Khamis, 3 Disember 2009

Kisah Hidup Nabi Muhammad s.a.w [episode 1]


KETIKA umat manusi diselubungi ambang kegelapan dan kehilanggan pegagan hidup, dunia menerima kelahiran seorang putera daripada sebuah keluarga yang sederhana di Kota Mekah. Bayi inilah bakal membawa peribahan besar dalam sejarah peradaban dunia. Sebagai seorang seorang anak yatim yang kehilgan ayah (Abdullah) tiga bulan sebelum kelahirannya disambut mesra oleh nendanya Muthalib.
Bayi tersebut di bawa ke kaki Kaabah dan diperkarangan suci tersebut ia diberikan nama Muhammad. Sesuatu panggilan yang belum pernah wujud sebelumnya.
Kelahiran Muhammad pada 12 Rabiul Awal tahun gajah atau 20 April 571 M dinamakan sebagai tahun gajah. Pada saat itu Kota Mekah diserang oleh satu pasukan tentera kaun Nasrani yang begitu kuat di bawah pimpinan Abrahah.
Gabenor dari kerajaan Nasrani Abbasiniya memerintah Yaman dan tujuan utama mereka adalah untuk menghancurkan Kaabah. Kenderaan utama Abrahah adalah gajah. Sebelum segala hasrat dan keinginan mereka tercapai, Allah swt terlebih dahulu menghancurkan golongan tersebut. Burung Ababil dikirim, kerana pasukan tersebut menggunakan kenderaan gajah. Orang Arab menamakan bala tentera itu sebagai pasukan gajah. Tahun yang memperlihatkan terjadinya peristiwa ini disebut sebagai tahun gajah. Oleh kerana kelahiran Nabi s.a.w, berlaku tepat pada saat itu, maka tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w juga disebut sebagai tahun gajah.

Kisah hidup Nabi Muhammad s.a.w
1/19 episode
Epidose seterusnya.
Nabi Muhammad s.a.w merupakan putera kepad......... (Akan datang)

Selasa, 1 Disember 2009

Lapan mesej Haji Wida'





Apakah inti pati haji wida' itu? SALAHUDDIN: Sebenarnya terdapat lapan perkara utama yang disebutkan oleh baginda SAW dalam khutbah tersebut. Saya akan menyebutnya secara ringkas di situ. Pertama, pengharaman riba kerana berkaitan dengan masalah ekonomi umat.
Riba pertama yang diharamkan oleh baginda adalah yang diterima oleh bapa saudaranya, Abbas Abdul Mutalib.
Ini menunjukkan dalam melaksanakan hukum Allah, tidak boleh pilih kasih. Sebaliknya ia perlu bermula daripada keluarga sendiri.
Kedua, perlindungan jiwa manusia. Ia disebut untuk mengelak kita daripada jangan senang-senang hendak mencabut atau membunuh orang. Sebab itu diturunkan ayat tentang qisas dalam surah al-Baqarah ayat 179.
Tuntutan hutang darah di zaman jahiliah (sebelum Islam) telah diampunkan. Kata Nabi SAW, tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi'ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
Ketiga, menghindari peperangan. Islam adalah agama yang sejahtera yang membenci perang kecuali setelah terpaksa bagi mempertahankan agama, negara dan diri.
Keempat, kesamarataan hak wanita. Sabda Nabi, Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah.
Ini juga bermakna, isteri itu adalah amanah Allah kepada suami dan mereka juga mempunyai hak tertentu seperti yang ditetapkan oleh Islam.
Kelima, menghalang penindasan. Hal ini banyak berlaku sekarang. Pendek kata, Nabi berpesan supaya jangan kita menyalah gunakan kuasa untuk menindas orang lain.
Keenam, persamaan nilai kemanusiaan. Islam tidak meletakkan orang Arab lebih istimewa daripada orang ajam (bukan Arab). Warna kulit bukan pengukur sebaliknya tahap keimanan dan ketakwaan seseorang yang menentukan kedudukannya di sisi Allah.
Ini sebagaimana sabda nabi SAW yang bermaksud, "Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah..."
Ketujuh, banteras sistem monopoli. Umat Islam kini perlu mencari jalan menghapuskan sistem ini jika ia wujud.
Para ulama berkata, suatu hari nanti kamu kena berhati-hati dengan monopoli. Antara contohnya, pasar raya besar kini mengambil alih kedai-kedai runcit menyebabkan peniaga kecil sukar mencari makan. Monopoli akan menghakis rasa kasih sayang.
Kelapan, al-Quran dan sunnah sebagai panduan. Nabi meninggalkan dua khazanah ini kepada umat Islam.
Sabda Nabi yang bermaksud: Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.
Mutakhir masih ada golongan wanita yang memperjuangkan emansipasi. Adakah benar Islam mendiskriminasi wanita?
SALAHUDDIN: Dakwaan itu tidak tepat. Islam meletakkan lelaki dan wanita itu sama kedudukannya. Ini dijelaskan menerusi firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 35.
Dalam ayat tersebut antara lain Allah menjelaskan bahawa orang lelaki dan wanita yang beriman itu sama-sama mendapat pengampunan dan pahala yang besar.
Sebaliknya kalau kita perhatikan khutbah Nabi SAW itu tadi, dijelaskan wajib bagi suami menjaga kehormatan isteri jangan dizalimi atau merendah-rendahkan mereka.
Waima jika bertengkar sehingga ke tahap perlu menghukum, suami dilarang memukul sehingga mencederakan. Yang dimaksudkan memisahkan tempat tidur bagi isteri yang ingkar itu bukanlah tidur berasingan tetapi tidur dengan membelakangkan isteri.
Sebab itu, kita disuruh bermusyawarah dengan isteri untuk mencapai kesepakatan. Kita disuruh berbuat baik dan memberi layanan mesra kepada isteri selagi mana mereka setia dan jujur melaksanakan perintah Allah.
Dari segi memikul tanggungjawab, kaum wanita juga memainkan peranan mencegah kemungkaran. Ini sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Dan orang lelaki dan perempuan yang beriman itu setengahnya menjadi penolong kepada setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan...(at-Taubah: 71)
Dalam hal masuk syurga pun tidak disebut lelaki masuk dahulu daripada wanita. Ini boleh dirujuk dalam firman Allah dalam ayat 195 surah ali-'Imran yang antara lain menyebut Allah tidak akan mensia-siakan amal soleh lelaki dan perempuan. Pada akhir ayat itu dijelaskan Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa syurga sebagai pahala di sisi-Nya.
Nabi SAW sudah mengingatkan umatnya tentang berbuat adil dan jangan menindas. Apa pengajarannya?
SALAHUDDIN: Memang kita disuruh berlaku adil dalam kehidupan bermasyarakat. Jangan gunakan kuasa kita untuk menindas orang lain.
Saidina Umar semasa melantik kakitangan kerajaan ada menulis watikah bahawa mereka itu adalah wakil kepada rakyat. Justeru, hendaklah menjalankan tugas dengan sebaiknya. Jika mereka (rakyat) datang hendaklah kamu melayan dengan baik.
Rasulullah SAW juga melarang keras perbuatan memperkosa harta atau hak orang lain. Sebabnya ia memberi kesan yang amat buruk.
Kerajaan Fathiniah misalnya, hanya menyedari kepentingan menunaikan hak rakyat seperti membina sekolah dan hospital di saat kerajaan mereka jatuh. Sayangnya, semua itu sudah terlambat.
Kesan daripada penganiayaan akan membawa kepada pemberontakan dan demonstrasi yang akan menggugat keamanan sesebuah negara.
Dalam realiti semasa, umat Islam perlu menguasai ekonomi untuk maju. Dengan demikian, barulah kita boleh keluar daripada status Negara Dunia Ketiga.
Nabi berpesan agar umatnya sentiasa patuh kepada al-Quran dan sunah untuk elak daripada sesat. Demikian juga dengan mafhum Allah bahawa kaum muslimin itu adalah bersaudara. Namun, masih timbul juga pertelingkahan dan perpecahan dalam umat Islam. Bagaimana mengatasi hal ini?
SALAHUDDIN: Imam al-Ghazali berkata, Nabi SAW bimbang umatnya kelak akan berhadapan dengan serangan yang akan merobohkan prinsip-prinsip Islam. Ia datang daripada musuh-musuhnya dan juga dari luar.
Hari ini, kita dapati banyak buku yang dibawa masuk dari luar. Oleh itu, kita perlu merujuk ia kepada al-Quran dan sunah untuk elak disesatkan oleh bahan tersebut.
Kedua, nabi juga bimbang pada akhir zaman, berlaku kekacauan ilmu dan amaliah sehingga menjadikan kita kepada sifat berlebihan atau ekstrem. Sedangkan kita disuruh bersederhana.
Ketiga, bimbang penyimpangan mengatasi kebenaran. Ini adalah penyakit dari segi ilmu. Ia melibatkan rasa riak. Apabila berlaku perselisihan, kita tidak mencari penyelesaian.
Saya menyarankan kita mengambil pandangan ulama seperti Sheikh Rashid Redza. Kata beliau, sepakat kita saling bekerjasama dalam hal persetujuan dan saling faham memahami kita dalam perkara yang berselisih atau berbeza.
Sebab itu, adalah malang apabila kita melihat insiden pengeboman di Pakistan. Marahkan orang lain, rakyat biasa yang menjadi mangsa pengeboman.
Walhal, Nabi SAW bersabda yang maksud-Nya, "tidak halal bagi seorang Muslim untuk menakutkan orang Muslim yang lainnya". (riwayat Abu Daud).
Sebab itu, perlu kita berlapang dada menerima perbezaan pendapat dalam hal-hal furu'.
Kita perlu bertanya, banyaknya persatuan Islam itu ke mana semua hendak pergi. Kalau ia menghala ke arah kebaikan Islam, maka teruskan tetapi jangan sampai mentakfirkan (mengkafirkan) umat Islam.

Tangisan Rasulullah menggegarkan




Untuk renungan bersama. Semoga bermanfaat.

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang,
Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil
berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya
Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke
belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum,"
jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang
yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di
hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian
pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!"
kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni
semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut, lalu
menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "

Kalau tidak keberatan.... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... "

Isnin, 30 November 2009

Peringatan Buat Kaum "ADAM"




Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya ke NERAKA di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Siapakah???


Gambar Hiasan...

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Asal Usul Solat

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Arak

Arak adalah salah satu daripada dosa besar yang perlu dijauhi.

Allah SWT telah mengkategorikannya sebagai salah satu daripada perbuatan syaitan berdasarkan firman Allah dalam ayat 90 Surah al-Maidah.

Jelas, arak merupakan kebudayaan Jahiliyyah. Logiknya, sesiapa yang mengamalkan budaya sesuatu kaum, bermakna dia adalah tergolong dalam kaum tersebut. Oleh yang demikian, orang yang meminum arak bermakna dia juga merupakan orang Jahiliyyah yang sesat dan menentang ISLAM !

Arak merupakan senjata syaitan bagi memerangkap manusia supaya melakukan dosa. Tentunya kita masih ingat bagaimana kisah seorang anak Khalifah Umar telah digoda oleh seorang wanita Yahudi. Hasil perangkap wanita itu, dia telah terminum arak dan akhirnya telah lahir anak dari benihnya.

Semua ini terus berleluasa selagi wujudnya manusia-manusia rakus yang terus menghidupkan budaya Jahiliyyah ini.

Rasulullah SAW telah memberi amaran keras berkenaan dengan arak sebagaimana sabdanya :

Sepuluh golongan yang dilaknat

1) Pemerah arak
2) Orang yang minta diperah
3) Peminum
4) Pembawa
5) Orang yang minta dibawa
6) Orang yang menuang
7) Orang yang membeli
8) Orang yang makan dari hasil arak
9) Orang yang membeli
10) Orang yang minta dibeli

Bagaimnakah keadaan orang Islam yang bekerja di restoran-restoran, kelab malam, agensi pengiklanan dan sebagainya yang menuang, membawa, mempromosi, menjual dan mencari rezeki dari sumber arak ini ?

Sama-samalah kita fikirkan !!!

Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda ;

Sesiapa yang meminum arak sebanyak 40 kali, namanya akan dicatatkan dalam SIJJIL (senarai ahli neraka) segala ibadahnya tidak akan diterima melainkan ia bertaubat.

Rasulullah SAW telah berwasiat tentang orang yang minum arak. Di antaranya ialah :
1) jangan bagi salam
2) jangan ziarahinya ketika dia sakit
3) jangan sembahyangkan mayatnya
4) matinya macam penyembah berhala


Abdullah bin Mas’ud telah bersumpah :

"Mayat peminum arak akan berpaling dari arah kiblat. Jika tidak, bunuhlah aku !"

Rasulullah SAW juga ada bersabda :

"Orang yang minum arak, pada hari qiamat nanti mukanya hitam, matanya biru, lidah terjulur hingga ke dada, mulutnya penuh nanah hinggakan ahli neraka sendiri yang membencinya"

Sabda Rasulullah SAW :

"Sesungguhnya akan ada beberapa orang dari umatku yang meminum arak, mereka menamakannya dengan nama-nama yang lain, mereka dilalaikan dengan muzik dan nyayian-nyayian , ALLAH akan tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan mereka menjadi kera dan babi. (HR Ibnu Majah)

12 Barisan di Akhirat



Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat limawaktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya....Wallahua'alam.