Selasa, 9 Ogos 2011

Bismillah


Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Mulakanlah kerja dengan niat yang satu
Untuk mendapatkan keredoannya
Moga segala urusan dipermudahkannya
Agar sentiasa dalam kebaikan
Barulah hati kita kan terasa tenang
Dan bersyukur dengan apa yang ada

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Buruk dan baik itu ketentuan Allah
Kitalah jua yang memilihnya
Amal yang baik akan membawa syurga
Amalan buruk menempah neraka

Hanyalah iman, amal dan juga takwa
menjadi bekal dalam hidup kita
Hanyalah iman, amal dan juga takwa
menjadi bekal dalam hidup kita

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Ilmu pelita menerangi kegelapan
Darilah ilmu datangnya amalan
Dari amalan lahirlah kasih sayang
Saling membantu dan bekerja sama
Rezeki yang ada hulurkanlah derma
Agar hidup harmoni bahgia

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Jumaat, 5 Ogos 2011

Bekalan Makanan Setahun

Saraan Nabi Muhammad SAW, "Sediakan Bekalan Makanan Selama Setahun"

Dalam kitab al-Fitan, Nu'aim bin Hammad menyatakan "Meteor itu akan jatuh dari langit di bahagian timur bumi..." (Jilid I, halaman 230, no. 643)

Ia menyebabkan jerebu hitam, "yang muncul di maghrib (bahagian barat bumi) bulat seperti perisai, kemudian naik (lebih tinggi) ke langit dan tersebar di seluruh langit." (Hadith riwayat Tabrani, jilid 17, halaman 325, no. 899)

"yang dapat dilihat oleh semua penduduk bumi" (Jilid I, halaman 227, no. 633)

Akibatnya, tanah pertanian terbakar dan bagunan hancur luluh. Namun begitu, ini bukan kiamat besar. Antara kesan buruk hentaman meteor itu adalah timbulnya krisis makanan yang kritikal diseluruh dunia. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW menganjurkan, "Sediakanlah bekalan makanan selama setahun." (Jilid I, halaman 227, no. 633)

Daripada Khatir bin Murrah, "Tanda-tanda peristiwa besar pada bulan Ramadan adalah suatu tanda di langit. Selepasnya terjadi perselisihan antara manusia. Jika engkau menjumpainya, perbanyakkanlah persediaan makanan semampumu."

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila bunyi muncul pada bulan ramadan, akan terjadi huru hara pada bulan syawal." Kami bertanya, 'Bunyi apa, wahai rasulullah', Baginda menjawab, 'Bunyi yang kuat pada pertengahan bulan ramadan. Pada malam jumaat, akan muncul bunyi yang kuat, yang membangunkan orang tidur, yang membuatkan orang yang berdiri terjatuh terduduk, para gadir keluar dari pingitannya. Ia berlaku pada malam jumaat dalam tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu melaksanakan solat subuh pada hari jumaat, masuklah kedalam rumah, tutuplah pintu-pintunya, subatlah lubang-lubangnya, selimutlah dirimu, sumbatlah teliga kamu. Jika kamu berasa danya bunyi yang kuat, maka sujudlah kepada Allah SWT dan ucapkanlah "Subhaanal Quddus (Maha suci al-Quddus), Robbunal quddus (Tuhan kami al-Quddus),; kerana orang melakukan perkara itu akan selamat. Sebaliknya orang yang tidak melakukan perkara itu akan binasa". (Hadith Riwayat, Nu.aim bin Hammad)

Dalam hadis diatas, Rasulullah SAW menerangkan pada pertengahan bulan Ramadan, pada hari khamis malam jumaat, akan kedengaran bunyi yang kuat. Bunyi itu begitu kuat hinggakan ia mampu membangunkan orang yang tidur, menyebabkan orang yang sedang berdiri tiba-tiba terjatuh, dan menyebabkan orang yang berada di dalam rumah keluar dari rumah. Rasulullah kemudiannya menyatakan secara spesifik perkara itu akan berlaku pada malam jumaat pada bulan ramadan dalam tahun yang mana banyak gempa bumi berlaku.

Namun begitu..... [akan bersambung esok, penat dan mengantuk menaip]

Sumber : Kitab al-Fitan, Nu'aim bin Hammad


Khamis, 4 Ogos 2011

Istimewanya Ramadan

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda, "Umatku telah diberikan dalam bulan Ramadan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka. 1-Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. 2-Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka. 3-Setiap hari Allah SWT akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daripada beban-beban dan mereka akan datang kepadamu." 4- Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat dalam bulan Ramadan dan mereka tidak dapat berbuat sesuatu dalam bulan Ramadan ini seperti mana yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain. 5-Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadan. Rasulullah ditanya, "Adakah ia Lailatulqadar?". Baginda menjawab, "Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya."