Khamis, 29 Mac 2012

Mimpi Maulana Zakaria Rah.


  Perkuburan Baqi,disinilah Maulana Zakaria rah di kebumikan

Suatu ketika,Maulana Zakaria rah telah bermimpi yang mana beliau telah melihat satu timbunan kitab-kitab yang membentuk satu kubah masjid.Mimpi itu telah diberitahu kepada ayahnya dan ayahnya kemudian mentafsirkan mimpi tersebut dengan katanya;"Inshallah,Allah swt akan memberikan kepadamu kefahaman yang luar biasa".Maulana Zakaria kemudiannya menulisnya dalam bukunya "Aap Beti" bahawa itulah yang berlaku.Beliau telah membaca beribu-beribu kitab dan dapat memahami setiap satunya dengan baik.Kisah-kisah ini diceritakan di dalam bab "nikmat-nikmat Allah swt"

Dan berikut adalah mimpi yang di alami oleh Maulana Zakaria yang melihat Rasulullah Saw dan penerimaan dan kemahsyuran kitab-kitab karyanya.Penyair terkenal India,Allamah Muhamad Iqbal rah, menceritakan:
" Pada 11 Rejab 1401 Hijrah,apabila aku pergi untuk berkhidmat kepada Maulana Zakaria,dan aku dapati beliau sangat gembira.Beliau memberitahu aku suatu mimpi yang baik yang di alami olehnya dan aku menyalinkannya daripada buku catatan hariannya".

"Aku (Maulana Zakria) telah melihat dalam mimpiku bahawa draf daripada kitab-kitabku seperti "aujaz Musalik"telah disusun dan aku akan serahkan kepada Rasulullah Saw.Di sebelah kanan Rasulullah Saw diduduki oleh Allamah Zarkani dan di sebelah kanan pula adlah Allamah Baaji.Apbila aku menghampiri Rasulullah Saw,aku melihat kitab "Aujuz Masalik Ila " yang lengkap berada di tangan baginda,yang serupa dengan kitab yang aku bawa bersama untuk ditunjukan  kepada Baginda Saw.Baginda Saw sangat gembira dan telah berdoa dengan satu doa yang tidak dapat aku ingati.Aku tersangat gembira dengan mimpi tersebut dan aku berharap usaha aku untuk menyusaun kitab "Aujuz Masalik "ini diterima oleh Allah Swt.

Wafatnya seorang alim besar.

Maulana Zakaria rah  selalu berharap untuk bertemu dengan Allah Swt sementara beliau tinggal di bandar Rasulullah Saw iaitu madinatul-Munawarah,akhirnya Allah Swt mengabulkan keinginan dan impian beliau,beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sana pada hari Isnin,1 Syaban 1402 bersamaan  24 Mei 1982 M dan di kebeumikan di Perkuburan Baqi dalam kalangan para Sahabat Baginda Saw dan ahli keluarga Baginda Saw.Majlis pengebumiannya diikuti oleh sejumlah besar orang dan jenazah beliau telah diimamkan oleh Ulama Besar Kerajaan Arab Saudi,iaitu Syeikh Ibn Baaz rah,beliau juga dikebumikan disebelah pusara gurunya iaitu Maulana Ahmad Khalil Shaharapuri rah

Rabu, 28 Mac 2012

Delima Perang Iraq

Somalia












Syria










Sumber  : reuters

Pesanan Orang Tua

Pada masa kita budak,
Tuntutlah ilmu janganlah tidak,
Kerana ilmu sangatlah mustahak,
Untuk mencapai sesuatu kehendak,

Gedung ilmu ialah sekolah,
Pergilah ke situ walaupun lelah,
Janganlah hati serba salah,
Tututlah ilmu jangan membantah,

Badan kelat masa muda,
Isikan ilmu di dalam dada,
Dapat sedikit janganlah pada,
Biar bertimbun setinggi kota,

Janganlah tunggu janganlah nanti,
Tuntutlah ilmu sehingga mati,
Walau habis emas berbakti,
Faedah tentu akan terbukti,

Kalau kita sudah berilmu,
Mengajak orang janganlah jemu,
Seperti juga kita berjemu,
Balasan baik akan bertemu,

Selasa, 27 Mac 2012

Tanda Protes - Bakar Diri

Banjir 27 Mac


PELAJAR meneruskan sesi pembelajaran walaupun dalam keadaan banjir yang melanda Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah (STAR) Klang, hari ini. Hujan lebat selama 1 jam sejak jam 9 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan sekolah ditenggelami air. - Foto Osman Adnan

Sumber : Berita Harian Online

Lirik Lagu Siboh Kitak Nangis –Zee Avi

Oh Sayang
Siboh kitak nangis
Mulut urang nang kadang kadang jaik
Oh Sayang
Jangan ambik ati

Tok kelak akan pergi
Sik lamak agik

Sik kesah ribut ka guntur ka kilat ka
Kamek akan di sebelah kitak
Mun kitak perlu kamek

Oh Sayang
Udah gik kitak nangis
Kamek sik suka nangga
Kitak patah hati

Oh Sik hal sayang
Dunia tok memang adil
Asalkan kitak jangan lupak dirik

Sik kesah ribut ka guntur ka kilat ka
Kamek akan di sebelah kitak
Mun kitak perlu kamek

Mun kitak perlu kamek

Isnin, 26 Mac 2012

Kelebihan Kalimah Tayyibah

Segala puji bagi Allah yang telah meciptakan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta isi kandungan yang terdapat antara keduanya. Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang kepada setiap hambanya. Allah bagi setiap kebaikan agar dengan kebaikan itu kita dapat mentaati setiap perintah Allah. Allah bagi kita kekurangan dengan kekurangan itu terselitnya kehebatan dan kasih sayang Allah. 

