Selasa, 31 Julai 2012

Sejarah Nama Negeri Pahang


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Isnin, 30 Julai 2012

Monolog Gula Berbau Cuka

Hatinya bergenang air mata mungkin dek kerana luluhan perasaan tidak bertepi. Terasa sesak tidak terkata seolah dirinya berada di dalam dunia lain yang tidak adil. Perasaan yang pedih tadi sudah bertukar menjadi kemarahan. Tidak diterima ketentuan seolah menyinsing lalu tanpa peduli apa yang terjadi. Jiwanya terasa dialah orang yang paling malang. Facebook dan twitter mengganti suara mengadu domba pada manusia, terlaung merentasi benua. Tiada kata lagi boleh menenangkan ombak melanda.

Dunia ini bagai menghukumnya dengan kejam. Kata pemutus dulu masih tidak boleh terpadam oleh ruang dan waktu. Terasa baru sahaja menjengah di awalan dan pengakhiran hidup. Mimpi itu bagaikan diulang-ulang menambah lagi duka yang berparut. Sangkaan baik selama ini telah bertukar menjadi sangkaan buruk yang bisa membinasakan diri. Motivasi telah turun pada tahap abnormal, lemah berserta kecewa. Ah, kenapa semua jadi begini! Bentak suara keras terdengar.

Itulah sedikit cebisan tiada pengakhiran yang terjadi di kala semuanya serba tidak kena seorang pencinta manusia. Seseorang apabila meletakkan saluran cinta pada saluran yang berlainan sudah tentu dapatan siarannya akan terjejas. Orang yang bercinta semestinya berada pada saluran yang lain berbanding saluran mereka yang biasa-biasa. Hinggakan bila manisnya sebuah kemahuan tidak terasa, perasaan mula bertukar. Gula sudah berbau cuka, masin.

Orang berkata kita mendengar

Orang yang bercinta melihat hijaunya daun itu lebih hijau daripada biasa.
Orang yang bercinta melihat birunya air laut lebih biru daripada biasa.
Orang yang bercinta merasa pahitnya hempedu seperti enaknya madu.
Orang yang bercinta merasa masinnya cuka seperti manisnya gula.


Sebutlah apa sahaja berkenaan cinta maka mukaddimahnya adalah kebaikan seiring perbuatan. Orang bercinta seolah berada pada dunianya yang tersendiri. Sampai adanya yang mengatakan bahawa ianya adalah syurga dunia yang terhiasa dek perasaan. Ia akan sentiasa mengharapkan sesuatu yang diluar daripada kebiasaan. Bila yang mengharap terbias daripada apa yang diharap, jiwa memberontak menahan "ammarah" yang melanda.

Mula perasaan buruk sangka, memaki hamun, cercaan yang terbit dari bibir menggantikan pujian, baik sangka dan belaian yang selama ini membara. Kerendahan mula muncul seolah merekalah yang dianiaya, meletakkan diri pada kondisi tidak bermaya, berakhir dengan duka lara. Cinta mula berbau keluhan, seperti kenangan salma dan mahbub tidak kurang laila dan majnun.

Berkenalan dengan cinta

Cinta dalam pemahan istilah bahasa arab ialah "Hubb". Pemahaman dan konsep hubb ini cukup menarik bila dikupas. Katanya terzahir dengan dua huruf tapi tersirat berjuta makna. Huruf 'Ha' dan 'Ba'. Cuba perhatikan bila disebut ha maka mulut kita pasti terbuka dan bila disebut ba mulut akan tertutup. Tidakkah kita terfikir apa yang tersirat di sebaliknya? Satu tertutup dan satu terbuka.

Cinta ini mudah untuk dimanipulasi, samada kebaikan atau keburukan. Letaknya di antara dua persimpangan. Berlegar di antara keduanya ialah beribu persoalan. Cinta bila dimanipulasikan ke arah kompas kebaikan maka akan wujudlah jalan-jalan menuju syurga. Sebaliknya bila ia dimanipulasi ke arah kompas kefasikan maka wujud pula jalan menuju nereka.

Apabila kata itu terbaur, maka menitislah hujan harapan, berhembus angin ketulusan, rauk wajah bersinar bersama matahari yang bersinar cemerlang. Cinta ialah bukti pengabdian kasih sayang, hubungan, kesenangan, keredhaan dan ketenangan. Akan gugur lembaran kemarahan, luluh gelojak kejahatan, terpotong alur-alur kebencian, kedengkian dan padamlah bintang-bintang permusuhan.

Sebaliknya apabila jiwa tidak lagi tenang walaupun senang maka kita sebaliknya bertanya apakah itu cinta?. Apabila segalanya bertukar cinta juga bertukar. Itulah cinta yang sudah tersasar, jauh daripada lepangan ketenangan dan kasih sayang.

Kesedihan yang paling sedih

Pernah orang bertanya, apakah perkara yang paling sedih yang berlaku pada seseorang manusia?. Perkara ini sering menjadi topik berbincangan antara sahabat-sahabat. Kesedihan yang paling sedih adalah apabila sesuatu perkara itu berlaku yang kita boleh mengubahkannya akan tetapi kita tidak mampu dek kerana kelemahan diri.

Contoh mudah ialah apabila seseorang yang kita sayangi meninggal dunia akibat kemalangan. Sudah tentu semua anggota, hati, jiwa, akal akan berasa sedih dan pilu. Air mata ini turun bagai tidak mahu berhenti. Tetapi sedarkah bahawa air akan surut jua dek lenturan masa dan waktu. Namun, tentu situasi ini berbeza jika proses itu mengambil masa yang lama. Contohnya ada ahli keluarga yang diserang penyakit kronik, memerlukan kos yang tinggi untuk sembuh. Walaupun ada jalan untuk kita berusaha mencari dana untuk kos perubatan, tetapi atas ketidakmampuan diri kita tidak dapat menyelamatkannya. Tentu kita boleh bersetuju bahawa kes yang kedua itu lebih memilukan.

Bicara batas padi

Hidup ibarat berbicara soal batas padi, sentiasa ada had dan batas dalam setiap laku. Bagi mereka yang berada dalam situasi diatas katakanlah aku antara insan terpilih untuk menyambung disebalik terputus. Bukankah putus cinta dengan hamba itu bererti bersambung kembali hubungan kita denganNya yang kita putuskan dahulu? Ingat atau tidak? Kita yang putuskan!

Kita selalu merasakan kita adalah orang yang teraniaya dan selalu bertanya kepada diri "kenapa sanggup si dia sanggup berbuat begini"? kita sahaja yang betul dan semua orang salah. Sebenarnya siapa yang teraniaya. Ya, kita yang teraniaya kerana menganiayai diri sendiri. Bersyukurlah untuk itu kerana ia peluang bagi kita untuk belajar "learn from our mistake". Bukanlah setiap kesilapan itu memberikan peluang untuk kita meminta dan merintih?

"Wahai manusia, diberikan untuk kamu satu perumpamaan, maka dengarlah mengenainya; sesungguhnya mereka yang kamu seru selain dari Allah itu, tidak sama sekali dapat menciptakan seekor lalat pun walaupun mereka berpakat untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat menyelamatkan kembali. (maka) lemahlah yang meminta (untuk ditunai hajatnya), dan lemahlah yang diminta (untuk menunaikan hajat)"
(Surah al-Hajj ayat 73)

Kata buat semua

Teringat Dr. Aidh Abdullah berkata bahawa cercaan yang engkau terima itu amat baik akibatnya bagi kamu, ibarat badan berasa sangat sihat walaupun dengan rasa sakit. Terkadang kita tidak menyukai sesuatu, padahal didalamnya terkandung begitu banyak kebaikan. Terkadang kita menyukai sesuatu tetapi di dalamnya terkandung begitu banyak sekali keburukan. Sungguh Allah itu mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa.

Janganlah terlena oleh larutan urusan kerana orang yang terlena akan binasa. Redhailah keputusan Allah sebagai pemutus setiap perkara. Jangan sampai kita membenci keputusan yang telah dibuatnya kerana tidak sedikitpun yang merbahaya akan mendatangkan maanfaat. Di setiap segala mehnah akan ada kemaslahatan besar yang sebahagian besar daripada kita tidak sanggup untuk memahaminya dengan akal mahupun iman.

Kisah Rasulullah Dengan Sebiji Limau

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.

Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Ahad, 29 Julai 2012

Pujuklah Hatimu

Seringkali hati bertanya sesuatu yang tidak mampu dijawab oleh akal. Hati seringkali berkata tidak tanpa akal yang mengiringi. Langkah yang tidak seiring itu menjerumus kepada hati memberontak, maka pujuklah hatimu. Bagaimana memujuk hati? Mengapa memujuk? Bila harus memujuk?. Persoalan itu akan terjawab bila kita tahu, Ke mana hati merajuk? Kenapa hati merajuk? Apakah kehendak hati yang merajuk?. Terimalah lakaran hatiku, Pujuklah Hatimu.

Terkadang kita membiarkan hati pergi, pergi menjauh ke tepi muara. Ku pujuk hati, ku merayu. "mari dan mendekat padaku wahai hati, ke pangkuanku". Hati terus menjauh. Lantas ku pujuk hati dan ku katakan padanya "Setiap sesuatu itu telah ditentukan, sabar wahai hati". Hati lalu mendekat, suaranya sudah tidak lagi kedengaran hanya air mata menterjemah segala laku. Lalu hati berkata, "kenapa semua ini terjadi?". Namun tiada lagi kata bisa ku ucap, "maafkanku wahai hati".

Kehidupan adalah suatu ujian yang Allah SWT telah petakan sepanjang perjalanan manusia. Kerana Allah tidak menjanjikan hidup penuh dengan keseronokan tanpa rintangan. Sepanjang perjalanan ini, apa yang kita ada, apa yang kita perolehi adalah nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kebanyakannya datang daripada rasa kecewa dan kesukaran yang pernah kita alami. Hadirnya tatkala ada merupakan elemen "Rahim" Allah yang dititipkan buat kita. Itulah kebahagian disebalik ujian yang dikurniakan. Insyaallah dengan berkat doa akan Rahmah Allah hadapi ia dengan kuat dan tabah walaupun perit.

Hatiku dan Hatimu

Jika diperhatikan keduanya sudah semestinya berbeza, hatimu dan hatiku. Namun percayalah ia adalah daripada acuannya yang sama. Datangnya hati memberi seribu rasa bagi jasad. Keselarasan dalam membimbing hati dan jiwa diiringi jasad adalah satu keperluan dan bukan sekadar kehendak. Keperluan mestilah didahului daripada kehendak kerana keperluan ialah penghidupan manakala kehendak ialah pelengkap.

Hati merupakan raja yang mengawal seluruh tubuh badan. Maka dengan bahasa mudah untuk menjaga tubuh badan maka hati mesti dijaga. Dari hati segalanya bermula ibarat "Motherboard" atau keperluan yang menjadi landasan kepada sistem jasad. Mengawal komponen-kompnen lain yang menjadi pelengkap kepada keperluan. Jika motherboard ini rosak maka seluruh sistem komponennya akan mengalami masalah. Masalah yang membuatkan diri kita tidak senang duduk selalu berlaku kepincangan dalam sistem kehidupan.

"Sesungguhnya dalam sesuatu jasad ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasad dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh jasad, ketahuilah daging itu ialah hati"
(Hadis Riwayat Ahmad)

Hati Adam VS Hati Hawa


Sistem yang Allah SWT telah aturkan adalah bersifat saling kebergantungan antara satu sama lain. Hati Adam dan Hawa sudah pasti berbeza. Lihat sahaja kepada penciptaan keduanya, itu menggambarkan bahawa keduanya datang dari syarikat (bahan) yang berlainan. Adam daripada tanah dan Hawa daripada tulang rusuk Adam. Kenapa terjadinya sebegitu? Ia adalah memenuhi apa yang dikatakan keperluan dan kehendak. Keperluan untuk bersama dan kehendak untuk memahami hati keduanya.

Kata Hujatul Islam dalam bait katanya yang berseni bahawa : "Lelaki mempunyai 1 Nafsu 9 akal manakala wanita mempunyai 9 nafsu 1 akal.  Ramai yang keliru dengan kenyataan menarik di atas namun yang dimaksudkan oleh Imam Ghazali dalam bahasa yang mudah difahami adalah lelaki mempunyai 1 emosi 9 rasional manakala wanita mempunyai 9 emosi 1 rasional. Ini menggambarkan kepada kita bahawa perbezaan peranan yang dimainkan oleh wanita dan lelaki dalam sistem kehidupan. Wanita dan lelaki mempunyai tanggungjawab yang berbeza dan perlu difahami agar sistem nilai tidak pincang dek kerana kurang memahami tanggungjawab masing-masing.

Hatiku dan Hatimu Berubah (Qalbun Maddatan)

Dalam Keadah bahasa Arab hati sebut "Qalb" kerana hati ini mudah bergerak, mudah berbolak balik.  Ya, Hati manusia pasti berubah. Berubah mengikut apa yang mengubah. Perubahan persekitaran, masa, situasi dan tempat. Perubahan kadang-kadang membawa kegembiraan tidak kurang juga penderitaan. Mana mungkin seorang yang kehilangan ibu dan bapa akan diam seribu bahasa tanpa mengalami perubahan. Mungkin perubahan darisegi pertuturan yang lebih diam atau perubahan hati supaya lebih cekal dalam menghadapi hari mendatang.

Kita harus memastikan perubahan yang ingin dibawa adalah perubahan yang membawa kepada perkara yang lebih baik walaupun menempuhnya menuntut seribu kepahitan dalam perjuangan. Apa yang lebih penting adalah untuk kita menjaga hati supaya lebih tetap dengan agama Allah. Lihatlah di sekeliling kita, perubahan masyarakat sangat ketara menunjukan kepada kita tentang betapa manusia menghidapi penyakit hati yang serius. Arakian, gejala yang berleluasa adalah isu murtad yang kurang mendapat liputan dari media dan tidak menjadi topik utama dalam minda.

Manusia sudah tidak bertindak seperti manusia yang mengikut landasannya sebagai hamba. Bagaimana hendak memanusiakan manusia? Maka jawapannya ialah Agama Islam. Saya pasti tidak ada Kekhilafan antara kita dengan jawapan itu. Namun adakah dengan hanya manis dibibir tapi racun dihati? Islam terbina salah satunya adalah dasar nasihat, sebab itu disebut "Addin Nun Nasihah".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

"Agama itu nasihat. "kami bertanya: Untuk siapa. Baginda menjawab: "Untuk Allah, Untuk KitabNya, Untuk RasulNya, untuk para kaum muslimin dan untuk orang awam"
(Riwayat Muslim)

Dari mana hendak mendapatkan nasihat? Pergilah mencarinya di rumah-rumah Allah. Pilihlah masjid-masjid yang aktif dari segi pengurusan pengajian umum yang dijalankan. Insyaallah berbekas dihati.

Persoalan Kenapa, Kemana dan Apa

Kenapa hati merajuk? Itu persoalan utama yang sukar untuk ditafsirkan. Hati yang menerima rasa, sedih kecewa, suka, duka, gembira dan berbagai lagi. Ke mana hati itu pergi? Itulah yang perlu dikesan. Hati yang merajuk jangan dibiarkan pergi menjauh dari Tuhan yang menciptanya, kelak akan membawa kepincangan. Hati yang jauh dari fitrah akan mengundang fitnah yang sangat impak pada hati.

Apakah natijah daripada hati yang dihinggapi rasa fitnah? Sudah pasti akan timbul rasa mazmumah yang tinggi berbekas didalamnya. Apabila Muzmumah sudah bersarang maka hati akan sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Kemuncaknya hati akan memberontak dan timbullah warna sebenar dalam diri. Kelak menjadi cacian dan cemuhan yang tidak mungkin terpandam dengan mudah.

Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Persoalan Bagaimana, Mengapa  dan Bila


Bagaimana hati harus dipujuk? Hati harus dipujuk bersama dengan fitrah. Ya, fitrah hati yang sentiasa mahukan kebaikan bukan keburukan. Seseorang perlulah bermujahadah dalam memujuk hati. Namun harus difahami ayat di atas ialah bermujahadah perlukan pengorbanan. Pengorbanan melawan musuh terdekat hati,Nafsu. Mengapa Nafsu dikatakan musuh terdekat kerana ada bersamanya Iblis. Menyelinap masuk di setiap aliran darah manusia. Begitu dekat sekali dengan kita.

Manusia bertindak bukan atas dasar tahu tapi manusia bertindak atas dasar mahu. Maka mengapa manusia bertindak atas dasar mahu? Jawabnya hati yang mahu. Hati berkata mahu dan jasad bertindak untuk memenuhi mahu. Oleh itu mahu perlu didasari atas keikhlasan, kerana keikhlasan akan menimbulkan mahuyang jelas. Bacalah doa diatas agar sentiasa tetap pendirian dalam setiap perkara.

Bahasa Melayu dan Hati

Dalam Bahasa Melayu dalam istilah bahasa atau simpulan bahasa terdapat banyak penggunaan perkataan hati. Kecil hati, besar hati, hati kecil, hati emas, baik hati, busuk hati, berhati-hati, perhatian, dan banyak lagi penggunaan bahasa yang berkaitan dengan hati. Mengapa semuanya hati?  Indahnya sesuatu penggunaan bahasa itu. Katakan bila mana seseorang itu menolong seorang buta untuk melintas jalan.

"Mari saya tolong pakcik?" kata seorang anak muda.

"Terima kasih anak muda, baik hati kamu" Kata orang buta itu.

Lihat bagaimana penggunaan bahasa yang digunakan. Salah satu kecantikan Bahasa Melayu, menunjukkan hati memainkan peranan dalam setiap perkara. Mengapa tidak disebut "baik tangan kamu" atau "baik kaki kamu" ? ini kerana buat baik hati dapat nama buat jahat hati juga mendapat nama. Itulah hati (dalam konteks bahasa).

Jangan Butakan Hati Anda

Hati buta adalah hati orang kafir. Hati yang telah tertutup daripada hidayah Allah.

Allah berfirman yang bermaksud :

"Sekali-kali tidak, sesungguhnya perbuatan dosa yang selalu dilakukan telah menutupi hati mereka. Sekali-kali tidak, Sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup daripada (memandang) Tuhan mereka."
(Surah al-Mutafifin ayat 14-15)

Syarat penerimaan ibadah yang diperjelaskan oleh Imam Al-Ghazali dala kitab Ihya' Ulumuddin adalah ikhlas dan juga mengikut cara Rasullullah. Oleh itu, mana datang ikhlas kalau bukan hati mendatangkan ikhlas. Didik hati untuk ikhlas perlu dalam konsep ibadah, soalnya bagaimana? Jawapannya tunaikanlah janji anda. Janji seorang hamba Allah dengan pencipta, janji seorang anak dengan kedua ibubapa, janji Sahabat bersama sahabatnya, janji isteri kepada suami dan sebaliknya, janji kita bersama semua.

Apaabila semua itu tertunai bererti kita telah memberi. Memberi dengan kualiti jiwa bukan kualiti harta. Bukankah Rasullullah s.a.w  telah bersabda:-

"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Justeru, berilah makanan kepada hatimu berupa zikrullah. Jangan terlalu berbangga dengan kekuatan dan kecantikan susuk  badan. Kenapa hanya senaman jasmani sahaja? Bukankah rohani perlu dicantikkan lebih daripada jasmani.

"Ya Allah, hati ini telah lama berkarat, penuh dosa dan maksiat, Kurniakanlah kami hati yang baru yang Engkau beri padanya rahmat, Agar hati itu sentiasa berkilat, moga hati yang baru itu sentiasa sihat, dan moga hidup kami menjadi berkat."

Sabtu, 28 Julai 2012

Aku bukan saidina Ali

Nurul Salwa Al-Fateh. Pertemuan pertama kali dengan wanita hebat seperti Nurul Salwa Al-Fateh pasti tidak mampu dilupakan. Pelajar perundangan syariah yang sangat hebat tentang hukum agama. Penegak keadilan. Pembanteras kezaliman. Begitu tabik aku kepada Nurul Salwa Al-Fateh. Namun apa yang pasti, wanita ini sebenarnya amat sukar untuk didekati. Terlalu sukar. Wanita yang begitu sibuk beribadah dan berhubung dengan kekasihNya menyebabkan dia sentiasa menyendiri daripada kelompok manusia yang sibuk dengan kehidupan sosial masing-masing.

Jika dibandingkan aku dan Nurul Salwa Al-Fateh, terlalu jauh perbezaan kami berdua. Hidup Nurul Salwa Al-Fateh begitu mengikut syariat padahal aku pula banyak melanggarnya. Jauh di sudut hatiku, aku mahu memiliki Nurul Salwa Al-Fateh itu. Aku seperti telah jatuh hati pada wanita yang hujung namanya Al-Fateh itu. Tapi, bolehkah aku memilikinya? Sedangkan kehidupan kami berdua saja sudah boleh membezakan aku yang jahat dan dia yang baik. Hati ini sukar untuk dijangka. Bila aku tidak memerlukan cinta, ia datang menyinggah. Bila diperlukan, ia tidak mahu datang. Itulah lumrahnya perkataan yang bernama cinta.

Tetapi pada suatu hari, terjadi satu peristiwa yang telah mengubah kehidupanku. Aku bertemu Nurul Salwa Al-Fateh. Pada ketika itu, dia berada di perpustakaan kampus dan pada waktu yang sama, aku sedang mencari bahan rujukan untuk menyiapkan kerja khusus yang diberikan oleh pensyarah. Tiba-tiba, Nurul Salwa Al-Fateh memberi salam dan meminta aku mengambil buku yang berada tidak jauh dari tempat aku berdiri. Aku begitu terkejut dan terpegun dengan keindahan Nurul Salwa Al-Fateh. Memang benar kata para pelajar di sini, dia pelajar yang luar biasa.

"Errr... Encik? Boleh ambilkan saya buku yang tidak jauh dari tempat encik berdiri?"

Aku pun mengambil buku tersebut setelah lamunan aku terhenti. Aku memberanikan diri untuk bertanya padanya adakah betul dia Nurul Salwa Al-Fateh. Dia tersenyum. Aku sungguh terpukau dengan senyuman manis bersama lesung pipitnya itu. Nurul Salwa Al-Fateh menganggukkan kepala dan berlalu seraya meninggalkan aku salam. Hatiku berdebar-debar. Aura Nurul Salwa Al-Fateh masih bersama denganku. Sejak dari itu, aku mula kerap ke perpustakaan agar sentiasa bertemu wanita hebat itu.

Ke mana saja dia pergi, aku pun mengikutinya. Segala aktiviti Nurul Salwa Al-Fateh sentiasa aku ketahui. Sifat peribadinya tiada beza seperti Saidatina Fatimah Az-Zahra. Mungkin aku boleh samakan dia dengan Ummu Abiha itu. Nurul Salwa Al-Fateh sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid dan mengikuti aktiviti kebajikan. Sedikit demi sedikit, aku telah berubah. Dahulu gaya hidupku terlalu kebaratan. Di dalam rumahku ini aku sedar tiada sedikit pun sinar Islam. Botol arak tersimpan kemas di dalam almari. Maksiat bermaharajalela di rumah ini. Aku sangat berasa jahil dan sememangnya aku jahil dalam bab agama. Aku ingin berubah menjadi yang lebih baik. Aku tidak mahu tersesat di jalan yang lagi menyesatkan ini. Namun pada siapa harus aku bertemu?

Sedang asyik aku duduk di tasik buatan kampus, hadirnya wanita idaman semua lelaki. Nurul Salwa Al-Fateh bersama beberapa temannya menyapaku. Mungkin dia terlihat aku di dalam masalah. Entah bagaimana dia boleh tahu tentang masalah yang dihadapiku ini. Nurul Salwa Al-Fateh menyerahkan sekeping kertas yang tercatat padanya nama dan nombor telefon seseorang. Dia meminta aku untuk berjumpa dengan orang tersebut. Kemudian dia pun pergi bersama-sama rakannya dengan meninggalkan aku salam. Tanpa melengah-lengahkan masa, aku mengeluarkan telefon bimbit lalu mendail nombor tersebut. Perbualan antara aku dan Ustaz Muhammad tidaklah panjang. Aku hanya meminta untuk berjumpa.

Pada malam itu, aku berjumpa Ustaz Muhammad di sebuah masjid tidak jauh daripada kediamanku. Aku menceritakan segala kisah hidupku dan meminta Ustaz Muhammad membimbingku. Dengan hati yang besar, Ustaz Muhammad menerimaku sebagai anak didiknya. Kini aku mampu tersenyum. Aku mula belajar untuk mengambil wuduk kemudian solat. Setelah itu aku mula membaca surah-surah lazim. Bermula dengan surah Al-Fatihah dan 3 surah Qul. Dalam masa beberapa hari aku sudah menguasainya. Aku umpama bayi. Bayi yang mula-mula hanya tahu merangkak. Cuba berdiri dan berjalan tetapi pada suatu saat, aku tersungkur. Walaupun sering aku rasa kesakitan, tapi aku tidak mengalah. Aku berdiri lagi dan berjalan perlahan-lahan. Alhamdulilah, sekarang aku mampu melaksanakan perintah Allah yang menjadi perkara yang pertama dihisab di alam barzakh, solat.

Usai saja solat Zohor di masjid kampus, aku terserempak dengan Nurul Salwa Al-Fateh. Aku menyapanya dengan memberi salam. Nurul Salwa Al-Fateh yang ketika itu bersama temannya memalingkan wajah ke belakang dan menjawab salam yang aku berikan. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah menemukan aku kepada Ustaz Muhammad. Nurul Salwa Al-Fateh menganggukkan kepala dan berkata dia hanya membantu mempertemukan saja aku dan Ustaz Muhammad. Tidak lebih daripada itu. Ya Allah, wanita di hadapanku ini sungguh merendah diri. Sebelum meminta diri, aku sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya. Aku pun pergi meninggalkan Nurul Salwa Al-Fateh dengan sebuah senyuman yang telah aku khaskan buatnya.

Beberapa hari kemudian, aku mendapat khabar Nurul Salwa Al-Fateh dilamar oleh seorang ustaz. Ustaz Salahuddin Al-Ayyubi. Bekas pelajar Universiti Al Azhar. Tetapi ditolak oleh Nurul Salwa Al-Fateh. Ramai lelaki yang telah cuba melamar Nurul Salwa Al-Fateh tetapi kesemuanya pulang dengan hampa kerana lamaran masing-masing telah ditolak olehnya. Lelaki-lelaki yang melamar Nurul Salwa Al-Fateh bukan calang-calang orang. Kesemuanya kuat agama dan merupakan anak orang berada. Di hatiku timbul satu soalan: Siapakah yang boleh mendapatkan Nurul Salwa Al-Fateh itu?

Seperti biasa, aku akan berada di masjid bersama-sama Ustaz Muhammad pada setiap malam Jumaat. Mengaji Al-Quran bersama dengannya. Memperbetulkan tajwid jika aku tersalah. Malam itu, aku merasakan bacaanku semuanya tidak betul sehingga Ustaz Muhammad menjadi hairan. Apakah yang bermain di fikiranku sebenarnya? Mengapa setiap bacaanku menjadi salah?

Ustaz Muhammad meminta aku berhenti membaca. Takut jika aku terus membaca, banyak lagi kesalahan yang aku lakukan. Aku rasa gundah gulana. Wajah Nurul Salwa Al-Fateh bermain di minda. Patut saja aku tidak boleh membaca al-Quran dengan baik. Ustaz Muhammad bertanya kepadaku andai aku mempunyai masalah. Aku telah menganggap Ustaz Muhammad seperti ayahku sendiri dan begitu senang untuk aku bercerita kepadanya. Aku menceritakan kepadanya mengenai Nurul Salwa Al-Fateh itu. Ketika aku bercerita, aku tidak mahu menyebut nama Nurul Salwa Al-Fateh.

"Kenapa tidak cuba untuk melamar wanita itu?" soal Ustaz Muhammad. Aku yang bersandar pada dinding masjid tersenyum.

"Saya dan wanita itu umpama langit dan bumi. Bagaimana untuk saya melamar wanita solehah itu padahal sebelum saya, ramai lelaki yang telah pulang dengan hampa kerana lamaran sudah ditolak. Jika saya yang pergi melamarnya, sudah pasti ditolak oleh wanita itu," jawabku. Tiba-tiba Ustaz Muhammad ketawa.

"Bagaimana kamu tahu kamu ditolak oleh wanita itu padahal kamu belum mencubanya? Belum cuba, kamu sendiri tidak akan tahu keputusannya bagaimana. Mungkin wanita itu akan menerima kamu sebagai suaminya," kata Ustaz Muhammad. Aku terdiam. Ada benarnya juga kata Ustaz Muhammad.

Kemudian Ustaz Muhammad menceritakan kisah Saidina Ali bin Abi Talib dan Saidatina Fatimah Az-Zahra. Aku mendengar penuh khsuyuk cerita yang diceritakan oleh Ustaz Muhammad. Cinta diam itu hanya dipendamkan kerana takut melebihi cinta kepada Allah. Namun cinta mereka itu disatukan juga. Aku begitu kagum kepada Saidina Ali bin Abi Talib yang begitu sabar bagi menunggu cintanya.

"Namun saya bukan Saidina Ali, ustaz. Saya hanyalah hamba Allah yang serba kekurangan. Saya mungkin tidak layak untuk wanita itu. Wanita itu terlalu baik dan solehah. Dia mungkin layak untuk orang lain. Bukan saya, ustaz," kataku kepada Ustaz Muhammad.

"Jika kamu bukan Saidina Ali, wanita itu juga bukan Saidatina Fatimah. Terlalu awal untuk berputus asa. Cubalah dahulu. Aku yakin kamu pasti akan memiliki wanita solehah itu." Kata-kata Ustaz Muhammad memberi aku semangat. Aku perlu mencuba dahulu agar mengetahui jawapannya. Aku melakukan solat hajat dan solat istikarah. Jika lamaranku ditolak, aku redha. Aku tahu aku tidak layak buat Nurul Salwa Al-Fateh.

Berbekalkan doa, aku memberanikan diri berjumpa orang tua Nurul Salwa Al-Fateh. Semasa aku bertemu orang tua Nurul Salwa Al-Fateh, aku begitu terkejut besar sehingga menyebabkan aku tidak dapat berkata-kata. Lelaki yang menjadi ayah kepada Nurul Salwa Al-Fateh itu adalah Ustaz Muhammad. Kedatanganku disambut dengan penuh gembira oleh Ustaz Muhammad. Aku berasa seperti dalam mimpi!

"Apakah kedatanganmu ke rumahku ini anak muda?" soal Ustaz Muhammad. Aku menjadi sedikit gementar. Ragu-ragu untuk meluahkan apa yang sudah tersirat di hati. Aku menarik nafas.

"Maaf kalau saya mengganggu ustaz, tetapi kedatangan saya ke sini membawa hajat yang besar. Saya tahu saya bakal ditolak tetapi saya mahu mencubanya dahulu. Saya ingin melamar Nurul Salwa Al-Fateh menjadi isteri saya. Menjadi peneman hidup saya," kata aku menyatakan kedatanganku kepada Ustaz Muhammad.

"Persoalan yang bermain di minda dan di hatimmu itu bakal dijawab sendiri oleh Nurul Salwa Al-Fateh. Andai dia menerima, aku juga akan menerima. Andai ditolak, redhakan saja," kata Ustaz Muhammad. Aku hanya menganggukkan kepala. Ustaz Muhammad pun memanggil Nurul Salwa Al-Fateh ke ruang tamu dan bertanya kepadanya sama ada dia menerima lamaranku atau menolaknya. Aku perlu bersedia.

"Abah, Salwa pernah mendengar ada lelaki yang mengatakan dia bukan sehebat Saidina Ali kerana kehebatan cinta Saidina Ali kepada puteri Rasulullah SAW. Sedangkan Salwa juga bukanlah Saidatina Fatimah Az-Zahra. Salwa juga ada kekurangannya. Setiap hari Salwa menunggu lelaki itu melamar, namun hampa. Sehinggalah hari ini, penantian Salwa telah tamat, abah. Lelaki itu hadir juga dan lelaki yang Salwa maksudkan adalah Muhammad Zoriffudin. Lelaki yang menjadi anak didik abah. Dengan itu, Salwa menerima lamaran lelaki yang ada di hadapan abah," jawab Nurul Salwa Al-Fateh. Aku rasa begitu gembira sehingga melakukan sujud syukur. Ya Allah, terima kasih!

Siapa menyangka penghujungnya indah? Aku yang dahulunya berfikiran akan ditolak oleh Nurul Salwa Al-Fateh, tetapi diterima lamaranku. Aku bukanlah sehebat lelaki-lelaki lain yang bekerjaya tinggi dan luas ilmu agama. Aku masih lagi dalam keadaan kekurangan. Kekurangan kerana tiada yang mengembalikan tulang rusukku yang hilang. Aku yang perlu mencarinya kembali dan akhirnya aku menjumpainya. Bertemu kembali tulang rusukku yang hilang dan tulang rusukku itu adalah Nurul Salwa Al-Fateh binti Muhammad.

Jumaat, 27 Julai 2012

Sayang Dia Tak?


Tiupan angin senja amat mendamaikan perasaan. Aku berasa tenang dan bahagia dengan ciptaan Allah. Aku mendakap erat sebuah buku yang bertajuk "Di Mana Nilai Cintamu". Buku itu baru aku beli pada dua minggu yang lepas.

"Nur Iman."

Satu suara menyapaku dari belakang. Aku amat mengenali suara itu. Suara milik seorang gadis yang aku kenali semasa di tingkatan satu lagi. Lantas aku membuka mataku. Alia tersengih memandangku dan terus melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Assalamualaikum, kau nak apa ni? Tersengih-sengih je dari tadi," tanyaku dengan wajah yang masam.

"Waalaikumussalam, Iman. Erm, aku tak nak apa-apa lah. Aku sekadar nak berborak dengan kau je. Kau baca buku apa tu?" tanya Alia sambil memandang ke wajahku. Anak matanya merenung tajam buku yang aku dakap ke dadaku itu.

"Aku baca buku yang berjudul "Di Mana Nilai Cintamu". Sesuai dengan tajuknya, buku ini mengisahkan tentang di mana nilai cinta kita."

"Amboi, sahabat yang aku sanjung selama ini dah jadi pencinta jejaka!" kata Alia memerliku sambil ketawa terbahak-bahak. Aku hanya tersenyum mendengar gurauan Alia. Alia sentiasa membuat aku tersenyum dan ketawa dengan gurauannya.

"Erm, buku yang aku baca ni bukan mengisahkan tentang cinta kita kepada hamba Allah. Tetapi tentang nilai cinta kita kepada Allah. Pernahkah kita terfikir? Sepanjang kita hidup di dunia ini, pernahkah sekali kita melafazkan kata-kata cinta kepada Allah atau kata-kata cinta itu hanya kita lafazkan kepada insan yang kita cintai? Cinta manusia itu hanya bersifat sementara, tetapi cinta Allah adalah cinta yang abadi. Jadi, di mana nilai cinta kita kepada Allah? Adakah nilainya sama dengan cinta kita kepada manusia atau nilainya lebih tinggi lagi daripada itu?"

"Wah, hebatlah kau! Aku tabik dengan kau."

"Alia, aku tidaklah sehebat mana. Aku pun manusia biasa juga, ada kelemahan dan ada kekurangan. Tetapi, kita kenalah berusaha memperbaiki diri dan mengatasi kelemahan yang ada pada diri kita. Manusia ni sama je di mata Allah, tak ada bezanya."

Alia terpaku mendengar jawapanku. Dia merenung seketika wajahku dan mengalihkan pandangannya ke arah ombak yang memukul pantai. Aku terdiam menanti bicara Alia yang seterusnya. Aku sedar, bukan hanya soalan itu yang ingin Alia tanyakan padaku. Setahu aku, Alia lebih suka terperap di dalam bilik pada waktu senja macam ini.

"Iman, apa itu Islam?"

Soalan Alia membuatkan anak mataku melirik ke arahnya. Alia tenang di sebelahku. Aku menarik nafas dan menghembuskannya dengan perlahan.

"Islam itu adalah mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan."

"Adakah aku hanya Islam pada nama? Aku tidak pernah menunaikan solat. Aku jarang berpuasa. Ibu bapa aku sendiri tak pernah ajar aku tentang pentingnya bersolat. Bahkan mereka sendiri tak pernah bersolat dan jarang berpuasa."

Aku membiarkan soalan Alia itu seketika. Aku memikirkan kata-kata yang baik untuk disampaikan pada dia. Aku teringat dengan sesuatu, 'Pendakwah yang berhemah adalah pendakwah yang menyampaikan dakwahnya dengan lemah-lembut dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh menyinggung perasaan orang yang mendengarnya.'

"Solat merupakan rukun Islam yang kedua dan merupakan tiang agama. Setiap orang Muslim diwajibkan menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Solat boleh mencegah diri kita daripada melakukan perbuatan keji dan kemungkaran. Solat itu juga merupakan ibadah yang lebih besar keutamaannya daripada ibadah-ibadah yang lain kerana ketika kita sedang bersolat, kita akan berhadapan dengan Allah SWT dan kita akan merasa betapa kerdilnya diri kita ketika itu.

"Pada saat itu kita akan sedar dalam kehidupan kita, ada penciptaNya dan kita mestilah mengingati pencipta kita dalam susah mahu pun senang. Dalam sehari, Allah cuma minta lima kali sehari untuk kita mendekatkan diri kepadaNya kerana Dia sayangkan kita. Kalau kita sayangkan Allah, tentu kita tak sabar nak menunaikan solat setiap kali masuk waktu solat. Tetapi ramai yang merasakan ia adalah satu beban bagi mereka. Allahu alam."

Aku menelan air liur seketika. Alia hanya menjadi pendengar setia. Dia tidak mencelah sebarang kata-kataku.

"Alia, tujuan Allah menyuruh kita berpuasa adalah untuk mendidik jiwa kita menjadi hambaNya yang bertakwa. Seorang hamba yang bertakwa ialah yang taat kepada Allah dalam segala arahan dan perintahNya. Mungkin sepanjang bulan lain kita lalai dengan hal duniawi. Oleh sebab itu, pada bulan Ramadan, Allah nak kita ingat balik tujuan kita hidup di dunia ini - iaitu untuk mengabdi kepadaNya dan sebagai khalifah di muka bumi. Allah ingatkan kita sebab Dia sayang kita.

"Tentang ibu bapa Alia itu, Alia tak boleh salahkan mereka. Seburuk mana pun mereka, mereka tetap ibu bapa kita. Kita kena memperbaiki diri kita dulu baru kita boleh memperbaiki diri orang lain. Hadiah yang amat bernilai buat ibu bapa adalah sepotong doa daripada anak yang soleh."

Aku membiarkan Alia merenungi kata-kata aku sebentar tadi. Aku tak perlu mengulas dengan lebih lanjut lagi. Aku percaya Alia boleh memahami kata-kataku. Aku melontarkan pandanganku jauh ke dasar laut. Aku mengukir senyuman yang lebar sehingga menampakkan barisan gigiku yang tersusun rapi.

"Aku terlalu jahil dalam mengenal ilmu Allah. Aku lalai dalam menunaikan tanggungjawab aku sebagai hambaNya. Aku tak pernah tunjukkan kepada Allah yang aku sayangkan Dia juga," suara Alia menusuk tangkai hatiku. Perubahan dari segi suaranya membuatkan lidahku terkelu seketika.

"Kau tak jahil, Lia. Cuma kau belum mendapat hidayah daripada Allah. Percayalah, Lia. Allah akan ingat kepada hambaNya sekiranya hambaNya ingat kepadaNya. Allah itu Maha Megetahui, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Mintalah ampun kepada Allah sebelum terlambat," jelasku panjang lebar sambil menyentuh bahu Alia. Alia terus memelukku dengan erat. Aku membalas pelukan Alia.

"Terima kasih, Iman. Kau dah menyedarkan aku."

"Jangan berterima kasih kat aku, tetapi terima kasih kepada Allah kerana dia telah membukakan pintu hati kau. Aku hanya menyampaikan yang sepatutnya kat kau. Aku sendiri masih belajar tentang ilmu Allah. Ilmu Allah terlalu luas, takkan habis diterokai walaupun seumur hidup."

Aku meleraikan pelukan Alia.

"Jom, kita balik asrama. Waktu maghrib dah nak masuk, kita solat berjemaah. Solat berjemaah adalah lebih afdal daripada solat bersendirian."

Aku berjalan beriringan bersama Alia. Satu kedamaian jelas terasa di hatiku. Kedamaian kerana sahabatku, Alia sedang menemui nilai cintanya. Nilai cinta kepada Allah, pencipta kita yang sangat menyayangi kita. "Ya Allah! Kau permudahkanlah perjalanan sahabatku ini agar dia sentiasa berada dalam landasanMu dan menjaga nilai cintanya kepadaMu. Kau tunjukkanlah dia ke jalan yang benar iaitu jalan-jalan orang yang lurus. Amin Ya Rabbal Alamin."

Aku mengenggam erat buku "Di Mana Nilai Cintamu". Buku itu amat bermakna bagiku dalam mencari hidayah Allah. Insya-Allah.

Khamis, 26 Julai 2012

Sambunglah silaturahim di Bulan Puasa

SEMOGA kita juga merindukan kehadiran Ramadan sebagaimana rindunya Rasulul�lah s.a.w dengan bulan ini.

Diharap doa yang kita baca selama ini “Ya Allah berkahilah hidup kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah usia kami hingga bulan Ramadan” dimakbulkan.

Alangkah beruntung jika dapat bertemu bulan yang mulia itu. Apabila tibanya Ramadan nanti, sama-samalah kita berdoa sebagaimana Rasulullah lakukan.

“Ya Allah, terbitkanlah (dan tampakkanlah) hilal kepada kami (diiringi) dengan keberkahan dan keimanan serta keselamatan dan keislaman, (jadikanlah dia) sebagai hilal kebaikan dan petunjuk, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Alloh.”

(At-Tarmidzi (9/142), imam Ahmad (1/162), Ad-Darimi (2/7) dan lain-lain, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah dalam Shahih Al-Wabilush Shayyib, hal. 220).

Untuk menjadikan Ramadan kali ini lebih bererti, marilah sama-sama kita menghayati beberapa tip penting ketika menyambut Ramadan daripada hadis nabi antaranya, bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu melakukan puasa dan membaca kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini.
Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat.
Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan orang miskin.

Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya.

Kasihanilah anak-anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosamu), maka ringankanlah dengan memanjangkan sujudmu.

Ketahuilah! Allah bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan Rabb Al-’Alamin.

Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi makan berbuka puasa kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu. (Sahabat-sahabat bertanya:” Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia! Siapa yang memperbaiki ahlaknya di bulan ini dia akan berhasil melewati sirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.

Barang siapa yang meri�ngankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meri�ngankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. Barang siapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengannya. Barang siapa menyambung tali persudaraan (silaturahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barang siapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barang siapa melakukan solat fardu baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain.

Barang siapa memperba�nyakkan selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barang siapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan lain.

Wahai manusia! sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupnya bagimu.

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tidak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin berkata, Aku berdiri dan berkata, “Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi: Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.

Ahad, 22 Julai 2012

1 Ramadan : Kelebihan Ramadan


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
  
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.  -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-  

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W  telah bersabda yang bermaksud Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-  

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. -  Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi-  

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah  : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, 
maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-  

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka  dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-  

PENERANGAN HADIS 
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita samasama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.  

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini 
menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan 
menurut segala perintahNya. 

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada 
diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. 

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.  

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia 
mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.  

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.  

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.  

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.  

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.  

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.  

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.  

Sumber Rujukan:-   
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAlQaisi, Maktabah Al-Mnarah,Makkah.  
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani  
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.  

Sabtu, 21 Julai 2012

2 Ramadan : Adab Berpuasa diBulan Ramadan


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih. Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.:

Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan
dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan. Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t.. Sabdanya: 

Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: 

Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajibwajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya. Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya. Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

DOA RAMADAN
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan
keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan,
demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah,
Tuhan sekalian alam”.

O Allah, on this day, make my fasts worthy of appreciation and acceptance, according to what
pleases You, and pleases the Messenger, the branches being strengthened by the roots, for the
sake of our leader, Muhammad, and his purified family. Praise be to Allah, the Lord of the
worlds.

Khamis, 19 Julai 2012

Ramadan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
[ Harapan Ramadhan lyrics found on http://lyrics.my ]

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan
diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua....

Selasa, 17 Julai 2012

Buang sikap ego dan sombong

EGO dan sombong adalah sifat mazmumah yang amat dimurkai oleh Allah SWT. Ia terlindung dan terhijab jauh dalam hati kecil. Namun, kesannya amat besar sehingga boleh memberikan kesan kepada tingkah-laku, gaya dan tutur-kata seseorang.

Ego dan sombong adalah sifat yang berakar umbi dari perasaan merasa diri lebih baik dari orang lain. Ia wujud apabila sikap tawaduk dan merendah diri tidak disemai dalam diri.

Akibatnya, seseorang yang mempunyai sifat ego dan sombong boleh membawa kepada kesesatan kerana biasanya dia akan menolak sesuatu kebenaran walaupun hati kecil mengakui akan kebenaran itu.
Demikianlah yang berlaku kepada golongan kafir Quraisy yang tetap berada dalam keadaan jahiliah kerana menafikan kerasulan Nabi SAW walaupun mereka sebenarnya mengakui bahawa baginda adalah orang yang amanah dan boleh dipercayai (al-amin).

Cuba kita perhatikan juga sikap iblis yang diarahkan Allah SWT untuk sujud kepada Nabi Adam. Namun, ia enggan sujud kerana sifat ego dan juga sombong. Lalu Iblis menjadi golongan yang ingkar dan kufur kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir 
(al-Baqarah: 34).

Mengapa timbul rasa ego dalam diri iblis? Sebabnya, iblis merasa dirinya lebih baik daripada Adam yang dicipta daripada tanah. Sedangkan iblis dicipta daripada api.

Bagi menghuraikan lebih lanjut sikap ego iblis, Allah berfirman yang bermaksud: Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. (Saad: 76)

Sifat ego dan sombong mungkin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kaya atau miskin, tua atau muda, lelaki atau perempuan. Kadang-kadang kita hampir tidak menyedari dalam diri kita mempunyai sikap ego dan sombong.

Justeru, kita perlu melihat jauh ke dalam diri dan melakukan muhasabah agar ia dapat dirawat secepat mungkin supaya tidak membarah.

Dalam organisasi, sifat ego dan sombong akan berlaku kepada kedua-dua belah pihak sama ada majikan atau pekerja.

Tanda seseorang itu ego

Antara petanda mereka yang mempunyai ego dan sombong adalah sukar menerima pandangan dan teguran dari orang lain. Ataupun, mungkin menerima pandangan tersebut tetapi secara terpaksa tanpa hati yang sejahtera.

Seorang majikan yang ego merasa dirinya seorang sudah cukup untuk membuat keputusan dan menentukan hala tuju organisasinya. Dia tidak akan menghiraukan pandangan, keluhan, idea serta teguran yang dibuat oleh orang bawahan.

Pekerja yang ego pula adalah yang tidak mahu menuruti arahan majikan dan tidak mahu berkongsi ilmu serta kemahiran dengan rakan sejawat.

Pekerja yang ego sentiasa merasa dirinya betul dan orang lain salah. Walaupun, hakikat yang kita perlu akui bersama ialah pandangan semua manusia boleh diterima dan ditolak kecuali Rasulullah. Kita semua tidak sunyi dari melakukan kesalahan.

Rasulullah mempunyai sifat rendah diri yang sangat hebat. Walaupun baginda terpelihara dari melakukan dosa serta dibimbing terus daripada Allah, namun baginda menunjukkan akhlak yang tinggi apabila meminta pandangan dari para sahabat khususnya dalam perkara yang melibatkan urusan keduniaan.

Sebagai contoh, dalam peperangan Badar, Rasulullah meminta pandangan para sahabat tentang strategi peperangan dan mengenai langkah yang sepatutnya dilakukan terhadap tawanan-tawanan perang Badar.

Demikian juga, semasa peperangan Khandak, Rasulullah telah menerima pandangan Salman al-Farisi supaya menggali parit untuk berhadapan dengan musuh.

Mengambil pedoman melalui beberapa contoh ini, sebenarnya tiada alasan untuk kita mempunyai ego dan sombong sehingga langsung tidak mengendahkan pandangan serta teguran orang lain.

Antara ciri-ciri lain orang yang ego adalah suka memandang rendah kepada orang lain. Mereka anggap orang di sekelilingnya sebagai saingan dan musuh dalam kehidupannya. Dia tidak akan senang dan tenang setiap kali melihat kejayaan orang lain.

Setiap kelebihan yang ada kepada orang lain akan diperlekehkan dan setiap keburukan yang ada pada orang lain akan ditonjol dan diuar-uarkannya.

Semuanya semata-mata untuk melihat orang lain jatuh dan dirinya naik, dipuja dan dipuji. Kegagalan orang lain adalah kepuasan bagi dirinya, sementara kejayaan orang lain adalah kesedihan bagi dirinya.

Rabu, 11 Julai 2012

Kita Dari Golongan Mana?

Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang solat? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna solat. Bila kita tanya budak kecil apa itu solat, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab. Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita solat? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira solat ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak solat...takut juga kita dibuatnya

1. Golongan yang langsung tidak bersolat dan menolak perintah solat.


Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu solat. Malah tak tahu pun macam mana hendak solat dan tak ambil peduli langsung tentang solat. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.

2.Golongan yang bersolat tanpa ilmu solat.
Mereka ini solat sebab terikut-ikut orang lain solat.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu solat pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. solat begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu solat tetapi tak kuat nak lawan nafsu.
Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Spain masuk World Cup final, solat pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau solat pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam solat

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' solat. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula solat jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu solat hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam solat. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang solat bagai tarik tali.


Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan solat dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersolat tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian solat yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti solat mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam solat.

Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam solatnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam solat. solat mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan solatnya. Nak khusyuk macam  mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.


Mereka bersolat dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain solatnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada solat. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang. Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin


Mereka bukan sahaja khusyuk dalam solat, tetapi dapat juga rasa lazat dalam solat, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai solat mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.

9. Golongan siddiqin
Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk solat tetapi betul-betul seronok nak solat. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu solat (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan solatnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa solat kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan solat, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan solat ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat. Amin ya Rabbal 'aalaminn...

Selasa, 10 Julai 2012

KADAR INFLASI DI MALAYSIA MEMBIMBANGKAN

Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Ini sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010. Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus.

Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global. Awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011. Ini menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.

Inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam beberapa bulan akan datang. Kini penganalisa mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti. Pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi.

Baru-baru ini Bank Dunia mengingatkan Indonesia mengenai kadar inflasinya yang tinggi supaya kerajaan melakukan sesuatu sebelum ia memberi kesan negatif ke atas ekonomi apabila kadar faedah dan pengangguran meningkat. Agensi berita Antara dalam laporan terkininya berkata terdapat ramalan bahawa kadar inflasi republik berkenaan boleh mencapai tujuh peratus pada akhir tahun ini. Indonesia yang mendakwa kadar inflasinya masih pada tahap yang boleh ditangani, walau bagaimanapun meminta Bank Dunia menyokong polisi fiskal yang dilaksanakannya.

Reuters pula melaporkan syarikat-syarikat di China dan India, yang selama ini menikmati ekonomi yang kukuh, turut bimbang menghadapi risiko inflasi. Inflasi dan peningkatan gelembung aset syarikat-syarikat utama menjadi kebimbangan gergasi ekonomi Asia dan ekonomi yang ketiga dunia, kata pakar yang ditemui pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland baru-baru ini. Pengerusi syarikat pembuat tayar India, Apollo Tyres, Onkar Kanwar berkata, harga minyak dan getah asli melonjak seumpama emas sekarang.

Peningkatan harga pelbagai komoditi, termasuk gula dan besi, memaksa beberapa perniagaan asing dan tempatan yang beroperasi di China dan India meningkatkan harga sehingga pengguna menanggung kos berkenaan. Inflasi makanan di India berada pada 15.5 peratus pada bulan Disember. Ia merupakan yang paling tinggi di antara ekonomi utama Asia, diikuti dengan China dengan kadar inflasi makanannya sembilan peratus. Di India, inflasi makanan meningkat dalam angka dua digit kebelakangan ini. Perkara ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya. Di China pula, penulis-penulis blog melahirkan rasa kecewa terhadap harga barangan yang semakin meningkat.



Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia. Inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). Dengan kadar 2.75 peratus, tahap Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah menyokong mencatat pertumbuhan teguh dan menangani tekanan inflasi semasa.

Harga minyak dan komoditi dijangka meningkatkan inflasi harga pengguna pada Disember dengan harga makanan terus meningkat. OPR akan kekal sekiranya kadar inflasi meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang ekoran kenaikan harga komoditi dan makanan serta pelaksanaan rasionalisasi subsidi. OPR boleh meningkat sehingga 3.25 peratus dan dijangka kenaikan untuk kali ketiga sebanyak 25 mata asas lagi sekiranya diperlukan.Namun, ia bergantung kepada penurunan inflasi menjelang separuh kedua 2011.

Inflasi di negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik, walaupun kerajaan mengurangkan pemberian subsidi. Ia hanya boleh dikawal sekiranya pengurangan subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Analisis telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat kepada tiga peratus atau turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini. Hutang negara akan meningkat pada tahun itu sekiranya negara terus bergantung kepada pemberian subsidi kerajaan.

Antara cadangan pengurangan subsidi membabitkan subsidi gas yang mengakibatkan peningkatan tarif elektrik, kenaikan kadar tol, caj hospital awam dinaikkan dan sebagainya. Kerajaan juga mencadangkan agar langkah mengurangkan subsidi petrol secara berperingkat dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan maju.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memberikan subsidi yang banyak di dunia dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 bilion pada 2009. Ia meliputi subsidi sosial sebanyak RM24.8 bilion, minyak sebanyak RM23.5 bilion dan makanan sehingga mencecah RM3.1 bilion. Sementara itu, kaji selidik BNM menunjukkan inflasi akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013.

SITI RIZADIANA RAHMAT
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)