Khamis, 29 Disember 2011

Muhasabah dirimu selalu

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang..

Sesungguhnya kejayaan Manuisa dalam agama. Sejauh mana kita dapat mentaati segala perintah Allah SWT dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa atas segala-galanya. 7 Petala langit dan 7 petala bumi adalah atas ciptaan Allah SWT. Allah SWT maha hebat telah menciptakan segala kehidupan yang terdapat di muka bumi dan alam semesta. 

Setiap benda yang hidup satu hari nanti, pasti dan pasti akan menemui maut. Tidak kira sama ada orang yang kaya atau pun miskin, raja atau rakyat biasa, besar atau pun kecil dan sebagainya, pasti dan pasti malaikat maut akan datang untuk menjemput. Orang yang beriman akan sentiasa bersedia untuk menghadapi kiamat kecil (maut)..  Orang yang tidak beriman akan berusaha sdaya mungkin untuk mengelak daripada malaikat maut, sedangkan maut itu ketentuan Allah SWT sejak azali lagi. Kita hanya mampu berdoa semoga kehidupan kita di dunia dan akhirat dirahmati dan dikasihi oleh Allah SWT.

Allah SWT telah bagi banyak ancamankepada orang yang tidak beriman melalui kitab suci Al-quran dan telah diterjemahkan dalam kehidupan realiti oleh Baginda Nabi Muhammad SAW yang kini diwarisi oleh golongan ulama. Yang dahulunya telah diamalkan oleh para sahabat Rasulullah SAW dan terbukti itulah jalan Islam yang sebenar. Allah SWT telah memerintahkan kepada umat akhir zaman dengan satu perintah yang sangat agung, iaitu solat 5 watu sehari semalam. Dimana, melalui solat ini, Allah SWT berjanji akan bagi pelbagai nikmat dan ganjaran yang sangat tinggi nilainya disisi orang yang beriman. Bagi orang yang tidak beriman dan tidak meyakini firman-firman dari Allah SWT melalui kitab suci Al-Quran, solat 5 waktu itu tiada gunanya. Azan dilaungkan, tiada erti bagi diri orang ynrg tidak beriman. Mendengar laungan azan  oleh muazin dari masjid atau surau bagaikan mendengar lagu-lagu hiburan yang biasa didengarkan di corong-corong radio. Apakah itu dinamakan orang Islam? Dimanakah tandanya dirimu sebagai orang Islam? Sedangkan beza antara orang Islam dan bukan Islam ialah Solat. Apakah nilainya diri kita disisi Allah SWT andai perintah Allah SWT yang telah menciptakan kita dan satu hari nanti pasti dan pasti kita akan kembali kepadaNya.

Apa ertinya dirimu dengan Islam?

Soalan yang sudah diketahui umum dan sudah bocor soalan serta jawapannya dialam barzakh. Akan ditanya  pasal solat kita, cukup atau tidak. Akan  ditanya mengenai amalan kita didunia. Baik amalan kita maka baiklah kubur kita, dan baik jugalah pengakhirannya.

Amalan yang pertama akan ditanya adalah Solat. Jika solat kita lengkap dan ditambah dengan solat yang berkualiti. Alhamdulillah, satu petanda yang baik untuk menghadapi alam yang seterusnya setelah alam kubur. 

Allah SWT jamin  5 perkara kepada sesiapa yang menunaikan solat dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. :

  1. Dimurahkan rezeki didunia. : keberkatan rezeki dalam kehidupan  seharian.
  2. Diangkat azab kubur. :Kubur akan terbuka luas seluas mata memandang. Haruman syurga semerbak mewangi.
  3. Menerima buku catitan amal dengan sebelah tangan kanan di padang mashyar.
  4. Melalui titian sirat sepantas kilat : Titian sirat setajam mata pedang Nabi Ibrahim a.s dan senipis rambut dibelah tujuh. 1500 tahun perjalanan, seedangkan 1 hari diakhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia. Subhannallah. 
  5. Masuk syurga Allah SWT tanpa hisab.
Bicara Tanpa Suara daripada Allah SWT telah bagi tahu kepada kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAWjutaan rahsia kejayaan diakhirat.

Sekian sahaja.

Renung-renungkan diri dan beramalah kerana Allah SWT maha pengampun dan maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam diri kita. Wasalam.

Sabtu, 24 Disember 2011

Dongeng tentang Hari Kiamat!


Tahun demi tahun, ada saja ramalan dunia akan kiamat. Tapi ramalan demi ramalan yang dikemukakan dengan fakta-fakta itu tidak pernah tepat dan menjadi kenyataan seperti yang dijangkakan.

Adakah ini agenda Barat untuk merosakan akidah umat Islam? Bermacam-macam hujah yang dikeluarkan oleh mereka. Kadang-kadang ia memperngaruhi sesetangah orang utnuk mempercayai bukti dan petanda yang diramalkan itu.

Akibatnya, biarpun ramalan demi ramalan, tahun demi tahun, namun kehidupan kita tetap diteruskan tanpa berlakunya hari kiamat sampailah sekarang, menginjak tahun 2012.

Bagaimana pun, ramalan berlakunya hari kiamat pada tahun 2012 dianggap lebih hebat berbanding ramalan-ramalan lain yang pernah disebut sebelum ini. Jika berdasarkan ramalan-ramalan lepas, kita sudah boleh mengkategorikannya sebagai kisah dongeng, tapi apakah ramalan 2012 juga termasuk dalam kategori kisah dongeng juga?

Ramalan ini berpunca daripada suku kaum Maya yang tinggal di Semenanjung Yucata, Amerika Tengah telah membuat perhitungan hari kiamat bersandarkan kalendar suku kaum mereka (Aztec) yang bermula dari 3113 sebelum Masihi dan berakhir pada 2012 Masihi, iaitu pada 21 Disember 2012.

Berlandaskan manuskrip peniggalan suku kaum Maya itu juga ada menceritakan pada tahun 2012 munculnya satu gelombang galaksi besar yang dikenali sebagai badai matahari mengakibatkan berlakunya cuaca panas yang melampau yang menyebabkan semua kegiatan dimuka bumi akan terhenti.

Selain ramalan kaum maya, ada juga pihak yang masih percaya bahaya planet X atau terkenal sebagai planet Nibiru akan menghampiri bumi pada tahun 2012.

Walaupun planet Nibirutidak bertembung dengan bumi tetapi planet ini didakwa memiliki kekuatan magnetik sangat kuat yang hampir sama dengan matahari. Hal ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan graviti sehingga mampu mengoncangkan bumi sehingga gunung-ganang hancur lebur, bangunan menyembah bumi, air laut melimpah dan manusia terbang seperti rama-rama.

Berikut adalah ramalan tentang kiamat yang tidak menjadi tetapi pernah menggemparkan dunia satu ketika dahulu....

1666 - Kiamat tahun iblis
Ramai penganut Kristian akin bahawa angka 666 berkaitan dengan iblis, sehinggakan mereka telah meramal pada tahun 1666 akan berlakunya kiamat dan dua  berakhir kerana Tuhan marahkan iblis. Namun pada tahun tersebut kiamat tidak berlaku sebaliknya terjadi satu kebakaran besar yang nyaris melenyapkan kota London dari muka bumi.

1806 - Telur ayam petanda kiamat
Seorang penternak di Leeds, England telah menemui telur ayam yang tertera pada kulitnya tulisan "Crist is comming" Ramai orang telah mempercyai berita yang menggemparkn itu. Namun seorang penduduk merasa khuatir kesahihan berita tersebut dan telah memerhatikan ayam itu bertelur dan mendapati telah berlakunya penipuan. Telur itu didakwa telah di tulis terlebih dahulu sebelum disumbatkan semula ke dalam dubur ayam.

23 April 1843 - Angkara wahyu William Miller
William Miller, seorang paderi Advent mendakwa beliau menerima wahyu nbahawa tarikh berlakunya kiamat akan jatuh paa 21 Mac 1843 dan 21 Mac 1844. Dalam pada itu, beliau sendiri turut membuat andian kimat akan berlaku pada 23 April 1843. Pamun pada tarikh yang dijangkakan itu, tidak berlaku sebarang mala petaka seperti yang didakwa William. Maka kumpulan itu telah membentuk gerakan yang dikenali sebagai "seventh day Adventist.

22 Oktober 1844 - Ramalan kumpulan Millerite
Seorang paderi dari kumpulan Millerite, Samuel S.Snow juga telah meramalkan duania akan berakhir pada 22 Oktober 1844. Beliau amat yakin berdasarkan petunjuk kiamat yang terdapat di dalam kitab Daniel. Tetapi kimat tetap tidak berlaku pada tarikh tersebut. Disebabkan itu, tarik 22 Oktober 1844 dikenali sebagai "The Great Disappointment" atau "Kekecewaan Besar" yang membuatkan aliran Millerite terpecah.

1910 - Komet Halley
Pada tahun 1881, seorang astronomi, mengandaikan hari kiamat akan berlaku disebabkan pelanggaran bumi dengan ekor komet Halley pada tahun 1910. Astronomi itu mendakwa ekor komet Halley mempunyai gas dan dbu beracun yang mampu membunuh dan melenyapkan manusia yang hidup di muka bumi. Namun pada tahun itu tiada tragedi berlaku seperti yang dijangkakan.

21 Disember 1954 - Ramalan Dorothy Martin
Dorothy Martin mendakwa beliau telah membuat perjanjian dengan makhluk asing dari Planet Clarion. Katanya alien akan menghancurkan bumi dengan satu bencana banjir besar. Hanya orang beriman sahaja terselamat dengan kehadiran piring terbang pada malam bencana tersebut. Tetapi, pada pukul 4.45 pagi, martin telah menjelaskan yang dia mendapat pesanan baru dari makhluk asing. Katanya Tuhan murka dengan tindakan tindakan para pengikutnya yang banyak berubah fikiran. Tuhan memutuskan untuk mebatalkan hari kiamat setelah ada manusia yang merasa waswas dengan kekuasaannya.

November/Oktober 1982 - Ramalan Pat Robertson
Pada akhir tahun 1976, Part Robertson membuat ramalan dunia akhir zaman akan berakhir pada bulan November atau Oktober 1982. Dalam siaran The 7000 Clum pada Mei 1980 beliau menyatakan; "Saya jamin pada akhir tahun 1982 akan terjadinya hari penghakiman pada dunia. Dunia akan berakhir!". Seperti dijangka, dunia tidak juga berakhir tetapi Pat Robertson yang meninggal dunia terlebih dahulu.

9 September 1999 - Ramalan Syamsuri
Seorang lelaki bernama Syamsuri mendakwa bahawa dia adalah 'Imam Mahdi' utusan Than dan meramalkan 9 September 1999 akan berlakunya hari kiamat. Sebelum tarikh ramalan itu tiba, beliau telah ditangkap oleh pihak polis dan dihukum penjara selama 11 bulan. Namun pada tarikh ramalannya 9-9-199 tiada apa-apa berlaku dan beliau sendiri meringkuk dalam penjara.

31 Disember 2000 - Ramalan Joseph Kibwetere
Joseph Kibwetere dari Uganda, Afrika iaitu seorang paderi dari The Movement for the Restoration of the Ten Commandments of God, meramalkan dunia akan berakhir pada 31 Disember 2000. Sbelum tarikh tersebut beliau telah mengarahkan pengikutnya berkumpul di dalam sbuah gereja. Setelah semua pengikutnya berkumpul, beliau lalu membakar gereja tersebut ketika semua orang sedang bertafakur. Sebaik kebakaran itu berjaya dipadamkan, pihak polis menemui sebanyak 330 tengkorak manusia yang dipercayai pengikut fanatik Joseph Kibwetere yang terbunuh dalam tragedi itu.

31 Mei 2011 - Ramalan Harold Camping
Dongeng terakhir tentang hari kiamat ini dibuat oleh Harold Camping. Katanya, barangsiapa yang percaya kata-katanya akan diangkat terus ke syurga dan mana yang tidak percayakan ramalan mereka akan tinggal dibumi dan hidup seperti dalam neraka selama lima bulan sehingga tarikh 21 Oktober 2011. Pada tarikh itu Tuhan akan meghancurkan bumi dengan nyalaan api neraka.

Harold Camping meramal dunia akan berakhir pada 21 Mei 2011

Walaupun pelbagai andaian dan ramalan dibuat, namun kita sebagai umat Islam, wajib percaya kepada kedatangan hari kiamat. Lambat atau cepatpasti akan tiba jua...

Selasa, 6 Disember 2011

Kisah Pelajar dan Kentang Yang Busuk

Satu ketika, ada seorang guru meminta pelajar-pelajarnya membawakan satu kantung plastik ke sekolah. Lalu, dia meminta setiap pelajar-pelajarnya memasukkan beberapa biji kentang ke dalamnya. Setiap pelajar diminta memasukkan sebiji kentang bagi setiap seorang yang mereka benci dan tidak mahu maafkan dengan menulis nama orang yang mereka benci itu. Ada beberapa pelajarnya yang kantungnya agak ringan walaupun sebahagian besarnya mempunyai kantung yang berat.

Mereka diminta membawa kantung yang berisi kentang itu kemana sahaja mereka pergi dan sepanjang masa termasuk masa makan dan tidur selama dua minggu. Lama-kelamaan keadaan kentang itu makin tidak menentu. Banyak kentang itu mula membusuk dan buruk. Hampir semua pelajar mengeluh dengan tugasan ini.

Akhirnya tamat tempoh dua minggu itu dan guru itu mendapati ramai pelajarnya yang membuang kantung itu kerana tidak tahan dengan kentang-kentang yang mula membusuk itu. Pelajar-pelajar yang mengeluh dan tidak faham mengenai tugasan ini akhirnya mendapat jawapan daripada guru mereka. Guru itu berkata "Membawa beban yang tidak berguna sesungguhnya amat memeritkan dan mensia-siakan kehidupan kita. Begitu juga dengan hati yang penuh dengan dendam dan benci akan memburuk dan akhirnya merosakkan diri kita."

Jumaat, 2 Disember 2011

Mengurus Tekanan dan Masalah

Mula berfikir secara positif. Kita perlu tahu bagaimana mahu menguruskan masalah dan tekanan yang berlaku. Seperti yang diketahui, masalah dan tekanan dapat menyebabkan pemikiran dan sikap kita menjadi negatif. Ini akan menyebabkan kita berputus asa dan tidak berani lagi bagi mencuba dan berusaha ke arah kejayaan.


Tiada sesiapa pun yang dapat lari daripada tekanan dan masalah. Ia adalah lumrah bagi semua tanpa mengira kedudukan, agama, kepandaian dan keturunan. Tekanan dan masalah datang tanpa diundang tetapi pemergiannya sangat dialu-alukan. Lebih cepat ia pergi, lebih baik diri kita.

Disebabkan masalah dan tekanan adalah lumrah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, oleh itu kita harus bersedia dengan pengetahuan mengenai masalah dan tekanan. Ia penting bagi membolehkan kita melihat perkara ini lain dari kebiasaan. Kemudian kita mampu menguruskannya dan seterusnya mengekalkan minda yang positif dalam diri.

Masalah adalah latihan minda dan landasan bagi kita mempelajari sesuatu yang baru. 



"Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan." Allah memberitahu manusia bahawa setiap kesusahan yang dilaluinya seperti masalah, tekanan, kegagalan dan penderitaan yang dilalui pasti akan beroleh jalan penyelesaian dan ganjaran.

Islam memberikan beberapa panduan asa pengurusan tekanan dan masalah yang amat mudah tetapi jarang sekali diterokai dan diamalkan. Antaranya : 

  • Mengambil wuduk iaitu air sembahyang. Air sembahyang mampu menyejukkan hati dan membuang aura-aura negatif dari dalam diri kita.
  • Selain melakukan solat lima waktu, kita disarankan melakukan beberapa solat sunat yang lain yang mampu memberikan ketenangan dan merungkai masalah dan tekanan yang merantai diri kita ini. Antara solat sunat yang berkaitan adalah solat istikharah sebagai memohon petunjuk dan membuat pilihan, solat sunat hajat bagi meminta sesuatu termasuk penyelesaian dan solat sunat tahjud, sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Selain solat yang mempunyai waktu-waktu tertentu, kita juga dapat menguruskan tekanan dan masalah melalui bacaan Al-Quran dan Zikir bacaan al-Quran. Walaupun zikir senang dan ringkas tetapi keupayaannya bagi menenangkan hati tidak dapat dinafikan. 
  • Berdoa adalah senjata bagi seorang mukmin. Ketika diri dilanda keresahan kerana tekanan dan masalah. Berdoa adalah salah satu cara bagi memperolehi ketenangan dan mencari penyelesaian.
Sekiranya tekanan dikendalikan dengan baik, ia dapat menjadi pendorong atau perangsang yang dapat mengalakkan manusia membangun, membentuk dan menghadapi rintangan. Matlamat utama bukan bagi menghindari masalah tetapi menghadapi tekanan dengan bijak kerana setiap tekanan memberikan peluang memperbaiki diri.

Kita tidak seharusnya risau dan berfikiran negatif kepada masalah dan tekanan yang menimpa. Penting bagi kita mengetahui cara bagi merasionalkan fikiran dan berada dalam keadaan tenang.

Kesimpulannya, disebalik setiap tekanan dan masalah yang dihadapi terselit pelbagai hikmah bagi kita. Selagi kita berfikiran positif kepada tekanan dan maslah pasti kejayaan tetap milik kita.

Kehidupan manusia selalunya diuji dengan detik pengalaman hidup yang indah atau menyayat hati. Ketika menerima ujian seumpama ini, individu seharusnya bangkit kembali dengan kekuatan diri bagi mencari kebahagiaan dan kecermelangan hidup berteraskan kehebatan yang Allah SWT anugerahkan dalam setiap diri individu.


Sesungguhnya, kebahagiaan adalah rahsia disebalik kerelaan, ketenagan dan rasa aman serta ceria. Bagi terus berasa tenang dan bahagia, terima seadanya apa yang telah berlaku dan berusaha bersungguh-sungguh membina kejayaan daripada kegagalan dan kejayaan yang dilalui.

Matlamat akhir sebuah perjuangan menuju kejayaan bukan sekadar meraih kejayaan peribadi. Malah puncak kejayaan sebenar terletak kepada kejayaan yang dapat dikecapi oleh masyarakat keseluruhannya.

Rabu, 30 November 2011

Pesanan Orang Tua


Pada masa kita budak,
Tuntutlah ilmu janganlah tidak,
Kerana ilmu sangatlah mustahak,
Untuk mencapai sesuatu kehendak,

Gedung ilmu ialah sekolah,
Pergilah ke situ walaupun lelah,
Janganlah hati serba salah,
Tututlah ilmu jangan membantah,

Badan kelat masa muda,
Isikan ilmu di dalam dada,
Dapat sedikit janganlah pada,
Biar bertimbun setinggi kota,

Janganlah tunggu janganlah nanti,
Tuntutlah ilmu sehingga mati,
Walau habis emas berbakti,
Faedah tentu akan terbukti,

Kalau kita sudah berilmu,
Mengajak orang janganlah jemu,
Seperti juga kita berjemu,
Balasan baik akan bertemu,

Kuching...