Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Disember 2014

Mi Segera Adalah Makanan Tiruan Beracun!

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Rakyat Malaysia telah memakan 870 juta paket mi segera pada tahun 2004 dan telah meningkat kepada 1,210 juta paket pada tahun 2008. Peningkatan sebanyak 40 peratus dalam jangkamasa 4 tahun. Pada tahun 2014, sudah tentu ianya meningkat lagi memandangkan kos harga makanan harian yang semakin mahal. Ianya boleh dikategorikan sebagai makanan rapu yang tidak berkhasiat, karbohidrat tinggi dan kurang vitamin, mineral dan fiber.

MI SEGERA merupakan mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..


Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mi segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.


Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.


136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.


Gambar di atas bukan nugget goreng, tapi sepasang buah pinggang yang telah rosak kerana 'dosa' pemakanan yang salah.
Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.


10 RAMUAN MELAMPAU DALAM MI SEGERA:

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Artikel sumbangan dari www.malaysiaria.com.my

Khas untuk anda yang prihatin dengan kesihatan dan kesejahteraan orang tersayang, anak-anak saudara, adik beradik dan seluruh sahabat handai anda. Peringatan yang berfaedah ini mungkin menjadi menjadi penyelamat kepada nyawa mereka. Sebarkanlah kerana sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1. Sedekah/amal jariahnya.
2. Doa anak²nya yang soleh.
3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Rabu, 19 November 2014

Menakjubkan Tentang Lalat - Hadith yang dibuktikan oleh Sains.

LALAT merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat makan dengan cara memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya dengan menggunakan belalainya.

Masih ingatkah sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W berkenaan lalat kira-kira 1400 tahun lalu ? 

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat."


1300 tahun kemudian iaitu tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat.



"Dan pada sebelah lagi sayap (lalat) adanya penawar.." : Mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini. 

Maka adalah logik apabila ingin mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat, badannya harus dibasahkan -menyelupkan lalat yang jatuh tersebut sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. 

Subhanallah betapa hebatnya Junjungan kita, Nabi Muhammad.. dari manakah beliau perolehi pengetahuan sebegini 1400 tahun lalu kalau tidak dari Sang Pencipta - Allah tuhan yang kita sembah.

Perjuangan Itu Pahit Kerana Syurga Itu Manis

Kita seringkali melihat ayat yang berbunyi ‘Dinilai Sahih oleh Albani’ atau ‘Dinilai Hasan oleh Albani’. Tahukah kita siapa itu Albani?

Beliau adalah salah seorang imam Ahli Sunnah Wal Jamaah pada abad ini. Beliau mengorbankan seluruh sisa hidupnya demi mengabdikan diri kepada Allah. Malah, beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang ulama hadis bahkan beliau adalah salah seorang di antara barisan para ulama yang mendapat gelaran sebagai pembaharu Islam (Mujaddid al-Islam)

Beliau adalah Muhammad Nasiruddin bin Nuh atau lebih dikenali dengan panggilan Abu Abdurrahman – lahir pada tahun 1914 Masihi di ibu kota Albania dalam sebuah keluarga yang sangat sederhana dan sibuk dengan ilmu agama. Bapanya, Haji Nuh merupakan salah seorang ulama besar Albania pada masa itu. Ayahnya pernah menuntut ilmu di Istanbul, Tuki, kemudian kembali semula ke Albania untuk mengajarkan ilmu dan berdakwah. Lingkungan keluarga yang menaungi Shaykh Albani ketika masih kanak-kanak, penuh dengan cahaya Islam , dan tampak sangat terjaga dalam setiap sisi.

Ketika Ahmad Zogo menjadi raja Albania, dia mula melancarkan pelbagai perubahan aturan sosial besar-besaran bagaikan hantaman hebat yang menggoncangkan pondasi orang-orang Islam. Tindakan yang dilakukan oleh raja Ahmad Zogo tersebut sama dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah Turki, Mustafa Ataturk; di mana para wanita Albania diharuskan menanggalkan hijabnya, sehingga rangkaian fitnah dan malapetaka pun tak terhindarkan. Sejak saat itu, kaum muslimin yang bimbang akan agama mereka mengambil langkah untuk berhijrah ke negara-negara lain.

Antara keluarga yang pertama berhijrah adalah keluarga Syaikh Haji Nuh, yang membawa agama dan keluarganya ke Syria. Termasuk di dalamnya, sang Imam kecil, Muhammad Nasiruddin al-Albani.

Di Damsyiq, lelaki kecil Muhammad Nasiruddin mula menimba ilmu dengan mempelajari Bahasa Arab di Madrasah Jam’iyah al-Is’af al-Hairi. Di sanalah beliau mula bertapak dalam dunia ilmu dan kemudian mendaki kemuliaan sebagai seorang alim. Insan yang pertama menanamkan pengaruh dalam dirinya adalah bapanya sendiri, Haji Nuh, yang merupakan salah seorang ulama Madzhab Hanafi dikala itu. Untuk beberapa lama beliau mengikuti mazhab Hanafi yang diajar oleh bapanya.

Walau bagaimanapun, hidayah Allah sentiasa datang kepada orang yang dikehendaki kebaikan pada dirinya. Setelah itu beliau muncul sebagai seorang yang tidak terkekang dalam Madzhab tertentu. Begitulah Albani, beliau muncul sebagai seorang pemuda yang unggul dalam kajian hadis, dan bertukar dari satu majlis pengajian ke majlis pengajian yang lain demi menimba ilmu.

Tindakan beliau dalam menuntut ilmu sangat tepat dan seiring dengan kehidupan beliau sehingga untuk menyara kehidupannya, dia mesti bekerja sebagai tukang baiki jam. Namun, semua itu sama sekali tidak menghalang beliau untuk menjadi seorang alim yang besar pada masa depan.

Berkat jerih payah sang Imam dan taufik dari Allah swt, sejumlah karya tulisan beliau mula diterbitkan dari tangan beliau dalam pelbagai disiplin ilmu seperti fiqh, akidah dan terutamanaya dalam ilmu hadis yang memang merupakan kepakaran beliau; yang menunjukkan kepada dunia ilmiah, luasnya ilmu yang telah Allah anugerahkan kepada beliau; berupa pemahaman yang sahih, ilmu yang luas, dan kajian yang mendalam tentang hadis, dari pelbagai sisi. Ditambah lagi dengan jalan beliau vang lurus dan menjadikan al-Qur’an serta as-Sunnah sebagai kayu ukur dan penentu segala sesuatu. Semua itu menjadikan sang Imam muncul sebagai seorang yang hebat dan menjadi rujukan ahli ilmu dan dengan keutamaan vang ada pada dirinya, beliau dikenali oleh pelbagai kalangan. Ketika Universiti Islam Madinah mula ditubuhkan yang dipelopori oleh Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alu Syaikh at-Tamimi yang saat itu adalah Mufti Kerajaan Saudi Arabia, Shaykh Albani dipilih untuk menjadi pensyarah Kuliah Hadis di sana.

Di sana sang Imam sempat mengajar dan mengharungi pelbagai suka dan duka selama tiga tahun. Pada masa itu, beliau menjadi contoh dan teladan. Kesungguhan dan keikhlasan beliau mengabdikan diri pada ilmu sehinggakan beliau sering kali bersama para pelajarnya di atas padang pasir pada waktu rehat di antara mata pelajaran, demi menjawab pertanyaan dan berbincang dengan pelajar-pelajar beliau.

Beliau adalah seorang yang sangat rendah hatinya sehinggakan beliau menjadi salah seorang dari pelajar apabila beliau bersama dengan pelajar-pelajarnya. Tidak hairanlah kereta peribadi beliau sentiasa dipenuhi dengan para pelajarnya yang ingin mengambil faedah dari ilmunya.

Beliau telah menghasilkan tidak kurang dari 119 karya yang sudah dicetak dan masih banyak lagi dalam bentuk manuskrip. Karya beliau terkenal kerana mempunyai kesimpulan-kesimpulan yang terperinci dan cermat. Ini menjadikan beliau sebagai rujukan para ulama dan para penuntut ilmu di bagi negara-negara Islam. Berikut adalah beberapa hal yang menggambarkan kedudukan beliau dalam dunia Islam:

Beliau terpilih sebagai anggota pada dewan kajian hadis yang dibentuk oleh Mesir dan Syria bagi memimpin jawatankuasa penerbitan buku-buku Sunnah.

Beliau juga menjadi pensyarah bidang hadis di Universiti Islam Madinah. Bahkan kemudian beliau dipilih sebagai anggota dewa reaktor di universiti tersebut pada 1381H hingga 1383H, kemudian beliau diambil kembali menjadi anggota dewan reaktor Universiti Islam Madinah pada 1395H hingga 1398H.

Beliau juga pernah diminta menjadi pensyarah di Universiti as-Salafiyah, India, tetapi beliau menolaknya.
Beliau juga pernah diminta oleh Menteri Wakaf Saudi Arabdia, Syaikh Hasan Abdullah asy-Syaikh, untuk menjadi pensyarah ilmu hadis di Universiti Makkah al-Mukarramah.

Perpustakaan azh-Zhahiriyah, di Damasyiq telah menyediakan satu ruang khusus bagi beliau mengkaji dan meneliti terhadap hadis.

Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (mantan Mufti Arab Saudi) mengatakan:

“Saya tidak pernah mengetahui seorang pun di atas bumi ini yang lebih alim dalam bidang hadis pada masa kini yang dapat menandingi Syaikh Albani rahimahullah”

Selain itu, Yusuf al Qaradhawi pernah berkata:

“Syaikh Albani adalah seorang Ahli hadits yang masyhur dari zaman dahulu dengan ilmu takhrij haditsnya dan menurutku Syaikh Albani adalah Ulama hadits yang paling masyhur pada zaman sekarang ini dan ulama yang pakar dalam ilmu takhrij hadis baik dalam menshohihkan dan melemahkan hadis”

Beliau wafat pada hari Sabtu 22 Jamadil Akhir 1420 H. Jenazah beliau dipersaksikan dengan iringan ribuan para pelawat dari pelbagai negara. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada sang imam yang telah berjasa besar terutamanya dalam bidang hadis sehingga manfaatnya sampai kepada kita pada hari ini.

Sumber : iluvislam

Selasa, 28 Oktober 2014

Beng Kor dan Chopz Suey Hina Ketua Menteri Sarawak

BINTANGOR: Berikutan kenyataan dikeluarkan dua pemilik akaun Facebook yang berbaur penghinaan dan ugutan terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Meradong tampil dan membuat laporan polis semalam.

Ketua Pemuda PBB Meradong Helmi Morsili berkata kenyataan berbaur penghinaan dan ugutan terhadap Ketua Menteri itu ditemui pihaknya menerusi laman sosial Facebook milik dua lelaki menggelar diri mereka Beng Kor dan Chopz Suey.

“Kenyataan tersebut kami temui pada 26 Oktober lalu. Kenyataan ditulis Beng Kor dalam laman sesawang itu ternyata menghina Adenan sebagai Ketua Menteri. Manakala kenyataan Chopz Suey pula mengundungi unsur ugutan bunuh terhadap pemimpin berkenaan"

“Kami tidak boleh menerima kenyataan individu ini,” katanya di sini semalam.

Helmi berkata, tindakan tegas perlu dilakukan bagi memberi pengajaran kepada pihak terbabit dan individu lain supaya perkara yang boleh menggugat keharmonian negeri tidak berulang.

“Saya mewakili seluruh kepimpinan Pemuda Meradong ingin merujuk kepada apa yang saya lihat dalam laman sosial terbabit.

Ia jelas mempunyai unsur yang amat tidak rasional.

“Kenyataan itu amat berbahaya dan boleh menimbulkan huru-hara selain menanam rasa kebencian rakyat terhadap Ketua Menteri dan kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Sementara Ahli Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Bintulu membuat aduan di Pusat Sehenti Balai Polis Bintulu berhubung kenyataan yang sama dalam akaun Facebook dua individu terbabit.

Penolong Setiausaha SABERKAS Cawangan Jepak Ismawi Ishak berkata beliau ketika itu sedang melayari laman Facebook dan terlihat artikel seorang individu dikenali Beng Kor atau nama sebenarnya Yeu Beng Keng, yang menyifatkan kepimpinan Adenan lemah dan Ketua Menteri boneka semata-mata.

“Kenyataan itu amat mengguris perasaan hati rakyat negeri ini kerana sebagai rakyat yang cintakan keamanan serta keharmonian adalah perlu setiap rakyat menghormati pemimpin yang menerajui negeri ini,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, apa yang menyedihkan terdapat salah seorang pemilik akaun Facebook bernama Chopz Suey mengeluarkan kenyataan kesat dengan ugutan bunuh terhadap Ketua Menteri dalam kumpulan Facebook ‘Sarawak Pansut ari Malaysia’.

Jelasnya, kata-kata kesat itu bukan sahaja tidak beretika dan menyalahi undang-undang, namun turut diklasifikasikan sebagai ancaman jenayah yang harus dipandang berat oleh pihak penguat kuasa undang-undang di negeri ini.

“Kami (SABERKAS Bintulu) berharap polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang mengeluarkan kata-kata kesat berbentuk ancaman dan tidak menghormati sistem demokrasi di negara ini,” ujar beliau.

Beliau berharap individu terbabit diambil tindakan undang-undang supaya tidak menjadi ancaman lebih besar pada masa depan demi keharmonian serta perpaduan penduduk berbilang kaum dan latar belakang di negeri ini.

Sumber : Utusan Borneo

Selasa, 15 April 2014

Nilai Dunia Untuk Akhirat

Kehidupan di dunia merupakan satu kehidupan yang sementara, walaupun dirasai lama akan tetapi kehidupan diakhirat itu jauh lebih lama dan tiada penghujungnya. 

Kehidupan dunia akan ada nilai bilamana kita gunakan nikmat kehidupan di dunia, untuk persediaan kehidupan diakhirat kelak. 

Katakanlah pada suatu hari, seorang fakir yang hampir pengsan akibat tidak menjamah makanan selama lima hari telah dihadiahkan dengan sebuku roti kering dan sebotol jus buah-buahan. Ketika nyawanya hampir ke hujung tanduk, ada nikmat berupa makanan datang kepadanya.

Jika dia seorang yang beriman, pasti hatinya akan berkata:“Ya Allah, inilah nikmat. Aku harus bersyukur.” Pada ketika itu jejaka tampan bukan lagi menjadi nikmat kepadanya, baginya sekeping roti lebih berharga daripada seorang lelaki idaman.

Katakanlah, anda seorang yang berada dan layak digelar jutawan. Mempunyai aset harta yang bernilai jutaan ringgit. Rumah dan kereta mewah bukan lagi menjadi suatu yang dianggap besar. Apa yang ada di hadapan mata atau yang terlintas difikiran anda pasti akan menjadi milik anda dalam sekelip mata.

Pada ketika itu, dimanakah nilai sebuku roti kering yang menjadi nikmat kepada si fakir yang sedang dalam kelaparan tadi jika ia dihulurkan kepada anda?

Adakah anda pernah terfikir bahawa nilai nikmat pada setiap orang itu berbeza-beza?

Sampaikan ada manusia yang kabur menilai nikmat.

Ada manusia, sebuku roti itu adalah nikmat baginya dan lambang kesyukuran untuknya. Ada manusia kesenangan adalah nikmat yang paling besar baginya kerana dia telah lama menderita. Ada manusia lain yang sudah bertahun-tahun lamanya menderita sakit lalu merasakan nikmat sihat adalah nikmat yang paling berharga buatnya.

Ya, nikmat yang dikurniakan itu sangat berbeza pada setiap individu. Sehinggakan ada manusia yang tidak tahu menilai nikmat yang datang kepadanya. Baginya, nikmat atau laknat sama sahaja.

Lalu bagaimanakah kayu ukur sebuah nikmat itu?

Pada nikmat yang diberi atau kepada yang menerima nikmat?

Jawabnya: Nilai dan kayu ukur sebuah nikmat terletak pada erti bersyukur.

Seorang yang kaya-raya tidak akan tahu menilai mana satu rezeki yang berupa nikmat kepadanya kerana dia berkuasa memperolehi segala-galanya melainkan dia tahu akan erti bersyukur. Dengan bersyukur, dia bisa menghargai segala kurniaan yang datang kepadanya samada kecil atau besar, sama ada diperlukan atau tidak dan sama ada sikit atau pun banyak. Dia akan sentiasa bersyukur ketika dia menghadapi situasi senang mahupun sukar.

Pendek kata, Allah S.W.T  tidaklah memandang sebesar mana nikmat yang diberikan oleh-Nya kepada manusia, tetapi melihat sejauh mana sikap manusia yang tahu bersyukur dalam setiap nikmat yang dikurniakan. Apabila seorang hamba itu bersyukur, dia akan menghargai nikmat yang datang sekaligus menghargai pemberi nikmat, iaitu Allah S.W.T.

Selasa, 25 Mac 2014

Malaysia kembali berduka

Tahun lepas MALAYSIA dikejutkan dengan pencerobohan oleh penganas dari Kesultanan Sulu di Sabah. Tahun ini MALAYSIA digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. 


Isnin, 10 Mac 2014

MH 370 Hilang

Sabtu, 8 Mac, 7.30 Pagi

Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH370 telah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafic Subang pada 2.40 Pagi, 8 Mac 2014.

Penerbangan MH370, berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 Pagi, 8 Mac 2014. MH370 sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 Pagi hari yang sama. Penerbangan ini membawa 227 orang (termasuk 2 kanak-kanak), 12 krew MAS.

Sebarang kenyataan berdasarkan sidang media. TQ.


Ahad, 5 Januari 2014

Khasiat Kopi

Ramai yang mempunyai pandangan dan persepsi negatif terhadap kopi berikutan kesan-kesan yang mereka alami setelah meminum kopi. Malah, ada juga yang terus memadamkan kopi daripada senarai minuman harian mereka. Mungkin mereka tidak mengetahui akan khasiat kopi yang hakikatnya memberi banyak manfaat kepada tubuh badan manusia. Saya juga percaya bahawa ramai lagi masyarakat kita yang masih masih memiliki pandangan serta tanggapan yang negatif terhadap kopi.

Satu kenyataan di sebuah laman web kesihatan iaitu laman Coffee & Health oleh Institut for Scientific Information of Coffee (ISIC) mengenai kajian terkini yang membuktikan perkaitan antara pengambilan kopi dan gangguan neurodegeneratif seperti penurunan kognitif, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan strok. Neuodegeneratif merupakan penyakit yang tidak boleh diubati dan menyebabkan degenarasi progresif dan/atau kematian sel-sel saraf. Gangguan neurodegeneratif ini menyebabkan masalah pergerakan (ataxias) atau fungsi mental (dementias).

Ini juga telah dibuktikan melalui beberapa kajian epidemiologi. Laman rasmi World Health Organization (WHO) mendefinasikan kajian epidemiologi sebagai kajian taburan berkaitan aktiviti kesihatan dan aplikasi kajian tersebut terhadap kawalan penyakit dan masalah kesihatan yang lain. Kajian ini membuktikan bahawa pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana nyata telah memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. Kajian ini turut membuktikan kesan pengambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.

Kopi adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan mula diperkenalkan oleh orang-orang Rom dan Yunani seawal abad ke-13. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan rangsangan kepada mereka yang meminumnya dan hari ini kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia serta boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso.

Kini terdapat juga pelbagai jenis minuman kesihatan berasaskan kopi yang boleh didapati di pasaran seperti Kopi Herba dan produk HPA Kopi Radix. Kopi Herba sangat berkhasiat terutamanya bagi pesakit-pesakit kencing manis, darah tinggi, batu karang, migrain, gout, gastrik, asthma dan sembelit. Malah, kopi ini juga boleh membantu mengurangkan angin dalam badan sepertimana yang dicatatkan di laman rasmi Kopi Herba.

Pengambilan kopi dalam kadar yang sedehana tidak akan memudaratkan kesihatan malahan akan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan manusia meski pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. Satu kajian saintifk berkenaan kesan pengambilan kopi menunjukkan bahawa risiko mendapat penyakit diabetes jenis dua adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi.

Kajian saitifik juga membuktikan bahawa selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati. Malah, kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti-aktiviti fizikal. Bagi mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam pula (stayed up), mereka akan lebih segar setelah meminum kopi.

Bagi penghidap penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi, pengambilan kopi tidak akan memberi sebarang kesan negatif terhadap tahap kesihatan mereka. Namun begitu, kesan pengambilan kopi yang positif hanya berlaku jika seseorang itu meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana dalam sehari. Kajian turut menunjukkan bahawa kopi tidak mempunyai kesan kardiovaskular seperti peningkatan kadar denyutan jantung, kadar denyutan jantung yang tidak stabil serta tekanan darah yang tinggi. Malah, risiko penyakit kardiovaskular adalah 10 peratus lebih rendah.

Seorang pesakit darah tinggi, Sarmiah Asun berkata, "Kandungan gula dalam darah saya sentiasa berada pada tahap yang stabil biarpun saya masih meminum kopi. Malah, saya turut tidak mengalami sebarang kesan-kesan negatif pengambilan kopi seperti pening dan letih sepanjang masa. Namun begitu, saya hanya meminum kopi tanpa gula untuk satu hingga dua cawan dalam sehari."

- Artikel iluvislam.com

Khamis, 2 Januari 2014

18 Cara Merawat Hati

  Masjid Istiqlal Jakarta, mampu menampung sehingga 200 000 ribu jemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."

Bukhari dan Muslim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia. Jika hati manusia sudah sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk di ubati. Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insya Allah hati tersebut akan dapat di ubati dan akan menngalami penyembuhan.

Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.

2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.

4. Khusyuk dalam solat.

5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.

6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.

7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

8. Beriktikad dengan akidah yang betul.

9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.

10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.

13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.

15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.

17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.

Rabu, 1 Januari 2014

Hidup Tenang Tanpa Hutang

 
 Masjid Sultan Ahmet, Turki (Sekadar Hiasan)

Berhutang itu bukanlah amalan yang sihat untuk diteruskan jika kita tidak mempunyai sebarang rancangan yang konkrit untuk menyelesaikannya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Juga Baginda saw pernah bersabda yang bermaksud:-

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari." ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)

Bagaimanakah bebanan hutang boleh kita atasi ?

1-Rancang kewangan peribadi dan keluarga dengan sebaik mungkin
2-Elak berbelanja dengan perbelanjaan yang melebihi pendapatan
3-Hindari berhutang melainkan sekiranya terpaksa
4-Buat perancangan pembayaran sekiranya terpaksa berhutang
5-Libatkan saksi dalam proses peminjaman
6-Pelajari dan berusaha dengan kaedah mendapatkan pendapatan sampingan
7-Hidup bersederhana dan jangan ikut masyarakat sekeliling
8-Lazimkan berdoa agar dijauhi bebanan hutang

"Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari bebanan hutang dan kezaliman manusia."

Jom, rancang kewangan agar bahagia dunia akhirat.

Khamis, 12 Disember 2013

Khawin Muda : Jangan Ingat Mudah!

Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan pada awal waktu, ketika masih belajar atau ketika umur masih muda.. Alhamdulillah..

Walaupun diri ini juga tergolong dalam golongan "kahwin awal" iaitu ketika tahun ke 2 di universiti, namun ada beberapa pesanan ringkas untuk renungan bersama, agar Sunnah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini tidak berakhir dengan Fitnah !!

Sama ada kepada mereka yang "menyokong" kahwin awal atau sangat "menentang" kahwin awal, apa yang perlu difahami bahawa setiap individu mempunyai situasi/masalah yg berbeza-beza dan pelbagai; ada yg perlu kahwin awal, ada yang merasakan tidak perlu kahwin selagi belum habis belajar dan macam-macam lagi. Jangan mengharapkan orang lain sama fikiran dengan kita, walaupun rambut sama hitam, belum tentu hati dan perasaan itu mempunyai persamaan.

Anjuran perkahwinan oleh Nabi SAW melalui sabda baginda:

"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)

Ada ulamak hadis menyatakan bahawa istilah "pemuda-pemuda" di situ ditekankan sebagai galakan agar disegerakan perkahwinan pada umur yang masih muda (ada ulamak yang menyatakan sebelum umur 40 tahun, dan ada yang menyatakan 25 tahun dan pelbagai lagi tafsiran ulamak).

Di sini, dinyatakan beberapa situasi yang perlu diambil perhatian, sebelum membuat keputusan, tanpa menuding orang lain, tepuk dada, tanya hati dan iman!

Pertama
Mereka yang tidak mengalami gelodak jiwa, dan mampu menahannya (samada dengan berpuasa, ataupun boleh mengawal fikirannya dengan sebaik mungkin), maka golongan ini adalah dinasihatkan terus fokus kepada apa yang dilakukan seperti belajar, bekerjaya dan sebagainya. Dalam masa yang sama sentiasa bermohon kepada ALlah agar segala urusan dipermudahkan di dunia dan di akhirat.

Kedua
Mereka yang "merasakan" dirinya dapat menahan semua itu, tetapi dalam masa yang sama sibuk melakukan pelbagai maksiat (berhubungan bebas dengan bukan mahram), golongan ini sepatutnya mencari jalan keluar dari hal ini, sama ada menghalalkan perhubungan dengan pernikahan atau memutuskan hubungan agar hidup lebih diberkati. Lakukan ini kerana taqwa kepada Allah insyaAllah pasti ada jalannya.

Ketiga
Mereka yang tidak dapat lagi menahan diri, mereka telah cuba, tetapi hati mereka tetap tidak tenang, fokus hilang, hanya terasa ingin kahwin sahaja, tetapi masih mampu menghalang diri daripada maksiat-maksiat, maka golongan ini juga disyorkan agar mencari jalan terbaik dan mohon petunjuk Istikharah daripada Allah, mengadu selalu kepada Allah, jika telah ada calon yang sesuai, bersegeralah untuk halalkan dengan cara terbaik, tekadkan dalam diri bahawa "aku lakukan ini kerana Taqwa", tingkatkan prestasi diri melalui persiapan dari segenap segi, semoga jalan yang dipilih itu paling diberkati!

Firman Allah SW

"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
(Surah at-Talaq ayat 2)

Melalui tiga situasi ini, difahami bahawa masing-masing ada AQAL untuk menilai diri sendiri, di situasi mana dirinya berada! dan jika perlu berbincanglah sebaiknya dengan mereka yang lebih tua (hormati pandangan mereka), atau sesiapa sahaja yang berpengalaman (yang boleh dipercayai). Apa sahaja pilihan kita, janganlah sampai tersalah menilai seseorang melalui sudut kacamata diri kita (itu merupakan satu kesalahan besar), lantas menghukum org itu, lebih teruk maka terkeluarlah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kepada saudara kita sesama Islam.

"Gatal sangat dah ke, sampai perlu kahwin masa belajar!!",

"Belajarlah bagi selesai dahulu!!",

"Aku boleh fokus, takkan dia tak boleh, saja je tu nak kahwin awal!" dan macam-macam lagi.

Sepatutnya, adalah lebih baik kita cuba memandang dari sudut kacamata orang tersebut, mungkin ada kejernihannya, dan pelbagai perkataan yang menyakitkan hati itu mungkin tidak akan keluar, memadailah pesanan Rasulullah SAW sebagai peringatan:

"Orang Islam itu ialah individu yang orang-orang Islam selamat daripada lisannya (kata-kata kesat/mengumpat) dan tangannya (kezalimannya)".
(Hadis Riwayat al-Bukhariy : 6484)

Secara kesimpulannya,  pegangan utama kita adalah Taqwa kepada ALLAH, jika kita mampu mengelakkan maksiat, dan mampu menahan diri, bahkan mampu fokus tanpa memikirkan hal-hal kahwin semasa belajar, maka teruskanlah, dan jangan lupa berdoa untuk mendapat kemudahan/kejayaan dunia dan akhirat (termasuklah perkara-perkara jodoh).

Manakala jika kita tidak mampu menghalang diri, telah bergelumang dengan hubungan bukan mahram (terutama yang telah mempunyai seseorang yang istimewa), persiapkan diri (dari segala segi), cari jalan untuk segera menghalalkannya, ataupun pilih jalan untuk menjauhkan diri dulu dari semua itu.

Ingatlah! Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain "api".

Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap taqdirNYA itu dirangkaikan dengan keredaannya semata-mata..

Satu analogi untuk seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..

"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."

"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."

Wallahu Anta A'lam

- Artikel iluvislam.com

Rabu, 4 Disember 2013

Aku Penganggur!

Coretan dalam surat khabar, blog mahupun majalah yang berkisarkan lambakan graduan menganggur menunjukkan angka luar biasa. Lihat saja, graduan ijazah kelas pertama turut terkena tempiasnya. Bukankah kecemerlangan akademik itu mampu membuatkan mereka mudah memperoleh pekerjaan?

Dulu, penulis turut mendaftar di laman ‘job street’ atau blog lain yang akan memuat naik perihal kerja kosong. Dari situ menunjukkan banyak kerja kosong yang diiklankan dengan pelbagai jawatan. Aneh, sekiranya graduan tidak mengambil peluang di depan mata.

Gaji? Kenapa ia dipersoalkan, sedangkan banyak cara yang boleh dilakukan terutama ia dapat mengasah bakat yang ada dan ambil peluang itu sebagai satu pengalaman. Inilah dikatakan, belum bekerja sudah ‘demand’ gaji!

Satu hal pula, di mana ada yang sudah bertahun-tahun tamat belajar tetapi belum pernah menghantar satu pun resume ke sana sini. Ada juga yang mengharapkan gaji harus setimpal dengan kelayakan yang ada. Wahai kawan, janganlah meletakkan harapan terlalu tinggi, dengan pengalaman yang belum ada, sudah tentu anda akan terbiar menganggur sampai bila-bila.

Jika perempuan, mungkin boleh tunggu orang masuk meminang. Tapi bagi lelaki pula, jangan berharap keluarga kekasih akan menerima anda sebagai menantu. Nak menyara kehidupan sendiri pun belum tentu lepas.


Cerewet & memilih

Ada benarnya apabila sudah tamat saja belajar, perkara pertama yang akan dilakukan adalah memilih pekerjaan yang secocok dengan anda. Oleh itu, diri akan sentiasa memikirkan soal gaji, tempat tinggal, jawatan dan pelbagai perkara remeh yang lain. Jangan terlalu ‘lurus’ untuk membuat pilihan kerana peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup.

Fikirlah hala tuju yang betul terutama apabila anda dibebani dengan hutang pinjaman pelajaran ataupun keinginan membantu keluarga di kampung yang banyak bersusah payah untuk anda selama ini.

Ketahuilah bahawa graduan di Malaysia ini sangat ramai. Itu tidak termasuk lagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang pasti menunggu masa untuk keluar mencari peluang.

Walaupun anda menetap di Kulim tetapi berjaya mendapat kerja di Kuala Lumpur, tidak ada salahnya untuk anda berhijrah ke bandar lain bagi meluaskan pengalaman. Bahkan, anda adalah insan terpilih untuk menyandang jawatan berkenaan, ia lebih baik daripada calon yang tidak dipanggil bekerja!

Jika gaji menjadi topik utama, bangun dan berusaha sekerasnya agar anda dinaikkan pangkat dengan cara menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Ada baiknya bermula dari bawah. Di situ anda boleh belajar secara perlahan-lahan tanpa perlu ada sebarang tekanan dan mendapat ilmu tambahan daripada rakan kerja yang sudah lama berkhidmat.


Terpaksa untuk kerja

Apabila malas dan kemudian mendapat kerja. Itu menyebabkan ada di antara graduan yang bekerja dalam keadaan terpaksa. Apa yang dikatakan terpaksa merangkumi beberapa aspek, antaranya didesak oleh keluarga, tidak mahu menjadi penganggur atau malu jika tidak bekerja. Selain ada komitmen lain yang harus ditanggung membuatkan mereka tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja.

Selain tidak pasti kerjaya apa yang harus mereka pilih, ada yang merasakan kerjaya itu mestilah dalam bidang yang dipelajari. Ada juga yang tidak peduli kerja apa sekalipun walaupun berlainan dengan apa yang dia belajar. Asalkan ada kerja dan dapat gaji.

Sebelum tamat belajar, fikir dan renungkan cita-cita yang anda impikan. Lantas tetapkan pendirian untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh. Jika tidak dapat apa yang dimahukan, jangan sesekali menyesal atau berputus asa.

Jika pada mulanya ia sekadar ‘paksa’ tetapi selepas dipupuk dengan kerajinan dan usaha yang tinggi, status itu akan bertukar menjadi ‘rela’.


Bodoh sombong

Ya, ini adalah satu sifat yang harus dihindarkan dalam diri seseorang itu terutama yang masih bergelar ‘fresh graduate’.

Nuralya Mohd Roslan, 27, mengatakan tidak ada syarikat yang akan menawarkan jawatan besar sekiranya individu itu tidak mempunyai pengalaman.

“Sebagai contoh, anda mengidamkan ­jawatan pegawai atasan tapi hakikatnya anda perlu terlebih dulu memegang jawatan yang setimpal atau memulakan yang bawahan dulu. Jika anda ingin menjadi pensyarah misalnya, anda perlu menjadi pembantunya terlebih dahulu.

“Saya mengatakan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan di mana ini yang membuatkan seseorang itu menolak setiap peluang temu duga, lalu mendatangkan kerugian pada diri sendiri sampai bila-bila,” kata ustazah muda ini.


Serba boleh

Menurut seorang lagi rakan Gen Y, Mohd Hafizul Mohd Yahya, 28, kemahiran ‘multitasking’ atau serba boleh sangat diperlukan oleh syarikat besar.

“Jangan menyimpan angan-angan tinggi sekiranya anda tidak ada kemahiran itu. Jika hanya duduk menaip dan mengangkat telefon, pasti seseorang itu tidak akan lama bertahan. Misalnya, anak muda kini tidak suka kerja yang membosankan sehingga buat diri rasa malas bangun pagi untuk ke tempat kerja.


“Oleh sebab itu, mereka tidak dapat mempersembahkan mutu kerja berkualiti yang syarikat mahukan. Ini yang membuatkan ramai graduan menganggur tidak ‘tahan’ dengan cara yang ditampilkan tempat kerja lama,” kata pegawai bank ini.

Justeru, semua graduan digalakkan untuk bekerja yang membabitkan bidang praktikal berbanding teori yang sudah tidak lagi relevan pada masa kini.

Setiap pekerjaan mahukan anda bijak dan tangkas dalam menghasilkan sesuatu. Bidang yang ada hari ini memerlukan anda membuat lebih daripada apa yang tercatat dalam ‘kontrak’ atau kertas perjanjian.

Biar apa sekalipun alasannya, ia terletak di tangan sendiri. Sama ada bekerja atau me­nganggur.

Selasa, 19 November 2013

Fesyen wanita yang tak digemari lelaki

Fesyen itu adalah universal dan kebiasaannya wanita adalah insan yang pandai dan hebat berfesyen namun adakala ada sesetengah fesyen yang tak digemari oleh kaum lelaki ini.
 
Ini kerana jika fesyen itu terlalu keterlaluan ianya tidak kena dengan gaya dan personaliti anda malah jika anda menggayakan fesyen tersebut mungkin kelihatan tidak menarik dan tidak dilayan oleh sang jejaka.
 
Jom lihat 5 fesyen yang tidak digemari jejaka ini:
 
 
Cermin mata besar
Kebanyakan wanita merasakan bahawa apabila mereka memakai cermin mata yang besar, mereka akan kelihatan lebih moden dan bergaya. Tidak bagi lelaki, kerana bagi mereka, wanita yang memakai cermin mata yang besar ini tidak sesesuai dan membuatkan wajah si wanita itu kelihatan seperti serangga yang bermata besar. Amatlah penting bagi seseorang wanita itu memilih saiz dan bentuk cermin mata yang betul-betul kena dengan raut wajah anda agar kelihatan menawan sentiasa.
 
Bibir yang merah menyala
Kebanyakan wanita akan merasakan bahawa bibir mereka akan lebih seksi sekiranya menggunakan lipstick yang berwarna merah menyala. Tetapi hakikatnya ada segelintir lelaki yang tidak sukakan demikian kerana warna yang terlalu terang akan membuat mereka bercakap dengan badut. Lelaki lebih suka sesuatu yang menyenangkan dan sederhana kerana itu lebih membuat anda seperti bidadari dengan bibir yang semulajadi dan tidak terlalu merah. Wanita harus lebih peka dengan pemilihan warna gincu agak bersesuaian dengan kulit anda.
 
Bulu mata
Memang tak dinafikan bulu mata yang panjang dan melentik memang akan membuat wanita itu kelihatan lebih cantik dan menawan tetapi sekiranya bulu mata itu palsu dan dipakai tidak kena majlis pastinya akan menjadi mimpi ngeri buat anda apabila dipandang jelik oleh sesetengah lelaki. Seeloknya tak perlulah gunakan bulu mata palsu kerana tidak semesti bulu mata panjang, melentik itu cantik bahkan jika kita lihat wanita Korea bulu mata mereka semua biasa-biasa saja tetapi mereka masih dianggap jelita. Kebanyakan lelaki sukakan bulu mata yang asli dan original kerana itu lebih nampak kecantikan sebenar.
 
Selipar/Kasut
Oh ini tidak sesuai kerana selipar dan kasut itu bukanlah sesuatu yang menarik untuk dipakai kerana ada sesetengah selipar yang agak ketinggalan zaman. Tetapi memang benar selipar lagi selesa dipakai daripada kasut tumit tinggi namun jika mahu memakai selipar haruslah memilih yang sesuai dan mengikut trend semasa. Namun begitu, walau secantik mana selipar/kasut yang dipakai, lelaki pasti lebih mengemarkan kekasihnya memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan menambah lagi pesona dan keaggunan anda.
 
Pakaian yang terlalu seksi
Akhir sekali janganlah pakai pakaian yang terlalu seksi dan menjolok mata kerana tidak semua lelaki sukakan wanita berpakaian seksi. Alangkah indah dan moleknya anda sekiranya berpakaian sopan dan sesuai dengan bentuk tubuh anda, tidak perlu memakai yang terlalu ketat sehingga sukar untuk berjalan dan sebagainya. Lebih manis dan selamat bagi wanita yang memakai pakaian menutup aurat kerana aura mereka akan terserlah.

Remaja Hilang di Villa Nabil, Johor


Khabar angin mengenai 23 remaja yang hilang di sebuah vila lama dekat Danga Bay Johor Bahru semalam menjadi perbincangan hangat rata-rata pengguna laman sosial Facebook hari ini.
 
Di laman sosial Twitter, berita mengenai villa berhantu tersebut atau lebih dikenali sebagai Villa Nabila menjadi "trending" sejak dari semalam hingga ke hari ini.
 
Rata-rata pengguna Internet berkongsi kisah dan maklumat mengenai Villa Nabila yang tersenarai antara lima tempat paling menyeramkan di Malaysia oleh portal pelancongan Amerika Syarikat, Expedia.
 
Biarpun perkara mengenai kehilangan 23 remaja yang hilang dalam villa tersebut dinafikan polis, pengguna Internet percaya perkara sebenar cuba disembunyikan pihak berkuasa.
 
"Apa sebenarnya cerita #VillaNabila ni? @TwtICYM ada tweetpic gambar2 tu semua gambar betul ke? BUKAN SEORANG SAJA YANG 'DISOROK' katanya." kata pengguna twitter @CikHaf.
 
"@Hannis Chan: Media massa kata seorang je yang hilang. Hal ini kerana media massa tak nak memperbesarkan cerita, atas sebab2 tertentu," kata seorang lagi pengguna Twitter.
 
Satu laman Facebook "Misteri Villa Nabila di Johor Bahru" yang dibangunkan mendapat 48,920 tanda suka oleh pengguna Internet dalam masa hanya semalaman.
 
Terdapat enam versi cerita mengenai Villa Nabila yang tidak berpenghuni selama 40 tahun antaranya Nabila yang merupakan anak tunggal dari keluarga kaya raya dibunuh oleh orang gajinya.
 
Versi lain pula menyatakan Villa Nabila itu asalnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari barat.
 
Anak ahli perniagaan yang bernama Nabila akhirnya dibunuh kerana keengganan bapanya membahagikan kan harta kepada adik beradiknya lain menyebabkan villa itu akhirnya terbiar tidak berpenghuni.
 
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Abdul Samad Salleh hari ini berkata pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun yang gagal pulang ke rumah sejak Sabtu lalu yang didakwa memasuki Villa Nabila di sini.
Operasi mencari remaja berasal dari Majidee itu masih diteruskan dan disiasat dibawah kes orang hilang.

Turut dilaporkan kawasan luar vila tersebut kini dipenuhi dengan kehadiran orang ramai. – 18 November, 2013.
 

 

Rabu, 12 Jun 2013

Kampung miliki lebih 100 pasangan kembar

NEW DELHI - Sebuah perkampungan terpencil di utara India menggemparkan pakar-pakar kesihatan kerana memiliki lebih daripada 100 pasangan kembar, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Fenomena itu berlaku di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Mohammedpur Umari yang terletak dalam wilayah Uttar Pradesh.

Kampung tersebut dihuni oleh 6,000 penduduk. Lokasi itu tiada jalan raya yang sempurna, sekolah atau pun hospital.

Namun, perkara luar biasa berlaku apabila terdapat lebih daripada 100 pasangan kembar di kampung tersebut sejak 50 tahun lalu.

Menurut beberapa penduduk di perkampungan Dhumanganj yang terletak berhampiran Mohammedpur Umari, bilangan kembar itu mungkin mencecah 200 pasangan jika terdapat sebuah hospital di lokasi tersebut.

Lebih daripada 90 anak kembar yang dilahirkan dilaporkan meninggal dunia sejak kebelakangan ini kerana kesukaran mendapatkan rawatan perubatan.

"Bayangkan betapa indahnya jika semua anak kembar yang dilahirkan menetap di kampung ini," kata seorang penduduk kampung Mohammedpur Umari, Mohammed Asif.

Perkampungan itu mempunyai 80 peratus penduduk beragama Islam dengan 20 peratus lagi penganut Hindu. Namun fenomena kelahiran kembar itu berlaku dalam kedua-dua komuniti tersebut. - Agen

Sumber : http://www.idhamlim.com/2013/04/kampung-miliki-lebih-100-pasangan-kembar.html

Jumaat, 7 Jun 2013

Gambar Kuala Lumpur Ketika Perang Dunia Ke-2

Ketika kita berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, sama ada untuk bekerja, bershopping, saja jalan-jalan cari makan atau sebagainya tanpa kita SEDAR SAMA SEKALI kawasan yg kita PIJAK itu pada tahun 1942 dulu adalah kawasan PERTEMPURAN SENGIT. Banyak bangunan yang terbakar, asap berkepul-kepul di sana-sini dan paling mengerikan tempat mayat-mayat bergelimpangan.













Rabu, 5 Jun 2013

Sabar atau Bunuh diri?

Pernahkah anda mengalami stress yang melampau? Mungkin ada antara kita yang pernah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan seperti membunuh diri dan mencederakan diri sendiri ketika menghadapi tekanan yang melampau.

Ada juga yang gemar menjerit terpekik terlolong ketika stress menyelubungi diri. Saya sendiri contohnya, pernah menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata kerana memesan semua menu yang terdapat di McDonald akibat stress yang melampau.

Syeikh al-'Arifi, seorang penulis buku Arab yang terkenal menceritakan kisah beliau tatkala beliau berkunjung ke Madinah al-Munawwarah untuk menziarahi sahabatnya Khalid. Dalam pertemuan itu, Khalid mengajak beliau untuk menziarahi sahabat mereka berdua, Dr. 'Abdullah. Dr. 'Abdullah merupakan seorang cendekiawan yang terkenal dengan akhlak yang mulia dan beliau sentiasa tersenyum.

Kisah Dr. 'Abdullah ini cukup menyayat hati. Beliau diuji dengan dugaan yang sangat kuat oleh Allah S.W.T.

Suatu hari, anak lelaki sulung beliau membawa semua ahli keluarganya ke satu kenduri perkahwinan tidak jauh dari rumah mereka. Hanya Dr. 'Abdullah yang tidak ikut serta ekoran tuntutan kerjaya beliau di universiti. Siapa sangka itulah kali terakhir beliau hidup bersama mereka. Dalam perjalanan pulang, kereta yang dipandu anak sulungnya kemalangan dan mengorbankan keseluruhan ahli keluarganya, kesemua 11 orang!

Walaupun Dr. 'Abdullah selalu bersabar apabila menghadapi pelbagai ujian, tetapi beliau tetap seorang manusia biasa. Beliau tetap punya hati dan perasaan dan mata yang bisa menangis. Dia juga mempunyai jiwa yang kadangkala gembira dan kadangkala sedih.

Sungguhpun berita itu sangat merapuhkan hati, beliau tetap menyembahyangkan jenazah dan mengebumikan mereka dengan tangannya sendiri. Setelah selesai pengebumian, Dr. 'Abdullah pulang ke rumahnya yang pernah dihuni oleh anak-anak dan isteri beliau. Dengan hati yang masih terluka, beliau mula menjelajah ke segenap pelusuk rumah. Sunyi, sangat sunyi. Tidak seperti sebelumnya.

Beliau memandang mainan yang terbiar di atas lantai. Tiada lagi Khulud dan Sarah yang riang bermain dan kadang-kadang berebut permainan sampai bertelingkah kecil. Sungguh girang hati-hati suci itu!

Beliau menjenguk kamar tidur beliau dan isterinya. Matanya tertancap pada katil yang tidak dikemas kerana tiada lagi Ummu Salih, isterinya yang dicintai sepenuh hati yang setiap pagi akan mengemas katil mereka berdua tanpa bersungut.

Basikal Yassir sepi sendirian tersandar pada dinding rumah. Tiada lagi pemuda mulia itu yang setiap petang akan menunggangnya ke pekan.

Beliau masuk ke kamar anak gadis sunti beliau yang sudah merancang untuk berkahwin dengan pemuda soleh pilihannya sendiri tidak lama lagi. Pakaian pernikahannya masih elok tersusun tidak terusik apatah lagi dipakai.
Masya-Allah. Kamu menghadap-Nya di saat-saat pernikahanmu semakin hampir!

Alangkah hebatnya seorang hamba Allah redha akan ketetapan Tuhannya. Sesiapa sahaja yang melihat beliau ketika mendapat ucapan takziah daripada orang ramai akan pelik. Kerana seolah-olah yang meninggal itu bukan sesiapa baginya. Malah beliau yang sebaliknya menasihatkan tetamu yang datang dengan tazkirah ringkas beliau.

Beliau sentiasa mengulang, "Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Segala yang Allah kurniakan, itu kepunyaan-Nya. Segalanya telah Allah tetapkan."

Bayangkan jika beliau tidak redha dan bersungut atas kehilangan mereka. Lama kelamaan, beliau akan mati kerana kesedihan yang melampau. Kerja tidak akan menjadi. Hidup tidak dapat diteruskan dengan sempurna.

Benar sahabatku! Jangan kamu cuba untuk bunuh diri dan janganlah setiap kali kamu berbual dengan orang ramai, kamu mula bersungut terhadap dugaan Allah sampaikan orang lain mulai jemu dengan kerenahmu.

Contohnya apabila seorang isteri kerap sekali mengadu kepada suaminya, "Bang, rumah ni dah lama sangat dah.. Bang, kereta buruk tu dah selalu sangat masuk bengkel.. Bang, baju ayang dah out of fashion.."

Sudah tentu lama-kelamaan si suami akan menjadi bosan dengan sikap isterinya itu dan tidak mustahil andainya si suami tersebut mula mencari-cari bakal isteri baru.

Adalah lebih elok kalau kita terima segalanya seadanya. Tidak guna mencemuh mengatakan itu begitu, ini begini, yang itu begitu, yang ini begini.

Ingatlah wahai diri dan sahabat, dugaan itu tidak merupa dalam bentuk kesusahan sahaja, malah kesenangan yang ada sekarang juga adalah dugaan. Dugaan yang diciptakan untuk menguji hamba-Nya yang bersyukur dan hamba-Nya yang kufur.

Wallahu'alam.

-Artikel Iluvislam.com

Selasa, 28 Mei 2013

Cara selamat seks ketika hamil

Hubungan seks adalah keperluan bagi pasangan yang bergelar suami dan isteri. Namun bagaimana jika isteri sedang hamil?

Apakah perkara-perkara yang harus diberi perhatian?

Setiausaha Agung Pengurus Kebangsaan Persatuan Seksologi Indonesia (ASI), Dr. Bona Simanungkalit menjelaskan bahawa wujud dua pandangan berhubung perkara ini. Pertama, beberapa pakar berpendapat sebaik-baiknya air mani atau sperma tidak dikeluarkan di dalam faraj pada tiga bulan pertama (trimester pertama) dan tiga bulan terakhir (trimester ketiga) kehamilan.

Alasan bagi pendapat itu ialah sperma mengandungi prostaglandin yang boleh melebarkan mulut rahim atau serviks. Keadaan ini dikhuatiri akan mengakibatkan keguguran," jelas doktor yang berpejabat di Puri Matahari Persada di Jalan Laladon Raya, Bogor.

Pendapat kedua mengatakan hubungan seksual ketika hamil boleh dilakukan pada bila-bila masa asalkan kedua-dua pihak mahu melakukannya. Suami tidak harus memaksa isteri untuk melakukan hubungan seks sekiranya si isteri tidak mahu. Kesimpulannya, hubungan seks boleh dilakukan asalkan kedua-dua pihak berasa selesa.

"Pendapat saya pula bergantung kepada keadaannya," ujar doktor Bona. "Sekiranya wanita yang hamil itu tidak sihat dan sering keguguran, si suami dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan air mani atau sperma ketika melakukan seks."

Apakah kesan sperma itu boleh diselesaikan dengan penggunaan kondom?  Sudah tentu. Namun doktor yang pernah mengikuti pengajian Seksologi di Fakulti Perubatan Udayana, Denpasar ini berkata, tidak semua lelaki mahu memakai kondom ketika melakukan hubungan seks.

Justeru setiap wanita hamil harus berjumpa doktor, bukan hanya untuk memantau keadaan kandungannya tetapi juga bagi mendapatkan nasihat berkaitan seksualiti.  Jika perlu, berjumpalah dengan pakar psikologi kerana wanita yang baru pertama kali hamil biasanya tidak selesa dengan perubahan pada tubuhnya.  Selain dapat mengetahui tentang keadaan dan perkembangan kehamilannya, dia juga boleh mendapatkan pandangan doktor mengenai hubungan seks yang selamat.

Menurutnya lagi, hubungan seks ketika hamil adalah bermanfaat kerana kehidupan seks adalah keperluan naluri setiap makhluk hidup. Melakukan hubungan seks adalah hak bagi setiap pasangan suami isteri, dan selesa menikmatinya dengan penuh kasih sayang.

Namun Dr. Bona mengakui bahawa ada lelaki yang enggan melakukan hubungan seks ketika kandungan isterinya semakin membesar.  Tanpa disedari sikapnya itu boleh menyinggung perasaan isteri.

"Cuba bayangkan, bagaimana perasaan isteri apabila suaminya mengelak daripada melakukan hubungan seks?" katanya.
Menyentuh tentang posisi ketika melakukan hubungan seks,  "Sebaik-baiknya pilihlah kedudukan yang selesa untuk ibu yang sedang hamil. Misalnya, kedudukan yang selesa agar perutnya tidak tertekan."

Melakukan hubungan seks tidak akan memberi kesan pada bayi yang dikandung kerana di dalam perut ibu,  bayi selamat dilindungi air ketuban. Hubungan seks juga tidak akan meninggalkan tompok sperma pada tubuh bayi, seperti sangkaan ramai orang.

Sepanjang tempoh kehamilan ketika kedudukan kepala bayi masih di atas hubungan seks secara selesa masih boleh dilakukan. Namun apabila kepala bayi sudah berada pada kedudukan yang sesuai untuk kelahiran atau laluannya sudah terbuka, maka sebaik-baiknya elakkanlah daripada melakukan hubungan seks.

Justeru tiada masalah untuk melakukan hubungan seks ketika hamil, kerana ada cecair ketuban yang dapat melindungi bayi dalam kandungan. "Tetapi, apakah kita masih mahu melakukan hubungan seks sedangkan bayi yang dikandung bakal dilahirkan pada bila-bila masa? Seelok-eloknya,  tunggulah dulu sehingga bayi itu selamat dilahirkan," ujar Dr. Bona.

Sumber : yahoo.com

Khamis, 23 Mei 2013

Hikmah Sakit Buat Pendosa

Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Maklumlah kita makhluk pendosa; tidak terlepas dari kelalaian. Kesakitan adalah salah satu dari dugaan hidup. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.

Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.

Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?

Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.

Menghapus dosa

Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.

"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.

Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.

Sakit yang meninggikan darjat

Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.

Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.

"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.

"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.

Sakit rohani punca kejahatan

Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah, doktor pakar akan menjadi tempat rujukan. Selepas itu barulah rawatan dan ubat diberikan bagi menyembuhkan sakit berkenaan.

Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapat dilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternyata bukan kecil sakitnya itu. Bahkan mampu merosakkan seluruh anggota badan yang lain.

Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinya terlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya.

"Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalu banyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinya mudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badan melaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan yang diambil dan dimasukkan ke dalam perut sehingga membentuk daging. Ada orang yang mengambil makanan daripada sumber yang haram. Ia sekaligus menggelapkan hati.

"Bahkan ada orang yang tidak tahu bahawa dirinya berdosa. Membiarkan seluruh anggota badan melakukan maksiat sehingga hati sudah tidak mampu melihat cahaya Islam yang sebenar," ujarnya.

Taubat menyucikan dosa dan noda

Menurut Zaharuddin, taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa-dosa yang dilakukan selama ini dapat menyelamatkan rohani seseorang daripada terus mengalami kesakitan yang parah.

Katanya, Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba-hamba-Nya yang berlumpur dosa serta noda untuk kembali membersihkan diri mereka dengan cara bertaubat. Ujarnya, ini sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).