Isnin, 6 Disember 2010

Kesyahidan Hazrat Anas r.hu

Hazrat Anas bin  Nadhr r.hu ialah seorang sahabat yang tidak dapat menyertai peperangan badar. Beliau sedih tentang perkara itudan telah mengutuk dirinya dengan berkata, “Badar adalah peperangan yang pertama dan agung dalam islam sedangkan engkau tidak dapat menyertai peperangan itu.”.

Belau bercita-cita sekiranya ada peperangan lain maka beliau akan tunaikan tuntutan semangatnya. Secara kebetulan peperangan Uhud pun tiba maka beliau telah pun menyertai peperangan itu dengan penuh kepahlawanan dan keberanian. Dalam peperangan uhud, orang islam telah menang pada permulaan perang itu. Tetapi, akibat satu kesilapan, orang islam akhirnya kalah. Kesilapan tersebut berlaku begini. Rasulullah saw telah menetapkan beberapa orang disebuah bukit yang tertentu dengan bersabda, “Selagi saya tidak beri arahan, kamu jangan tinggalkan bukit itu kerana musuh mungkin akan menyerang dari tempat itu”.

Orang islam telah menang pada permulaannya. Kemudian apabila tentera-tentera yang berada diatas bukit melihat orang kafir melarikan diri maka kebanyakan mereka telah turun dari bukit itu dengan menyangka bahawa peperangan sudah berakhir. Oleh itu mereka berlari-lari mengejar orang kafir untuk mendapatkan harta rampasan. Ketua jemaah tersebut telah melarang dengan berkata, “Ini ialah larangan Rasulullah saw, kamu jangan tinggalkan tempat ini.”

Walaubagaimanapun, mereka menyangka bahawa perintah Rasulullah saw hanya semasa pertempuran sahaja. Oleh itu, mereka turun dari tempat tersebut dan menuju ke medan. Semasa melarikan diri, orang kafir telah Nampak bukit itu telah dibiarkan kosong lalu mereka pun dating dari arah tersebut dan membuat serangan. Pada ketika itu orang islam berada dalam keadaan leka. Tanpa disedari, orang kafir telah melancarkan serangan mengejut dan ini menyebabkan orang islam berasa tertekan. Tambahan pula, orang islam berada di tengah-tengah orang kafir yang menyerang dari kedua-dua arah.Oleh sebab itu mereka lari tidak tentu hala.
Hazrat Anas r.hu telah ternampak seorang sahabat, Hazrat Sa’ad bin Ma’az r.hu dating dari arah hadapan. Beliau berkata, “Wahai Sa’ad, kemana engkau hendak pergi? Demi Allah, keharuman syurga sedang dating dari arah bukit Uhud.”

Setelah berkata sedemikian beliau menyerbu kearah kumpulan orang kafir dengan pedang yang masih terhunus di tangan. Selagi tidak syahid, selagi itu beliau tidak akan pulang. Setelah gugur syahid, didapati badannya telah tercedera parah. Terdapat lebih daripada lapan puluh liang luka pada badanya akibat terkena pedang dan anak panah. Saudara perempuan  beliau sahaja yang dapat mengenalinya melalui hujung jari beliau.

Tiada ulasan: