Selasa, 8 Februari 2011

Salam Akhirat

Alangkah Indahnya
Dunia sepi tanpa kata
Kata yang berupa dusta semata-mata
Dunia tak bermakna tanpa Baginda
Tiada Baginda tiadalah dunia
Dunia dicipta untuk Baginda
Bukan Baginda dicipta untuk Dunia
Dunia rekaan sahaja
Hidupnya hanya seketika
Satu hari akan hancur segalanya
Tidak akan tinggal walau satu nyawa

Alangkah Indahnya
Jika hidup penuh bahagia
Hidup di dunia bukannya lama
Satu masa akan tinggal dunia
Alam kubur berkata
Mana dia yang daku suka
Mana dia yang daku cela
Yang daku suka, orangnya beramal mulia
Kubur dibuka seluas-luasnya
Yang daku cela, akan berkata
"Oh... Alangkah runginya..!!
Duduk seorang tanpa tiada temannya
Dunia kiri dan kanan gelap gelita
Dimana dia harta pusaka
Kemana dia isteri tercinta
Apa dah jadi pangkat ku bangga?

Alangkah indahnya
Sungai mengalir tanpa kata
Arak dan madu sungai dicipta
Angin bertiup sesedap bicara
Hendak ke kanan cakap sahaja
Hendak ke kiri boleh ku cuba,
Keperluan disana sangat selesa
Apa nak buat luasnya syurga
Siapakah gerangan si cantik jelita,
Bidadari teman setia
Makan pisang tiada hadnya
Bila ku pandang belakang, kulitnya tiada beza
Gunung dan kulit sama sahaja
Sekali ku telan berlainan rasa
Dua kali ku gigit rasanya mangga
Empat kali ku makan rasanya tidak terkata
Ini cerita bukanya reka-reka
Diberitakan oleh pencipta semesta
Yang maha hebat, maha kuasa
Apa yang terjadi semuanya atas izin-Nya

Alangkah Indahnya
Didunia dahulu tiada "syurga",
Tidaklah kuburku begini derita,
Kanan kiriku sangat gelita,
Tulang rusukku sudah binasa,
Ajratul-Aqra teman setia,
Memukul dan mencungkil tugas setia,
Setiap masa dan jua ketika,
Ribuan tahun masa pun tiba,
Padang Mashyar kini ku tiba,
Disinilah saat mula sengsara,
Tempat kupijak dari tembaga,
Tembaga membakar tiada tandingnya,
Disangka aman, rupanya berbisa,
Sakitnya tidak terkata,
Atas kepalaku mentari membara,
Aku kini lemas tiada bicara,
Hingga sampai satu ketika,
Aku mula berkata-kata,
Wahai Allah ceptlah segera,
Aku rela menuju ke neraka,
Siksanya disini memang derita,
Aku sangka hujan hingga ke china,
Rupanya tsunami di tengah kota,
Dalam neraka daku tersiksa,
Jutaan tahun aku didalamnya,
Tiada aman lagi bahagia,
Setiap masa juga ketika,
Aku dipukul juga di paksa,
Mana pergi harta ku didunia,
Satu sen tiada guna,
Mana hilang isteri tercinta,
Kasih sayangmu tiada makna,
Tidakah gementar warga neraka,
Aku ini pangkatnya diraja,
Dunia dahulu aku dipuja,
Kenapa disini aku dihina,
Mana salahku, mana silapnya,
Tepuk dada tanyalah minda,
Perintah Ilahi adakah dilaksana
Caranya Rasul ada hikmahnya,
Jangan sesekali ingkar perintah-Nya,
Ini nasihat untuk penulisnya,
Orangnya lemah lagi pendosa,
Ampun Ya Allah maha kuasa,
Sekian sahaja dari hamba
Bersua kembali dilain cerita
Salam Akhirat aku derita!

Tiada ulasan: