Selasa, 14 Februari 2012

Sometimes we need it!

SOMETIMES IN LIFE, WHEN YOU FALL DOWN, YOU FEEL LIKE YOU
DON'T HAVE THE strength TO GET BACK..

DO YOU THINK YOU HAVE HOPE?

I JUST WANT YOU TO KNOW THAT IS NOT THE END...

ITS MATTER HOW YOU COME FINISH

AND YOU GONNA FINISH STRONG..

YOU WILL FIND THAT strength TO GET BACK UP....!

Isnin, 13 Februari 2012

Rama-Rama Yang Tewas

Seorang budak lelaki berusia lapan tahun sedang asyik melihat kepompong tergantung pada ranting pokok bunga. Ada lubang kecil pada kepompong itu yang mengeluarkan kaki-kaki kecil halus seekor rama-rama. Rama-rama itu berhempas pulas mahu keluar dari kepompong itu dan ternyata ia amat sukar. Rama-rama itu terus cuba meloloskan diri dan akhirnya ia berhenti kerana tidak berdaya lagi.

Budak lelaki tadi yang asyik memerhatikannya berasa kesian dan ingin membantu rama-rama itu. Dia mengambil gunting dan kemudian membesarkan lubang kempompong itu. Beberapa saat kemudian, keluar seekor rama-rama tercantik tetapi sayapnya masih terkatup. Rama-rama itu kelihatan lemah sekali. Ia hanya mampu merayap perlahan-lahan dari gunting. Akhirnya jatuh ke tanah dan tidak bergerak lagi.

Harapan budak lelaki itu bagi melihat rama-rama yang cantik itu terbang pada kali pertama dan berada pada kuntuman-kuntuman bunga yang indah berkecai. Dia menceritakan kepada ibunya dan ibunya memberitahu tentang proses rama-rama keluar dari kepompong itu sememnagnya lama dan ia adalah proses yang semula jadi. Sepanjang masa itu, badan dan sayap rama-rama akan belajar bagi menyesesuaikan diri dengan persekitaran yang baru yang akan ditempuhinya seperti suhu dan udara.

Budak lelaki itu mula faham. Ibunya menerangkan lagi iaitu masalah dan tekanan yang berlaku dalam hidup adalah salah satu cara yang membolehkan kita melangkah labih jauh lagi dengan mengenal erti kesusahan. Ia akan mematangkan kita tanpa kita menyedarinya. Budak lelaki itu tersenyum dan mula mengerti.

Khamis, 9 Februari 2012

Think!

"EXPEROENCE taught me a few things. One is to listen to your gut, no matter how good something sounds on paper. The second is that you're generally better off sticking with what you know. And the third is that sometimes your best investments are the ones
you don't make."


"Make THING happen"!

"Jika anda hidup dalam KESUSAHAN dan KEMISKINAN sekarang, MUNGKIN itu TAKDIR anda.. TAPI jika anda MEWARISKAN kesusahan dan kemiskinan itu kepada ANAK anda, itu satu keilapan yang sangat BESAR!"

Selasa, 7 Februari 2012

Kegagalan pemangkin sebuah Kejayaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

"Hendak seribua daya, tak nak seribu alasan"! begitulah ungkapan yang paling sesuai diberikan kepada sesiapa yang inginkan sebuah kejayaan dalam apa jua bidang di dunia ini. Walauapapun dugaan, rintangan dan sebagainya, jika kita impikan sebuah kejayaan, pasti dan pasti akan ada cara dan jalan untuk mencapainya.

Erti sebuah kejayaan dengan adanya satu pengorbanan yang besar. Makin banyak kita korban untuk mendapatkan kejayaan itu, maka itu adalah pemangkin untuk kita lebih berusaha untuk mencapainya.