Selasa, 30 April 2013

Pulanglah_Awie Rafael

Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Verse
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Chorus
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Aku dah bingung

Ulang Chorus

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Ulang Verse
Ulang Chorus 2X
Ulang Verse

Runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu

Ulang Chorus 2X



Isnin, 29 April 2013

Perak Vs Johor Darul Takzim 27.04.2013


Suasana tegang antara penyokong Perak dan Johor DT selepas perlawanan di Stadium TLDM, Lumut, malam kelmarin.
Tindakan penyokong serbu ke dalam padang jadi perhatian FAM

Kuala Lumpur: Kemenangan bergaya ke atas Johor Darul Takzim (DT) 3-0 di Stadium TLDM, Lumut malam kelmarin mungkin terpaksa dibayar dengan harga mahal oleh Perak gara-gara tindakan penyokong mereka menyerbu masuk ke dalam padang bagi meraikan gol bersama pemain import, Paolo Rangel. 
Ini kerana tindakan yang boleh mengancam keselamatan itu mungkin menyebabkan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dikenakan denda atau larangan beraksi di depan penyokong sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 
Kita sedang menuju era bola sepak profesional, jadi selain pengurusan liga, peminat juga perlu bersikap ke arah itu,” Datuk Taufek Abdul Razak, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak enggan mengulas kerana masih belum mendapat laporan insiden itu, sebaliknya menasihatkan penyokong jangan berterusan menghukum persatuan sendiri dengan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan kelab atau negeri didenda.

Menurutnya, FAM seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan persatuan negeri dengan denda atau larangan bermain di depan penyokong, tetapi jika berlaku insiden yang boleh mengancam keselamatan, badan induk itu terpaksa bertindak tegas.

“Kita sedang menuju era bola sepak profesional, jadi selain pengurusan liga, peminat juga perlu bersikap ke arah itu,” kata Taufek ketika dihubungi semalam.

“Sekarang ini masih ada beberapa lagi kes yang belum dibicarakan, dan semalam (kelmarin) saya diberitahu ada insiden lagi dalam saingan Liga Super (penyokong Perak menyerbu masuk padang),” katanya. 
Menurut Taufek antara kes yang belum dibicarakan ialah insiden pergaduhan antara pemain Selangor dan FELDA United di Stadium Shah Alam 13 April lalu serta perlawanan suku akhir Piala FA antara Sarawak dan Kelantan yang terhenti kira-kira 20 minit akibat gangguan penyokong di Stadium Negeri, Kuching. “Semua kes akan dibicarakan selepas Pilihan Raya Umum nanti.” 

Tanggung akibat

Sementara itu, Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin kesal dengan tindakan segelintir penyokong dan mengakui pihaknya kini perlu menanggung akibat dengan tindakan liar mereka itu.

“Kami tidak menjangka insiden itu akan berlaku kerana sebelum ini penyokong Perak tidak pernah bertindak liar. Kelab penyokong perlu mengawal tingkah laku mereka supaya tidak terlalu emosional. Saya faham perasaan penyokong yang terlalu gembira, namun atas alasan apapun mereka tidak sepatutnya menyerbu masuk ke dalam padang,” katanya.

Katanya, PAFA sudah mengambil langkah sewajarnya untuk mengadakan kawalan di sekeliling stadium semasa perlawanan itu tetapi tidak mampu menghalang tindakan penyokong.

“Kami kini hanya menunggu surat dari FAM mengenai insiden itu dan terpaksa akur dengan keputusan badan induk itu,” katanya.

Dalam kejadian itu, segelintir penyokong di penjuru kiri bertentangan dengan tempat duduk utama stadium melompat pagar paras pinggang dan menyerbu masuk ke dalam padang kerana terlalu teruja dengan jaringan kedua Rangel pada minit ke-66.

Sebelum itu, pemain import baru berkenaan turut meledak pada minit 12 dan 88.

Jumaat, 26 April 2013

Kisah Siti Musliha Dahulu dan Sekarang

Assalamualaikum...

Masih ingatkah dengan Siti Musliha yang pernah popular sekitar tahun 90-an dulu? Aku membesar dengan melihat beliau yang sering muncul di kaca TV3 dalam rancangan MHI kendalian Aziz Desa ketika itu. Namun, selepas kemunculannya yang menyentap perasaan orang ramai sekitar 1994 hingga 1996, Siti Musliha tiba-tiba ‘hilang’ tanpa sebarang khabar berita.

Tiba-tiba, tadi aku terpandang satu post di facebook yang memaparkan gambar terbaru Siti Musliha. Lantas, tergerak hati aku untuk berkongsi dengan kalian semua mengenai beliau bagi membangkitkan nostalgia mereka yang pernah mengenali beliau selama ini. Juga untuk tatapan anda yang masih belum lahir ketika itu yang tidak tahu menahu mengenai kisah Siti Musliha.


                                                    Siti Musliha ketika Kecil

Latar Belakang Hidup
Nama penuh beliau adalah Siti Musliha Mohd Mustafa. Dilahirkan pada 10 Januari 1983. Anak sulung kepada pasangan Mohd Mustafa Manap dan Rohani Atan ini dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Beliau mengalami kecacatan seluruh anggota badan. Dilaporkan bahawa semasa lahir, beliau tidak mempunyai batang hidung, dan salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening. Kedudukan mata beliau juga tidak normal.

Setelah 11 tahun mengharungi hidup yang perit, Siti Musliha mendapat perhatian dari Datin Seri Dr. Wan Azizah yang pada ketika itu menghadiri program sekolah penyayang di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara. Bermula saat itulah beliau mendapat perhatian dari seluruh masyarakat dan mula muncul di televisyen pada 1994.

Siti Musliha telah menjalani pembedahan re-construction pada kali pertama pada tahun 1984 di sebuah hospital di Adelaide, Australia. Pembedahan kali pertama ini telah memakan masa selama 10 jam. Pembedahan dilakukan untuk membentuk wajah Siti Musliha. Selain itu, doktor juga telah menjalankan pembedahan untuk memisahkan jari beliau yang bercantum.

Pada tahun 1988, Siti Musliha telah menjalani satu lagi pembedahan untuk membetulkan kedudukan mata beliau. Manakala pembedahan ketiga telah dijalankan pada awal Ogos 1994 untuk membetulkan kedudukan hidung beliau yang sebelum ini dibentuk pada pembedahan pertama. Kesemua pembedahan ini memakan belanja hampir 1 juta. Kos pembedahan tersebut adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin pada masa itu untuk membatu Siti Musliha.

Bidang Seni

Banjir air mata. Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan kesedihan sesiapa saja yang menyaksikan kanak-kanak istimewa, Siti Musliha muncul di televisyen menyanyikan lagu Hujan Air Mata pada 1995. Sekuat mana pun cuba menahan perasaan, hampir setiap orang menangis atau sekurang-kurangnya sebak dan tersentap perasaan saat mendengar kanak-kanak istimewa berwajah cacat itu menyanyikan lagu kisah dirinya itu.

Setiap kali klip video Siti Musliha menyanyikan lagu itu disiarkan di televisyen atau radio, ramai yang bersedia dengan sapu tangan buat pengesat air mata. Ia lagu daripada album Siti Musliha yang diterbitkan komposer Adnan Abu Hassan untuk mengutip dana bagi membiayai kos pembedahan muka kanak-kanak tersebut. Lagu itu juga layak hingga ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 1995. Selain pernah berlakon dalam sebuah drama yang dibintangi Zaidi Omar sebagai seorang ayah yang tidak dapat menerima anaknya yang cacat.

Kehidupan sekarang

Kini, usianya sudah mencecah 29 tahun. Siti Musliha masih seperti dulu, tetap petah, bercakap lemah-lembut dan tersusun kata-katanya. Ungkapannya sentiasa merendahkan diri. Siti Musliha juga sekarang ini terpaksa bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan tumbesaran yang dialaminya.

Ketika ditemuramah oleh akhbar Utusan pada tahun lepas, Siti Musliha baru saja pulang daripada menunaikan umrah. Menurutnya, beliau bukan menghilangkan diri. Tapi mendekati Illahi. Menariknya, beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian. Tetapi juga berkebolehan menghabiskan 30 juzuk ayat suci Al-Quran.
                                                   Gambar terbaru Siti Musliha

*Rujukan : Taufiq Helios , Just Khai , Utusan , Kosmo

Doa Siti Musliha di hadapan Kaabah :

    ” Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon kepada-Mu, pulihkan pancainderaku agar aku dapat melihat dengan jelas dan merasai kehebatan ciptaan-Mu di alam ini. Ya tuhanku, pelihara juga kesihatanku agar dapat aku terus beribadat kepada-Mu tanpa perasaan jemu”

Lirik Lagu Banjir Air Mata_Siti Muslihah

Mendung berarak
Dalam hidupku
Tak siapa tahu
Derita kalbu

Tiap jelmaan
Malam dan siang
Airmataku bagaikan hujan

* Usahlah diri ini dibezakan
Usahlah diri ini disisihkan
Kita semua
Di pentas dunia
Yang sama

** Ku sedar diri serba kekurangan
Meratap dan mencari perlindungan
Darimu insan
Ku gantung setinggi harapan

*** Pada mereka yang membantu
Redhakanlah aku
Setiap budi yang diberi
Ku bawa ke mati

**** Terima kasih
Padamu teman
Selamat tinggal
Aku ucapkan
Di malam sunyi
Yang memisahkan
Airmataku
Bagaikan hujan

Ulang * hingga ****

Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Amran Omar

Bekerja Tanpa Meninggalkan Tuntutan Agama

Setiap hari kita bertungkus lumus mencari rezeki bagi memenuhi keperluan hidup seharian. Ada yang bekerja bagi memenuhi keperluan asas. Ada yang bertungkus lumus bekerja untuk menikmati kesenangan dan kemewahan hidup.

Anda merupakan golongan yang mana? Sudah tentu anda tahu jawapannya. Dalam kesibukan mencari rezeki dan mengejar kemewahan, jangan kita alpa dan lalai dari mengingati-Nya, jangan kita lupa tuntutan yang lebih utama iaitu mengerjakan perintah agama dan mengejar kemewahan di akhirat kelak. Inilah tujuan utama manusia dihidupkan di muka bumi Allah SWT.  Berikut adalah beberapa tips untuk bekerja tanpa meninggalkan tuntutan agama:

1) Memasang niat yang baik

• Keluar mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga kerana Allah SWT. Hati akan menjadi tenang sepanjang waktu bekerja jika dimulai dengan niat yang baik dan semata-mata kerana-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-An'am ayat 162 yang bermaksud:

"Katakanlah Muhammad, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan seluruh alam."

• Sesungguhnya adalah menjadi rugi sekiranya kita keluar bekerja setiap hari mencari nafkah untuk isteri, anak-anak, dan keluarga  jika tidak berniat bekerja sebagai ibadah. Alangkah baiknya jia kita berniat keluar bekerja kerana Allah, kita pasti mendapat pahala sepanjang bekerja dan mendapat rezeki yang berkat.

2) Jujur dan amanah semasa bekerja
• Ini juga merangkumi penggunaan waktu bekerja. Kita hendaklah memaksimumkan waktu bekerja dengan sebaik-baiknya seperti mengelakkan diri kita keluar menikmati sarapan pagi dan makan tengahari yang terlalu lama. Bekerjalah dengan bersungguh-sungguh, jujur dan amanah agar kerja yang dilaksanakan selesai dan rezeki yang diterima diberkati.

• Bekerja dengan bersungguh-sungguh bermaksud melakukan kerja di tempat kerja sehabis baik. Orang yang gagal dalam melakukan kerja tidak akan berputus asa sekiranya ada kesungguhan semasa bekerja. Bekerjalah bersungguh-sungguh supaya kerja yang kita lakukan seharian akan memberi manfaat kepada orang lain. Orang yang baik adalah orang yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

3) Membasahkan lidah dengan zikir dan doa semasa bekerja
• Ketika kita sibuk bekerja, pastikan dalam masa yang sama hati dan lidah juga turut seiring berzikir kepada Allah SWT. Perkara tidaklah susah untuk dilakukan, cuma ia perlu sentiasa diamalkan dan dibiasakan agar ia menjadi sebati dalam tindakan kita. Di samping itu, kita juga dituntut mengamalkan Solat Sunat Dhuha untuk memohon keberkatan dari-Nya dan mohon dimurahkan rezeki yang halal lagi baik.

4) Tidak melengahkan solat fardhu
• Solat fardhu merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan merupakan tiang agama. Jika kita amati, terdapat sebilangan manusia yang terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sedar waktu solat berlalu begitu sahaja bahkan yang lebih teruk lagi langsung tidak menunaikan solat fardhu. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan ini. Sesungguhnya, kita tidak boleh menunggu waktu lapang tetapi kita yang perlu melapangkan waktu untuk menunaikan tuntutan solat fardhu. Ingatlah, dalam kesibukan kita menjalankan tanggungjawab terhadap kerja dan memenuhi kehendak majikan, jangan sesekali ingkar dan lalai akan perintah-Nya. Sesungguhnya, Allah SWT adalah majikan kepada seluruh manusia.

5) Menggunakan gaji atau upah ke jalan yang baik
• Kita hendaklah membelanjakan gaji atau upah yang diterima dengan sebaik mungkin. Manfaatkanlah gaji atau upah yang diterima dengan bijak untuk menyara diri dan keluarga, membantu ibu bapa, membayar zakat dan simpanan di masa memerlukan. Di samping pastikan diri kita tidak lupa peruntukkan sebahagiannya untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan dan ke jalan-jalan kebaikan. Sesungguhnya rezeki yang kita terima itu adalah milik Allah SWT dan Allah pasti akan memberikan ganjaran kepada setiap kebaikan yang kita lakukan, Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' ayat 132 yang bermaksud :

"Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi. Cukuplah Allah sebagai pemelihara."

Mudah-mudahan rezeki yang diterima akan menjadi halal lagi baik berkat usaha kita yang sentiasa bekerja tanpa meninggalkan tuntutan agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran di depannya, maka ubahlah dengan tangannya, dan jika tiada kemampuan ubahlah dengan lidahnya, dan jika tiada kemampuan, ubahlah dengan hati, dan inilah selemah-lemah iman."

Semoga artikel ini dapat mengingatkan diri penulis dan semua pembaca untuk memperbaiki diri kita semasa melakukan kerja tanpa meninggalkan tuntutan agama.

Rabu, 24 April 2013

Senarai Calon PRU 13 di Sarawak


Calon Parlimen Mas Gading (P192)


1) Anthony Nogeh Gumek (BN)
2) Datuk Dr. Tiki Lafe (Bebas)
3) Mordi Bimol (DAP)
4) Patrick Anek Uren (STAR)

Calon Parlimen Santubong (P193)

1) Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN)
2) Zulrusdi Hol (PKR)
3) Affendi Jeman (Bebas)
4) Mura Kadir (STAR)

Calon Parlimen Petra Jaya (P.194)

1. Datuk Fadillah Yusof (BN)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

Calon Parlimen Kuching (P.195)

1. Tan Kai (BN)
2. Chong Chieng Jen (DAP)

Calon Parlimen Stampin (P.196)

1. Datuk Yong Khoon Seng (BN)
2. Julian Tan Kok Ping (DAP)
3. Soo Lina (STAR)

Calon Parlimen Kota Samarahan (P197)

1) Rubiah Wang (BN)
2) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)

Calon Parlimen Mambong (P.198)

1) Dato Sri James Dawos Mamit (BN)
2) Dr Dripin Sakoi (STAR)
3) Wille Mongin (PKR)

Calon Parlimen Serian (P199)

1) Datuk Richard Riot Jaem (BN)
2) Johny Aput (STAR)
3) Edward Andrew Luwak (DAP)

Calon Parlimen Batang Sadong (P200)

1) Nancy Shukri (BN)
2) Dr Mohamad Jolhi (PAS)

Calon Parlimen Sri Aman (P.202)

1. Masir Kujat (BN)
2. Wilfred Landong (SWP)
3. Nicholas Mujah (PKR)

Calon Parlimen Lubok Antu (P203)

1) William @ Nyallau Badak (BN)
2) Larry Sng Wei Shien (SWP)
3) Nicholas Bawin (PKR)

Calon Parlimen Betong (P.204)

1. Dato Sri Douglas Uggah Embas (BN)
2. Cecilia Siti Una (PKR)

Calon Parlimen Saratok (P205)

1) Tan Sri William Mawan Ikom (BN)
2) Ali Biju (PKR)
3) Datuk Abg Rosli Abg Palei (Bebas)

Calon Tanjung Manis (P206)

1) Datuk Norah Abdul Rahman (BN)
2) Jurina Mut (PAS)

Calon Parlimen Igan (P.207)

1. Datuk Abdul Wahab Dolah (BN)
2. Ajiji Fauzan (PAS)

Calon Parlimen Sarikei (P.208)

1. Ding Kuong Hiing (BN)
2. Andrew Wong Ling Biu DAP)

Calon Parlimen Julau (P.209)

1. Datuk Joseph Salang Gandum (BN)
2. Dr Ambrose Labang Jamba (PAS)
3. Wong Judat (SWP)
4. Andy Wong Hong Yu (PKR)

Calon Parlimen Kanowit (P210)

1) Aaron Ago Dagang (BN)
2) Ellison Ludan Muyan (SWP)
3) Thomas Laja Besides (PKR)

Calon Parlimen Lanang (P.211)

1) Datuk Tiong Thai King (BN)
2) Alice Lau (DAP)

Calon Parlimen Sibu (P.212)

1) Vincent Lau Lee Ming (BN)
2) Oscar Ling Chai Yew (DAP)
3) Narawi Haron (Bebas)

Calon Parlimen Mukah (P.213)

1) Dato Sri Muhammad Leo Toyad (BN)
2) Hai Merawin (DAP)
3) Sylvester Ajah (Bebas)

Calon Parlimen Selangau (P214)

1) Datuk Joseph Entulu Belaun (BN)
2) Datuk Sng Chee Hua (SWP)
3) Joshua Jabeng (PKR)

Calon Parlimen Kapit (P.215)

1. Datuk Alexander Nanta Linggi (BN)
2. Ramli Malaka (DAP)

Calon Parlimen Hulu Rajang (P.216)

1. Wilson Ugak Kumbong (BN)
2. Abun Sui Anyie (PKR)
3. George Lagong (SWP)
4. Dr Elli Luhat (STAR)

Calon Parlimen Bintulu (P.217)

1. Datuk Seri Tiong King Sing (BN)
2. Dr John Brian Anthony (DAP)

Calon Parlimen Sibuti (P.218)

1. Ahmad Lai Bujang (BN)
2. Mohd Zais @ Robby Tandang (PAS)

Calon Parlimen Miri (P.219)

1) Dato Sebastian Ting (BN)
2) Dr. Michael Teo Yu Keng (PKR)
3) Chong Kon Fatt (Star)

Calon Parlimen Baram (P.220)

1) Anyie Ngau (BN)
2) Rolland Engan (PKR)
3) Patrick Sibat Ak Sujang (BEBAS)

Calon Parlimen Limbang (P.221)

1) Hasbi Habibollah (BN)
2) Baru Bian (PKR)

Calon Parlimen Lawas (P.222)

1) Datuk Henry Sum Agong (BN)
2) Dr Bob Baru Langub (DAP)
3) Ali Rahman Kamseh (STAR)
Note: will be update soon (time to time)

Sumber : chrisrossell

Kebesaran Allah


BAHAGIA...Muhammad Latif dan Salima menyambut kelahiran bayi perempuan mereka, Ulfat ke dunia.

REASI (Kashmir): Seorang bapa tanpa muka yang bimbang anaknya mewarisi keadaannya itu meraikan kelahiran bayinya dengan gembira selepas isterinya melahirkan anak perempuan yang sihat dan sempurna.
Mohammad Latif Khatana, 32, dan isteri, Salima, 25, meraikan setiap detik kelahiran bayi mereka dengan kesyukuran.

Ulfat yang bermaksud cinta dalam bahasa Urdu dilahirkan secara normal di daerah Reasi pada 10 November lalu dengan berat 2.14 kilogram.

Sebaik mendukung anaknya, Mohammad Latif segera memeriksa seluruh tubuh bayi itu, Namun, kedua-dua ibubapa itu gembira kerana mendapati anak mereka sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan. “Saya sangat bimbang dengan keadaan fizikal bayi saya. Apabila saya melihat dia cantik dan tiada sebarang kecacatan, saya rasa sangat lega. Dia mempunyai wajah yang cantik seperti bidadari,” katanya.

Mohammad Latif berkata, anak perempuannya memberikan kegembiraan dalam kehidupannya selepas bertahun-tahun menderita kerana kecacatan dialaminya.

Muhammad Latif menderita sakit kulit, Neurofibromatosis, yang menyebabkan lapisan daging berlebihan menutupi mukanya menjadikan dia seolah-olah tidak memiliki muka. “Saya ingin melupakan kisah lalu dalam hidup. Menjadi bapa adalah bab baru dalam kehidupan seorang lelaki dan saya menikmati setiap detik yang dilalui.
 
Saya kini sangat gembira dan lebih bimbang mengenai anak saya berbanding diri sendiri. Saya tidak kisah sangat dengan diri sendiri sekarang,” katanya. Apabila Salima mendapat tahu dia hamil, pasangan itu sukar melelapkan mata setiap malam kerana bimbang memikirkan jika bayi yang bakal lahir itu akan mewarisi keadaan bapanya.

Salima yang dilahirkan hanya dengan sebelah kaki berkahwin dengan Muhammad Latif pada Ogos 2008. - TS

Sumber : http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2012/12/kebesaran-allah-wajah-cantik-macam_13.html

FELDA ada helah perangkap Pahang

Aksi Kaironnisam (kiri) ketika FELDA United bertemu T-Team di Kuala Terengganu pada perlawanan Liga Super, Februari lalu.


Kuantan: Kapten FELDA United, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain mengakui peluang skuadnya untuk mencatat kemenangan ke atas Pahang sebagai 50-50 apabila bertandang ke Stadium Darulmakmur, Jumaat ini.

Bekas pemain pertahanan kebangsaan itu berkata, perubahan skuad kendalian Dollah Salleh terutama kemasukan dua pemain import baru antara faktor kekuatan lawannya itu.
Saya perhatikan pada pusingan kedua Liga Super menyaksikan Pahang memiliki kekuatan di semua bahagian terutama kehadiran Matias Conti dan Damion Stewart.

Sebab itu saya jangkakan perlawanan Jumaat ini sengit dan memerlukan semua pemain bekerja keras untuk menahan asakan tuan rumah tetapi pada masa sama perlu menjaringkan gol, katanya semalam.

Kemaskan segera jentera

Jika dilihat keputusan perlawanan minggu lalu, kedua-dua pasukan gagal meraih mata apabila FELDA United tewas 1-2 kepada Terengganu manakala Pahang tunduk 0-1 kepada Johor Darul Takzim (DT).

Kaironnisam mahu rakan sepasukan mengemaskan jentera pasukan menyekat Pahang yang diakui beraksi baik di hadapan penyokong sendiri.
Pahang memang memiliki kelebihan apabila beraksi di gelanggang mereka tetapi kami tidak akan membenarkan lawan meraih sebarang mata biarpun mereka ada pemain mantap.

Jika setiap pemain dapat mempamerkan aksi terbaik dan tidak melakukan kesilapan mudah, kejayaan akan memihak kepada FELDA United, katanya. 

Sumber : Berita Harian

Sukan Gol Adib buka pintu buat Selangor


Adib Aizuddin merai jaringan keduanya untuk Selangor ketika menentang East Bengal dalam saingan Piala AFCdi Stadium Shah Alam, malam tadi yang berkesudahan seri 2-2.
 
Shah Alam: Rembatan padu bek kiri, Adib Aizuddin Latif pada masa kecederaan menghasilkan gol penyamaan Selangor untuk mengikat East Bengal 2-2 di Stadium Shah Alam, malam tadi, sekali gus menghidupkan semula peluang Selangor untuk mara ke pusingan kedua kalah mati Piala AFC 2013.

Selepas lima perlawanan Kumpulan H, Selangor kekal di tangga ketiga dengan lima mata, di belakang East Bengal (11 mata) dan Sai Gon Xuan Thanh (8 mata). Tampines tercorot dengan dua mata.
Untuk layak, Selangor perlu menewaskan Tampines pada aksi terakhir di Stadium Jalan Besar, Selasa depan sambil mengharapkan East Bengal menewaskan Sai Gon di Kolkata.

Pada aksi malam tadi, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim hanya menurunkan barisan kedua tanpa Norazlan Razali, Nasriq Baharom, Francis Forkey Doe dan Afiq Azmi yang cedera manakala Amri Yahyah, Mahalli Jasuli, S Kunanlan, Solihin Kanasian dan S Veenod di bangku simpanan.

Adib penyelamat

East Bengal menggegar dulu apabila mendahului pada minit ke-22 menerusi rembatan Penn Orji dan pelawat terus selesa dengan gol kedua pada minit ke-53 menerusi rembatan Lalrindika Ralte yang gagal diselamatkan penjaga gol Selangor, Sharbinee Allawee Ramli.

Namun, East Bengal terpaksa beraksi 10 pemain pada minit ke-78 selepas penyerang gantian, Manandeep Singh yang baru empat minit dimasukkan melakukan terjahan keras terhadap Kunanlan dan tidak sampai seminit kemudian, Selangor berjaya merapatkan kedudukan 2-1 menerusi gol rembatan cantik Shukur Jusoh dari luar kotak penalti.
Usaha berterusan Selangor mencari gol penyamaan berhasil apabila sepakan percuma Amri pada masa kecederaan berjaya disudahkan menerusi rembatan kencang menarik Adib Aizuddin dari luar kotak penalti untuk mengikat kedudukan 2-2.

Red Warriors merah padam

Kuala Lumpur: Wakil negara, Kelantan menerima aib paling besar dalam sejarah penyertaan mereka di pertandingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila dibelasah Maziya S&RC dari Maldives 6-1 di Stadium Rasmee Dhandu, semalam.

Daripada keputusan memalukan itu, The Red Warriors perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan mampu dicapai pada aksi terakhir Kumpulan G menentang Ayeyawady United, Selasa depan kerana persaingan tiga pasukan bersama Maziya dan SHB-Da Nang (Vietnam) kembali terbuka untuk cuba merebut dua slot ke pusingan kedua.

Di awal permainan Bojan Hodak seperti tidak ada sebarang tekanan dengan mengambil keputusan merehatkan beberapa pemain utama namun faktor itu tidak pernah merencatkan kemampuan pasukan sebaliknya berjaya mendahului perlawanan seawal minit ke-7 menerusi Haris Safwan Mohd Kamal.

Beraksi 10 pemain

Ketika dilihat bijak mengatur serangan, The Red Warriors kembali tertekan apabila terpaksa beraksi 10 orang pemain selepas Zamri Ramli dilayangkan dua kad kuning dan kesempatan itu pantas disambar Rasheed Ahmed yang meletakkan kedudukan seimbang untuk menamatkan separuh masa pertama berakhir dengan 1-1.

Bagaimanapun, Maziya hanya memerlukan 11 minit untuk mendapatkan gol kedua hasil ledakan Abdulla Asadhulla sebelum Easa Ismail terus menghukum kealpaan Kelantan dengan jaringan ketiga pasukannya pada minit ke-76.

Ketinggalan 3-1 seakan mula melunturkan semangat melawan Kelantan sebaliknya ia memberi tenaga tambahan buat Maziya untuk menambah tiga lagi gol dalam tempoh enam minit menerusi Adhuham Hassan pada minit ke-82 dan m-84 serta Imran Ali (m-86).

Cardiff City ‘Sasar kekal lama di Liga Perdana’


Kuala Lumpur: Pemilik kelab Cardiff City yang bakal naik ke Liga Perdana musim depan, Tan Sri Vincent Tan (gambar) meletak sasaran awal kelab itu untuk kekal di liga paling elit itu lebih lama dan bersaing di kelompok pertengahan liga.

Beliau juga memberi jaminan akan terus menggunakan nama ‘Malaysia’ di jersi mereka.

“Ini bagi menunjukkan kepada negara dan dunia, saya rakyat Malaysia yang patriotik. Kami akan mengekalkan perkataan Malaysia pada jersi Liga Perdana kami.

“Saya sudah lakukan ini (mempromosi Malaysia) untuk beberapa tahun dan mungkin kali ini kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pelancongan akan turut serta sebagai penaja kami,” katanya.

Menurut Vincent, sasaran kini adalah bersaing dalam kelompok pertengahan EPL musim depan, mungkin kedudukan ke-13, 14 atau 15 dan mahu mencontohi satu lagi kelab Wales, Swansea City.

“Swansea melakukan tugas mereka dengan baik. Kami ibarat musuh setempat namun tetap menjadikan mereka sebagai contoh yang baik. “Namun untuk melakukannya, kami perlu dapatkan beberapa pemain yang bagus untuk memperkuat pasukan dan bersaing dengan pasukan ternama EPL.” Ketika ini, kelab masih mencari pemain terbaik dan semuanya bergantung kepada pengurus Malky Mackay, namun perbincangan akan tetap dilakukan dari sudut kewangan.

“Sebagai pemilik kelab, saya rasa mereka hendaklah sentiasa menyokong apa yang diingini pengurus pasukan,” katanya.

Beliau turut berharap Queens Park Rangers (QPR) tidak tersingkir daripada Liga Perdana bagi merealisasikan impian melihat dua kelab dimiliki rakyat Malaysia dalam EPL.

Selasa, 23 April 2013

Borneo Post : Salibasic Pamer Aksi Mantap


Menjadi arkitek dua jaringan Sarawak menerusi Joseph Kalang dan Bobby Gonzales

KUCHING: Lebih 10,000 penyokong dihiburkan dengan aksi lincah ‘ayam tambatan’ baharu Sarawak, Muamer Salibasic yang membantu Sarawak membenam Perlis dengan 2-0 pada saingan Liga Perdana 2013 di Stadium Negeri, di sini malam kelmarin (Sabtu).

Pemain kelahiran Bosnia itu menjadi arkitek kepada dua gol yang dijaringkan oleh Joseph Kalang Tie pada minit ke-12 dan Bobby Gonzales minit ke-37.

Sarawak menguji kubu Perlis seawal minit kelima menerusi Bobby, namun cubaan cantiknya ditampan oleh penjaga gol Perlis, Mohamed Zahid Mohamed.

Muame r mempamerkan belangnya pada minit ke-12 dengan mempe rdaya dua pertahanan Perlis untuk menyelinap masuk ke penjuru kiri sebelum melepaskan bola kepada Azizan Baba.

Penyerang dari Perak itu sempat melorong kepada Joseph untuk disudahkan dengan mudah bagi Sarawak mendahului 1-0 pada babak awal.

Kedudukan Sarawak semakin kukuh pada minit ke-37 setelah Bobby tidak mensia-siakan bola hantaran cantik Muamer dengan tandukan kemas menewaskan Zahid buat kali kedua.

Permainan pada babak kedua seimbang dengan Perlis lebih banyak menguasai perlawanan dalam usaha merapatkan jurang jaringan.

Namun, pada minit ke-68 Joseph mendapat peluang keemasan setelah permainan satu dua dengan Azizan berjaya memperdaya pertahanan Perlis.

Bagaimanapun, sepakannya sekadar menerjah penjaga gol lawan sebelum melantun keluar.

Kemasukan Junior Eldstal bagi menggantikan Muamer pada minit ke-87 tidak membawa sebarang perubahan hingga tamat perlawanan.

Ketua Jurulatih Sarawak , Robert Alberts mengakui kehadiran Muamer telah mengubah corak permainan pasukan Sarawak.

“Beliau (Muamer) telah menunjukkan kualiti sebenarnya pada malam ini dengan kawalan yang cantik dan banyak membantu mencipta peluang kepada rakanrakan sepasukan,” kata Alberts ditemui selepas perlawanan malam kelmarin.

“Ini dapat kita lihat menerusi dua gol yang bermula dari gerakan bijak Muamer. Saya Menjangkakan beliau akan menjadi pemain digeruni selepas ini,” tambah Alberts.

Keputusan kelmarin memastikan Sarawak melebarkan rekod tanpa kalah sekali gus kekal di tangga kedua dengan 31 mata di belakang pendahulu liga, Sime Darby FC dengan 33 mata.

Skuad Ngap Sayot akan meneruskan perjuangan mereka dengan menjadi tetamu Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Stadium UiTM, Shah Alam pada Jumaat depan (24 April).
 
Sumber : Borneo Post

Terima Kasih Cinta_Afghan

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Ouuwwww...
Ouuwwww...

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu


Isnin, 22 April 2013

Sejarah Ngap Sayot.




The Ngap Sayot era (1988-1990)The Ngap Sayot era witnessed the height of Sarawak's team spirit, robust play, wonderful games, effective strategies, truly Sarawakian and controversial. It is still remembered by older fans and players, and is regarde...
Tragedi di Shah Alam pada 12 Oktober lepas merupakan satu lagi episod kontroversi dalam saingan Piala Malaysia. Ia mengajar kita semua satu perkara, setaik mana pun bolasepak Malaysia tetapi bila tiba musim Piala Malaysia ia lebih dari sekadar soal hidup dan mati. Ia soal maruah negeri serta rakyat dan bolasepaknya. Hatta sehingga sekujur tubuh kaku yang diliputi bendera negeri.

Di sebalik itu semua, pada insiden tahun 1989. Walaupun tidak ada yang maut tetapi insiden yang berlaku pada masa itu hampir menghancurkan Persekutuan Malaysia. Pada hari itu Sarawak membawa semangat Ngap Sayot ke tahap yang tidak pernah terjangkau oleh mana-mana pasukan sehingga ke hari ini.

Ah, itulah namanya bolasepak!

Awang Mahyan Dan Ngap Sayot

Awang Mahyan Awang Mohamad. Individu yang pertama buat mengurus pasukan secara cekap dan jujur, yang kedua pula untuk melatih dan menampar mana-mana pemain yang kurang ajar. Atau suka kahwin dengan artis di Siam.

Belum pernah ada negeri dari Malaysia Timur (atau Borneo) yang menjuarai Piala Malaysia. Malahan layak ke perlawanan akhir juga tidak pernah hinggalah Sabah melakukannya pada tahun 1996. Tetapi ketika penghujung dasawarsa 1980-an Sarawak muncul sebagai sebuah pasukan bolasepak yang digeruni.

Individu di sebalik kebangkitan Sarawak ialah jurulatih bernama Awang Mahyan. Dilantik sebagai jurulatih pada 1988, Awang Mahyan adalah susuk yang bertanggungjawab memperkenalkan slogan keramat ‘Ngap Sayot’. Beliau merevolusikan pasukan bolasepak Sarawak dan terkenal sebagai jurulatih yang tegas dan berdisiplin. Sebaik memegang tugas, Awang Mahyan berikrar untuk terjun ke Sungai Rajang sekiranya Sarawak layak ke Piala Malaysia (zaman itu hendak layak ke Piala Malaysia bukan mudah, hanya 8 pasukan sahaja boleh layak)

Dalam musim pertama sebagai jurulatih, Awang Mahyan berjaya memimpin Sarawak ke separuh akhir Piala Malaysia. Mereka disekat oleh Kedah, tetapi tidak sebelum kontroversi pertama apabila 30,000 penyokong Sarawak memenuhi Stadium Negeri yang berkapasiti hanya 17,000 hingga penonton melimpah masuk ke padang ketika perlawanan separuh akhir kedua. Dan Awang Mahyan pula dengan selamba rock masuk ke tengah padang ketika perlawanan berlangsung untuk bertekak dengan pengadil yang dikatakan berat sebelah. Perlawanan dibatalkan, Sarawak dan Kedah dipaksa bermain di Stadium Nasional, Singapura kemudiannya.

Seperkara yang perlu kita semua ketahui (khusus buat mereka di Semenanjung) hubungan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak sentiasa berada di atas garis yang sensitif. Dalam dasawarsa 1980-an khususnya, ada banyak isu nasional yang menjadi pertikaian antara kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur dengan Sarawak. Dari hal kuasa politik hinggalah sukan. Malahan pada tahun 1988 itu sudah hampir sepuluh tahun lamanya sejak kali terakhir anak Sarawak dipilih bermain untuk skuad bolasepak Malaysia (James Yaacob melakukannya buat kali terakhir hinggalah Abu Bakar Amran terpilih pada 1989).


1989, Tahun Baru Dan Semangat Baru

FAM pantas bertindak menghukum Awang Mahyan atas perbuatan beliau ketika Piala Malaysia 1988 dan mengenakan penggantungan jurulatih selama setahun berkuatkuasa pada 7 Januari 1989. Pun begitu, Sarawak FA bertindak menggunakan ‘technical loophole’ yang ada dan melantik Awang Mahyan sebagai ‘pengarah latihan’, sekaligus mengekalkan khidmatnya kepada Sarawak tetapi tidak boleh terlibat secara langsung dengan perlawanan di bawah FAM, baik liga atau Piala Malaysia.

