Assalamualaikum sahabatku, sahabat sejantinaku, sahabat yang menjadi sahabatku atas izin dan takdir ALLAH SWT.
Aku telah menerima khabar daripadamu. Tampaknya kau agak kecewa dengan dirimu. Tentang keputusan SPMmu, tentang rakan-rakanmu, tentang impianmu yang nampaknya agak kabur untuk kaulihat, menurutmu.
Sahabatku yang kurindui kerana ALLAH,
Aku merindui dirimu. Aku merindui kekuatanmu. Malah aku sungguh cemburu kepadamu! Mengapa? Aku dapat mengagak, kau pasti akan berkata, keputusanku lebih baik daripadamu. Aku kini telah berjaya menyambung pelajaran, tidak sepertimu.
Aduhai sahabatku, hidup ini sungguh lebih luas dan besar maknanya daripada setakat keputusan SPM dan universiti semata-mata. Tidak kunafikan kepentingannya, tapi sahabatku sayang, pandanglah hidup yang sementara dan fana ini daripada sisi yang berbeza.
Aku sering teringat kata-kata Dr. Danial Zainal Abidin lewat salah satu ceramahnya;
"Apabila manusia melihat dunia ini daripada dimensi akhirat, dia akan berasa dunia ini amat kecil sekali."
Sahabatku yang kucemburui kerana ALLAH,
Aku cemburu kepadamu kerana sungguh, ALLAH sangat banyak mengujimu! Hidup beberapa tahun denganmu cukup menjadikanku saksi atas segalanya. Masya ALLAH, sayang sungguh ALLAH kepadamu, sahabatku. Ingin tahu kenapa aku cemburu?
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286.
Dan memandangkan ALLAH memberikan ujian yang menurut perhatianku agak mencabar, ini maknanya kau memang orang yang hebat dan cukup layak diberikan ujian yang juga hebat! Itu kata ALLAH dalam ayat terakhir Surah Al-Baqarah tersebut, sahabatku. Cemburunya aku, sahabat. Kau sungguh hebat. Kau orang terpilih. Hanya kau yang cukup layak bagi ALLAH untuk menjalani ujian tersebut. Kau, sahabatku. Bukan aku. Bukan kami,sahabat-sahabatmu. Tapi kau. Kau yang terpilih!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan