Selasa, 31 Mei 2011

Kotarayaku

Lirik Kotarayaku – Altimet
Oh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu


Ini kotaraya yang sering berkata
Kalau berani ayuh mari cuba saya
Siapa mahu cuba dicabar semua
Si kota terima dengan tangan terbuka
Apa hasratnya bila ditanya
Si kota hanya senyum selamba
Apa kamu mahu semuanya bisa
Jemput ke rumahku sila-sila
Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya
Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah
Di Kuala Lumpur


Chorus
Oh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Oh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu


Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu di luka
Di pijak kepala lepas di beri muka
Kau kan ditelan lantas diludah
Pesta sementara sesal tak sudah
Lampu berkelipan bikin hati buta
Hidup serba laju trafik kura-kura
Bukan main-main tapi tetap selamba
Suasana berubah bila malam melanda
Lihat anak muda yang tak punya
Tujuan berlumba guna kuasa kuda
Jangan salah laku cuba lawan syahdu
Senyala lilin mengejar wap *******
Ramai yang gagal bila di duga
Tapi masih ramai yang berani cuba
Di Kuala Lumpur


Ulang Chorus


Aku rehat sebentar di kaki lima
Yang jadi riba melayan minda
Aku sedar kota sekadar latar
Untuk opera hidup yang bermain di layar lara


Ulang Chorus

Isnin, 30 Mei 2011

Rabiatul Adawiyah (In-Team)

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai baying-bayang
Gelap walau di suluh cahaya


Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi


Kau hias rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok


Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari mu Tuhan pencipta alam


Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi ikhtibar


Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu


Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah



Wallpaper

Jumaat, 27 Mei 2011

Sebaik-baik Jihad


Jihad Melawan Diri dan Hawa Nafsu (Keinginan dan dorongan hati)

Daripada Abi Zar (RA) berkata: Rasulullah (SAW) telah bersabda:

Ertinya: Sebaik-baik jihad ialah jihad seorang lelaki melawan diri dan nafsunya. Diriwayatkan oleh Ibn al-Najjar dan diriwayatkan juga oleh Abu Nua’im dan al-Dailami dengan lafaz: Sebaik-baik jihad bahawa kamu melawan diri kamu dan (tuntutan) hawa nafsu kamu dalam melaksanakan hak-hak Allah.*

*Iaitu dengan menahannya dari mengikut kehendak syahwat dan menghalangnya dari terus tenggelam dalam kelazatan (dunia) dan sentiasa melakukan suruhan-suruhan dan menjauhkan diri dari segala larangan. Ini adalah merupakan jihad yang terbesar dan hawa nafsu adalah merupakan sebesar-besar musuh kamu. Dan diri kamu adalah merupakan musuh kamu yang terdekat. (Sila lihat Faidh al-Qadir, jld:2, m.s.31. )

Dan daripada Ibn Umar (RA) berkata: Telah bersabda Rasulullah (SAW):
Ertinya: Sebaik-baik Islam seorang mukmin ialah sesiapa yang menyelamatkan muslimin yang lain dari (kejahatan) lidah dan tangannya, dan sebaik-baik Iman seorang mukmin ialah yang paling baik tingkah lakunya, dan sebaik-baik muhajirin ialah sesiapa yang berhijrah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang Allah dari mengerjakannya, dan sebaik-baik jihad ialah sesiapa yang berjihad melawan dirinya dalam melaksanakan hak-hak Allah Azzawajalla**.
(Diriwayat oleh al-Tabrani.)

**Mujahadah (melawan) tuntutan diri adalah lebih baik dari jihad melawan orang kafir, munafik dan orang yang jahat kerana setiap sesuatu dilebihkan dan dimuliakan dengan mulianya hasil yang diperolehi dan hasil melawan tuntutan hawa nafsu ialah mendapat hidayah.

[Syaikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki, ‘Mereka yang Berada di jalan Allah’, Alih bahasa: Mohd Zakir bin Abdul Majid, diterbitkan oleh al-Maahadul ‘Ali Littafaqah Fiddin Amuntai Kalimantan Selatan, Cetakan Kedua 2002]

Siapakah?


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil 
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. 

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. 

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka. 

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Rabu, 25 Mei 2011

PM ceriakan mangsa tanah runtuh


AMPANG - Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Hospital Ampang semalam ternyata membawa keceriaan kepada mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat.

Mereka berada di hospital kira-kira 45 minit untuk bertanya khabar dan melihat keadaan mangsa-mangsa berkenaan.

Najib dan isteri yang tiba kira-kira pukul 1 petang disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut mengiringi ialah anak-anak Najib dan Rosmah iaitu Nor Ashman, 19, dan Nooryana Najwa, 22, serta rombongan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Badan Amal dan Kasih Selangor (Kasih) serta Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO.

Kehadiran Najib dan rombongan ke Wad 5D itu disambut dengan senyuman oleh mangsa-mangsa dan anggota keluarga mereka terutamanya Mohd. Aizat Khusairi Abdul Halim, 13, yang begitu teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu.

Najib sempat bertanya cita-cita Mohd. Aizat Khusairi yang tidak henti-henti tersenyum kerana kedatangan Najib itu ibarat impian menjadi kenyataan remaja itu.

"Saya nak jadi askar, terima kasih (Datuk Seri) salam 1Malaysia," katanya yang sudah sekian lama mengimpikan pertemuan dengan Perdana Menteri.

Najib dan isteri turut melawat mangsa yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu iaitu Zulkhairi Aminuddin, 12, Mohd. Izzudin Abdullah @ Ibrahim, 29, dan Md. Izwan Zakaria, 32.

Dalam kejadian tahan runtuh pada pukul 2.15 petang Sabtu lalu, seramai 16 orang termasuk seorang warden rumah kebajikan itu terkorban manakala 37 orang lagi terselamat.

Ketika kejadian, semua penghuni dan penjaga rumah kebajikan itu sedang mengadakan latihan nasyid bagi persiapan akhir majlis sumbangan yang dijadual berlangsung pada pukul 5 petang hari yang sama.

Durian Malaysia ke China

PETALING JAYA - Malaysia mendapat kebenaran secara rasmi dari negara China untuk mengeksport buah durian tempatan ke negara itu mulai Julai ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan sejak bertahun lamanya berusaha untuk membawa durian Malaysia menembusi pasaran China namun tidak berjaya sehinggalah usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuahkan hasil.

"Perdana Menteri mencadangkan ketika lawatan ke China supaya dibawa durian dari negara itu untuk dirasai oleh pegawai tertinggi kerajaan China termasuk Perdana Menteri, Wen Jiabao.


NOH (kiri) bersama Duta Besar China ke Malaysia, Chai Xi (dua dari kanan) memegang buah durian tempatan di Wisma Tani, Putrajaya baru-baru ini.

"Mereka begitu berminat dan tertarik selepas merasa durian kita dan kita mendapat surat rasmi daripada kerajaan China pada 11 Mei lepas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz program televisyen 'Agro Xplorasi' di sini semalam.

Pemimpin Ajaran Sesat Ditahan

PIHAK berkuasa merampas kain rentang yang digunakan oleh para pengikut Syiah untuk satu majlis di Taman Sri Gombak dekat Kuala Lumpur semalam.
GOMBAK - Kumpulan Syiah yang difatwakan sesat dan menyimpang daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini tidak pernah serik apabila jemaah itu sekali lagi diserbu oleh pihak berkuasa di Dataran Padang Rakyat, Taman Sri Gombak di sini semalam.
Ketika serbuan pada pukul 1.15 petang oleh sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu, penganjur didapati telah menjemput kira-kira 150 tetamu untuk hadir pada majlis 'Wanita Dalam Penyelesaian Masalah Global dan Pencapaian Keamanan Sejagat' yang sengaja diadakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk menyebarkan fahaman tersebut.
Antara ajaran kumpulan itu ialah menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.
Sumber : Kosmo Online

Isnin, 23 Mei 2011

Santai

Hadith Qudsi


Hadith Qudsi
Ulama’ hadith mengatakan bahawa hadith Qudsi adelah perkataan Nabi S.A.W yg disebut dgn mengatakan Allah telah berfirman, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadanya.iaitu titah Allah yg disampaikan kepada Nabi
melalui jalan ilham atau mimpi,lalu Rasulullah menyampaikannya kepada ummat dgn perkataannya sendiri dan menyandarkannya pada Allah, sedang hadith2 lain tidak.
bahagian nama-nama hadith:

Hadith Mutawatir
hadith mengenai perbuatan atau perkataan atau taqrir Nabi S.A.W yg diketahui oleh beberapa org yg sampai kepada bilangan mutawatir - bilangan yg mustahil pd fikiran kita mereke akan muafakat buat dusta tentang hadith tu.


Hadith Masyhur atau Mustafidh
hadith yand diriwayatkan dari tiga sanad yg berlainan - iaitu hadith yg diriwayatkan kepada 3 org atau lebih,kepada lagi 3 orang atau lebih dan sterusnya sehingga sekurang-kurangnya dapat 3 sanad.[nota : sanad = jalan menyampaikan hadith]


Hadith Sahih
hadith yang sanadnya berhubung dari mula hingga akhirnya dan orang-orang yg meriwayatkannya ade sifat-sifat yang berikut :

1-adil- orang Islam yang baligh,beraqal, tidak buat dosa besar, tidak berterusan buat dosa kecil dan tidak buat perkara-perkara yang jatuhkan maruah dan kehormatan diri
2-Dabid- orang yang cukup kuat ingatan untuk ingat apa yang didengar dan mudah mengeluarkannya bila perlu, termasuk menulis hadith yang didengar dan disimpan sampai benar-benar sah diriwayatkan orang daripadanya.
3-Sejahtera dari keganjilan- sejahtera riwayatnya dari perbezaan dengan bertambah atau berkurangan pada sanad atau matan hadith jika dibandingkan dari riwayat orang-orang kepercayaan.
4-Sejahtera dari ‘illat - sejahtera dari sigar-sigar yang dapat meburukkan atau mencacatkan hadith.
hadith sahih boleh dijadi hujjah dalam hukum Islam.

Hadith Hasan
hadith yang sanadnya berhubung dari mula hingga akhirnya dan orang yang meriwayatkannya adil, sejahtera dari keganjilan dan ‘illat, tapi kurang dabidnya
*Hadith Hasan Sahih
hadith yang hasan lagi sahih


Hadith Da’if
hadith yang ada syarat hadith sahih tapi tiada syarat hadith hasan seperti rawinya bukan Islam, belum baligh,tak tahu orang bagaimana sifatnya,pelupa,pernah berdusta dan tak menjauhi perkara-perkara yang menjatuhkan maruah dan kehormatannya,ditambah lagi jika menyalahi riwayat orang yang lebih masyhur daripadanya.


Hadith Marfu
hadith yang disandarkan kepada Nabi S.A.W


Hadith Mauquf
fatwa atau kata-kata sahabat yang diriwayatkan kepada kita - iaitu kata-kata itu terhenti pada sahabat bukan pada Nabi. S.A.W

Hadith Mursal
perkataan seorang tabi’in yang sudah tentu tidak bertemu dengan Nabi S.A.W, tetapi riwayatnya langsung pada Nabi dengan tak melalui perantaraan sahabat.


Hadith Muttasil
hadith yang berhubung sanadnya, tiap-tiap yang meriwatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya hingga sampai kepada Nabi S.A.W atau sahabat.


Hadith Mahfuz
hadith yang terpelihara - iaitu rawi itu orang yang dipercayai dan tak menyalahi golongan kepercayaan selain darinya dengan penampahan atau kurang.


Hadith Jayyid
hadith yang dikatakan baik dan sahih oleh ahli-ahli hadith.


Hadith Mujawwad dan Thabit
hadith yang sahih dan hasan. hadith sahih dan hadith hasan juga dinamakan hadith mujawwad dan hadith thabit


Hadith Maudu’
hadith palsu, yang hadith tersebut perkataan seseorang tetapi dikatakan hadith Nabi S.A.W.

Rabu, 18 Mei 2011

Hotel California

On a dark desert highway, cool wind in my hair 
Warm smell of colitas rising up through the air 
Up ahead in the distance I saw a shimmering light 
My head grew heavy and my sight grew dim 
I had to stop for the night 
There she stood in the doorway, I heard the mission bell 
Then I was thinking to myself this could be Heaven or this could be Hell 
Then she lit up a candle and she showed me the way 
There were voices down the corridor I thought I heard them say 
"Welcome to the Hotel California 
Such a lovely place 
(Such a lovely place) 
Such a lovely face 
Plenty of room at the Hotel California 
Any time of year 
(Any time of year) 
You can find it here" 
Her mind is Tiffany twisted, she got the Mercedes Benz 
She got a lot of pretty, pretty boys that she calls friends 
How they dance in the courtyard, sweet summer sweat 
Some dance to remember, some dance to forget 
So I called up the captain, "Please bring me my wine" 


[ From: http://www.metrolyrics.com/hotel-california-lyrics-the-eagles.html ]


He said, "We haven't had that spirit here since 1969" 
And still those voices are calling from far away 
Wake you up in the middle of the night just to hear them say 
"Welcome to the Hotel California 
Such a lovely place 
(Such a lovely place) 
Such a lovely face 
They're living it up at the Hotel California 
What a nice surprise 
(What a nice surprise) 
Bring your alibis" 
Mirrors on the ceiling, the pink champagne on ice 
And she said, "We are all just prisoners here of our own device" 
And in the master's chambers they gathered for the feast 
They stab it with their steely knives but they just can't kill the beast 
Last thing I remember I was running for the door 
I had to find the passage back to the place I was before 
"Relax," said the night man, "We are programmed to receive 
You can check out any time you like but you can never leave"

Selasa, 17 Mei 2011

Rahsia Ubi Kayu 2.4 Juta


SHAH ALAM: Alasan dangkal dua ‘pelancong’ lelaki warga Nigeria mendakwa membawa ubi kayu dan keledek dikirim rakan di negara ini, membongkar penemuan 9.64 kilogram (kg) syabu bernilai RM2.41 juta disorok dalam tanaman berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, ketika ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam serbuan berasingan, semalam dan Sabtu lalu, dua suspek terbabit masing-masing membawa beg plastik berisi ubi kayu dan keledek bersaiz gergasi.


Menurutnya, modus operandi menyorokkan dadah di dalam hasil pertanian itu dikatakan kali pertama dikesan di negara ini.


“Kes pertama pada 14 Mei lalu apabila Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA menahan suspek berusia 32 tahun di KLIA selepas curiga bungkusan beg plastik berisi ubi kayu dan keledek gergasi dibawa suspek.




“Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan potong yang ditutup dengan lumpur dan tanah. Selepas diperiksa, polis menemui bungkusan plastik dipercayai syabu dalam tanaman itu.

Israel Serang Kapal Malaysia


KUALA LUMPUR: Sebuah kapal misi bantuan kemanusiaan yang ditaja Malaysia untuk rakyat Palestin di Gaza, Palestin, dihalang dua bot tentera laut Israel yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah, awal pagi Isnin waktu Malaysia.
Semua 12 penumpang dan kru, termasuk dua wartawan Malaysia, selamat selepas tentera laut Mesir datang membantu dan mengiringi kapal ‘MV Finch’ ke pelabuhan Al Arish di Mesir, menurut wartawan Bernama, Mohd Faizal Hassan yang berada di atas kapal itu.



Faizal berkata, tentera Israel mengelilingi kapal misi bantuan itu dan mengarahkannya berpatah balik sebelum melepaskan tembakan amaran ke udara, kira-kira tiga batu nautikal berhampiran sempadan Rafah.


Dia menceritakan detik cemas itu ketika menghubungi bilik berita Bernama di sini, melalui panggilan dan SMS menggunakan telefon bimbit dari kapal berkenaan beberapa jam selepas kejadian itu.



Katanya, kejadian berlaku kira-kira 6.05 pagi waktu tempatan (1.05 pagi waktu Malaysia) apabila kapal yang ditaja Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) dihampiri dua bot tentera laut Israel yang mengelilingi kapal MV Finch selama setengah jam sebelum melepaskan empat das tembakan ke udara menggunakan mesingan.




Katanya, satu daripada tembakan itu hampir mengenai kru kapal rakyat Malaysia, Mohd Jaffery Ariffin, menyebabkan semua di atas kapal menjadi cemas dan menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam kapal.



“Mereka mengarahkan kami berpatah balik ke perairan Mesir. Kami dapat menghubungi tentera Mesir melalui radio untuk mendapatkan bantuan. Sebuah kapal tentera Mesir datang dan bot tentera Israel kemudian beredar dari kawasan berkenaan,” kata Faizal. Daripada 12 orang dalam kapal itu, tujuh rakyat Malaysia manakala yang lain dua kru warga India dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland dan Julie Levesque dari Kanada.



Faizal berkata, tindakan tentera Israel itu menyalahi undang-undang antarabangsa kerana melepaskan tembakan kepada orang awam yang tidak bersenjata.

Pulangkan AnakKu!




SUNGAI PETANI: Bagi ‘merampas’ anaknya, seorang lelaki sanggup mengacu pisau terhadap ibu mentuanya sebelum melarikan bayi lelaki berusia lapan bulan itu daripada rumah ibu kepada isterinya di Kampung Permai.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu, lelaki terbabit, Zulkipli Mohamad, 31, dikatakan bertindak demikian ketika isterinya, Siti Fairuz Abd Wahab, 24, tiada di rumah kerana ke kedai berhampiran.


Selepas beredar bersama anaknya, Muhammad Darwis Ikhram Abdullah, lelaki itu menghantar SMS dengan menyatakan ‘jangan harap hang (awak) nak tengok anak lagi, dia ada dengan aku’ kepada Siti Fairuz.

INI DIA...Siti Fairuz menunjukkan gambar Muhammad Darwis yang dilarikan suaminya.


Siti Fairuz ketika ditemui berkata, sebaik pulang ke rumah, ibunya memberitahu Muhammad Darwis dilarikan suaminya, lalu dia segera berusaha menghubungi Zulkipli melalui telefon bimbit, namun tetapi tidak dijawab lelaki itu.




“Saya meminta bantuan beberapa penduduk dan cuba mencari suami di sekitar kawasan taman perumahan berdekatan, namun gagal. Saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

Isnin, 16 Mei 2011

Dunia Politik

Hayatilah

Selamat Hari Ibu

Masalah Rumah Tangga

Dzikir untuk Atasi Masalah Rumah-Tangga


Berikut ini adalah kutipan naskah buku M Shodiq Mustika, Dzikir Cinta Islami, Bab 20, “Atasi Masalah Rumah-Tangga”. Isinya: cara dzikir [1] supaya suami bertanggung jawab, [2] supaya nafkah lahir-batin memuaskan, [3] supaya tidak kewalahan mengurusi rumah-tangga.
20
Atasi Masalah Rumah-Tangga
Saya ibu rumah tangga biasa dengan 3 anak. Sudah menikah 15 tahun dan sampai sekarang belum mendapat pekerjaan, meski lulusan sarjana pendidikan. Beda umur kami besar (suami 50 tahun, saya 35 tahun). Dulu saya memilih dia dengan harapan dapat hidup damai, sekarang saya rasakan seperti dalam neraka. Ada beberapa persoalan pokok yang saya hadapi.
  • 1. Ketat. Dia hanya memberikan separo dari gajinya pada saya. (Dia dosen golongan IIID). Jika memberikan, sudah dengan rincian tetek bengek, yang hanya pas untuk makan dan keperluan anak. Kalau ada keperluan lain, saya harus mengemis. Status saya seperti PRT saja.
  • 2. Ketidakpercayaan suami. Selalu dimulai dengan keuangan. Kalau ada yang harus dibeli di luar rencana, harus dicatat, misalnya ember pecah.
  • 3. Hubungan pasutri. Sebab jiwa saya tertekan, otomatis saya jadi malas dalam urusan ranjang. Kalau sudah begitu, voltasenya naik tinggi; ia jadi cepat tersinggung, lalu marah-marah.
Yang saya takutkan, saya jadi kurang cinta padanya, sebab banyaknya pertengkaran. Kekurangan biaya sehari-hari, selalu menjadi biang pertengkaran. Tolong jawab surat saya ini sebab banyak teman-teman saya menghadapi soal sama.
–Ny. D di Jabar
Nyonya D di Jabar, dengan senang hati saya jawab persoalan Anda, yang saya kaitkan dengan topik dzikir. Kalau Anda takut “jadi kurang cinta padanya”, silakan simak uraian kami di Bab 13, terutama sub-bab “Supaya Hubungan Cinta Tidak Retak” dan “Supaya Hubungan Cinta Tidak Putus”. Bila Anda mengkhawatirkan pertengkaran, silakan baca Bab 12, “Atasi Masalah Pertikaian”.
Nyonya D mengemukakan persoalan “ketat”, “ketidakpercayaan suami”, dan “hubungan pasutri”. Dari masalah tersebut, perkenankanlah saya merumuskan kebutuhan Anda: [1] supaya suami bertanggung jawab; [2] supaya nafkah lahir-batin memuaskan; dan [3] supaya tidak kewalahan mengurusi rumah-tangga.

Supaya Suami Bertanggung Jawab

Saya turut menyayangkan apabila seorang suami suka menahan sebagian (atau bahkan seluruh) penghasilannya, sehingga istrinya sering terpaksa “mengemis” kepadanya. Saya khawatir, sikap tersebut pertanda bahwa sang suami kurang melindungi istri dan kurang bertanggung jawab. Bolehjadi, itu terjadi karena sang suami terlalu meninggikan diri atau mengagungkan diri di hadapan si istri.
Padahal, “Para laki-laki adalah pelindung dan penanggung jawab para perempuan, karena Allah telah memberikan kelebihan pada yang satu atas yang lain dan karena mereka memberi nafkah dari harta mereka. … Sungguh Allah Mahatinggi, Mahaagung.” (QS an-Nisaa’ [4]: 34)
Dari ayat ini, dapatlah kita petik kalimat dzikir supaya sang suami tidak lagi terlalu tinggi hati dalam memberi nafkah kepada istri. Anda tahu kalimat yang saya maksud, bukan? Ya, silakan ucapkan kalimat dzikir:

Innallâha kâna ‘aliyyan kabîrâ.
(Sungguh Allah Mahatinggi, Mahaagung.)
(QS an-Nisaa’ [4]: 34)
Dengan dzikir tersebut, insya’Allah sang suami tidak lagi tinggi hati dalam memberi nafkah kepada si istri. Walhasil, sang suami menjadi lebih bertanggung jawab dan lebih melindungi si istri dalam mengurus rumah-tangga.
Sementara itu, istri pun harus bertanggung jawab. Ia mesti membelanjakan nafkah dari suami itu secara cermat. Ia tidak boleh ceroboh atau pun menghabiskan uang dengan seenaknya sendiri. Kalau si istri sendiri tidak bertanggung jawab, akankah Allah memenuhi harapannya agar suami bertanggung jawab?

Supaya Nafkah Lahir-Batin Memuaskan

Allah SWT berfirman, “Kamu boleh menangguhkan [penggiliran] siapa saja di antara mereka (isteri-isterimu) yang kau kehendaki, dan menerima siapa saja yang kau kehendaki; dan tiada salahnya bila kau mengundang yang [gilirannya] kau sisihkan. Ini lebih baik untuk memuaskan mereka dan tidak membuat mereka sedih, dan mereka akan merasa senang dengan segala [nafkah] yang kau berikan kepada mereka. Dan Allah mengetahui segala yang ada dalam hatimu. Dan adalah Allah Mahatahu, Maha Penyantun.” (QS al-Ahzab [33]: 51)
Dari ayat tersebut, kita pahami bahwa Islam meminta para suami untuk berusaha memuaskan istri masing-masing, baik lahiriah maupun batiniah. Allah Mengetahui seberapa besar upaya suami memuaskan istri; Dia jugalah yang Menyantuni suami, sehingga mampu memuaskan istri. Karenanya, supaya nafkah lahir-batin memuaskan, silakan ucapkan dzikir:

Wa kânallâhu ‘alîman halîmâ.
(Dan adalah Allah Mahatahu, Maha Penyantun.)
(QS al-Ahzab [33]: 51)
Saya merasa turut bersedih bila para istri diperlakukan bagai PRT (pembantu rumah tangga) atau bahkan seperti budak. Bila penghasilan suami dibagi dua, sebagian diserahkan kepada istri untuk urusan rumahtangga, sebagian lainnya masuk kantong suami, maka ini kurang mencerminkan sifat penyantun pada diri suami. Padahal, bukankah berkat rezeki dari Sang Maha Penyantunlah maka para suami itu mampu memberi nafkah kepada istri?
Menurut hukum Islam yang diberlakukan di negara kita, seandainya terjadi perceraian (baik cerai-hidup maupun cerai-mati), maka penghasilan yang diperoleh selama pernikahan itu dibagi rata antara suami dan istri. Masing-masing setengah bagian. Istilahnya, “gono-gini”. Tidak peduli bahwa yang bekerja mencari uang itu suami saja, sedangkan istri “hanya” menjadi ibu rumahtangga. (Begitu pula sebaliknya.)
Memang, bila belum terjadi perceraian, istri tidak bisa menuntut “gono-gini”. Namun, saya berkeyakinan bahwa penghasilan suami (begitu pula penghasilan istri) merupakan milik bersama antara suami-istri walaupun tidak terjadi perceraian. Karenanya, seluruh penghasilan saya saya serahkan kepada istri saya untuk memenuhi semua keperluan rumah tangga kami. Saya dan anak-anak kamilah yang meminta uang kepadanya bila memerlukannya. Namun biasanya, dia sudah memberi kami sebelum kami memintanya. (Kepada anak-anak, sudah kami terangkan bahwa uang ayah dan ibu merupakan milik kami berdua.) Begitulah jalan yang kami tempuh lantaran yakin bahwa Allah Mahatahu dan Maha Penyantun!

Supaya Tidak Kewalahan Mengurusi Rumah-Tangga

Diceritakan bahwa Fathimah r.a. datang ke rumah Rasulullah saw. untuk mengadukan perihal tangannya yang sakit karena menggiling tepung. Ia hendak meminta seorang pelayan untuk membantunya, namun dia tidak mendapatkan beliau berada di rumah. Maka ia pun menceritakan hal itu kepada ‘Aisyah r.a. Ketika Rasulullah saw. datang, ‘Aisyah menyampaikan hal itu kepada beliau.
Ali r.a. (suami Fathimah) yang menceritakan hadits ini bertutur: “Rasulullah mendatangi kami, sedangkan kami sudah naik ke atas ranjang untuk tidur. Mendengar kedatangan beliau, kami pun bangkit. Namun beliau berkata, ‘Tetaplah di tempat kalian.’ Beliau lalu menghampiri kami dan duduk di antara kami hingga aku merasakan kesejukan kedua kaki beliau menyentuh perutku. Lalu beliau bersabda:
‘Maukah kalian aku tunjuki sesuatu yang lebih baik daripada pelayan? [Yaitu] jika kalian berdua kembali ke tempat tidur, kalian membaca tasbih (subhânallâh, “Mahasuci Allah”) 33 kali, membaca tahmid (alhamdu lillâh, “segala puji bagi Allah”) 33 kali, dan membaca takbir (allâhu akbar, “Allah Mahabesar”) 33 kali’.” (HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad)
Mengikuti petunjuk beliau, mereka berdua pun mengerjakannya pada setiap malam. Akhirnya, mereka tak lagi membutuhkan pelayan.
Mengapa mereka tak lagi kewalahan mengurusi rumah tangga setelah bertasbih, bertahmid, dan bertakbir (masing-masing 33 kali) pada setiap malam? Kita dapat memahaminya begini:
Bertasbih dan bertahmid itu pertanda syukur. Dengan bersyukur, bertambahlah kenikmatan yang dianugerahkan oleh Allah. (Lihat Bab 2, sub-bab “Supaya Lebih Nikmat”.) Sementara itu, takbir merupakan pengagungan terhadap Tuhan. Sikap ini selaras dengan dzikir “sungguh Allah Mahatinggi, Mahaagung” dalam rangka “supaya suami bertanggung jawab”, sebagaimana yang sudah kita simak di atas.
Nah! Dengan kedua suami-istri merasa lebih nikmat, sedangkan suami lebih bertanggung jawab dalam mengurusi rumah tangga bersama-sama dengan istri, wajarlah bila keduanya menjadi tidak kewalahan lagi, bukan?

SUMBER

Ahad, 15 Mei 2011

Dunia Vs Akhirat

KEHIDUAPN didunia dalah satu kehidupan yang sementara. Kehidupan selepas kematian adalah kehidupan yang KEKAL untuk selamanya. Umunya semua orang tahu bahawa dunia sementara, akhirat kekal selama-lamanya. Tapi, berapa ramaikah yang betul-betul faham, nilai dunia disisi Allah SWT?

Dari Sahl bin Sa’ad as-Saidiy radhiallahu anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Seandainya di sisi Allah dunia itu sebanding dengan sayap seekor nyamuk, sungguh orang kafir tidak akan diberi minum walau seteguk air”. (HR. at-Tirmidzi 2/52, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah 3/253, Imam at-Tirmidzi berkata: Hadits ini Hasan Shahih, dan dishahihkan pula oleh Syaikh al-Albani dalam as-Shahihah no. 943).

Bagi orang yang beriman, 1 hadith sudah mencukupi untuk bagi faham.

Umum sudah tahu bahawasanya solat adalah perintah Allah SWT. Tapi berapa ramaikah di antara kita yang faham atas perintah Solat itu? Berapa ramaikah diantara kita yang betul-betul faham kebesaran/kehebatan/fadhilat/kebaikan/kelebihan dalam solat itu?

Al-Quran, telah menceritakan kepada kita segala-galanya. Butakah mata hati kita? Kekasih Allah SWT, Nabi Muhammad SAW telah bagi tahu kepada umatnya melalui firmannya (hadith), butakah mata hati kita? Janji Allah dan Rasul pasti dan pasti benar. Maha suci Allah SWT dengan segala zat kemuliaanya, telah bagi kita bnayak peluang agar kita kembali ke jalan yang benar dan diredai Allah SWT. 

Jani Allah, telah diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada orang yang menjaga solat 5 waktunya:

1. Dimurahkan Rezeki
Kesibukan mencari rezeki menghalang kita untuk solat? Sedangkan yang bagi rezeki itu Allah. Allah SWT telah berjanji, barangsiapa yang bersyukur atas nikmatku, Allah akan tambahkan nikmat untuknya. Inilah kuasa nilai iman kepada hambaNya yang betaqwa. Allah maha kuasa atas segalanya, tanpa asbab Allah bagi bagi rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka. Bantuan ghaib Allah hanya bersama orang yang beriman dan bertaqwa. 

Alangkah indahnya, seorang yang miskin/papakedana, rumahnya buruk, bajunya koyak rabak, tetapi dia taat perintah Allah. Sesungguhnya dia lebih mulia dari seorang yang kaya, berpangkat, berharta disisi Allah SWT.

Alangkah indahnya, seorang yang kaya raya, rumahnya besar, tetapi dia taat perintah Allah. Sesungguhnya dia mulia disisi Allah SWT.

Kesimpulannya : Kaya/Miskin/Tua/Muda/Lelaki/Perempuan...kejayaannya diakhirat hanya dalam Agama, sejauh mana kita manusia ini taat perintah Allah dan amalkan sunnah Rasulullah SAW!

2. Diangkat azab kubur.
Bagi orang yang beriman, kuburnya seluas mata memandang, harum semerbak mewangi dan amal-amalnya dia dunia menyelamatkannya dari azab yang pedih.
Bagi orang yang beriman, kuburnya sempit sekali, sehinggakan tulang rusuk kiri dan kanannya berceragah, busuk sebusuknya, bertemankan kala jenagking dan ular ajratul aqr'a.

3. Menerima Buku Catitan Amal sebelah tangan kanan di Padang Masyar.
Padang Mashar, seluas mata memandang, berlantaikan timah yang mendidih kepanasan, keperitan dan penderitaan dirasi bagi yang ingkar perintah Allah. Seorang yang menjaga solatnya akan menerima berita baik, takala orang yang tiada amal dan iman di dunia menerima seksa yang tiada kesudahannya. Lalu, mereka berkata "Ya Allah, masukan sahaja kami dalam nerakamu, kami tak tahan lagi dengan pahit peritnya di Mashar ini".!

Disinilah kita melihat siapa yang untung dan siapa yang rugi. 
Seorang anak datang kepada ibunya, "Wahai ibuku, dahulu didunia engkau kasih dan sayangkan aku!, aku minta padamu 1 sahaja nilai pahala, agar aku dapat selamat dari azab Allah.". Apa kata ibunya, "Maafkanlah aku wahai anakku, aku sendiri tidak tentu lagi nasibku"!
Begitulan seterusnya, si ibu mencari suami, si anak mencari si ayah dan sebagainya.

4. Lalu titian sirat sepantas kilat
Titian yang sehalus rambut dibelah tujuh. Tajam nya seperti pedang yang paling tajam. Bagaimanakah keadaan kita yang lemah ini melalui titian sebegini rupa. Ya Allah, selamatkan umat!. Kedita berada di titian sirat, Nabi SAW yang kasih dan sayang akan kita, menunggu dengan penuh harapan di hujung titian sirat yang perjalanannya mengambil masa 1500 tahun perjalanan. Dihujungnya adalah syurga, dibawahnya api neraka menjunam tinggi. Disaat seorang hamba melalui titian sirat dengan penuh kesengsaraan dan kesusahan, maka Nabi SAW berkata kepada hamba tersebut, "Wahai sifulan, engkau khabarkan kepada Allah, bahawa engkau di dunia dahulu telah mengamalkan perintah Allah dan engkau telah mengamalkan agama yang telah aku sampaikan.". Maka hamba tersebut berkata dengan penuh tagisan dan resah di hati, "Wahai Rasulullah, maafkan aku, wahai Allah ampunkan aku, aku di dunia dahulu tidak taat pada perintahmu dan tidak mengamalkan agama yangtelah disampaikan oleh Rasulullah, ampunkan aku." Maka dengan cepatnya, api neraka menyambar hamba Allah tersebut, jatuh dalam neraka jahanam!. Melihat kepada keadaan ini, Rasulullah SAW pengsan di hadapan pintu syurga. Allah Hu Akhbar!!


Sampai bila kita nak susahkan Nabi SAW? Di dunia Nabi SAW mati-matian buat usaha Agama, pagi petang, isang dan malam, semata-mata untuk kita umatnya.

5. Masuk syurga Tanpa Hisab
Iman sebesar zarah, kita bawa jumpa Allah, kita punya syurga 10 kali ganda dunia.  Seorang yang mempunyai iman seperti ini adalah seorang yang paling akhir sekali masyur syurga, setelah ribuan tahun diseksa dalam neraka Jahanam. 


Apabila keluarnya, hamba Allah tersebut dari neraka, dari jauh dia melihat pintu syurga menyinari dengan terang benderang. Dihadapan pintu syurga dia sampai, dia tercengang selama 40 tahun. Bila terdengar akan geseran daun dalam syurga, dia tercengang lagi selama 40 tahun. Maka terbuka lah pintu syurga, dia tercengang lagi selama 40 tahun, melihat akan luasnya syurga yang Allah bagi kepadanya. 


Iman yang sebesar zarah pun dapat 10 kali ganda dunia dia punya besar syurga!