Siapa kita disisi Allah?

Kita manusia kerdil yang tak punya apa-apa..
Lahirnya kedunia dalam keadaan terlanjang tiada beza semuanya sama,
Kembalinya kita seperti lahirnya dahulu kala,
Dicipta dari tanah keturunan Nabi Adam ciptaan yang Maha Esa,
Sebaik ciptaan yang diptakan penguasa sekaliam semesta,
Dihantar kedunia yang hanya sementara penuh dugaannya,

Kita hamba-Nya yang tiada apa-apa,
Pangkat dan harta itu semunya ujian semata-mata,
Ujian demi cabaran godaan wanita,
Siapa kita disisi-Nya?
Senang dan susuah ketentuan dari-Nya,
Syurkur atas nikmat harus ada...


Siapa kita disisi Allah? Bila mati nanti hanya iman sempurna akan menjadi penentu dialam barzakh. Baik hidup kita baik jugalah akhirat kita. Tiada pembantu dan tiada siapa yang dapat membantu kita dialam akhirat melainkan rahmat dari Allah dan syafaat dari Rasulullah.

Jutaan dan ribuan pesanan diberikan kepada kita saban hari.. Dimana kita letak harga nilai diri kita dihadapan Allah. 

Disaan azan berkumandang dimanakah kita? Disitu nilai kita disisi Allah? Disaan seruan dari Muazin yang syahdu mendayu alunannya yang kekal hingga kiamat, apa kita buat? Apa bezanya lagu-lagu terkini dengan Azan dari rumah Allah itu? Tanyalah diri, renungkan sejenak, muhasabah diri kita.. Itu nilainya kita disisi Allah. Pernahkah kita merasa tenang ketika berada di rumah Allah? Jika ya, kenapa masih terang lagi bersuluh? Kita tahu? Tapi tak kenal apa itu perintah Allah. Allah perintahkan kita banyak, tapi kita banyak lagi alasan. Sedangkan itulah rahsia ahli syurga. Bila ditanya nak syurga dan nereka? Semuanya nak syurga.. tapi bagaimana jalan ahli syurga? Tahu tapi? Tepuk dada tanya minda..

Barangsiapa diakhirkalamnya dapat ucap kalimah tayyibah, wajib syurga baginya..

Allah bagi kita penerangan yang cukup panjang dalam Al-Quran ditambah lagi dengan hadis dari Rasulullah tentang gambaran syurga agar kita bertambah gian mengejarnya. Tapi sayang nafsu mengatasi segalanya. sedangkan tahu dunia ini sementara.

Perbanyakanlah percakapan tentang kehebatan ilahi
Agar hati bisa dilembutkan dan hadirnya keagunangan ilahi dalam diri
Mudah-mudahan ketenangan dapat dikecapi
Basahkanlah lidah dengan zikirullah
Agar jiwa sentiasa tenang dimana sahaja.. InsyaAllah..

Jumaat, 23 Mac 2012

Kita Ni Okey Ke?

Kita Ni Okey Ke?



Malas adalah musuh utama manusia untuk bergerak maju. Apabila anda malas, seorang pemalas? Jika ya, pastikan anda buang sifat itu, sebab si pemalas tidak mungkin seorang yang berjaya dalam hidupnya.

Nah, sekarang renung diri anda sendiri. Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri, 'Aku ni okey ke?'

Kalau tak pernah tanya, apa kata tanyalah diri anda sekararang; 'Aku ni okey ke pada pandangan mata aku dan pada pandangan mata orang lain?'

Yang penting sekali pada pandangan mata aku, mata sendiri. Pada pandangan orang mungkin kita oley. Siapa bernai kata kita tak okey? Maklumlah orang tak selamanya bersama kita. Kalau di tempat kerja paling lama kita bersama orang lain sekitar 8 - 9 jam. Di rumah pun lebih kurang juga masanya kecuali kita bercuti. Di rumah mungkin kita kelihatan okey. Tapi sebenarnya kita ni okey atau tak okey, kita saja yang tahu.

Pernahkah kita tanya diri kita sendiri dan jawab sendiri? Jawab dengan hati kecil? Ingat, kita ada dua hati; datu hati kecil dan satu lagi hati besar. Yang selalu membohongi kita ialah hati besar kita. Yang cakap besar, perasaan membesar-besarkan diri itu datangnya dari hati besar; yang selalu mengeluh dan menyatakan keadaan kita yang sebenar itu datangnya dari hati kecil.

Bila orang puji kita, kita pun kembang, itu hati besar yang berbangga. Kadang-kadang orang puji kita sebab nak bodek kita saja, sebab itu kadang-kadang kita berfikir; 'Eh, betul ke dia puji aku ni. Ikhlas ke dia tu, sebab aku ni taklah okey sangat seperti yang dikatakannya tu.' Pertanyaan itu datangnya dari hati kecil.

Jadi, mari kita sama-samatanya diri kita sendiri, 'Kita ni okey ke?' dan kita jawab sendiri dengan hati kecil, hati yang jujur dan ikhlas.

Jawapan anda boleh menentukan apakah langkah-langkah anda selanjutnya. Apakah positif atupun negatif. Apakah penuh yakin atau sekadar 'dehem' di halkum. Semuanya anda sendiri menentukan.

"Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan taktala menentukan arah tujuan."

Mohon direnungkan dan difikirkan.

Sesungguhnya

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu