Khamis, 10 Mac 2011

Solat Sunat

Solat Sunat Rawatib sepintas nampak seperti perkara yang lumrah. Namun banyak dari kita yang tidak mengetahui bahawa Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat ini kecuali ketika beliau dalam perjalanan. Walaupun tertinggal kerana lupa, sakit atau tertidur, beliau mengqadha’nya. Dari sini dapat kita simpulkan betapa pentingnya kedudukan solat sunat rawatib ini disamping solat-solat fardu. 

Keistimewaan solat sunat rawatib adalah merupakan penambah kepada kekurangan dan kesalahan seseorang ketika melaksanakan solat fardu. Kerana manusia tidak terlepas dari kesalahan, maka ia memerlukan sesuatu yang dapat menutupi kesalahan tersebut.

Dari Ummu Habibah -Radhiyallahu ‘anha-, Istri Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam-, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّى لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ أَوْ إِلاَّ بُنِىَ لَهُ بَيْتٌ فِى الْجَنَّةِ. قَالَتْ أُمُّ حَبِيبَةَ فَمَا بَرِحْتُ أُصَلِّيهِنَّ بَعْدُ

Setiap hamba muslim yang menunaikan solat sunat setiap hari sebanyak 12 rakaat, selain solat wajib, pasti Allah bangunkan untuknya mahligai di dalam syurga, atau dibangunkan untuknya satu rumah di dalam surga. (Kemudian) Ummu Habibah -Radhiyallahu ‘anha- berkata, Setelah aku mendengar hadits ini aku tidak pernah meninggalkan solat-solat tersebut (HR. Muslim, no. 728).

Secara terperinci solat-solat sunat rawatib tersebut adalah:
a. 2 rakaat sebelum Shubuh, dan sunat dikerjakan di rumah.
b. 2 rakaat sebelum Zohor, dan boleh juga 4 rakaat.
c. 2 rakaat setelah Zohor
d. 4 rakaat sebelum Asar
e. 2 rakaat setelah Jum’at.
f. 2 rakaat setelah Maghrib, dan sunat dikerjakan di rumah.
g. 2 rakaat setelah Isya, dan sunat dikerjakan di rumah.

Terdapat hadits-hadits yang menjelaskan keutamaan-keutamaan solat-solat sunat rawatib antara lain:
Hadits Ummu Habibah -Radhiyallahu ‘anha-, Aku pernah mendengar Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda:
"Barangsiapa menjaga empat rakaat sebelum Zohor dan empat rakaat sesudah Zohor, akan Allah haramkan dirinya dari Neraka. 
(HR. Ahmad dalam Musnad-nya (VI/326))

Hadits Ibnu Umar -Radhiyallahu ‘anhuma-, Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda:
"Semoga Allah memberi rahmat kepada seseorang yang solat sunat sebelum Asar empat rakaat. 
(HR. Ahmad dalam Musnad-nya (II/117).

Diriwayatkan dari ‘Aisyah -Radhiyallahu ‘anha- dari Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bahwa beliau bersabda:
"Dua rakaat sunnah Fajar (Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya"
(HR. Muslim dalam kitab Shalatul Musafirin, bab: Dianjurkanya solat dua rakaat sebelum Shubuh, no. 725).

2 ulasan:

Hidayatullah berkata...

nk bwat solat sunat sgt ssh.. sbb dlm diri xde fadilat2 smyg sunat.. nice post

AkuHuduh berkata...

4 rakaat sebelum n selepas zuhur..2 rakaat tu paling leceh dan paling malas...
2 rakaat sebelum subuh kalu syafei kena qada lepas solah subuh jika tak sempat..hanafi kena solah sunat dulu kalu rasa bole bsama imam walaupun hanya tahiyat..
jumaat pun 4
israk=dhuha=auwabin=witir=tahajud