Rabu, 21 April 2010

Doa Maulana Saad di Medan Ijtimak 2009

Doa Maulana Saad


Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami

Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami

Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan

Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami

Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami

Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami

Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu

Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah

Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai

Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai

Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat

Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah

Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu

Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini

Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama

Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu

Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat

Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah.

Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya

Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw

Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat

Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami

Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami

Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami

Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini

Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat

Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat

Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil

Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil

Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil

Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq

Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami

Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami

Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan

Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting

Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .

Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.

Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu

Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dan Engkau Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami.

Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )

Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu

Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa

Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat

Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini

Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3 X )

Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami taufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu

Ya Allah Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Metaati Perintah-Perintah Mu

Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka.

Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit

Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami

Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami

Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka

Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat

Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami

Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami

Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami


Ameeen Ya Rabbal Alameeen

Jumaat, 16 April 2010

Kerana Nilai Setitik Rosak Susu Sebelanga

Majoriti masyarakat yang tidak kenal secara dekat memandang negatif kepada Jemaah Tabligh. Pantang sahaja ada ruang dan titik lemah pasti Jemaah Tabligh akan dilanyak habis-habisan layak statusnya lebih rendah daripada penjenayah dan kaki maksiat. Tak kurang juga orang yang lebih ilmu agamanya memandang sebelah mata terhadap Jemaah Tabligh.


Jemaah yang memperjuangkan 6 prinsip yang diamalkan oleh Para Sahabat tidak pernah melabelkan mereka sebagai Jemaah Tabligh. Jemaah yang mengajak umat Islam kembali kepada Al-Quran dengan cara hidup yang ditujukkan oleh Rasulullah SAW. Jemaah yang sentiasa mengajak Solat Berjemaah di masjid, bersangka baik kepada Allah dan sesama Manusia, menghormati yang muda dan memberi khidmat pada yang tua, membudayakan membaca kitab setiap hari di rumah dan masjid, mengamalkan akhlak baik, berkongsi ilmu walaupun sedikit, mengajak kita mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam kehidupan dan banyak lagi aktiviti baik yang bertentangan dengan amalan kehidupan moden.

Mana yang lebih baik seandainya seorang pemuda Islam itu mengikut Jemaah Tabligh atau mengikut Jemaah Rempet, dadah dan jenayah? Yakinlah ramai dikalangan kita tidak kisah jika anak bangsanya tercebak dalam dunia rempet, dadah dan jenayah daripada ikut Jemaah Tabligh. Agama lain memang sudah lama tidak suka kepada Jemaah Tabligh yang sentiasa sahaja bertebaran di seluruh dunia tanpa dibayar oleh sesiapa dan lebih malang lagi apabila umat Islam sendiri juga membeci Jemaah Tabligh.

Jemaah Tabligh juga manusia yang sentiasa dibisikan kata-kata hasutan oleh Iblis durjana jadi sudah pasti ada kes-kes terpencil seperti kes kahwin bawah umur dan pencabulan. Jangan hanya kes-kes terpencil ini maka Jemaah Tabligh yang banyak jasanya kepada perkembangan Islam di dunia dilabelkan dengan label yang negatif.

Tak kenal maka tak cinta. Ambilah peluang untuk mengenali Jemaah Tabligh dan azam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kita keluar ke jalan Allah SWT. Siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk bertebaran di seluruh muka bumi menegakan Islam sekarang? Jemaah Tabligh sekarang ada dimana-mana, dikota, di desa, di bandar dan dimana-mana sahaja dipelusuk dunia. Jemaah Tabligh sekarang berada di seluruh seantero dunia. Adakah lagi Jemaah Islam yang berbuat demikian?? Adakah sesiapa yang di dunia ini yang sanggup mengorbankan hartanya untuk pergi seantero dunia semata-mata nak sebarkan agama Islam?? Adakah sesiapa di dunia ini yang sanggup meninggalkan anak-isteri-kampung semata-mata untuk meyebarkan agama Islam di seluruh Alam???

Jemaah yang sentiasa merendah diri, berdiam diri dengan segala tomahan. Belajar-belajar macam mana agama boleh tersebar ke seluruh alam. Macam mana nak sampaikan agama kepada manusia di hujung-hujung dunia?? Fkir ini lah yang Sahabat dan Rasulullah SAW buat. Sehingga Agama tersebar ke seluruh alam.

Oleh itu, berhentilah menagatakan bahawa jemaah ini, jemaah yang tak betul dan macam-macam perkara negatif, kerana kita adalah satu umat. Kena satu fikir dan satu hati dan barulah agama ini akan hidup seperti mana di zaman Rasulullah SAW. Jaganlah membeci jemaah ini semata-mata merka tidak suka dengan parti politik kita dan mereka tidak suka akan politik.

“Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:’Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu.” (QS. 29:19-20)

“Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu” (Al An’am: 11)

Khamis, 1 April 2010

Doa Hazrat Abullah Bin Jahsh dan Hazrat Sa’ad r.anhuma

Dalam Peperangan Uhud, Hazrat Abdullah Bin Jahsh r.hu telah berkata kepada Hazrat Sa’ad bin Abi Waqas r.hu, “Marillah kita berdoa bersama-sama. Setiap orang berdoa sesuai dengan keinginan dan yang sorang lagi mengaminkan doa itu, maka peluang untuk doa itu diterima ialah lebih besar.” Kedua-dua mereka telah pergi ke satu penjuru dan berdoa.

Mula-mula Hazrat Sa’ad r.hu berdoa, “ Ya Allah, eso, sewaktu peperangan berlaku, tentukkan untuku seorang lawan yang sangat berani dan dia melawan dengan bersungguh-sungguh. Biarlah dia menyerangku dengan garang dan aku menyerangnya dengan hebat. Kemudian kurniakanlah kepadaku kemenangan ke atasnya supaya aku dapat membunuhnya di jalanmu dan supaya dapat aku memilki harta rampasan.” Maka Hazrat Abdullah r.hu telah mengatakan Amin.

Selepas itu, Hazrat Abdullah r.hu pula berdoa, “Ya Allah, esok dalam medan peperangan, tentukanlah aku dengan seorang pahlawan yang akan menyerangku dengan hebat. Aku akan menyerangnya dengan bersungguh-sungguh dan dia pun akan melawan aku dengan hebat. Kemudian biarlah dia membunuhku lalu memotong hidung dan telingaku. Kemudian pada hari akhirat, apabila dibentangkan amalan dihadapanMu, Engkau akan berkata, “Wahai Abdullah, kenapakah hidung dan telingamu telah dipotong?” Lalu aku akan menjawab, “Ya Allah hidung dan telingaku ini telah dipotong di jalanMu dan di jalan RasulMu.” Kemudian Engkau akan berkata, “Benarlah, ia telah dipotong di jalanKu.” Hazrat Sa’ad r.hu berkata Amin.”

Pada keesokan hari, peperangan telah berlaku. Doa kedua-dua mereka telah dimakbulkan sebagaimana yang telah di pinta [Tarikhul-Khamis]. Hazrat Sa’ad r.hu berkata, “ Doa Hazrat Abdullah bin Jahsh r.hu lebih baik daripada doaku. Pada waktu petang aku dapati telinga dan hidungnya telah dicucuk dengan benang.”

Dalam peperangan Uhud itulah, pedang Hazrat Sa’ad r.hu telah patah. Rasulullah SAW telah member kepada beliau sebatang ranting yang kemudiannya bertukar menjadi pedang sebaik sahaja dipegang oleh beliau. Pedang itu menjadi miliknya untuk beberapa lama dan kemudian dijual dengan harga dua ratus dinar [Isobah]. Dinar ialah matawang bagi emas.

Keterangan
Dalam kisah ini terdapat beberapa pengajaran. Pertama, dari segi keberanian yang sejati. Pahlawan sejati sentiasa bercita-cita untuk bertemu dengan musuh yang gagah berani. Kedua, dari segi ketulusan cinta. Hazrat Abdullah bin Jahsh r.hu yang cintakan Allah SWT ingin supaya badannya dicincang di jalan Allah SWT dan berharap apabila Allah SWT bertanya “ Kenapa ini semua terjadi?” Beliau akan menjawab demi untukMu.” [Tarikhul-Khamis]