Isnin, 30 Januari 2012

Anak Kampung

memang aku ini
anak orang miskin
tiada apa-apa yang dapat ku berikan
engkau memang cantik
memang tidak padan dan tidak sepadan

aku anak kampung
tiada pelajaran
kuli-kuli sahaja
memang tidak padan
cantik bah kau itu
banyak yang tergoda lagi orang kaya

tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
rumahku pun tiada
ada pun bapa punya
apa lagi belanja
mahu bayar berian kawin sama kamu

bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau
sama orang lain

engkau masih muda
cantik lagi menawan
janganlah kau cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti kau menyesal tiada guna

Tiada ulasan: