Khamis, 7 April 2011

Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

Setiap Nabi diutus bagi membri peringatan kepada kaumnya dengan membawa berita gembira (bayira) dan ancaman (nadhira). Ini supaya kaum itu taat kepada Allah SWT. Jika mereka taat kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan memberikan kehidupan yang bahagia kepada mereka, selamat di dunia dan akhirat. Sebaliknya, jika mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus itu, Allah SWT akan menimpakan "Kiamat' kecil ke atas kaum itu. Ini adalah sunatullah yang berlaku sepanjang masa. Ada banyak conoth yang dikisahkan dalam al-Quran, iaitu kisah Nabi Nuh, Nabi Lut, Nabi Hud, Nabi Salleh dan sebaginya.

Umat akhir zaman melakukan segala dosa yang pernah dilakukan oleh umat terdahulu. Bahkan perbauatan dosa itu semakin 'tersusun' pula. Contohnya, zaman kita dicemari kewujudan kelab gay, lesbian dan sebaginya. Tidak cukup dengan dosa, hubungan seksual, umat mutakhir juga terlibat dengan dosa dalam perdagangan, salng menipu bagi memperdagangkan barangan. Selain itu, manusia akhir aman juga melakukan dosa dengan mereka-reka agama palsu. Ini membabitkan penyembahan berhala, tokoh dalam kalangan manusia dan objek bukan hidup seperti matahari, bulan, bintang dan sebagainya. Dosa yang rencam ini membawa makna ancaman bencana-bencana besar, sebagaimana yang ditimpakan ke atas umat terdahulu tidak mustahil ditimpakan ke atas kaum akhir zaman.


Al-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan untuk memberikan nasihat kepada umat manuisa sampai hari kiamat. "Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk segala umat." (Surah Al-An'am, Ayat 90). Bagi tujuan itu, Nabi Muhammad SAW diutus untuk membawa berita gembira dam ancaman kepada mseluruh umat manusia. Berita gembira adalah untuk orang beriman, manakala ancaman pula untuk orang yang berpaling dari kebenaran. Orang yang mencontohi cara hidup Nabi Muhammad SAW termasuk dalam kalangan yang akan diselamatkan dari pelbagai bencana itu. Sementara itu, orang yang mendustakan ajaran dibawa oleh Nabi Muhammad SAW termasuk dalam golongan yang rugi. Orang yang sedemikian menjadi sasaran ancaman bencana-bencana itu. Sebahagian daripada bencana itu dinyatakan dalam hadis beliau mengenai tanda-tanda kiamat.

Tiada ulasan: