Isnin, 18 Julai 2011

Ya Allah Forgive Me

All praises are for you Allah, how I hope that you are there.

For sinful though I know I am, your displeasure I can not bear.

Never, till this moment, did I realize how much I've strayed.

Never, till now, was I more conscious

of all those times when I should have prayed.

For sins are like heavy baggage, that one carries through Life,

Why didn't I realize sooner, that Earth is but a place of sport?

Ya Allah ! Forgive me. Save me from the fire of Hell.

Ya Allah ! Protect me.

From myself for my soul is weak.

Let me not falter ever, for Jan'ah is the abode I seek.

Ya, Allah! Please help me.

For I don't understand and thus, I fear.

What happened to all those moments when

I never doubted that you were near ?

My actions once were guided, by my faith which, once, was strong.

Ya Allah! please guide me .

What happened, what went wrong ?

Each footstep that I used to take,

I took with you ever near my side.

The Quran was my faithful companion, Rasoolallah my beloved guide.

How I yearn for those bygone days Allah,

for I know that the day comes near

When we'll each receive our just rewards,

and Truth will stand sparkling clear.

Life is like a spider's web Allah.

We get caught in its tricky snare

So thoroughly are we disillusioned, time for saalat we can not spare.

I sit here and I wonder, Ya Allah!

Why did I fall so low ? What happened to my faith Allah?

Where did my Iman go?

In this earthly life of ours, so often does sin seem right.

Falsehood seems to be the truth,

as if days are confused with night.

Man is an imperfect creature.

And thus, Man shall always wrong.

For the road to Jan'ah is rocky, and the journey seems awfully long.

Ya Allah ! Our creator, we are all just peices of clay.

Please help us with our steps in life, and let us not lose our way.

All praises are for you Allah,

I know that you are near.

I know that you have read my heart, and my words I know you hear.

Khamis, 14 Julai 2011

Disangka Neraka, rupanya Syurga!

Fasa 40 Tahun : Dajal Masih Normal, dan Belum ada tulisan "KAFIR" di Dahinya

Semasa tempoh 40 tahun kehadiran Dajal, dia masih dalam bentuk manusia yang normal, iaitu lelaki yang belum buta sebelah matanya, dan belum ada tulisan KAFIR di dahinya. Jadi, ramai orang yang tidak tahu dia adalah Dajal. Bahkan pada masa itu, ramai orang yang mengaku beriman yang menemui Dajal dan lantas menjadi pengikutnya. Ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Hadith;

Imran bin Husein r.a, Rasulullah SAW berkata;
"Sesiapa yang mengikut kata-kata Dajal, kami bukan golongannya. Demi Allah, sesungguhnya seorang lelaki akan datang kepada Dajal dan lelaki itu menyangka dia adalah orang yang beriman (kuat imannya). Namun, lelaki itu mengikutinya (Dajal) kerana pembohongan hebat dibawanya."
(Hadith Riwayat : Abu Daud)

Berdasarkan hadith ini, dapat disimpulakn pada zaman itu, Dajal belum buta sebelah mata dan belum ada tulisan KAFIR di dahinya. Ini kerana jika ciri ini ada padanya, kemungkinan besar lelaki itu tidak akan menemuinya.

Banyak hadith yang menyokong hujah pada mulanya, Dajal adalah manusia normal, belum ada tulisan KAFIR didahinya dan salah satu matanya belum buta. Ini dinyatakan secara tidak langsung dalam hadith-hadith, iaitu hadith tentang pemuda syahid yang memberanikan dirinya bagi membuktikan susuk tubuh Dajal, hingga dia terpaksa mengorbankan nyawanya. Ini kerana pada masa itu, umat Islam masih kabur tentang Dajjal yang sebenar. Maka pemuda itu membuat keputusan bagi mendedahkan identiti Dajal yang sebenar. Sebaliknya Dajal sudah menunjukkan identitinya yang sebenar pasa fasa pertama kemunculannya, sudah tentu pembuktian tidak dapat dilakukan. Berikut adalah hadith mengenai pemuda syahid yang datang kepada Dajal bagi mendedahkan identiti Dajal yang sebenar. 

Abu Said al-Khudri berkata,Rasulullah SAW bersabda, "Ketika Dajal muncul, seorang lelaki dalam kalangan orang beriman mencarinya. Dia bertemu dengan sekumpulan tentera Dajal. Lalu mereka bertanya kepadanya, "Apakah yang sedang kamu cari?"

Pemuda itu menjawab, "Saya mencari orang yang keluar"

Abu Said Al-Khudri menyambung ceritanya, "Lalu mereka bertanya kepadanya, 'Adakah kamu tidak percaya pada Tuhan kami?'

Dia menjawab, 'Tuhan kami tidak ada yang meragukan'.

Maka tentera Dajal berkata, 'Bunuh sahaja dia'.

Maka sebahagian daripada mereka berkata (tentera Dajal) membawanya (pemuda Mukmin itu) ke hadapan Dajal. Apabila orang yang beriman itu melihatnya, maka dia berkata, 'Wahai sekalian manusia, inilah Dajal yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW!"

Maka Dajal segera menyuruh supaya merebahkan tubuh orang yang beriman itu, dan memerintahkan supaya menyiat kulit dan memukul belakang dan perutnya. Lalu Dajal bertanya, 'Adakah engkau masih tidak mempercayai kami?'

Dia menjawab, "Engkau adalah Dajal si pendusta."

Kemudian diperintahkan supaya (pemuda beriman itu) digergaji dari atas kepalanya hingga kakinya menjadi dua bahagian, lalu Dajal berjalan di tengah dua bahagian badan yang terbelah dua. Kemudian Dajal memerintahkan, 'Bangunlah!'

Maka bangunlah dan tegaklah dia. Kemudian Dajal bertanya lagi, 'Adakah kamu masih belum percaya kepadaku?

Dia menjawab, 'Tidak kurang pengetahuanku tentang kamii, bahkan bertambah yakin.'

Kemudian orang yang beriman tersebut berkata, 'Wahai sekalian manusia, dia (Dajal) tidak dapat berbuat demikian lagi kepada seorang pun.'

Maka dia berusaha membunuh kembali orang beriman itu. Tetapi Allah SWT meletakkan antara lehernya dan bahagian belakang nya dengan tembaga, hingga dia tidak dapat disembelih. Kemudian dipeganglah tangan dan kaki orang tersebut, lalu dilemparnya. Mereka menyangka dia dilemparkan ke dalam neraka, padahal dia dilemparkan ke syurga.

Kemudian Nabi SAW melanjutkan ceritanya, "Itulah manusia yang paling besar kesaksiannya (Syahid Agung) disisi Tuhan Semesta Alam. " 

(Hadith sahih oleh Imam Muslim 8/200 dan Ibn Mandah 95/1 daripada Qais Ibnu Wahab daripada Abu Al Wadak)

Rasulullah tidak solat Jenazah yg berhutang

Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w dibawa kepadanya seorng lelaki yang mati dan ada hutang.Maka Rasulullah bertanya ;"Adakah dia meninggalkan bayaran untuk hutangnya?" Jika diberitahu bahawa ada tinggalan untuk membayar maka nabi akan solat ke atas nya.Jika tidak maka Nabi akan bersabda yang bermaksud "Sembahyanglah kamu ke atas sahabat kamu." (Riwayat al-Bukhari no 2133 dan Muslim no 3040).Ulama menegaskan,Nabi enggan melakukan solat kerana solat Nabi adalah syafaat, dan syafaat Nabi tidak akan ditolak bahkan pasti diterima Allah.Manakala hutang pula tidak akan digugurkan kecuali mesti dibayar dengan sempurna.Hadis ini menunjukkan bahawa hutang manusia pada pandangan Islam adalah amanah yang besar dan satu tangungjawab yang perlu diselesaikan.(di petik dari Solusi isu 22;Maqasid syarie)

Dalam kehidupan moden sekarang hampir semua dari kita tidak dapat lari dari berhutang.Namun kematian juga tidak menidakkan tangunggjawab kita melunaskan hutang.Dalam situasi ini jika kematian menjemput kita sedangkan ada lagi hutang yang perlu dilunaskan, apakah jalan penyelesaiannya.

Di sinilah peranan merancang harta dgn dokumen penulisan wasiat dan melantik wasi.Sudah pasti kebanyakan dikalangan kita ada tinggalan harta dari pelbagai sumber spt wang simpanan,takaful dsbnya.Namun jika kita tidak menulis wasiat (dgn menyatakan senarai hutang) dan melantik wasi yg profesional dan berkaliber, adakah anda yakin waris yg anda tinggalkan tahu dan mahu melunaskan hutang anda? Jangan ambil risiko ini.Merancangla harta anda,tulislah wasiat kerana kita telah tau bukan, berdasarkan hadis di atas betapa besarnya amanah hutang yg kita pikul.

Justeru merancanglah,tulislah wasiat dan melantik wasi agar jika kita mati segalanya dapat diuruskan mengikut Undang-undang dan Syariat.Wallahualam.

Sumber : Wahyu sulung

Hutang

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Sila rujuk www.zaharuddin.com.

Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini.  Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalakan tidak perlu membyara jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini. Nabi SAW bersabda :-

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)


Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

a) KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

b) PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

c) PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.

d) UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

Sumber : zaharudin.net

Selasa, 12 Julai 2011

Jurunasihat

SEBELUM ini kita telah berbicara pasal setiap manusia perlu memiliki cermin bernyawa atau cermin hidup yang boleh menjadi jurunasihatnya dalam semua hal.

Kali ini, kita nak tegok ciri-ciri yang perlu ada hingga melayakkan seorang itu dianggap mentor atau cermin bernyawa bagi kita - tempat kita merujuk, meminta nasihat dan yang paling pentingtempat kita menyemak siapa kita di mata orang lain.

Orang itu mestilah seorang yang tidak begitu rapat dengan kita. Dia bukan kawan karib, dia bukan kawan sembang, bahkan dia belum pernah minum-minum dengan kita di warung-warung, tapi kita kenal dia dan dia kenal kita. Istilah sekarang kenal gitu-gitu.

Kenal gitu-gitu ialah kenal yang tak sampai meninggalkan rasa mesra. Mungkin kita pernah berbual-bual dengan dia tapi perbualan kita tak melalut hingga percakapan yang bukan-bukan.

Orang itu layak menjadi mentor kita, atau layak menjadi cermin bernyawa kepada kita. Kita boleh mendapatkan nasihat daripadanya dan tanya apa pendapat dia tentang kita. InsyaAllah, orang seperti ini akan menjelaskannya dengan jujur. Sebab apa? Sebab dia tak ada apa-apa kepentingan dengan kita. Kita pun bukan rapat sangat dengan dia hingga boleh diistilahkan sebagai karib atau akrab. Sekadar kenal, maka pendapat yang diberikan kepada kita adalah pendapat yang jujur, benar dan ikhlas.

Sewaktu hendak bertanya atau mengambil seseorang untuk menjadi mentor atau cermin bernyawa kita, mestilah bukan di restoran atau warung kopi. Kalau kita sembang sambil minum, kita pula yang bayar minuman itu, ada kemungkinan orang ini akan berasa segan dan serba salah dengan kita untuk mengatakan pendapatnya yang sebenar tentang kita lantaran kita yang ajak minum dan bakal membayar harga minuman.

Jadi, kesimpulannya mentor atau cermin bernyawa untuk menyuluh hidup kita mestilah:

  • Bukan rakan akrabm tapi sekadar kenal
  • Belum pernah menjadi rakan sembang
  • Terpacar ciri-ciri keikhlasan di wajahnya
  • Perwatakannya lunak dan disenangi oleh kebanyakan orang.
  • Kaki surau dan masjid
Kelihatannya agak sulit untuk mencari orang seperti itu. Ambillah masa untuk mencarinya, kerana sekali anda mendapatnya, anda ibarat menemui sebutir mutiara di padang pasir luas.

Cuba renungkan kata-kata ini, "Tujuan memperbaiki akhlak ialah untuk membersihkan kalbu dari kotoran-kotoran hawa nafsu dan amarah hingga jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya dari ALLAH."

Isnin, 11 Julai 2011

Aku Rindu Ramadan

Hazrat Salman r.a berkata bahawa Rasulullah SAW tleah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Sya'aban:

"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (Lailatulqadar) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah SWT telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain.

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi    seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosa dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Para sahabat r.hum berkata, "Bukanlah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa." Maka Rasulullah SAW bersabda, "Allah SAW memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pada pertengahnnya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah SWT dan akan dilepaskan daripada azab api neraka.

Perbanyakanlah pada bulan ini, empat perkara. Dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu perluakn. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah SWT dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Manakala dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perluakn ialah memohon syurga daripada Allah SWT dan meminta perlindungan daripada api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga."

New Banner


Lama punya.... banyak serabut la bro... tukar yang simple and santai punya la.. 1 hari suntuk untuk mengedit..


Apa macam banner baru? Sila komen siket....!

Hiburan di Waterfront


Band yang sering mendapat sambutan ketika waterfront dikunjungi ribuan pelancong dari luar dan dalam negeri.. Lagu yang dimainkan memikat hati setiap pengunjung. Yang uniknya, band ini mampu memainkan lagu berbahasa Cina, English dan Melayu, dengan baik sekali.. Suka..suka..suka....

Ahad, 10 Julai 2011

Perjuangan Untuk Merdeka


Perjuangan Anak Raja Melayu...Wajib tahu kalau kamu Anak Melayu...!!!
Kisah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj menanggis untuk MERDEKA kan Tanah Melayu......

.


Tunku berkata: “Saya ni nak pi London, UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit, saya nak jual Istana tapi Ayahanda duk murka.. Ayahanda suruh saya jadi Raja, saya tak mau jadi Raja, Saya nak jadi Presiden UMNO, nak bagi Malaya MERDEKA dan bela orang-orang Melayu”.Bonda Toh Sri Siti Rahmah memberitahu, ketika menyebut perkataan “tak dak duit”, air mata Tunku bercucuran membasahi pipinya..............*renung-renungkan....


Siapakah pula yang nak meruntuhkan negara dan kerajaan yang telah terbina kukuh atas dasar pengorbanan. Siapa yang tak tersentuh bila terbaca ayat-ayat yang pernah terungkap oleh pemimpin negara yang banyak berkorban untuk negara. Baca balik buku sejarah kita masa sekolah menengah dulu. Aku cintakan Malaysia, dan keamanan. 

Setelah diberi segala kemerdekaan dan kebebasan untuk bersuara. Pembangunan sedia ada, terhampar segala kemudahan untuk kebaikan semua, tuduhan dan tomahan keji dilemparkan pada kerajaan. Bagi seorang insan yang sihat akal fikirannya, dia mampu untuk berfikir dengan waras dan wajar setelah melihat dan memahami, bagaimana terbentuknya Negara Malaysia, yang kini sedang membangun dengan drastik. 

Kenapa pula ada insan yang tak kenang budi setelah dapat semuanya? Ada Otak dan ada akal, anda sempurna fikirannya, fikir-fikirkan dan renung-renungkan, apa anda buat untuk Malaysia? Menyusahkan atau sekadar memerhati ironi politik semasa?

Adakah Kuasa Mampu Mengubah segalanya


Gambar himpunan serba puteh dan bersih

Ketika Rasulullah Saw mula berdakwah secara terang-terangan, ramai manusia yang mulai memasuki Islam. Maka ketika itu, kaum Quraisy pun menjadi tidak senang lalu mengutus ‘Utbah bin Rabi’ah untuk memujuknya. ‘Utbah bin Rabi’ah berkata kepada Rasulullah Saw,

“Jika engkau mahu kedudukan, maka kami akan menjadikanmu sebagai tuan kami, sehingga kami tidak akan memutuskan suatu perkara tanpamu. Jika engkau mahu kerajaan, maka kamu akan menjadikanmu sebagai raja kami.” (Hadis Riwayat Muslim)

Walaupun begitu keadaan tawaran yang diberikan kepada Rasulullah Saw, beliau tetap menolaknya.Seterusnya, berkenaan kisah Raja Najasyi (Ashama bin Bahr), Raja Habsyah yang memimpin kaum Nasrani di sana. Walaupun beliau telah memeluk Islam, dan berada di tampuk pemerintahan, namun dia tetap tidak berupaya untuk mengubah keadaan masyarakatnya dengan kuasa yang dimilikinya.


Teguran kepada pemimpin tidak sama caranya dengan teguran kepada rakyat biasa.

Kesimpulannya,Usaha yang dilakukan dengan cara nabi Saw sahaja yang boleh mengubah struktur sesuatu masyarakat,iaitu mengabungkan 2 usaha iaitu dakwah dan ibadat.
 Allah Swt berfirman :“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah" (QS Al-Fussilat 33)

Allah Swt menjadikan dakwah adalah untuk takziah(mensucikan diri dari sebarang kesyirikan dan dari sebarang sifat-sifat mazmumah) untuk umat Islam dan dengan itu akan datang sifat terpuji dalam diri orang Islam.

Semoga Allah memberikan hidayah dan pertunjuk kepada pemimpin2 kita dan seluruh ummah(teringat adik DS Muhiyiddin Yasin ketika beliau keluar jemaah Jalan Kaki di tempat aku)

Khalifah bukan Perdana Menteri atau Presiden

Khalifah bukan sama seperti jawatan Presiden atau Perdana menteri,Saidina Abu Bakar r.hu telah untuk melakukan kerja yang telah dilakukan oleh baginda Saw.Saidina Abu Bakar r.hu adalah orang pertama yang mengantikan Rasulullah Saw dan seluruh tanggungjawab Rasulullah Saw telah dipikul oleh beliau.Suatu jawatan yang tidak diingini oleh beliau sendiri,tetapi beliau telah di pujuk oleh beberapa orang sahabat r.hum untuk menerimanya.

Sumber : Anak Pendang Sekelarga

Perhimpunan haram: Pengangkutan awam lumpuh, kedai tutup


KEDAI melekatkan notis penutupan pada pintu premis berikutan perhimpunan haram di sekitar Kuala Lumpur, semalam.
Urusan harian, pusat beli-belah turut terjejas

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak mengalami kesukaran menjalankan urusan harian di sekitar ibu negara berikutan keadaan jalan raya sesak teruk gara-gara kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram, di sebalik nasihat polis melarang mereka berbuat demikian.


Pengangkutan awam turut lumpuh dengan teksi enggan membawa penumpang ke ibu negara dan perkhidmatan LRT terjejas.
Malah kompleks beli-belah Sogo yang biasanya menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah pada hujung minggu diarah polis untuk ditutup mulai jam 2 petang semalam setelah dibuka seketika pada sebelah pagi, bagi kepentingan keselamatan.

Kumpulan pengacau tetap berdegil walaupun banyak pihak mendesak mereka membatalkan rancangan itu kononnya bagi menuntut pilihan raya yang bersih.


Polis yang mengumumkan penutupan jalan utama ke pusat bandar raya kelihatan berusaha sedaya upaya untuk membolehkan orang ramai meneruskan urusan harian, seperti memberi panduan laluan alternatif bagi membolehkan mereka pergi ke tempat bekerja, premis perniagaan dan kediaman.

Kebanyakan premis perniagaan di sekitar pusat bandar seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang turut ditutup, menyebabkan pemilik perniagaan berdepan kerugian. 

Tinjauan Berita Minggu di Kompleks Beli-Belah Sogo sejak jam 9 pagi, mendapati semua kedai di sekitar kawasan berhampirannya masih ditutup termasuk kedai makan. Keadaan amat lengang pada sebelah pagi. 
Sehingga jam 2 petang, hanya pelancong yang dilihat berada di kompleks Sogo berbanding hari biasa yang sentiasa padat dengan pelanggan tempatan yang sibuk membeli-belah di situ, manakala kedai di kawasan luarnya masih banyak tutup, manakala jalan lengang. 

Tinjauan di kompleks beli-belah Midvalley, mendapati banyak kedai dan restoran dibuka namun keadaan lengang menyebabkan ramai peniaga merungut kerana tiada pelanggan. 

Pekerja kedai makan, Shwee Lin Tiai, 25, yang membuka kedai dari awal pagi, merungut apabila tiada pelanggan berkunjung sehingga waktu tengah hari.

“Jika pada hari perayaan masih ramai pelanggan datang tetapi hari ini memang tiada orang. Memang rugi berniaga hari ini,” katanya.


Pekerja kedai pakaian, Mohd Haikal Rahim, 31, berkata beliau boleh membilang berapa saja pelanggan yang datang membeli-belah di kedainya berbanding hari biasa.

Mohd Haikal berkata, majikannya sudah mengarahkan beliau menutup kedai jika keadaan hari ini dan esok masih sama seperti hari ini kerana hendak datang kerja pun sukar disebabkan banyak jalan ditutup pihak berkuasa.

Pemandu teksi, M Muthu, 38, berkata keadaan amat teruk disebabkan banyak jalan ditutup dan beliau hanya memperoleh dua penumpang sejak jam 9 pagi.


Perhimpunan haram: Anwar dakwa perhimpunan capai matlamat

Yakin sistem pilihan raya negara berubah


PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap perhimpunan haram yang dianjurkan semalam, sebagai berjaya dan optimis akan berlaku perubahan dalam sistem pilihan raya seperti berlaku di luar negara.

Beliau bagaimanapun menganggap penahanan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi pertubuhan haram BERSIH, Datuk S Ambiga serta beberapa tokoh politik pembangkang sebagai biadab.
“Saya menganggap perhimpunan ini sebagai berjaya walaupun polis bertindak kejam,” katanya pada wartawan di Hospital Pantai di sini, semalam.


Mengulas kecederaan dihadapinya, katanya, doktor menasihatkannya berehat dan mendapatkan rawatan susulan kerana kecederaan di kepala serta tulang belakangnya.

“Saya bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan dan sudah melakukan imbasan di kepala. Tiada kecederaan serius dan mungkin hari ini saya akan keluar hospital,” katanya.

Sementara itu, Ambiga berkata, walaupun jumlah yang menyertai perhimpunan haram itu tidak seperti dicanang dan dapat dikawal polis, tetapi ia satu kejayaan.


“Ini bukan sekadar desakan mengubah sistem pilihan raya yang lebih telus. Kami tidak gentar dengan ancaman,” katanya selepas dibebaskan daripada tahanan polis petang semalam.
Turut dibebaskan petang semalam ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis serta Nurul Iman, anak bongsu Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sebelum itu, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menegaskan memorandum BERSIH akan tetap diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas gagal berbuat demikian semalam.

Beliau pada sidang medianya menyifatkan perhimpunan haram semalam sebagai kejayaan cukup besar kerana mendakwa mampu mengumpul kira-kira 50,000 penyokong.


A Samad berkata, pihaknya akan menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk menyerahkan memorandum bantahan itu dalam waktu terdekat.

Perhimpunan haram gagal raih sokongan rakyat


KUALA LUMPUR: Perhimpunan haram yang dirancang hari ini gagal meraih sokongan orang ramai apabila sasaran penganjur perhimpunan, BERSIH, sebuah badan tidak berdaftar untuk mengumpul 100,000 penyokong tidak kesampaian apabila hanya 10,000 orang "turun padang" sehingga petang ini. 

PERSIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditahan polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid

Ini memperlihatkan matlamat kumpulan itu kononnya untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil tidak mendapat sokongan rakyat sepenuhnya memandangkan mereka sedar akan tujuan sebenar perhimpunan itu yang lebih bermotifkan politik.

Pemerhati politik Dr Sivamurugan Pandian berkata selain itu, perancangan teliti polis juga berjaya mengawal perhimpunan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.


PENASIHAT PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral. - Foto Amran Hamid

"Kalau benar-benar rakyat menyokong dengan apa yang diperjuangkan BERSIH ini, sudah tentu mereka juga akan hadir. Tetapi ia menjadi sebaliknya. Ini berbeza berbanding ketika reformasi pada 1998, HINDRAF dan BERSIH pada 2007 yang mendapat sokongan ramai ketika itu. 

PENGERUSI BERSIH, Datuk S Ambiga dipapah selepas terkena gas pemedih mata ketika menyertai perhimpunan di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid

"Ini sekaligus menunjukkan sambutan kepada perjuangan mereka (BERSIH) hambar kerana rakyat sudah melihat apakah sebenarnya matlamat yang hendak dicapai oleh kumpulan - tidak ada," katanya. 

Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang itu yang berada di Kuala Lumpur sejak Rabu lalu bagi melihat sendiri perjalanan perhimpunan itu berkata kegagalan kumpulan haram itu mengadakan perhimpunan adalah hasil perancangan strategik polis untuk mengawal kemaraan kumpulan tersebut. 

Beliau berkata strategi kumpulan itu ialah dengan bergerak dalam kumpulan kecil dari beberapa lokasi bertujuan untuk mengaburi mata orang ramai supaya mereka dilihat lebih ramai daripada angka sebenar. 
"Saya setuju bahawa gerakan dalam kumpulan kecil ini berjaya mempengaruhi minda dan mata supaya mereka ini nampak banyak. Sebenarnya saya tidak nampak pun orang Cina turun dalam perhimpunan ini, sebaliknya banyak di kalangan anggota PAS," katanya. 

SEBAHAGIAN penyokong perhimpunan BERSIH melarikan diri selepas anggota polis melepaskan gas pemedih mata di Puduraya hari ini. - Foto Aizuddin Saad

Selain gagal meraih sokongan rakyat, BERSIH juga gagal mewujudkan gelombang kuning apabila polis berjaya merampas baju-T berwarna kuning yang tertera perkataan BERSIH sejak beberapa hari lalu sebelum perhimpunan itu diadakan. 

BERSIH juga hari ini mengaku gagal menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini. 
PENYOKONG BERSIH bertindak balas berikutan anggota polis melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka pada perhimpunan di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Effendy Rashid

Bagaimana pun, Jawatankuasa Pemandu BERSIH menerusi laman web rasmi mereka www.bersih.org menyatakan, "kita akan mengatur langkah sewajarnya untuk menyampaikan memorandum itu apabila keadaan kembali tenang. 
PENYOKONG perhimpunan BERSIH 2.0 menuju ke Dataran Merdeka dari PAsar Seni hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad

"Perhimpunan hari ini tidak berakhir, ia adalah satu daripada langkah yang panjang bagi pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia. Kempen akan diteruskan bagi mendapatkan pembaharuan dalam daftar pemilih, pembebasan tahanan dan bagi menamatkan gangguan pihak berkuasa," kata laman web itu. 

PENYOKONG BERSIH menendang gas pemedih mata ke arah anggota polis di Jalan Melayu berdekatan Dataran Merdeka hari ini. - Foto Effendy Rashid

Sementara itu, menurut laman facebook Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mereka yang ditahan kerana menyertai perhimpunan itu mendapat layanan yang baik dan profesional dari polis.


RUANG bagi mengerjakan solat disediakan untuk tahanan BERSIH. - Foto PDRM

Polis telah menyediakan beberapa keperluan seperti makanan, pemeriksaan kesihatan dan tempat bersolat untuk kumpulan yang ditahan. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian

Dark Night at Waterfront, Kuching




Bila Engku Jadi Model





Sabtu, 9 Julai 2011

Outing With Engku

Buah limau pelbagai warna,
Warna kuning, warna hijau,
Aku kembali bersama "camrea",
Meredah dunia aku tinjau...


Dari Pustaka Negeri Sarawak... 



Tempat kediamanku Terbaru..

p/s : picture terbaru lebih bicara bersama saya di entry seterusnya.. :)

PAS pencemar maruah ISLAM


Itu kata yang aku dapat katakan. Bila mana kalimah tayibah dilaungkan, disaat perhimpunan bersih di jalankan. Apa pula yang dikatakn oleh media masa luar negara seperti Indonesia, lain yang berlaku lain yang dilaporkan. Malaysia kini dilabel negara penganas. APA KAH BODOHNYA PAS! Disaat aku menulis ini, tanganku bergetar hebat, jantungku berdegup tiada henti, mataku menahan titisan menunggu turunnya air suci dalam diriku.

PAS betul-betul mencemar nama baik islam. Itu yang dapat aku katakan.

Andai hari ini, hari terakhir keamanan negara ini, siapa yang dipersalahkan. Please i love peace. Perhimpunan itu tiada jadahnya. Mungkin niat asalnya baik, tapi kesannya sangat besar.

BUTAKAH mata, melihat apa yang terjadi di Thailand,,,
Inilah masanya anasir asing masuk campur..
Inilah masanya orang ke-3 mula memainkan peranan..
seperti mana yang berlaku di Thailand..

Kata nak serah memorendom untuk bersih!
Kenapa tak serahkan dengan bersih tanpa demonstrasi?
Masa mengadap YDP hari tu kenapa tak diserahkan?
Melayu diperbodohkan oleh AMBIGA!
Islam diperalatkan oleh AMBIGA!

Persoalan
1. Kuning melambangkan bersih? Bukankah putih itu lagi bersih?
2. Kenapa tak diserahkan tanpa demonstrasi?
3. Mengapa perlunya demonstrasi? Kan berbincang itu lebih baik?
4. Pembangkang bengang tak menang dalam Pilihan Raya..!
5. Kalau dah salah tetap salah...?

Aku hanya bermohon kepada Ilahi agar keamanan tidak dicalari oleh pemikir yang entah kemana...
Bagi pelajar di IPT, janganlah terlibat dengan POLITIK, mungkin anda sedang diperhatikan. AWAS.. baik berhenti di IPT, jadi lah YB..!

Bagi yang marah-marah tu, aku banyak2 minta maaf.. kerana aku berhak untuk bersuara!

Bagi sahabat-sahabat aku yang masih bersama dengan PAS, semoga kalian dirahmati Allah dan diberi hidayat untuk mengetahui kebenaran... Penglibatan PAS dalam perhimpunan bersih yang sebenarnya haram [sebab tak dapat permit dari polis] menambahkan lagi pandangan awam terhadap PAS sebagai parti yang agresif terhadap pihak kerajaan. Jika PAS betul-betul menagamalkan syariat ISLAM seperti yang ditunjukan oleh NABI MUHAMMAD SAW, aku pun suka dan akan join [InsyaAllah].. Jika 10 000 orang yang kata PAS itulah perjuangan ISLAM yang sebenar tapi 1000 000 000 yang kata PAS parti yang agresif dan selalu sensitif, banyak yang negatif-negatif, mana mungkin aku boleh ikut yang 10 000 tadi. 

Haa.. bila tengok entry ini.. adalah HAMBA ALLAH yang akan kata, "Syiekh, islam tu syumul!.. Nabi pun berpolitik!" Politik nabi dan politik sekarang lain.. Jika Nabi SAW, orang buat buruk, Baginda tetap buat baik pada orang yang hina dan caci..Orang tak terima dakwah NABI SAW, maka baginda berhijrah...! Sekarang, orang tak terima PAS, maka PAS kena berhijrah juga. Hijrah macam mana? Lu fkir la sendiri! 

PAS banyak janji kosong? Syumul ka? Sifat NABI ka janji kosong? Cakap tak serupa bikin.. POLITIK baginda, penuh dengan kesusahan dan mujahadah. Politik PAS? Ada mujahadah? Ada susah? Kopiah pun mahal-mahal? Baju cantik-cantik? Apa macam? Aku tak marah pucuk pimpinan PAS, yang aku geram dan kesal ialah pengikut bawahan PAS, Fanatik tak tentu pasal.. Aku respect dan hormati NIK AZIZ, tapi aku tak respect dan kecewa dengan PAS peringkat bawahan.. Soory tu say la.. Its just my thinking of political with PAS only..

Jika PAS sebagai wakil ummat Islam dalam membangkang pihak kerajaan pun dah diterima oleh rakyat dengan prospektif yang negatif, apa pula PKR dan lain-lain parti pembangkang? Apa-apa pun buatlah sesuatu kerana Allah buka kerana nak runtuhkan kerajaan bukan kerana anda penyokong PAS. Jika anda benar-benar tegakkan ISLAM dimuka bumi ini, contohilah akhlak mulia NABI SAW.

Bila mana orang meludah muka, maka SABAR itu diperluak..
Bila mana dicaci dan dimaki, maka SABAR itu sangat diperlukan...
Bila mana dibaling dengan najis dan batu, maka DOA dan SABAR diperlukan..

Maka itu renungkanlah...

DEMI MASA. SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN.. KECUALI
1. ORANG YANG BERIMAN - Sejauh mana iman kita? Solat 5 waktu kena semak? cukup?
2. ORANG YANG SOLEH - Sebanyak mana amalan sunat kita buat?
3. BEPESAN DENGAN PERKARA YANG HAQ - Apa perkara haq yang kita telah buat?
4. BEPESAN2 DENGAN KESABARAN - Sabar tak dalam solat, buat perkara sunat, ada sabar? Dalam buat dakwah ada sabar?

Jika semua ciri2 itu tidak ada dalam diri kita.. maka kita adalah manusia rugi.. termasuk aku.. [muhasabah diri]

Jumaat, 8 Julai 2011

Pandangan Aku Untuk Bersih 2.0

Assalammualaikum

[Andaian aku sebagai pemikir di tahap pertengahan]


Ini adalah kefahaman dan pengalam serta pendapat pribadi aku. Tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada pihak kerajaan atau pihak pembangkang.

Awas dan berhati-hati kepada pihak pembangkang kerajaan yang akan turun untuk Perhimpunan Bersih 2.0 Esok. Walaupun niat anda baik dan suci, akan tetapi sekiranya didapati perhimpunan esok, menimbulkan sebarang kekecohan, kemusnahan harta benda awam, pergaduhan, dan kesan-kesan negatif yang lain, sampai bila-bila anda akan menyesal dengan adanya "photography" sulit dari pihak kerajaan.

Jika anda didapati peserta pehimpunan itu, maka setiap urusan anda dengan pihak kerajaan akan mengalami sebanrang kesulitan. Bagi yang tengah menagnggur, jangan harap nak dapat keja. Bagi yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, jangan harap nk duduk dengan aman. Keja-kejap anda akan dipindahkan ke mana-mana hujung dunia. Kalau tak tahan berhenti. 

Ada satu pertubuhan dalam setiap perkhidmatan, yang lebih dikenali Unit Tataterib. Sekiranya anda dapat dikesan, anda akan diambil tindakan yang sewajarnya.

Jika anda berfikiran, ini tidak adil.. tidak usah lah memohon mana-mana pekejaan dengan pihak kerajaan. Bagi aku ini lah pandangan pribadi aku sahaja. Jangan ada, mana-mana pihak yang nak ugut aku lepas ini. Aku hanya beringat pada yang terlalu fanatik dengan dunia politik. 

Jika esok, perhimpunan bersih tidak mendatangkan mana-mana kesan ngatif, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, Inalillah.

Apa-apa pun, hati-hati kepada yang terlibat, anda mungkin diperhatikan. Ingat keluarga, Ingat mak ayah kat rumah. Kepada pelajar-pelajar yang akan turun Bersih, ingat anda datang ke IPT bukan untuk berpolitik, tapi untuk study. Alangkah kecewanya mak ayah kita, bila mereka tahu kita terlibat dengan dunia politik. Jika mak ayah kita, tahu dan mereka merestui apa yang kita buat, Allhamdullilah. Buatlah sesuatu kerana Allah SWT dengan restu ibu dan ayah. Ingat untuk masa depan. Jangan biarkan hidup anda diperbodohkan oleh dunia politik yang tak bersih. 

Jangan hairan jika anda;
1. Dah lama menganggur [anda dah diperhatikan]
2. Mohon kerja tak dapat-dapat [anda dalam perhatian]
3. Dah kerja, kena pindah randah [anda sudah dikesan]


Ahad, 3 Julai 2011

Anak Sulung Memangkas Gelombang

Satu Catatan Buat
Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara

Rumah kecil tiang seribu,
      Rumah besar tiang sebatang,
Kecil-kecil ditimang ibu,
      Sudah besar ditimang gelombang

Dalam hidup ini bolehkah kita selama-lamanya bergantung kepada orang lain? Semasa kecil anak ditimang ibu, dengan kasih penuh didada, sayang tidak terhingga. Akan tetapi apabila dia meningkat dewasa, mahu tidak mahu ibu bapa harus melepaskannya untuk pergi. Carilah penghidupan sendiri. Maka tibalah saatnya anak sulung itu harus merempuh ganas gelombang kehidupan. Maka pada saat itu, dia tidak boleh menagatakan dirinya anak sulung lagi. Sepatah pembayang pantun berbunti "Anak seluang, seluang juga, tak kan sama anak tenggiri". Itu tak benar. Memanglah dahulunya anak seluang/ Anak seluang renang-renangan. Renangan tidak sampai ke mana. Keluarnya pagi renang ke hilir, pulangnya senja renang ke hulu. Parit itu dunianya, dari parit ke parit, paling-paling kesaar ke anak sungai. Akan tetapi seluang-seluangnya, anak sulung itu, yang membesar dihiris duri sendayan, nafasnya ubi dan jagung, nyawanya nasi minyak jelatah, dia bukan sebarangan seluang desa. Memanglah seluang tetapi siripnya duri tajam belati, sisiknya besi, insangnya tangsi, matanya mencerlang baiduri, hatinya berisi keransi. Dipuncak gelombang hidup yang panas hari ini, tidaklah mustahil anak seluang menjadi tenggiri!

Malah pengalaman anak seluang yang pahit akan mengajar kita untuk berfikir dan mencipta yang baru, seperti kata pujnagga necessity is the mother of invention. Ingatkah kita lagi akan penderitaan dan keperihan hidup pada zaman penjajahan jepun? Pada zaman kesukaran seperti itu, setiap benda difikirkan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi menyambung keperluan dan tuntutan hidup. Biji getah menjadi tempe, kulit ubi menjadi syur, daun nanas menjadi benang dan bermacam-mcam penemuan lagi.

Dalam konteks pembangunan negara, tanggungjawab para pemimpin negara yang diterahui oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohammad, Tun Dato Sri Abdullah Badawi, dan Kini YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak adalah untuk menyambung perjuangan pejuang-pejuang bangsa terdahulu. Mereka telah menyediakan segala keperluan dan kemudahan pembangunan sama ada fizikal atau spritual kepada rakyatnya. Apabila rakyat dan bangsanya sudah dewasa dan matang iaitu setelah 54 tahun merdeka, maka sudah menjadi tanggungjawab generasi masa kini, untuk meneruskan dan menentukan penghidupan bangsa kita supaya terus bebas dan berdaulat. Kedaulatan dan kemerdekaat yang diperjuangkan oleh mereka tidak ahrus dipersiakan, sebaliknya harus dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang.

Tun. Dr. Mahathir Muhammad ialah pemimpin negara yang disegani. Beliaulah anak sulung yang berani. Tekadnya melangit tinggi bahawa suatu hari nanti, tempat permaninannya dan tempat permainan kita tidak di bawah batang getah tumbang lagi, tidak dibendang dan di selut sawah lagi. Anak sulung itu dari hulu merempuh ke muara. Tajam siripnya menancap dada lautan negeri. Lalu seluang perit akhirnya bermain samudra gelora. Fikirnya tinggi, tekadnya pasti, semangat apinya menagkis ombak, menangkis karang, menerjah benua ke benua. Terukir namanya dan nama negara, sehingga terpahat wibawa bangsa. Sekarang anak seluang ini menjadi tenggiri, menjadi pencipta sejarah demi sejarah, disegani dan dihormati; kewibawaannya mengharum diseluruh pelosok dunia.


Pesan Tun Dr. Mahathir lagi; "Kalau seluang menajadi tenggiri, jadilah tenggiri!". Dengan semangat "Malaysia Boleh!", kita bejuang mempertahankan negara agartegap berdiri dan mandiri. Jangan biarkan tanah air kita diceroboh, jaga harga dan jati diri. Biar mereka di luar sana memandang tinggi mahligai kita yang gagah berdiri. Negara kita menjadi gedung berstari, dan kita lambailah mereka ke mari dengan pembagai khazanah dan barangan jual beli. Lalu berbondong-bondonglah mereka masuk, mengagumi kehebatan negara kita, daripada anak seluang, kini menjadi tenggiri.

Sumber : Salam Buat Mahathir, Md. Hasidin Zaini

Balik Rumah





Kehidupan di KOTARAYA sememangnya penuh dengan kesibukan memanjang. Turun kerja, balik kerja itulah senarionya. Alangkah indahnya, sekiranya balik dari tempat kerja tidak ada kesesakan lalu lintas. Save budget. Please see this video...[solution for all]

Jumaat, 1 Julai 2011

Aku dan Teman

SELAIN cermin mati dirumah kita, kita sebenarnya perlukan cermin hidup untuk melihat wajah kita, untuk melihat siapa kita, untuk menilai siapa kita. Cermin hidup adalah insan yang kita yakini, yang boleh memberikan jawapan atau gambaran siapa kita, apa kia, bagaimana kita di khalayak sebenarnya.

Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yang sebenar. Kalau kita ada tahi lalat, cermin mati akan memunjukkan kita ada tahi lalat itu, tapi kalau kita ada sifat buruk disebalik wajah cantik ataupun handsome itu, bolehkah cermin mati bagitahu kita? Jawapannya tidak.

Sebab itu kita perlukan cermin hidup, iaitu seseorang yang boleh membicarakan tentang kita, perangai kita, sifat buruk kita, tindakan-tindakan bodoh atau sifat terburu-buru kita, sifat panas baran kita, kaki mencerca kita, kaki mengumpat kita dan macam-macam lagi sifat negatif.

Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri, tanpa ragu-ragu, tanpa takut-takut, tanpa was-was bahawa kita akan menolak. Maknanya cermin hidup ini seorang yang amat jujur, baik berhemah, tapi tidak begitu rapat dengan kita, namun kita yakin dia boleh memberi pendapat tentang diri kita.

Hah, mampukah kita mendapat kawan begini?

Inilah watak cermin hati kita, cermin yang boleh bercakap dan tidak sekadar menunjukkan bagaimana wajak kita, bagaimana hidung kita, bagaimana fizikal badan kita, akan tetapi boleh memberitahu kita jauh lebih daripada itu. Cermin hidup kita akan memberitahu kita secara jujursiapa kita sebenarnya. Dia akan memberitahu kita bagaimana hati kita. Hati besar kita, selalu cakap besartentang diri kita, dan hati kecil selalunya kalah. Cermin hidup boleh membantu membelai hati kecil selalunya lebih jujur.

Nak cari di mana orang macam ni, orang yang boleh membantu kita mengenali diri kita sendiri? 

"Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahaja itu belumlah banyak; jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak"