Khamis, 1 April 2010

Doa Hazrat Abullah Bin Jahsh dan Hazrat Sa’ad r.anhuma

Dalam Peperangan Uhud, Hazrat Abdullah Bin Jahsh r.hu telah berkata kepada Hazrat Sa’ad bin Abi Waqas r.hu, “Marillah kita berdoa bersama-sama. Setiap orang berdoa sesuai dengan keinginan dan yang sorang lagi mengaminkan doa itu, maka peluang untuk doa itu diterima ialah lebih besar.” Kedua-dua mereka telah pergi ke satu penjuru dan berdoa.

Mula-mula Hazrat Sa’ad r.hu berdoa, “ Ya Allah, eso, sewaktu peperangan berlaku, tentukkan untuku seorang lawan yang sangat berani dan dia melawan dengan bersungguh-sungguh. Biarlah dia menyerangku dengan garang dan aku menyerangnya dengan hebat. Kemudian kurniakanlah kepadaku kemenangan ke atasnya supaya aku dapat membunuhnya di jalanmu dan supaya dapat aku memilki harta rampasan.” Maka Hazrat Abdullah r.hu telah mengatakan Amin.

Selepas itu, Hazrat Abdullah r.hu pula berdoa, “Ya Allah, esok dalam medan peperangan, tentukanlah aku dengan seorang pahlawan yang akan menyerangku dengan hebat. Aku akan menyerangnya dengan bersungguh-sungguh dan dia pun akan melawan aku dengan hebat. Kemudian biarlah dia membunuhku lalu memotong hidung dan telingaku. Kemudian pada hari akhirat, apabila dibentangkan amalan dihadapanMu, Engkau akan berkata, “Wahai Abdullah, kenapakah hidung dan telingamu telah dipotong?” Lalu aku akan menjawab, “Ya Allah hidung dan telingaku ini telah dipotong di jalanMu dan di jalan RasulMu.” Kemudian Engkau akan berkata, “Benarlah, ia telah dipotong di jalanKu.” Hazrat Sa’ad r.hu berkata Amin.”

Pada keesokan hari, peperangan telah berlaku. Doa kedua-dua mereka telah dimakbulkan sebagaimana yang telah di pinta [Tarikhul-Khamis]. Hazrat Sa’ad r.hu berkata, “ Doa Hazrat Abdullah bin Jahsh r.hu lebih baik daripada doaku. Pada waktu petang aku dapati telinga dan hidungnya telah dicucuk dengan benang.”

Dalam peperangan Uhud itulah, pedang Hazrat Sa’ad r.hu telah patah. Rasulullah SAW telah member kepada beliau sebatang ranting yang kemudiannya bertukar menjadi pedang sebaik sahaja dipegang oleh beliau. Pedang itu menjadi miliknya untuk beberapa lama dan kemudian dijual dengan harga dua ratus dinar [Isobah]. Dinar ialah matawang bagi emas.

Keterangan
Dalam kisah ini terdapat beberapa pengajaran. Pertama, dari segi keberanian yang sejati. Pahlawan sejati sentiasa bercita-cita untuk bertemu dengan musuh yang gagah berani. Kedua, dari segi ketulusan cinta. Hazrat Abdullah bin Jahsh r.hu yang cintakan Allah SWT ingin supaya badannya dicincang di jalan Allah SWT dan berharap apabila Allah SWT bertanya “ Kenapa ini semua terjadi?” Beliau akan menjawab demi untukMu.” [Tarikhul-Khamis]

Tiada ulasan: