Isnin, 25 Februari 2013

Kekurangan Itu Suatu Kehebatan

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7)

Kebiasaannya, bila kita di kurniakannikmat rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan?

Bersyukur! ya, itulah yang seharusnya.

Tetapi, bagaimana pula kalau kita diberikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang ingin bersyukur?

Tepuk dada, tanya Iman.

Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur apabila menerima ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada apabila menerima ujian.

Beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.

Fiman Allah:

"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (QS al-Baqarah : 177)

Saya pasti kalian pernah mendengar kata-kata ini:

"After every storm there is a rainbow"

Jadi, walau apa pun ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Tuhan.

Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat Berkat.

Fikirkan, setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri, kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan kelebihan tertentu.

Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. Seperti yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.

Dan ingatlah,
Setiap kekurangan yang kita miliki, merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan.

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]

Kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya.

Ahad, 24 Februari 2013

Sifat-Sifat Ahli Syurga


Sifat-sifat ahli syurga (mesti baca)
Firman Allah swt.

“Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73).

Ketahuilah saudaraku,orang-orang yang mendiami syurga itu adalah sehabis-habis tinggi nikmat dan suka cita tinggal di dalamnya.Syurga ini tempat untuk mendapat balasan nikmat.Dikatakan juga,tiada nikmat melainkan semuanya nikmat dalam syurga iaitu bersuka-suka dan bersedap-sedap sahaja.Apabila berada dalam syurga,tiada lagi susah,tiada lagi penat melainkan senang sahaja dan tiada terkena kotor dan tercemar melainkan putih dan hening pakaian dan badan cukup memakai bau-bauan yang sedap-sedap dan rupa diri mereka itu semacam bulan purnama,dan apabila mereka makan dan minum tiada berhajat mereka itu kepada tandas.

Nabi saw bersabda "Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata: “Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Syurga bukanlah tempat kotor,maka syurga hanya ada untuk kerja makan dan minum,tiada kencing,tiada berak hatta hingus pun tiada,bahkan tempat nak ludah pun tiada.Bahkan semua makanan itu akan menjadi peluh dan mengeluarkan bau semacam kasturi,maka bersuka-suka lah ria dengan isteri-isteri dan gundik-gundiknya.

Nabi saw bersabda”Awal-awal masuk syurga ialah itu adalah atas rupa,muka mereka macam bulan penuh purnama dan tiada mereka itu berludah-ludah dan mengeluarkan air liur dan tiada buang hingus,berak dan kencing,bahkan semua makanan yang dimakan dan minuman akan menjadi peluh,bermula bejana(bekas air) daripada emas,,sisir(sikat) mereka daripada emas dan perak,dan peresapan mereka itu daripada aluah,dan peluh mereka itu berbau kasturi dan tiap-tiap ahli syurga ini masuk kedalam syurga ada 2 isteri (daripada wanita2 dunia)dan lain daripada gundiknya.2 isteri itu akan boleh dinampak anak tulang betih,daripada luar dagingnya daripada segak dan cantiknya,dan tiada berselisih fikiran diantara isteri2 (tiada perasaan cemburu diantara mereka berdua)dan tidak bermaki2,tidak memarah2,tidak benci2 bahkan masing dalam keadaan sukacita mengikut darjat masing2.dan mengucap mereka itu(peghuni syurga)tasbih(subhanAllah) pagi dan petang,bukanlah diberati,bahkan bersedap2 saja(seperti menarik nafas keluar masuk dalam badan).(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ahli syurga itu cukup bagus dan cantik di jadikan Allah.Tidak ada orang yang masuk syurga itu hodoh dan buruk rupanya semacam di dunia.Jika kita ada kecacatan di dunia,segalanya kecacatan ini,apabila kita memasuki syurga, Allah swt akan tukar dengan yang baik.Dan muka semacam bulan purnama dan badan itu puteh hening,sampai nampak otot dalam tulang,dan berpakaian dengan pakaian emas seperti bergelang tangan,bermegah dengan mahkota dan sebagainya.Oleh sebab itulah,kita tidak boleh mengambarkan kerana,tiada contoh bandingnya di dunia.

Di dalam al-quran dan al-hadith memberikan gambaran tentang syurga,tetapi pada hakikatnya,ia lebih lagi,kerana itu merupakan gambaran sahaja.Adapun barang yang tidak pernah terlintas hati,tidak pernah di dengar oleh telinga dan tidak pernah di lihat oleh mata,semua ini ada dalam syurga.

Nabi saw bersabda”Jika barang yang di buang oleh penghuni syurga,nescaya terhias baginya pihak antara barang segala7 petal langit dan bumi,Jikalau penghuni syurga itu terbit ke keluar(di dunia)zahir dia akan segala gelang2nya,maka terpadamlah cahaya matahari,sebagaimana matahari memadamkan cahaya bintang2”.(Riwayat Tirmizi bertaraf gharib)

Firman Allah swt

“Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” (Surah Muhammad, ayat 15).

Jumaat, 22 Februari 2013

Adab Bersembang


Sesungguhnya Islam agama yang indah. Setiap perkara mempunyai adab dan aturannya yang tersendiri. Semuanya diajarkan Nabi SAW sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas.

Pernah terjadi beberapa orang Musyrikin mengejek Salman al-Farisyi r.a., kata mereka,

"Nabi kamu mengajarkan semua benda sehingga perkara berkaitan istinjak. Kata Salman, "Memang benar! Nabi kami menegah daripada membuang air besar atau kecil dalam keadaan menghadap kiblat, beristinjak menggunakan tangan kanan, beristinjak kurang daripada tiga biji batu." (Hadis Riwayat Muslim)

Antara adab yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam adalah adab bersembang. Apakah perbualan atau cara kita bersembang setiap hari menepati tuntutan Islam?

1. Suara yang rendah dan lembut.

Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang.

Adab ini perlu diamalkan sama ada ketika bersama sahabat mahupun musuh, orang yang dikenali mahupun tidak, orang kecil mahupun dewasa. Lebih- lebih lagi ketika bersama kedua-dua orang tua dan orang yang setaraf dengan mereka.

Menurut Abdullah bin Zubair r.a., selepas turunnya ayat ke-2 surah al-Hujurat iaitu "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi".  Sayidina Umar r.a. terus berubah sikapnya. Sekiranya bercakap dengan Nabi, dia akan bercakap seperti orang berbisik-bisik sehingga terpaksa disuruh ulang beberapa kali kerana tidak dapat difahami .

Imam Zahabi menyebut, "Jikalau orang tidak mengenali siapa Muhammad bin Sirin (ulama Tabi'in), mereka akan menyangka dia seorang yang sakit kerana terlalu rendah suaranya apabila bercakap dengan ibunya." Lihatlah, betapa beradabnya golongan salaf dalam berkata-kata.

2. Tidak menunjuk pandai.

Antara adab bersembang juga, kita tidak memalukan sahabat kita dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka tidak memahaminya. Sabda nabi SAW,

"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)

Contohnya jikalau kita seorang pakar ekonomi dan berhadapan dengan seorang petani kampung, elakkan bercakap tentang kerja kita yang jauh di luar bidang mereka serta sukar difahami dengan mudah. Sebaik-baiknya, tunjukkanlah perhatian kepada mereka dan lebihkan mendengar daripada berkata-kata.

Seorang Tabi'in yang terkenal iaitu Imam Ata' bin Abi Rabah berkata, "Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi."

Khalid bin Safwan berkata, "Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya."

Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.

3. Biarkan mereka menghabiskan ucapan.

Sekiranya kita musykil tentang sesuatu yang diperkatakan, hendaklah bersabar sehingga seseorang menghabiskan ucapannya. Kemudian, soallah dengan adab dan berhemah. Jangan memotong di tengah-tengah percakapan. Ia akan menghilangkan adab serta menimbulkan rasa tidak senang orang yang sedang bercakap. Melainkan ketika dalam kelas pengajian, kita boleh bertanya dan berbincang sekiranya guru mengizinkan.

Menurut Ibrahim bin al-Junaid, "Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui."

Nabi SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut. Inilah bukti keindahan pekerti Rasulullah SAW.

Sama-samalah kita mengamalkan adab yang indah ini. Walaupun nampak ringan dan kecil, pasti ada kelebihan pada setiap amalan yang dianjurkan ulama-ulama Islam. Kata pepatah Arab, "Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus."

Rujukan: Kitab Min Adabil Islam, Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah

Nota : Artikel ini pernah dimuatkan dalam majalah Anis beberapa bulan yang lalu.

Khamis, 21 Februari 2013

Patah Seribu - Shila Amzah


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah


Tips jika anda tertekan


Salam 1 Malaysia, berikut merupakan tips yang boleh diguna pakai jika anda merasakan diri anda lemah semangat untuk menjalani sebuah kehiduapan yang sudah semestinya mencabar. Kadang-kadang, apabila terlalu tertekan, kita mudah untuk melakukan sesuatu diluar batasan atau diluar jangkaan, padahal sebenarnya ianya boleh di selesaikan dengan mudah, tanpa menyusahkan mana-mana pihak, terpulang kepada diri kita untuk mengatasinya. Dengan itu, saya kongsikan beberapa tips yang mungkin sesuai untuk diguna pakai, dan mungkin juga tak sesuai bergantung kepada keadaan diri anada bagaimana :

Shut-Dwonkan diri

Apabila anda terlalu tertekan, anda harus bersedia untuk 'shut dwon'kan diri anda buat seketika, bukan selamanya. Anda harus beranikan diri untuk melakukan 'shut-dwon'. Sedangkan sebuah kilang pemprosesan juga perlu 'shut-dwon' apabila terlalu lama menjalalankan aktivi harian, kadang-kadang sebulan sekali atau berkali-kali dalam sebulan, inikan pula manusia.

Mungkin sesetengah orang akan berfikir, bahawa tindakan ini akan merugikan diri dan orang sekeliling, namun begitu ianya ada kesan positif yang harus difikirkan juga. Apa yang saya maksudkan shu-dwonkan diri ialah, diamkandiri buat sementara, dengan tidak menerima sebarang panggilan daripada sesiapa, dan tidak membalas apa-apa pesanan sama ada melalui sms atau facebook atau yang seangkatan dengannya.Diamkan diri buakn untuk satu jangka masa panjang, mungkin mengambil masa berhari-hari, berminggu-minggu dan paling lama pun sebulan, namun jangan sesekali mendiamkan diri atau shut-dwonkan diri selama satu tahun atau lebih dari sebulan, kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan yang tidak baik. Kata seseorang usahawan yang Berjaya pada saya dalam satu persidangan “Jangan sesekali menekan hand break, takut nanti tak dapat nak release hand break itu”.

Bagi saya cara ini lebih berkesan daripada kita terus melakukan sesuatu itu dengan perasaan yang memaksa sedangkan diri sendiri tidak mahu pada hakikatnya. Lantas, keadaan memaksa ini akan lebih banyak mendatangkan hasil yang tidak memuaskan lalu mendatangkan perasaan putus asa yang berpanjangan tanpa titik noktah. Dalam keadaan kita memaksa diri seperti ini, kemungkinan hasilnya kelak kurang memuaskan adalah besar, justeru itu, adalah lebih baik kita mendiamkan diri sendiri sebentar agar butang “reset to zero’ dapat dijumpai. Jika tidak, agak sukar utnuk ‘reset to zero’. Walaupun begitu, tidak semua orang dapat melakukan perkara seperti yang saya katakana, kerana ianya amat berat untuk dilalui.

Niat asal itu penting

Apabila anda terasa tiada semangat untuk melakukan sesuatu dalam mencapai sebuah kejayaan dalam hidup, anda harus ingat akan niat pertama kali anda ketika bermulanya kerjaya anda. Seorang petani yang mengusahakan lading atau kebunnya, kena beringat selalu akan niat asal dia mengusahakan ladangnya itu, contohnya niatnya adalah untuk membantu keluarga keluar dari kemiskinan. Akan tetapi dalam perjalanan untuk mencapai atau merialisasikan niat itu, sudah semestinya ada cabaran dan dugaan yang harus dilalui, lalu niat asalnya tadi lari seditkit, dah mula nak joli sana joli sini, usaha untuk memajukan lading nya makin kurang tapi masih berjalan, Cuma tak sehebat tahun pertama dia mengusahakan, lebih kepada joli sana sini. Maka, dengan itu dia mula lupa akan niat asalnya dan keadaan ladangnya mula tak terurus, dan tekanan dalam hidupnya mula dating. Apabila tekanan mula dating dlam situsai seperti ini, maka pentingnya untuk kita mengimbau atau lihat balik niat asal kita, semak balik niat asal kita pada mula-mulanya. Dengan cara ini, insyaAllah kita tak akan lari dari landasan perjuangan kita yang sebenar dalam apa jua kerjaya yang kita lakukan.

Berdoa


Sesungguhnya Allah SWT itu maha mendengar dan mengetahui segala apa yang terjadi kepada kita, sama ada yang zahir atau sebaliknya. Maka kepada Allah masalah itu dating, kepada Allah jugalah kita mengadu agar diselesaikan segala permasalahan yang timbul. Dan janji Allah yang sudah pasti ialah, apabila kita solat, maka Allah akan bagi kita 1001 kebaikan dan rahmat atas kehidupan kita, bila kita mentaati Allah insyaAllah ketenangan jiwa akan hadir, keberkatan akan hadir dan lantas membawa kepada kehidupan yang harmorni dan sejahtera di dunia dan akhirat. Berodalah kepada Allah, supaya dipermudahkan segala urusan.

Luahkan


Apabila berlaku sesuatu masalah, anda hendaklah berani untuk meluahkan segala masalah anda kepada orang yang anda percaya dalam kehidupan anda. Namun begitu, ada beberapa cara untuk meluahkan perasaan atau masalah atau ketidakpuasan hati, tidak semua orang berani untuk meluahkan segala masalah dalam hati dengan face to face, ada juga yang lebih selesa dengan calling atau sms sahaja dengan pelbagai kemudahan teknologi yang ada seperti Facebook dan WhatsApp. Permudahkan cara, jika anda malu untuk berdepan untuk meluahkan masalah dan perasaan anda, guna cara yang lain, jangan disebabkan takut untuk berdepan dengan seseorang dalam menyelesaikan maslah anda terseksa dan masalah yang kecil akan menjadi besar, dan semakin parah kerana disimpan dalam hati tanpa diluahkan. Saya pasti, jika anda luahkan perasaan dan masalah yang terbuku di minda anda itu, insyaAllah segalanya akan terasa lega, tapi dengan syarat anda kena BERANI untuk menghadapinya dan mudahkanlah cara penyampaian anda, sperti akata pepatah melayu, ‘Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih dan alasan’

Sekian sahaja perkongsian dari saya untuk dijadikan panduan anda suapaya tidak tengelam dalam masalah yang sepatutnya boleh diselesaikan. Selamat mencuba dan selamat Berjaya.
 
Original dari : Nasriq Sahari

Isnin, 18 Februari 2013

Rahsia - Malique


Cerita terjadi
Cerita
Cerita terjadi
Ceritakan

Intro

Korang nak dengar rahsia tak korang?
Kalau cerita korang jangan cerita orang
Janji dulu
Korang tak kan pecah lobang
Jangan pasal korang ku sakit sorang

Pada satu masa tak lama dulu
Orang mula berhijrah ke hutan batu
Ada lelaki dan ada wanita
Ada yang cari nama ada yang cari harta

Verse 1
Ada minah ni namanya rahsia
Binti apa entah tak pernah bertanya
Keluarga entah kenalnya di kota
Kata dari sini tipu dengan lorat desa

Duduk rumah sewa 6 jahanam jadi kawan
3 tak kerja 3 lagi shif malam
Gaduh dengan 2 hal dato kumis nipis
Dia kenal dulu mereka yang dapat kikis
Takpe orang kaya banyak
Cuba skali 3 4 hidup mesti tamak

Nampak anak Tansri umur jauh muda
Janji kereta 500 kuasa kuda
Erm dengar ada botol sauh
Ada burung putih besar boleh terbang jauh
Cincin gelang rantai ada loket
Betina mana tengok tak terjoget

Rumah atas bukit kamar bercahaya
Kamera disorok boleh ambil gambar rahsia
Tunjuk kengkawan semua puji ketawa
Baru tau orang kaya tak boleh percaya

Ha ha ha
Ha ha ha
Baru tau orang kaya tak boleh percaya
Cerita terjadi
Cerita
Cerita terjadi
Ceritakan

Intro (repeat)

Verse 2
Ada 1 hero melayu namanya juga rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media masa
Asal boleh masuk tv dia mesti buat
Awek tengok jambu lelaki tengok meluat
Ceritarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat

Jalan nak berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis

Jakun jadi pelakon ke makan malam
Dinner show nyanyi orang tak paham
Tapi datin muda tengok geram sangkut
Dato outstation datin apa lagi angkut

Terima kasih power root
Rahsia diterima
Kalau sudi lagi boleh main gila

Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Dato pegi London muka pucat bila balik
Bini buncit sikit tau dia tak boleh naik

Nak jadi terkenal harus pandai main api
Rahsia tinggal rahsia tak kan masuk tv lagi
Rahsia tak kan masuk tv lagi
Rahsia tinggal rahsia tak kan masuk tv lagi


Rabu, 13 Februari 2013

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day


Tengok di Facebook, ramai update status pasal Valentine's Day. Di twitter, dah jadi trend. di blog, ramai blogger yang dah buat entri pasal Valentine's Day. Alhamdulillah, sebab makin ramai umat Islam yang sedar akan haram bagi umat Islam menyambut Valentine's Day.

Kenapa umat Islam haram sambut Valentine's Day?

Mungkin ramai dah jemu baca. tapi, kita perlu sentiasa diingatkan kerana syaitan sentiasa ganggu kita.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
   
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.” (HR Abu Daud)
                                                                                                                             
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Sejarah Valentine Day

Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3 Masehi. Hari Valentine adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau penganut Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka.
Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine, tetapi yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab mereka yang menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3 Masehi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.

Pada 14 Februari 270 M, maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya. Kesalahan pendeta tersebut kerana telah mengajak masyarakat kepada agama Nasrani.

Riwayat lain menyatakan, maharaja memandang bahawa askar bujang lebih sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga. Para suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh kerana itu, maharaja mengeluarkan perintah yang melarang perkawinan, akan tetapi pendeta Valentine menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan di gerejanya secara sembunyi, hingga diketahui pemerintah lalu memerintahkan penangkapan terhadap pendeta itu dan memenjarakanya.

Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya meminta kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama kemudian gadis itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendeta itu jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum, pendeta telah mengirim kepada si gadis itu satu surat yang tertulis: “Dari yang tulus Valentine.“ Sebelum kejadian itu juga gadis tersebut telah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya.

Riwayat ketiga menyebut bahawa suatu ketika agama Nasrani tersebar di Eropah, terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang menarik perhatian para pendeta, di mana para pemuda desa berkumpul di pertengahan bulan Februari dalam setiap tahun. Mereka mencatat seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka padaketika itu terus mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di atasnya: “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini“. Hubungan cinta ini berlanjutan sehingga melewati satu tahun.

Para pendeta memandang bahwa ritual tersebut dapat mengukuhkan akidah orang-orang Rom, dan mereka menyedari bahawa ritual ini sukar untuk dihapuskan, oleh itu mereka menetapkan untuk megubah kalimat yang diucapkan para pemuda itu dari “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu“ menjadi: “Dengan menyebut pendeta Valentine,“ sebab ia adalah simbol Nasrani, dan dengan cara itu mereka dapat mengaitkan para pemuda ini dengan agama Nasrani.

Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.

Itulah beberapa gambaran kisah disebalik Hari Kekasih @ Valentine Day dan semua berkaitan agama Nasrani @ Kristian.

Selasa, 12 Februari 2013

Lagu - Bo Amir Iqram


Hariku
Harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan senyumanmu

Alangkah indah
Jika dirimu sentiasa
Di sisiku sayangku
Berikanku hanya satu
Hanya satu
Lagu

Hariku
Harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan suaramu divaku

Isnin, 11 Februari 2013

Azura - Jamal


Azura...
Ada sinar di matamu
Lembut hatimu mesranya... sayang

Azura...
Senyummu ku terbayang
Tanpa mu ku sepi... rindu

Azura...
Kaulah sinar hidupku
Yang mengalirkan cinta
Di dalam jiwaku

Azura...
Kaulah sinar hidupku
Moga takdir menyatukan
Cinta kau dan aku
Azura...


Kisah Sejarah Ainul Mardhiah...( bidadari syurga)



Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Nota penting,(nanti saya akan cerita kisah jimak penghuni syurga dengan wanita-wanita syurga)

Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih

Ahad, 10 Februari 2013

Muara Hati - Hafiz ft Siti Nurhaliza


Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Chorus
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

Ulang Chorus

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta

Tangisan Hamba


Air mata ibarat butiran mutiara yang sangat cantik. Namun kecantikan itu hanya terjelma dari sebuah kesedihan dan keluluhan hati. Kesedihan membuahkan kecantikan. Sungguh ironi, ianya dapat mendamaikan sekeping hati yang rawan.


Air mata ibarat embun yang menitis, sungguh menyegarkan. Namun kesegaran itu hanya bisa terjelma setelah melalui malam panjang yang dingin dan gelita. Sungguh ironi, ianya dapat menenangkan hati yang terluka. 

Air mata ibarat hujan yang merenyai, sungguh menyejukkan. Namun kesejukkan itu hanya mampu terjelma setelah mendung yang menduga. Sungguh ironi, kerana  ianya mampu melegakan gelojak jiwa.

Namun, disebalik semua ironi ini, apakah nilai sebenar sebuah tangisan?

Percayakah jika ku katakan hati itu adalah sangat keras? Lebih keras dari batu. Sedangkan batu bila dihempap air betubi-tubi lama-lama akan terbelah jua ianya. Demikianlah ku rasakan hatiku juga sungguh keras.

Kali terakhir air mata membelai pipi kira-kira 8-9 tahun yang lalu. Melihat orang menangis tidak meninggalkan sebarang kesan dihati. Mungkin sebak, namun tiada istilah tangisan dalam hidup. Mendengar ayat Al-Quran dibacakan ibarat tiada kesan. Bukan telinga yang dipekakkan, tetapi hati yang ditulikan. Tuli dari merasakan getarnya amaran Allah dalam Al-Quran, tuli dari merasakan cinta pada Rabb dan Rasul.

Mungkin hati itu tidak pernah merasa apa itu cinta sebenar kerana ia telah tertutup untuk merasakan cinta pada Allah dan Rasul. Mendengarkan penderitaan Rasulullah dan Sahabat langsung tidak meninggalkan parut di hati.

"Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapar azab yang amat berat"
(Surah al-Baqarah ayat 7)

Maka, apa lagi gunanya hatiku ini. Tidak mampu lagi merasa Kasih dan Sayang Allah padaku. Hati menjadi keras kerana noda-noda hitam telah membalutinya. 'Cirrhosis' jika mengikut istilah perubatan. Hati yang telah keras dan buruk sehingga menjejaskan anggota tubuh badan yang lain. Selayaknya menjalani pembedahan menggantikannya dengan hati yang baru. Teringat Firman Allah;

"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit itu, dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta"
(Surah al-Baqarah ayat 10)

Namun, di satu ketika, Allah menimpakan musibah untuk diriku.. air mata lah yang menjadi suri peneman hidupku. Tatkala mencari ruang untuk mencari kekuatan, air Mata juga lah yang menjadi penawar tiap kedukaan yang menyapaku. Entah mengapa, air mata ini sering tumpah saat merasakan kesengsaraan hati yang tidak terperi. Ku cuba selongkar tiap hikmah yang tersirat di dalam ujian yang dihantarkan kepadaku.

Ibarat terpenjara dalam satu sangkar emosi yang dikurung rapat. Hati hanya mampu menangis. Tatkala berjalan sendirian, air mata mahu berjurai, namun digagahi jua agar tidak menangis di tengah jalan saat orang ramai di sepanjang jalanan. Saat berkurung dibilik, air mata berjurai laju. Saat ke kelas, air mata ditahankan sepenuh hati agar tidak bisa ternampak oleh rakan-rakan.

Allah itu Maha Mengetahui. Hati yang keras dan kalis tangisan, kini lebur. Begitu berat ujian yang diberikan Allah sehingga hati yang keras telah cair dibasahi tangisan. Menangisi kehidupan yang kian suram, menangisi cinta yang lahir dari syaitan, menangisi masa depan yang tak mampu difaham, menangisi hari-hari yang berlalu sebegitu sahaja, menangisi kegembiran yang berlalu di depan mata, tapi tidak mampu merasainya.

Tangisan itu hanya semata-mata untuk dunia. Menangisi dunia yang kian lepas dari genggaman. Terleka dan terlupa, bahawa Allah menginginkan dunia itu untuk pergi, pergi meninggalkan. Satu hari, aku meluahkan apa yg terbuku dihati pada seorang sahabat.

Lalu dia bertanya padaku, "Untuk apakah dan siapakah tangisanmu sedangkan seharusnya tangisan mu di hadapan Allah?"

Aku menjawab pertanyaan tersebut dengan sebuah pertanyaan " Untuk siapa kau rasa?" dan berlalu pergi tanpa menunggu sebuah jawapan. Kemudian, aku kembali tertanya, untuk apa dan siapa tangisan ku ini?

Aku kembali teringat akan satu peristiwa dipagi hari, saat tidur di kamar sahabat tersebut, terjaga di sepertiga malam, terdengar sendu tangisnya di dalam tahajjud, cintanya bersujud menghadap Ilahi. Hati turut menjadi sayu mendengar sendunya, tetapi tertanya mengapa dia menangis? Aku bertanya padanya selepas itu " Mengapakah kau menangis?". Jawabnya, " Kerana aku merasa sungguh kerdil di hadapan Allah, maka aku menangis".

Mendengarkan jawapan tersebut aku terpana. Aku tertanya, jika tangisnya untuk Allah, maka untuk siapakah tangisku? Baru kusedar, tangisan ku hanya untuk dunia, maka ia tiada nilai. Pernah ku terbaca sebuah hadith Nabi dalam sebuah buku karangan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa diakhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah SWT ialah mereka yang menangis kerana Allah Taala. Allah SWT berseru, " Dimanakah hamba-hamba-Ku yang menangis?" Lalu Allah SWT memerintahkan para Malaikat-Nya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menangis di siang hari lebih lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka. 

Sebanyak mana air mata yang mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah, maka ia akan ditimbang bersama-sama dengan darah para syuhada yang tumpah kerana memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah. Air mata itu juga akan ditimbang bersama-sama dengan dakwat ulama yang telah menulis berbagai-bagai kitab yang memperjelaskan hukum-hakam dan syariat Allah SWT supaya difahami dan diamalkan oleh manusia.

Betapa besar nilai sebuah tangisan yang belum kita faham. Jauh dari kefahaman itulah, air mata itu tumpah hanya sia-sia.

Kini baru kufahami hikmah disebalik ujian yang sangat berat yang telah kuhadapi. Allah ingin melembutkan hati yang telah keras. Hati yang perlu dibasahi dengan tangisan menghadap-Nya. Namun, Allah tidak membiarkanku lemas dalam lautan air mata dunia. Di datangkan seorang sahabat setia untuk mengingati yang terlupa walau selaut dosa kuhampar padanya. Bahawa sesungguhnya, tangisan itu hanya selayaknya untuk Allah sahaja. Sungguh Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengasihani. Memberi ujian untuk hamba-Nya dalam segunung hikmah yang sukar difahami.

Maka, tanyalah kembali diri kita, kemana telah tumpahnya air mata kita?Adakah dihadapan Allah kerana takutkan dosa yang menggunung sedangkan amal tidak bertambah? Atau didepan dunia yang hanya sementara. Kiralah berapa banyak tumpahnya air mata untuk kekasih hati bila putus cinta? Kiralah betapa banyak air mata tumpah kerana kehilangan harta disayangi. Kiralah berapa banyak air mata tumpah mengenangkan ahli keluarga tersayang yang telah pergi. Kiralah berapa banyak air mata yang tumpah kerana perkara yang sia-sia. Kiralah air mata itu, walau selautan jumlahnya, namun tangisan itu tiada bermakna. Tidak bernilai disisi Allah Taala, kerana ia bukan tumpah kerana cinta dan kasih hanya kepada-Nya.


Di akhirat kelak, Allah akan mengurniakan sebuah bendera yang berwarna warni kepada golongan air mata yang tumpah hanya pada-Nya. Meraka akan berada dibawah panji-panji itu yang diserahkan kepada Nabi Nuh sebagai ketuanya.

Nabi Nuh As dipilih mengetuai golongan air mata kerana pengalaman hidupnya yang dipenuhi pelbagai kepahitan, kesengsaraan, ancaman dan tentangan. Tatkala Rasulullah SAW bersedih kerana perjuangan baginda yang sukar, Allah mewahyukan perihal Nabi Nuh, yang jauh lebih getir perjuangannya untuk memotivasikan Baginda dan para sahabat.

Dicelah-celah kegersangan hati dan sukma, basahkan lah ia dengan tangisan sebagai sebenar-benar hamba.. Alirkanlah ia dan persembahkanlah hanya kepada Allah semata. Sudah terlalu banyak air mata yang tumpah sia-sia kerana dunia. Kini biar la ia tumpah di medan perjuangan ini, bukan kerana sedih atau berputus asa, tetapi kerana mendamba kasih dan Rahmat Ilahi dan cinta baginda, Muhammad SAW. 

Sungguh besar nilai sebuah tangisan untuk Ilahi itu, umpama besarnya seperti darah syuhada' dan dakwat para ilmuan. Tangisan yang lahir dari hati yang mendambakan Allah bukan mudah untuk datang. Maka, ku syukuri setiap ujian yang menduga kerana dengan ujian itulah hati yang keras menjadi lembut. Hanya dengan ujianlah membawa hati lebih ingat kepada tuhanku dan hanya dengan ujian hati ini sentiasa tenang dalam rahmatNya.

"Ya Allah anugerahkanlah aku sebuah tangisan yang lahir atas cintaku hanya pada-Mu, sungguh aku rindu pada tangisan menghadap-Mu"

- Artikel iluvislam.com


Sabtu, 9 Februari 2013

Perisai Muslimah


Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja. Jadi, jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.

Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang. Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai. Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah. Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi. Kuasanya lebih hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.

Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. Kerana neraka itu 'hot', syurga itu 'sweet'.

Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Bukan mengharap penghormatan orang lain, cuma ingin memberitahu "aku seorang muslimah".

Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu. Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya. "sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain".

Kini, sedih apabila kedengaran di telinga, "orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun". Seorang sahaja yang membolosi perisainya, semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya. Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa "aku ni alim", tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia.

Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali, terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-

"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".

Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.

Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah.

Jumaat, 8 Februari 2013

Pelangi Senja - Stacy


Ku bermimpi engkau kembali
Wajah tenang kau berkata
Sayang aku cinta

Namun kita takkan bersama
Dikau pergi takkan kembali
Sesal ku kecewa
Chorus
Wahai sang pelangi indah
Muncul seketika
Sayang tak ku lihat
Kini tiada

Ku terjaga
Dari mimpi lena
Sedang pipi di basahi
Tangisku sendiri

Merintih perasaan ini
Tiada kata mampu diungkap
Tiada yang mengerti

Ulang Chorus

Jika mampu ku kembali mengulangi masa
Pasti ku tunaikan permintaan terakhir

Ulang Chorus

Jika mampu ku kembali mengulangi masa
Pasti ku tunaikan permintaan terakhir

Kini hanya tinggal kenangan
Hanya waktu menentukan
Kita kan bersama


Micro Photograhy





Khamis, 7 Februari 2013

Setia Hujung Nyawa (Drama)


Edisi Drama  

( Minggu pertama Episod 1 - 4 ) - Episod pengenalan

Episod 1
Episod pertama episod perkenalan , Ersalina mempunyai keluarga bahagia. Mempunyai seorang abang Zakwan, yang berkerja Juruterbang. Ersalina suka menghabiskan masa dengan kawannya Zehra. Ikram, abang Zehra cuba memikat Ersalina dalam diam. Tetapi lain pula pada keluarga Zain. Zain mencintai Sofea tetapi perhubungan mereka tidak direstui oleh mummy Datin Adibah. Pelbagai cara Datin Adibah buat agar perhubungan mereka diputuskan. 


Episod 2
Perhubungan Zain dan sofea semakin tegang .Datin Adibah semakin mendesak agar Zain dapat mengubah keadaan dan cara hidup Sofea yang suka pergi ke kelab malam. Sofea tertekan bila Zain asyik mengikut telunjuk Mummynya sehingga tiada pendirian. Bila perhubungan Ersalina dan Ikram mula baik , Ersalina dikejutkan dengan berita keluarga Ikram akan berberhijrah ke luar negara .

Episod 3
Sofea lebih mendesak membuatkan Zain tertekan. Hadi sahabat zain selalu mendengar keluhan dan masalah Zain. Episod ini ditambah pasal kasut. Zain membeli kasut dan kasut yang Zain beli telah tertukar dengan kasut Ersalina. Ersalina berjanji untuk memulangkan kasut itu tetapi ada saja masalah yang menghalang. Haliza pula stress bila suaminya selalu pergi outstation ( penang ) dan dia mengesyaki suaminya sesuatu yang tak kena.  

Episod 4 
Ersalina terus menanti berita dari Ikram tapi tiada jawapan. Haliza dikejutkan dengan berita Ersalina mengandung. Datin Adibah mengupah penyiasat untuk mengintip aktiviti Sofea. Datin Adibah kecewa kerana Sofea tetap dengan aktivitinya ke kelab malam. Sofea menghilangkan diri setelah bertengkar dengan Zain. Tarikh perkahwinan mereka semakin hampir Datin Adibah sibuk mencari pengganti Sofea. Sehingga Datin Adibah bertemu dengan Ersalina .    

( Minggu kedua Episod 5 - 8 )  
Episod 5
Datin Adibah terus mendesak agar keluarga Ersalina menerima pinangannya. Ersalina pula kecewa dengan Ikram yang terus menyepi. Kerana terlalu kecewa Erslina menerima pinangan Datin Adibah. Ayah dan abang Ersalina terkejut dengan keputusan Ersalina untuk berkahwin dengan Zain. Dihari pernikahan Ersalina resah dan takut menerima lelaki asing sebagai suami.

Episod 6
Ini episod yang manis , Bermulalah kehidupan Zain dan Ersalina menjalani hidup berkeluarga. Mereka Tinggal di rumah baru ini untuk belajar hidup berdikari. Disinilah bermula detik-detik yang mencuit hati, bila Ersalina cuba memasak .... goreng ikan ..ikan hangus.. lauk masin.. Ersalina anak manja yang tidak pernah membuat kerja-kerja rumah, segalanya serba tak kena bila dilakukan dirumah sendiri. 

Episod 7 

Zain banyak menghabiskan masa menceritakan aktivitinya bersama Ersalina dengan Hady. Hady seperti tak berminat mendengar cerita Zain. Dalam tak sedar Zain mula sukakan Ersalina . Begitu juga Ersalina , masing-masing takut untuk meluahkan.  Lantaran itu Ersalina tidak berputus asa belajar memasak untuk menjadi isteri yang baik. Walaupun masih tidak menjadi. Lakonan berbaik-baik depan orang Zain membuatkan Datin Adibah merasa seronok dan tidak menyesal membuat pilihan memilih Ersalina sebagai menantu. 

Episod 8
Perasaan cemburu mula hadir dalam diri Zain. Zain berterima kasih pada Mummy kerana menjodohkannya dengan Ersalina. Zain juga membuat kejutan pada Ersalina dengan membuat kek kegemarannya. Hadi pula cuba mempengaruhi Ersalina mengatakan Zain berkahwin dengannya hanya sekadar mengikut kata mummynya sahaja. Mama Ersalina pula mengesyaki sesuatu yang pelik pada suaminya yang kerap pergi outstation hingga dirinya stress.

( Minggu ketiga Episod 9 - 12 )
Episod 9
Akhirnya Zain meluahkan Isi hatinya Pada Ersalina , terpancar kebahagiaan Zain Dan Ersalina  bila cinta mereka diluahkan. bab kelakar kali ini ialah bila Zain sanggup bertukar wajah menjadi Zain Min Ho kerana minat Ersalina suka tengok cerita Korea. Tetapi Hadi seakan cemburu bila melihat Zain dan Ersalina bahagia. Sekali lagi Hadi mendapat peluang mengapi-apikan Ersalina, dan berkata Zain hanya berpura-pura suka pada Ersalina tapi hatinya tetap suka pada Sofia. Ersalina berjanji pada Zain dia yang akan tentukan bila mereka akan bersama.   

Episod 10
Hari yang ditunggu untuk bersama dinanti dengan penuh debaran. Zain telalu gembira bila Ersallina menerimanya seadanya. Sewaktu mereka meraikan untuk bersama Ersalina jatuh dan Zain terkejut ada darah mengalir di kaki . Zain membawa Ersalina ke hospital dan disahkan Ersalina keguguran. Zain tak boleh terima Ersalina keguguran sedangkan mereka belum pernah bersama. Dalam keadaan runsing Zain kerumah Hadi dan menceritakan apa yang berlaku pada Ersalina. Dalam perkabaran itu Hadi nampak lebih gembira bila mendengar apa yang berlaku pada Zain. Ersalina merasa malu untuk dengan apa yang berlaku. Dia tidak tahu yang dia mengandung dan jika dia tahu dia mengandung dia tidak akan berkahwin dengan Zain.

Episod 11
Zain terlalu kecewa dan melepaskan marahnya pada Ersalina. Ersalina kecewa bila mamanya menyembunyikan rahsia yang dia mengandung. Mama Ersalina cuba merayu pada Zain agar menerima Ersalina seadanya. Ersalina malu untuk berdepan dengan suaminya Zain dalam keadaan ini. Ersalina terus bersedih dan meratapi nasib dirinya. Hadi pula umpama main tarik tali. Dia cuba memujuk Zain supaya tidak marah- marah dan dia juga memasang niat jika Zain melepaskan Ersalina Hadi sanggup menggantikan tempat Zain. Zain mengambil keputusan membawa Ersalina balik kerumah mereka. Walau pun dibantah oleh kedua orang tuanya. Zain memberi alasan untuk berlajar menjaga Ersalina dalam pantang tapi sebenarnya Zain hanya ingin menyakiti dan memarahi Ersalina . 

Episod 12
Kemarahan Zain masih membara. Carian dan cemuhan dari Zain sudah menjadi makanan harian Ersalina bila Zain dirumah. Tangisan dan airmata menjadi teman setia Ersalina. Ersalina menghubungi kawan baiknya Zehra dan menceritakan apa yang telah berlaku pada dirinya. Zehra marah dan memberitahu bahawa abang perlu bertanggungjawab pada Ersalina. Tetapi Ersalina merayu demi perkahwinannya dengan Zain. Zain yang banyak menghabiskan masa dirumah Hady. Hady berpura-pura memujuk Zain agar berbaik - baik dengan Ersalina. Mama Ersalina terlalu bimbangkan Ersalina hingga mengganggu kesihatannya ditambah pula Abah Ersalina kian berubah. 


( Minggu keempat Episod 13 - 16 )
Episod 13
Episod air mata.... Hady memujuk Zain agak Zain menceraikan Ersalina. Ersalina cuba berbaik dan membuat sesuatu yang Zain suka. Ersalina tidak berputus asa walaupun hakikatnya Zain tidak suka dan marah padanya. Abang dan mama Ersalina mengajak Ersalina kerumah untuk berkumpul sekeluarga tetapi tidak mendapat keizinan Zain. Ersalina terpaksa membuat alasan agar keluarganya tidak terasa dan Ersalina menyembungikan hal rumah tangganya yang tidak bahagia. Dalam kekeruhan ini Hady mengambil peluang memperkenalkan Eriza. Eriza yang dari dulu meminati Zain amat seronok bila hady berbuat sedemikian.

Episod 14
Ersalina mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dia meminta izin Zain untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Tetapi Zain tidak benarkan. Dalam masa yang sama Ersalina terkejut bila Ikram datang berjumpa dengannya. Ikram mengharapkan kepastian anak yang gugur dulu adalah anaknya dan Ikram ingin bertanggungjawab. Eriza mula rapat dengan Zain dan Zain pula rasa lemas bila Eriza cuba mengorek cerita tentang rumah tangganya. 

Episod 15
Eriza mula kecewa bila dengan sikap Zain yang tak mengendahkan dirinya. Datin Adibah datang buat kejutan kerumah untuk mengucapkan tahniah pada Ersalina. Malanagnya Mummy Zain dapat menghidu rumah tangga anaknya tidak bahagia. Datin Adibah Memberi cadangan pada Zain dan Ersalina pergi Honeymoon untuk merapatkan kembali hubungan yang renggang. Dalam terpaksa Zain terpaksa bersetuju demi menjaga hati mummynya. Ikram yag sering datang menggangu Ersalina membuatkan Ersalina tak senang duduk. Ersalina terus merayu agar Ikram jangan datang dan mengganggu dirinya lagi kerana Ersalina telah berkahwin. Hadi mengambil peluang untuk menghasut Ersalina supaya tinggalkan Zain jika Zain berterusan memberi layanan buruk pada diri Ersalina.

Episod 16
Seperti yang dipersetujui Zain dan Ersalina pergi Honeymoon, disana mereka lebih banyak bertengkar dalam masa yang sama Zain meluahkan , dia kecewa kerana Ersalina menipu dirinya disaat Zain mula menerima dan menyayanginya. Hady pula memantau apa yang berlaku diantara Zain dan Ersalina. Zain masih tak sedar niat jahat hady yang cuba menangguk di air yang keruh. Ikram pula tidak berputus asa merayu agar Ersalina kembali kepadanya. Ersalina mula lemas dengan desakan dan rayuan dari Ikram. Mama Ersalina risau jika sesuatu yang tak baik berlak pada Ersalina .

(Minggu ke lima Episod 17 - 20 )
Episod 17
Setelah pulang dari honeymoon Ersalina dan Zain pergi ke rumah mummy Zain. Mummy Zain mendesak agak Zain cepat  cepat ada anak. Zain dalam terpaksa memujuk mummy dan berjanji akan memberi cucu secepat mungkin. Dalam perasaan sayu bila mendengar Zain memujuk mummynya. Ikram yang tak pernah putus asa mengejar Ersalina walaupun dia tahu harapan untuk memiliki Ersalina tipis. Walau bagaimana pun Ikram telah menyuarakan dia ingin berjumpa dengan Zain dan ingin memberitahu yang Ersalina pernah mengandungkan anaknya. 

Episod 18
Hidup Ersalina lebih derita bila pulang dari haneymoonnya. Zain sengaja menyakitkan hatinya supaya hatinya puas. Ersalina dapat menghidu perhubungan Zain dan Eriza. Itu semua sengaja semata-mata membuat Ersalina sakit hati. Ikram terus-terusan mengugut Ersalina. Pelbagai rayuan tidak pernah diindahkan. Ini membuat hidup Ersalina lebih tertekan . 

Episod 19
Hady sengaja mendekatkan diri dengan Ersalina. Zain pula seakan perasan yang Ersalina kini tak melawan hanya menurut apa saja. Ikram pula sudah berani datang rumah bila Zain pergi kerja. Hady yang selalu memerhatikan gerak geri Ersalina ternampak Ikram berjumpa Ersalina Dirumah. Hary juga menghasut agar Zain lebih menyakiti hati Ersalina agar Ersalina akan membenci Zain. Eriza juga mengambil peluang untuk rapat dengan Datin Adibah sebagai mengambil hati Mummy Zain. 

Episod 20
Zain terkejut bila kawan baik Ersalina , Zehra datang rumah. Zehra menasihatkan abangnya Ikram janagn ganggu rumah tangga Ersalina. Zain membakar semua DVD yang Ikram bagi pada Ersalina. Erisa pula mula rapat dengan Zain. Ikram nampak Zain bersama Eriza keluar bersama dan mendatangkan rasa cemburu pada Ikaram. Hady terus meracuni fikiran Ersalina agar Ersalina minta cerai dari Zain kononnya Zain dah tak sayang pada Ersalina dan Zain kini sudah ada orang lain .

(Minggu ke enam Episod 21 - 24 )
Episod 21
Segala curiga mama Ersalina dan ayahnya terlerai, bila sangkaan suaminya ada hubungan dengan perempuan lain. Akhirnya Zain memberitahu Hady dia ingin menerima Ersalina seadanya. Hady terkejut, Hady memberi pendapat agar Zain mengenal pasti kenapa Ersalina kian berubah. Hary sering mengintip Ersalina dirumah dan terlihat seorang lelaki selalu bersama Ersalina. Dalam masa yang sama Zain melihat Ersalina bersama Ikram dikedai Kek Mama Ersalina. Tambah mengejutkan lagi bila Zain pulang kerumah Ikram turut sama ada dirumahnya. 

Episod 22
Zain dapat merasakan Ersalina menyembunyikan sesuatu. Kehadiran Ikram kerumah tidak disenangi oleh Zain. Zain mengajak Ersalina berpindah kerumah baru. Zain kebilik Ersalina kerana terkejut Ersalina terjatuh lalu pengsan kerana takut darah. Kerana luka didahinya Ersalina bermalam di hospital. Zehra memarahi Zain kerana lalai. Ikram pula mengamuk pada Zain tapi dihalang oleh Ersalina. 

Episod 23
Zain keluar bersendirian tanpa arah . secara kebetulan bertembung dengan Erisa . Erisa mengajak ke rumahnya dan ingin memerangkap Zain tetapi diperhatikan oleh Hady sebangai dalangnya. Ersalina menyaksikan apa yang berlaku atas hasutan Hady . Ersalina begitu kecewa dengan apa yang berlalu. Ersalina mengambil keputusan dan lari dari rumah Zain. Zain memujuk Ersalina agar dapat bersamanya kembali. Dengan berat hati dia kembali kerumah Zain kembali tetapi tidak disenangi oleh Hady kerana Zain berjaya memujuk Ersalina kembali balik kerumah.

Episod 24
Selepas apa yang berlaku Zain dan resalina hidup seperti pasangan suami isteri yang lain. Hady dan Eriza tak senang duduk. Begitu juga Ikram, Ersalina terus tak dapat dihubungi. Keindahan bersama tidak kekal lama Zain terlibat kemalangan. Zain koma dan Ersalina meratapi keadaan Zain yang entah bila akan sedar. 

(Minggu ke tujuh  Episod 25 - 28 ) - minggu akhir 
Episod 25
Ersalina di sahkan mengandung. Dalam Dia menjaga Zain Hady datang dan sengaja mengungkit kisah lama. Tiba-tiba bualan Hady dan Ersalina terdengar oleh Datin Adibah. Datin Adibah naik berang bila mengetahui Ersalina keguguran dulu bukan anak Zain. Datin Adibah melarang Ersalina untuk terus berjumpa dengan Zain. Datin Adibah juga menghalau Ersalina tinggal dirumah Zain. Segala rahsia yg disimpan oleh mama Ersalina diketahui juga oleh ayah Ersalina. Ayah Ersalina menyalahkan Haliza mama Ersalina kerana tidak duduk berbincang menyelesaikan masalah bersama . Haliza juga memohon maaf pada Datin Adibah tetapi tidak dihiraukan. Zain sedar dari koma dan dibawa pulang kerumah tetapi Zain bingung kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa. 

Episod 26
Pelbagai cara Ersalina buat untuk berjumpa suaminya Zain. termasuklah berlakon menjadi makcik pembantu rumah.  Zain tersepit antara mummynya dan isteri. Eriza terus cuba menggoda Zain tapi kecewa dengan sikap Zain yang dingin. Ikram dengan rela hati berjumpa dengan Zain dan Ikram menceritakan apa yang berlaku. Zain terima dengan hati yang terbuka tetapi Hady semakin runsing dan resah kerana niat untuk mendapatkan Ersalina semakin pudar.

Episod 27
Zain berjumpa dengan isterinya dalam diam tanpa pengetahuan Datin Adibah . Ini semua kerana mummynya masih marah pada Ersalina dan tapi terkantoi juga . Datin Adibah mengajak Zain pergi bercuti. Atas nasihat papa Zain , Zain ikut sahaja apa kehendak mummynya. Di sana Mummy Zain bertemu dengan mama Eriza. Datin Adibah terkejut bila dia berjumpa dengan Ikin birasnya. Hady berjumpa dengan Zehra kawan baik Ersalina dan mengugut sesuatu jika Zehra tidak membantunya. 

Setia Hujung Nyawa (Novel)

Ersalina Imani dan Zain Hakimi adalah watak utama dalam novel ini. Bermulanya cerita Ersalina seorang gadis 17 tahun menunggu keputusan SPM. Gadis yang terlalu naif tentang kehidupan dan pernah terlanjur bersama teman lelakinya. Dia juga tidak tahu apa akibatnya dimasa akan datang. Ersalina dilamar oleh Datin Adibah untuk mejadi menantu bidang terjun dan isteri kepada anaknya Zain Hakimi menggantikan tempat Sofea hilang entah kemana. Kelembutan dan keayuan Ersalina menambat hati Datin Adibah. Haliza ( ibu Ersalina ) menerima pinangan Datin Adibah bagi menutup satu rahsia yang akan memalukan keluarga. Tanpa memikirkan akibatnya, mereka dikhawinkan dengan perkenalan kurang dari seminggu. Bermula episod kehidupan baru Ersalina dan Zain sebagai suami isteri.

Mereka memilih untuk menjadi rakan serumah dan belajar untuk menyemai rasa cinta . Tat kala perasaan cinta sudah membara dan berjanji untuk menjalinkan hubungan suami isteri. Zain terkejut bila Ersalina keguguran, isteri yang belum sempat disentuh . Disinilah pergolakan rumah tangga mereka bermula. Zain merasa dirinya tertipu dan memujuk hati dan untuk menerima Ersalina dalam hidupnya demi menjaga hati keluarga dikedua belah pihak . Kemarahan dan amukan Zain dah menjadi rencah kehiduapan Ersalina. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Perasaan cinta Zain yang terlalu dalam pada Ersalina, Zain menerima Ersalina kembali sebagai isteri sepenuhnya.

Dugaan terus membadai, Zain terlibat dalam kemalangan dan rahsia yang disimpan rapi terbongkar dan didengari oleh Datin Adibah. Zain Koma ... Datin Adibah membenci Ersalina dan keluarga dan menganggap keluarga Ersalina menipu dan mengambil kesempatan diatas keluarganya. Ersalina berjanji dan tekad ingin setia hingga kehujung nyawa walau apa terjadi sekalipun . Sedar dari koma Datin Adibah memaksa Zain menceraikan Ersalina dan berjanji mencari isteri yang jauh lebih baik dari Ersalina. Sibuk mencari menantu yang berbaik Datin Adibah dikejutkan satu berita yang tidak disangka-sangka. 8 tahun yang lalu zain juga pernah merosakkan anak gadis orang dan tidak mahu bertanggungjawab. ia memberi alasan kerana mereka terlalu muda ketika itu. kesudahan cerita ni happy ending.


Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Petikan - petikan yanga menarik dari dalam novel ini:-

Siibu merahsiakan berita baru yang baru diterima.
"Tolonglah, doktor. Perkara ini rahsia kita berdua." Haliza memegang lengan Dr. Suria. Sesekali matanya beralih pada Ersalina yang terbaring.

"Kita berdua?" Dr. Suria mengangkat sedikit cermin matanya yang melorot ke hidung. Kemudian memandang wajah Ersalina yang outih bersih. Kejelitaan anak perempuan Haliza itu memang mempersonakan mata.

"Lina pun tak perlu diberitahu perkara ni. Saya tank nak dia susag hati."

"Tapi nanti, macam mana kalau..."Dr. Suria mempamerkan riak keliru dan tidak faham. Mana mungkin dia boleh merahsiakan perkara ini daripada tuan punya badan sendiri. Memang tidak masuk akal!

"Saya akan fikirkan yang terbaik buat anak saya." Mata Dr. Suria membulat memandang wajah Haliza. Hatinya jadi berbolak balik, mula menelah sesuatu yang diluar jangkauan.

"Doktor jangan risau, saya tak akan buat yang bukan-bukan." Haliza seakan memahami fikiran Dr. Suria saat ini. Bercabang-cabang dahan fikiranyanya, namun tidak terlintas mahu selesaikan masalah dengan cara yang membawa kemungkaran. MOhon dijauhkan daripad demikian. Perlahan didir Dr. suria melorek senyuman. dia kenal hari budi Haliza. Wanita itu tidak akan melakukan sesuatu yang diluar jangkauan. Hatinya menyakini keluhan hati Haliza.

"Janji ya, doktor? Hanya kita berdua yang tahu?" Haliza merayu lagi. Air mata dipipi mengalir lesu. Hatinya saat ini, hanya Allah yang tahu betapa berselirat dengan seribu liku.

Zain Bengang Bila Sofea tiba-tiba berubah hati.

"Sofea, you tak boleh baut macam ni. Kita dah rancangkan semuanya. You pun tahu sejauh mana hubungan kita. Betapa I sayangkan you epenuh hati I." Zain Hakimi separuh menjerit di telefon bimbitnya. Apabila mendengar talian sudah duputuskan Sofea, dia mendegus marah sambil mendail berkali-kali. Namun, talian sudah dimatikan. Sudahnya, dia melemparkan telefon kecil itu ke dinding sehingga berkecai dan bersepai mengeluarkan 'isi perut'nya. Dia menghampas badannya ke atas katil. Kedua-dua tangannya mencengkam erat rambutnya. Sakit hati tidak tergambar dengan kata-kata. Mengapa Sofea tiba-tiaba saja ke luar negara dan mengambil keputusan untuk terus menetap disana? Bagaimana dengan angan- angan mereka? ke mana hendak dihalakan impian yang sedang mereka rancangkan?

"Zain.." Lembut suara Datin Adibah memanggil. Sewaktu menoleh, Datin Adibah sudah berdiri dihadapannya. Tidak sedar bunyi pintu yang dikuak mummynya itu.

"Eh, kenapa ni? Muka itu keruh macam ada masalah besar." Bulat mata Datin Adubah meneliti wajah anak bujangnya yang kusut. Masak sangat dengan air muka putera tunggalnya itu. Apabila marah, gembira mahupun sedih, hanya sekilas pandang dia mampu menyelami perasaan Zain.

Zain melepaskan keluhan yang berat. Bagaimana untuk menerangkan kepada mummy?? udalah untuk dapatkan restu mummy agar merestui hubungannya dengan Sofea bukan mudah. Memaksa dia berlutut merayu kepada mummy agar menerima Sofea sebangai calon isterinya. Beberapa hari Datin Adilah melancarkan perang dingin dan mogok trhadapnya, tanda protes pada hubungannya dengan Sofea. Pelbagai cara dilakukan demi membeli hati dan memohon restu. Dia yang tidak pernah ke dapur, terpaksa melecehkan tangan untuk cuba menyediakan sandwic tuna kesukaan mummy melalui buku masakan. Hingga akhirnya hati Datin Adubah terpujuk menerima Sofea. Tetapi kini, musibah ini pula yang menimpa. Sofea jauh di luar negara. Dia tidak akan mampu memujuk Sofea untuk pulang dalam tempoh seminggu ini.

"Apa ni?" Tinggi syara Datin Adibah seraya menapak di dinding. telefon Zain yang bersepai dikutipnya. Segera dia memahami bahawa Azi dilanda masalah besarjika begitu tingkah anaknya. Pasti tahap masalah anak itu menemui jalan buntu.

"Zain , apa yang dah berlaku?" soal Datin Adibah dengan perasaan yang kurang enak. Punggungnya dilabuhkan ke sisi Zain dibirai katil.
"Mummy, Sofea dah pergi ke luar negara."

Memohon Keizinan , memeranjatkan Si ayah

"Apa yang mama nak beritahu abang?" Haliza memejam mata. Nafasnya terhembus deras. pelik Badri melihatkan tingkah isterinya. Ada apa sebenarnya?

"Abang, Datin Adibah melamar Ersalina untuk anak bujang dia." Bagaikan terlepas bebanan hutang saat ungkapan itu terbit dari bibirnya.
""Melamar Ersalina?" Membutang biji mata Badri. Haliza mengangguk. Dadanya berdebar kencang. Setujulah, bang... pintanya didalam hati. Tetapi mustahil untuk Badri merestuinya.

"Gila!" Badri mendengus. "Adik tu baru 18 tahun. SPM pun belum keluar keputusan lagi."

"Datin Adibah tu baik. Keturunan yang dipandng orang. Peluang baik macam ni bukan mudah, abang."

"Jadi, mama setujulah? kata mama, bau lagi kenal rapat dengan Datin Adilah tu," sindir Badri. "Nak pulak pulak mama berbesan dengan Datin?"

"Bukan gitu, abang. Mama tak pandang semua tu, Kita dah cukup senang tanpa menumpang harta orang, abang." Badri melempar pandangan. Dia kenal Haliza. Isterinya bukanlah seorang yang memandang kebendaan. Bukan gelap mata dengan kebendaan orang. Mereka sudah cukup selesa dan senang biarpun tidak berpangkat.

"Adik tau? tanya Badri. Rasa marah yang bertamu dipendamkan ke sudut hati. Ini bukan tempat yang sesuai untuk meluahkan kemarahan. Haliza menggeleng.

"Tolong jangan beritahu Zakwan pasal ni. Esok-esok dia nak terbang, terjejas fikiran dia teringatkan adik."

Pernikahan dua hati yang tak pernah mengenali , Si ibu pengantin perempuan bersyukur kerana bebannya sudah terlepas dan Si ibu pengantin lelaki bersyukur kerena pengantin perempaun datang sebagai penyelamat.

"Aku terima nikahnya Ersalina Imani binti Badri dengan mas kahwin yang tersebut itu." Lafaz itu bergema lancar dan jelas melalui mikrofon yang dihalakan ke mulut pengantin lelaki. Masjid yang indah itu hening seketika saat doa dibaca. Ersalina sebak saat namanya disebut oleh lelaki yang baru saja sah bergelar suaminya. Dia hanya memerhatikan susuk tubuh suaminya yang duduk menghadap tuan kadi dan membelakangkannya. Dia masih belum melihat wajah suaminya. Sewaktu dibawa dari ruang persalinan dalam masjid ini, lelaki itu sudah bersedia untuk dinikahkan. Sedikit terketar dia sewaktu menurunkan tandatangan atas borang persetujuan nikah. Bukan lagi mimpi, dirinya sah bergelar isteri kepada lelaki bernama Zain Hakimi. Dia sudah menjadi milk leleki yang tak pernah dilihat dan dikenali.

"Assalamualaikum Ersalina... anak mummy nak serungkan cincin." Datin Adibah berkata saat menghampiri Ersalina. Halia disisi Ersalina, Mencapai tangan Ersalina dan dihulurkan kepada Zain yang berdiri disisi Datin Adibah. Ersalina dan Zain bertukar pandangan. Wajah kedua-dua terpamer riak terkejut. Ada gelora dalam hati masing-masing . Eh dia ni?

"Zain, sarungkan cincin," bisik Datin adibah. Wajah Zain yang berubah saat memandang Ersalina saat Ersalina membuatkan dia tertanya sendiri.


Zain Cuba menerima Ersalina sebagai Isterinya.

" Bila agaknya abang boleh tidur dalam bilik ni? atau Lina yang tidur dalam bilik abang? " Zain berdiri dihadapan pintu bilik Ersalina.

" Bila ya ?" ulang Zain lagi . Dia menghampiri isterinya. Matanya merenung romantis wajah Ersalina yang duduk di sisi katil. " Abang yang tentukan waktunya" katanya perlahan. Petanda dia bersedia untuk menyerah. Wajah Sain kegirangan." Tapi bukan Malam ini" ujar Ersalina dalam bisikan. Sengaja mengenakan suaminya.

Bila rahsia terbonngkar

" Anak mama dah tipu saya. Anak mama dah permainkan saya!" Meninggi suara Zain . Tak teperi marahnya. " Bukan salah lina , zain " Sekilas mata zain bertaut dengan mata Haliza. " Apa maksud mama?" Bernada curiga soal Zain.

Mungkin itu takdirnya, Zain cuba menerima.

" Itu jodoh kau sebab tu kau kahwin dengan dia walaupun tak saling mengenali. Terimalah" Suara Hady melatun lagi dimindanya.

" Kau dah mula cintakan dia. Akuilah. Aku tahu kau tak sanggup lepaskan Ersalina sebab itu cinta kau" Kata- kata hady menang tepat.

Pertemuannya dengan Ekin mengimbas kenangan lalu.

" Saya terkenang kisah kita. Saya berdosa pada awak".

" Kita sama-sama berdosa Mohonlah keampunan pada ALLAH" Bicara Ekin juga kedengaran pahit " Saya tak patut buat awak begitu. Musnahkan masa depan awak dan tak bertanggungjawab" "Maafkan saya Ekin. ampunkan saya " bicara Zain sebak . Rasa berdosa begitu menghempapnya.

Sepotong Ayat
" LELAKI yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang - orang yang beriman" ( Surah Al-Nur : 3)