Protal Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran... kalau korang nak mohon mana2 jwtn kosong... pg di website ni...
Selasa, 14 Disember 2010
Isnin, 13 Disember 2010
Jumaat, 10 Disember 2010
Jwatan Kosong : Jabatan Ukur dan Pemetaan Malayisa
IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohanan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakkan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-
Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) N17 (Sambilan)
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi : Perkhidmatan pentadbiran & Sokongan
Taraf Jawatan : Sambilan
Syarat Lantikan :
a. Warganegara
b. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c. Kelayakan pendidikan seperti berikut :
i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
ii. Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (Termasuk : Lulus Ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
d. Skop fungsi dan bidang Tugas
i. Tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas jabatan/bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan dan statistic.
ii. Urusan-urusan perkhidmatan seperti perlantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pertukaran, cuti dan persaraan.
iii. Urusan pengemaskinian maklumat HERMIS.
e. Tempoh Lantikan : Januari 2011 hingga Disember 2011 ( 1 Tahun)
f. Cara memohon
i. Pemohon hendaklah menggunakan boring JUPEM/2011 yang boleh didapati di alamat seperti berikut :-
Pengarah
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Seksyen Topografi Sarawak
Tingkat 7, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga,
93592 Kuching
ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, dan salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan bagi kelayakkan yang disyaratkan dan hendaklah disahkan.
iii. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm X 23sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan dipohon dengan HURUF BESAR DAN TARIKH TUTUP.
iv. Permohonan yang berikut akan ditolak ;-
1. Tidak menggunakan boring JUPEM/2011;
2. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
3. Tidak lengkap atau tidak terang/tidak jelas;
4. Tidak memetuhi syarat yang ditetapkan
5. Tidak ditulis no. kad pengenalan;
6. Borang diterima selepas tarikh tutup iklan;
7. Borang permohonan tidak ditandatangani.
v. Tarikh Tutup Permohonan : 17 Disember 2011
Isnin, 6 Disember 2010
Kesyahidan Hazrat Anas r.hu
Hazrat Anas bin Nadhr r.hu ialah seorang sahabat yang tidak dapat menyertai peperangan badar. Beliau sedih tentang perkara itudan telah mengutuk dirinya dengan berkata, “Badar adalah peperangan yang pertama dan agung dalam islam sedangkan engkau tidak dapat menyertai peperangan itu.”.
Belau bercita-cita sekiranya ada peperangan lain maka beliau akan tunaikan tuntutan semangatnya. Secara kebetulan peperangan Uhud pun tiba maka beliau telah pun menyertai peperangan itu dengan penuh kepahlawanan dan keberanian. Dalam peperangan uhud, orang islam telah menang pada permulaan perang itu. Tetapi, akibat satu kesilapan, orang islam akhirnya kalah. Kesilapan tersebut berlaku begini. Rasulullah saw telah menetapkan beberapa orang disebuah bukit yang tertentu dengan bersabda, “Selagi saya tidak beri arahan, kamu jangan tinggalkan bukit itu kerana musuh mungkin akan menyerang dari tempat itu”.
Orang islam telah menang pada permulaannya. Kemudian apabila tentera-tentera yang berada diatas bukit melihat orang kafir melarikan diri maka kebanyakan mereka telah turun dari bukit itu dengan menyangka bahawa peperangan sudah berakhir. Oleh itu mereka berlari-lari mengejar orang kafir untuk mendapatkan harta rampasan. Ketua jemaah tersebut telah melarang dengan berkata, “Ini ialah larangan Rasulullah saw, kamu jangan tinggalkan tempat ini.”
Walaubagaimanapun, mereka menyangka bahawa perintah Rasulullah saw hanya semasa pertempuran sahaja. Oleh itu, mereka turun dari tempat tersebut dan menuju ke medan. Semasa melarikan diri, orang kafir telah Nampak bukit itu telah dibiarkan kosong lalu mereka pun dating dari arah tersebut dan membuat serangan. Pada ketika itu orang islam berada dalam keadaan leka. Tanpa disedari, orang kafir telah melancarkan serangan mengejut dan ini menyebabkan orang islam berasa tertekan. Tambahan pula, orang islam berada di tengah-tengah orang kafir yang menyerang dari kedua-dua arah.Oleh sebab itu mereka lari tidak tentu hala.
Hazrat Anas r.hu telah ternampak seorang sahabat, Hazrat Sa’ad bin Ma’az r.hu dating dari arah hadapan. Beliau berkata, “Wahai Sa’ad, kemana engkau hendak pergi? Demi Allah, keharuman syurga sedang dating dari arah bukit Uhud.”
Setelah berkata sedemikian beliau menyerbu kearah kumpulan orang kafir dengan pedang yang masih terhunus di tangan. Selagi tidak syahid, selagi itu beliau tidak akan pulang. Setelah gugur syahid, didapati badannya telah tercedera parah. Terdapat lebih daripada lapan puluh liang luka pada badanya akibat terkena pedang dan anak panah. Saudara perempuan beliau sahaja yang dapat mengenalinya melalui hujung jari beliau.
Langgan:
Catatan (Atom)