang wajah Haliza. Hatinya jadi berbolak balik, mula menelah sesuatu yang diluar jangkauan.

"Doktor jangan risau, saya tak akan buat yang bukan-bukan." Haliza seakan memahami fikiran Dr. Suria saat ini. Bercabang-cabang dahan fikiranyanya, namun tidak terlintas mahu selesaikan masalah dengan cara yang membawa kemungkaran. MOhon dijauhkan daripad demikian. Perlahan didir Dr. suria melorek senyuman. dia kenal hari budi Haliza. Wanita itu tidak akan melakukan sesuatu yang diluar jangkauan. Hatinya menyakini keluhan hati Haliza.

"Janji ya, doktor? Hanya kita berdua yang tahu?" Haliza merayu lagi. Air mata dipipi mengalir lesu. Hatinya saat ini, hanya Allah yang tahu betapa berselirat dengan seribu liku.

Zain Bengang Bila Sofea tiba-tiba berubah hati.

"Sofea, you tak boleh baut macam ni. Kita dah rancangkan semuanya. You pun tahu sejauh mana hubungan kita. Betapa I sayangkan you epenuh hati I." Zain Hakimi separuh menjerit di telefon bimbitnya. Apabila mendengar talian sudah duputuskan Sofea, dia mendegus marah sambil mendail berkali-kali. Namun, talian sudah dimatikan. Sudahnya, dia melemparkan telefon kecil itu ke dinding sehingga berkecai dan bersepai mengeluarkan 'isi perut'nya. Dia menghampas badannya ke atas katil. Kedua-dua tangannya mencengkam erat rambutnya. Sakit hati tidak tergambar dengan kata-kata. Mengapa Sofea tiba-tiaba saja ke luar negara dan mengambil keputusan untuk terus menetap disana? Bagaimana dengan angan- angan mereka? ke mana hendak dihalakan impian yang sedang mereka rancangkan?

"Zain.." Lembut suara Datin Adibah memanggil. Sewaktu menoleh, Datin Adibah sudah berdiri dihadapannya. Tidak sedar bunyi pintu yang dikuak mummynya itu.

"Eh, kenapa ni? Muka itu keruh macam ada masalah besar." Bulat mata Datin Adubah meneliti wajah anak bujangnya yang kusut. Masak sangat dengan air muka putera tunggalnya itu. Apabila marah, gembira mahupun sedih, hanya sekilas pandang dia mampu menyelami perasaan Zain.

Zain melepaskan keluhan yang berat. Bagaimana untuk menerangkan kepada mummy?? udalah untuk dapatkan restu mummy agar merestui hubungannya dengan Sofea bukan mudah. Memaksa dia berlutut merayu kepada mummy agar menerima Sofea sebangai calon isterinya. Beberapa hari Datin Adilah melancarkan perang dingin dan mogok trhadapnya, tanda protes pada hubungannya dengan Sofea. Pelbagai cara dilakukan demi membeli hati dan memohon restu. Dia yang tidak pernah ke dapur, terpaksa melecehkan tangan untuk cuba menyediakan sandwic tuna kesukaan mummy melalui buku masakan. Hingga akhirnya hati Datin Adubah terpujuk menerima Sofea. Tetapi kini, musibah ini pula yang menimpa. Sofea jauh di luar negara. Dia tidak akan mampu memujuk Sofea untuk pulang dalam tempoh seminggu ini.

"Apa ni?" Tinggi syara Datin Adibah seraya menapak di dinding. telefon Zain yang bersepai dikutipnya. Segera dia memahami bahawa Azi dilanda masalah besarjika begitu tingkah anaknya. Pasti tahap masalah anak itu menemui jalan buntu.

"Zain , apa yang dah berlaku?" soal Datin Adibah dengan perasaan yang kurang enak. Punggungnya dilabuhkan ke sisi Zain dibirai katil.
"Mummy, Sofea dah pergi ke luar negara."

Memohon Keizinan , memeranjatkan Si ayah

"Apa yang mama nak beritahu abang?" Haliza memejam mata. Nafasnya terhembus deras. pelik Badri melihatkan tingkah isterinya. Ada apa sebenarnya?

"Abang, Datin Adibah melamar Ersalina untuk anak bujang dia." Bagaikan terlepas bebanan hutang saat ungkapan itu terbit dari bibirnya.
""Melamar Ersalina?" Membutang biji mata Badri. Haliza mengangguk. Dadanya berdebar kencang. Setujulah, bang... pintanya didalam hati. Tetapi mustahil untuk Badri merestuinya.

"Gila!" Badri mendengus. "Adik tu baru 18 tahun. SPM pun belum keluar keputusan lagi."

"Datin Adibah tu baik. Keturunan yang dipandng orang. Peluang baik macam ni bukan mudah, abang."

"Jadi, mama setujulah? kata mama, bau lagi kenal rapat dengan Datin Adilah tu," sindir Badri. "Nak pulak pulak mama berbesan dengan Datin?"

"Bukan gitu, abang. Mama tak pandang semua tu, Kita dah cukup senang tanpa menumpang harta orang, abang." Badri melempar pandangan. Dia kenal Haliza. Isterinya bukanlah seorang yang memandang kebendaan. Bukan gelap mata dengan kebendaan orang. Mereka sudah cukup selesa dan senang biarpun tidak berpangkat.

"Adik tau? tanya Badri. Rasa marah yang bertamu dipendamkan ke sudut hati. Ini bukan tempat yang sesuai untuk meluahkan kemarahan. Haliza menggeleng.

"Tolong jangan beritahu Zakwan pasal ni. Esok-esok dia nak terbang, terjejas fikiran dia teringatkan adik."

Pernikahan dua hati yang tak pernah mengenali , Si ibu pengantin perempuan bersyukur kerana bebannya sudah terlepas dan Si ibu pengantin lelaki bersyukur kerena pengantin perempaun datang sebagai penyelamat.

"Aku terima nikahnya Ersalina Imani binti Badri dengan mas kahwin yang tersebut itu." Lafaz itu bergema lancar dan jelas melalui mikrofon yang dihalakan ke mulut pengantin lelaki. Masjid yang indah itu hening seketika saat doa dibaca. Ersalina sebak saat namanya disebut oleh lelaki yang baru saja sah bergelar suaminya. Dia hanya memerhatikan susuk tubuh suaminya yang duduk menghadap tuan kadi dan membelakangkannya. Dia masih belum melihat wajah suaminya. Sewaktu dibawa dari ruang persalinan dalam masjid ini, lelaki itu sudah bersedia untuk dinikahkan. Sedikit terketar dia sewaktu menurunkan tandatangan atas borang persetujuan nikah. Bukan lagi mimpi, dirinya sah bergelar isteri kepada lelaki bernama Zain Hakimi. Dia sudah menjadi milk leleki yang tak pernah dilihat dan dikenali.

"Assalamualaikum Ersalina... anak mummy nak serungkan cincin." Datin Adibah berkata saat menghampiri Ersalina. Halia disisi Ersalina, Mencapai tangan Ersalina dan dihulurkan kepada Zain yang berdiri disisi Datin Adibah. Ersalina dan Zain bertukar pandangan. Wajah kedua-dua terpamer riak terkejut. Ada gelora dalam hati masing-masing . Eh dia ni?

"Zain, sarungkan cincin," bisik Datin adibah. Wajah Zain yang berubah saat memandang Ersalina saat Ersalina membuatkan dia tertanya sendiri.


Zain Cuba menerima Ersalina sebagai Isterinya.

" Bila agaknya abang boleh tidur dalam bilik ni? atau Lina yang tidur dalam bilik abang? " Zain berdiri dihadapan pintu bilik Ersalina.

" Bila ya ?" ulang Zain lagi . Dia menghampiri isterinya. Matanya merenung romantis wajah Ersalina yang duduk di sisi katil. " Abang yang tentukan waktunya" katanya perlahan. Petanda dia bersedia untuk menyerah. Wajah Sain kegirangan." Tapi bukan Malam ini" ujar Ersalina dalam bisikan. Sengaja mengenakan suaminya.

Bila rahsia terbonngkar

" Anak mama dah tipu saya. Anak mama dah permainkan saya!" Meninggi suara Zain . Tak teperi marahnya. " Bukan salah lina , zain " Sekilas mata zain bertaut dengan mata Haliza. " Apa maksud mama?" Bernada curiga soal Zain.

Mungkin itu takdirnya, Zain cuba menerima.

" Itu jodoh kau sebab tu kau kahwin dengan dia walaupun tak saling mengenali. Terimalah" Suara Hady melatun lagi dimindanya.

" Kau dah mula cintakan dia. Akuilah. Aku tahu kau tak sanggup lepaskan Ersalina sebab itu cinta kau" Kata- kata hady menang tepat.

Pertemuannya dengan Ekin mengimbas kenangan lalu.

" Saya terkenang kisah kita. Saya berdosa pada awak".

" Kita sama-sama berdosa Mohonlah keampunan pada ALLAH" Bicara Ekin juga kedengaran pahit " Saya tak patut buat awak begitu. Musnahkan masa depan awak dan tak bertanggungjawab" "Maafkan saya Ekin. ampunkan saya " bicara Zain sebak . Rasa berdosa begitu menghempapnya.

Sepotong Ayat
" LELAKI yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang - orang yang beriman" ( Surah Al-Nur : 3)

Khamis, 31 Januari 2013

Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari


Wah! Panjangnya tajuk atau nama konsert Anuar Zain… cuba baca betul-betul kat atas tu… Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari.

Kalau ada rekod tajuk konsert paling panjang, pasti konsert ini akan tercatat dalam rekod Malaysia World Records – The Malaysia Book of Records.

Sebelum konsert ini diumumkan, dua tiga minggu lepas banyak khabar angin telah tersebar. Kononnya, Anuar Zain akan umum sesuatu yang besar. Ada yang kata Anuar Zain akan umum tarikh kahwin. Mmm… macam-macam…

Jika masih ingat, kali terakhir mengadakan konsert solo pada 2009, di Istana Budaya.

Tidak perlu dicerita secara lebih lanjutlah ya, segalanya ada dalam nama konsert ini. Diadakan sempena genap 30 tahun Anuar Zain berada di arena seni suara dengan penuh cinta pada muzik dan beliau sangat sayang pada peminatnya sepenuh hati sanubari. Itulah rumusan yang boleh Budiey berikan.

Tambah mengujakan apabila ianya berlangsung sehari selepas sambutan ulangtahun Anuar Zain.

Sebenarnya, sebelum pengumuman ini dibuat, Budiey dah pun diberitahu 2 minggu lalu tentang konsert ini di mana pihak penganjur berniat untuk bekerjasama dengan budiey.com untuk membantu mempromosikan konsert Anuar Zain. Itu sahaja yang Budiey boleh bagitau. Selebihnya, biarlah pihak penganjur yang akan umumkan. Namun, Budiey harap segala yang mereka rancang akan berjalan dengan lancar tanpa halangan.

Saat diberitahu tentang konsert solo Anuar Zain yang Budiey sifatkan sebagai sesuatu yang mega ini, Budiey menarik nafas lega. Fuh… akhirnya, impian peminat Anuar Zain #AnuarZainForever bakal menjadi realiti. Ini ada berita yang baik dan ditunggu-tunggu oleh sekalian peminat lelaki ini yang penuh pesona, unik dan punya lantunan vokal yang lumak lagi lantang.

Konsert akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 16 Februari 2013.
Sudah lama peminat menunggu bilakah agaknya Anuar Zain akan buat konsert solo berskala besar. Akhirnya, kini terjawab. Semasa majlis Pelancaran Video Klip Anuar yang terbaru – Ajari Aku siang tadi, Anuar Zain Network ditemani penganjur bersama Universal Music Malaysia telah mengumumkan tentang konsert ini.

Berikut adalah info tentang Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari:-

Tarikh: 16 Februari 2013 (Sabtu)

Lokasi: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Masa: 8.30 malam

Pengarah Muzik: Mac Chew

Pemuzik: 26 ahli orkestra

Persembahan: Bold & Classy

Ejen Tiket: Tiket Charge. Layari: www.ticketcharge.com.my

Tarikh Pasaran Tiket: 12 Disember 2012 (12.12.12)


Anuar juga tidak akan menampilkan penyanyi undangan atau paduan suara pada konsert itu. Mengenai penajaan, Anuar berkata, perkara itu masih lagi diusahakan.

“Konsert ini anjuran syarikat saya, Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Universal Music. Buat masa ini kos penganjuran ditanggung bersama. Kami belum dapat kos sebenar, tapi jumlahnya memang tinggi kerana kami mahu menyajikan yang terbaik buat peminat. Bagaimanapun, usaha mendapatkan penajaan berterusan.”

“Saya sudah memilih lagu yang bakal dinyanyikan dan semuanya lagu popular saya sejak mula menjadi penyanyi. Selain itu, konsert ini juga akan menggunakan skrin LED,” katanya.

Lagu-lagu popular dari album Anuar Zain dari awal kemunculan sehinggalah sekarang akan dinyanyikan oleh Anuar Zain di konsert ini. Itu dah pasti. Cuma mungkin akan ada penyanyi jemputan untuk berduet. Itu kita tak pasti lagi.

“Sesuai sambutan 30 tahun saya dalam dunia seni, banyak perkara menarik akan diketengahkan dalam konsert ini. Antaranya, perubahan dari segi susunan muzik.”
Selama 30 tahun sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti Anuar Zain dan pengalaman 30 tahun itu akan dikongsi bersama dengan peminat pada malam itu. 30 tahun pancawarna Anuar Zain di dalam gelanggang muzik Malaysia akan dilagukan merentasi memori terindah bersama pengarah muzik tersohor tanahair, Mac Chew.

Tiga dekad kembara muzik Anuar Zain bakal dipersembahkan dengan iringan 26 ahli orkestra di bawah pimpinan Mac Chew menjanjikan temasya sebenar meraikan Anuar Zain dan legasi muziknya.

Rangka promosi konsert ini akan diadakan bermula bulan Disember dan Januari nanti. Nantikan ya…

Selasa, 22 Januari 2013

Maharaja Lawak Mega 2012 — Jozan Bergelar Juara & Bawa Pulang RM500,000


Walaupun sehingga saat akhir para peminat masih tertanya tanya akan kehadiran Johan untuk melengkapkan persembahan Jozan, kehadiran beliau dalam keadaan masih sakit seakan terubat.
Jozan yang di’anggotai Zizan Razak & Johan berjaya bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2012 yang merupakan musim kedua — membawa pulang RM500,000 dan trofi kejuaraan sumbangan Astro.
“Terima kasih kepada Zizan yang mengekalkan Jozan berada di’atas sepanjang saya tiada — dan terima kasih kepada Prince Court (Medical Centre) yang menjaga saya & membenarkan saya keluar”
Tempat kedua berjaya di’raih oleh Jambu dan membawa pulang RM250,000 manakala tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Shiro yang membawa pulang RM125,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Boboi yang merupakan naib juara persaingan musim pertama hanya mampu berpuashati dengan tempat keempat & wakil Indonesia, Say Who melengkapkan senarai pemenang di tempat kelima.

Tahniah buat Jozan yang tampil penuh kelakar dalam persaingan akhir bertemakan Freestyle & Muzikal ini. Berikut merupakan gambar sekitar pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2012 yang berlangsung dari Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru. Terima kasih Astro!

Lagu Melayu Yuna di AS



Sejak Yuna mengumumkan dirinya dilamar komposer terkenal, David Foster, untuk bernaung di bawah syarikat rakaman Verve Records, ramai yang ingin mengetahui perkembangan berita itu sepenuhnya daripada mulut si empunya diri. 

Bukan calang-calang anak seni mampu mendapat peluang seperti itu. Apatah lagi untuk seorang artis tempatan yang bertudung sepertinya membuatkan berita itu cukup mengejutkan industri hiburan tanah air. 
Justeru, tidak hairanlah andai majlis kenduri kesyukuran untuk meraikan kemenangannya pada Anugerah Juara Lagu ke-27 di Ampang malam kelmarin dipenuhi wakil media yang ingin mengetahui perkembangan lanjut berita gembira itu. 

Mengimbau kembali bagaimana komposer itu mengesan bakatnya, gadis berusia 26 tahun ini berkata semuanya bermula dengan publisiti meluas yang diberikan media ketika dia mula-mula menjejakkan kaki ke Los Angeles, tiga tahun lalu. 

Sebelum ini, memang ada perbincangan untuk mengambil saya sebagai artis rakamannya, iaitu ketika publisiti mengenai kehadiran saya tersebar luas di sana. Namun waktu itu, David belum memegang jawatan tinggi di syarikat rakaman terbabit. 

Bagaimanapun, selepas dia dilantik menjadi Pengerusi Verve Music Group, barulah hasrat itu dapat dilaksanakan. Kebetulan pula kontrak saya dengan syarikat rakaman Fader Label sudah tamat, jadi peluang itu muncul tepat pada masanya, cerita Yuna. 

Imej tudung tiada masalah 
Kata Yuna, walaupun David komposer terkenal, dia tetap memberikan kebebasan untuknya menghasilkan karya sendiri bagi album sulungnya bersama syarikat rakaman itu. 

David memberikan kebebasan untuk saya mencipta lagu sendiri untuk dimuatkan dalam album ini. Tapi tak tahulah jika pada masa akan datang dia berminat untuk menyumbang lagu untuk album ini. Buat masa ini, sudah tiga lagu saya rakamkan. Cuma saya anggap lagu itu sekadar pemanas saja sebelum pembikinan album sebenar. 

Untuk album ini nanti, saya teringin untuk memuatkan sebuah lagu Melayu. Terlanjur ada peluang, sekurang-kurangnya saya dapat mempromosikan lagu Melayu di luar negara, katanya. 
Ditanya bagaimana penerimaan David terhadap imej bertudung yang dibawanya, pantas Yuna menjawab, tokoh muzik terbabit amat terbuka dalam soal itu. 

Imej sebegini bukanlah sesuatu yang baru baginya. Sebelum ini pun dia pernah berkunjung ke Malaysia dan sudah biasa dengan pemandangan sebegini. Senang bekerjasama dengannya dan saya akui begitu teruja dapat berkolaborasi dengan komposer terkenal sepertinya, tutur pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Teknologi MARA ini. 

Mengikat kontrak berdasarkan jumlah album, iaitu tiga semuanya, Yuna berkata album itu bakal berada di pasaran pada pertengahan tahun ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, selepas menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem Hollywood berjudul Savages, Yuna sekali lagi menjadi perhatian penggiat seni di sana untuk menyanyi dalam filem animasi terbaru berjudul The Croods. 

Lagu berjudul Shine Your Way ini ialah hasil ciptaan komposer yang mencipta skor muzik filem itu dan saya hanya sekadar menyumbangkan suara. Memang saya teruja apabila sekali lagi menjadi pilihan untuk menyumbangkan suara dalam filem animasi ini, katanya. 

Sedia terima jodoh kulit putih 

Jika ada yang mengikuti perkembangan laman sosial bergambar Yuna, iaitu Instagram, pasti akan ada yang perasan kekerapan gambar seorang jejaka Inggeris dipaparkan di situ. Pelbagai aksi dan gaya dapat dilihat dan kebanyakannya memperlihatkan kemesraan Yuna bersama jejaka terbabit. 

Enggan berteka-teki, Yuna diminta memberi penjelasan mengenai lelaki itu dan apakah mereka berdua mempunyai hubungan yang serius? Seakan memahami ke arah mana soalan itu bakal dituju, Yuna menjelaskan lelaki bernama Julian Shcratter itu tidak lebih sekadar teman biasa. 

Dia ialah jurugambar rasmi saya. Kebetulan dia memang teringin datang ke Malaysia, tetapi tidak mengenali sesiapa. Memandangkan kami sudah menjadi kawan, jadi saya mempelawanya mengikut saya dan sekali gus bertindak menjadi jurugambar rasmi saya untuk apa saja acara yang saya hadiri, katanya. 

Diusik pertanyaan apakah dia terima jika Julian ditakdirkan menjadi teman hidupnya, Yuna berkata, semuanya terpulang kepada jodoh.

Soal jodoh, itu semua ketentuan Tuhan dan saya tidak mampu untuk menolaknya jika ditakdirkan satu hari nanti kami bercinta. Keluarga saya tidak pernah menghalang dengan siapa saya berkawan. Bagaimanapun, buat masa ini saya lebih selesa menumpukan perhatian terhadap kerjaya saya yang baru hendak berkembang di sana, tegas Yuna. 

Usah panjangkan kontroversi 

Mengenai kontroversi membabitkan isu penyanyi Uji Rashid yang mendakwa dirinya disingkirkan pada saat akhir daripada membuat persembahan di AJL tempoh hari, Yuna berkata, dia berpegang kepada kenyataan dikeluarkan pihak pengurusannya sebelum ini. 

Saya anggap perkara ini sudah pun selesai apabila pihak TV3 tampil memberikan penjelasan bagi menjernihkan suasana menerusi program Melodi semalam (kelmarin). Lagipun saya tiada di tempat kejadian dan saya rasa kenyataan dikeluarkan pihak pengurusan saya sudah memadai. 

"Tak perlulah dipanjangkan perkara ini dan usah melihatnya sebagai sesuatu yang negatif. Saya percaya semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, ujarnya.