Tahun 1989 sebenarnya menandakan era baru bolasepak Malaysia. FAM mengisytiharkan musim bolasepak 1989 sebagai permulaan era semi-pro, era separa profesional di mana pemain terdiri dari profesional yang bermain sepenuh masa dan amatur yang bermain secara sambilan, serta penggunaan pemain import buat mana-mana pasukan yang berminat.

Tanggal 15 April 1989, hari yang sama berlakunya Tragedi Hillsborough yang mengorbankan 96 penyokong kelab bawahan Liverpool, FAM pula mengumumkan jadual Liga Semi-Pro musim pertama, terbahagi kepada 2 divisyen dengan sepak mula 30 Jun buat Divisyen 2 dan 3 Julai buat Divisyen 1. Sarawak bermain dalam Divisyen 1 bersama Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Singapura, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Sebulan setengah sebelum bermulanya musim bolasepak 1989, hulubalang FAM berhimpun di Teluk Cempedak dalam mesyuarat tahunan mereka dan membuat beberapa keputusan di luar dugaan. Yang paling sensasi, penggantungan setahun ke atas Awang Mahyan dipendekkan kepada hanya 6 bulan. Ini bermaknan selepas 30 Jun Awang Mahyan boleh kembali melatih Sarawak dan terlibat secara langsung dalam perlawanan pertama mereka pada 5 Julai menentang Kuala Lumpur.

Sarawak 2 – Kuala Lumpur 3

Gendang perang berbunyi. Lawan pertama Sarawak ialah Kuala Lumpur, juara liga dan juga Piala Malaysia 1988 dengan dibimbing oleh jurulatih tersohor Chow Kwai Lam. Siang sebelumnya akhbar Sarawak mencetak muka depan dengan perkataan DESTROY! sebagai provokasi ke atas Kuala Lumpur.

Sarawak sebelumnya menyertai kejohanan pra musim di Kota Bharu, dalam kejohanan empat penjuru menentang Kelantan, Kedah dan Terengganu. Sarawak tumpas kesemua perlawanan dan sedikit sebanyak ia menggusarkan peminat Ngap Sayot.

Tetapi Awang Mahyan, rambut panjang melepasi bahu dan tattoo burung helang di lengan kiri tenang menjawab, “Kami sedikit risau dengan prestasi pasukan dalam kejohanan pra musim. Tetapi para pemain memberi jaminan keadaan akan berubah sebaik liga bermula. Mereka telah berjanji dan saya tidak meragu janji mereka”. Begitulah kata Awang Mahyan dengan tenang, kerana dia tahu jika pemain Sarawak memungkiri janji, penampar akan singgah di pipi mereka semua.

Chow Kwai Lam, walau mempunyai Rashid Hassan, Serbegeth Singh, Razip Ismail, Malek Awab, Mat Zan Mat Aris, Ramlan Askolani, Subadron Aziz dan Lim Teong Kim sedar bahaya yang menanti mereka. “Dengan Sarawak, ianya soal bermain menentang pasukan bersemangat dan satu susuk kultus yang merasuk pemainnya kepada kesetiaan ‘kill-or-be-killed’ untuk negeri”.

Susuk kultus itu ialah Awang Mahyan.

“Secara jujur, saya lebih rela berdepan dengan pasukan yang taktikal dari yang bersemangat,” tambah Chow Kwai Lam.

Kedua-dua pasukan berentap malam itu di Stadium Negeri yang telah diubahsuai untuk menempatkan 40,000 penonton. Laporan media mengatakan yang hadir lebih dari 40,000, dengan slogan Ngap Sayot dan Agi Idup Agi Ngelaban memenuhi setiap teres stadium. Malangnya, Sarawak tewas.

Kelantan 0 – Sarawak 1

Sehari sebelum perlawanan negara dikejutkan dengan pendedahan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad tentang rancangan sulit untuk membunuh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Ia membuktikan betapa gentingnya situasi di Sarawak ketika itu, tetapi Awang Mahyan dan skuad Ngap Sayot tetap fokus kepada bolasepak.

Mereka bertandang ke Stadium Sultan Mohamed IV berdepan dengan Kelantan yang telah membelasah Sarawak 4-1 ketika perlawanan pra musim. Sejumlah 15,000 gedebe Kelate meraikan kunjungan Ngap Sayot.

Kelantan dilihat sebagai pilihan utama, apa lagi dengan Hashim Mustapha mengepalai jentera serangan. Tetapi perlawanan terus terikat 0-0, hinggalah pada minit ke-86 apabila Jalil Ramli memecah kebuntuan malam tersebut.

Sarawak memperolehi 3 mata pertama mereka, sementara Kelantan diejek penyokong sendiri.

Pulau Pinang 3 – Sarawak 0

Jika Sarawak ada Ngap Sayot, Pulau Pinang memiliki apa yang dipanggil jurulatih mereka Azmi Othman sebagai Flexi-4. Apa yang dimaksudkan dengan Flexi-4 berada di luar jangkauan pengetahuan bolasepak para pengulas Sokernet yang agak terhad.

Apa yang pasti di jentera serangan Pulau Pinang ketika itu ialah seorang pemain bernama Adnan Ibrahim, digembar-gemburkan sebagai John Aldridge Malaysia. Awang Mahyan pantas memberi reaksi “Flexi-4 tidak membawa sebarang makna di sebalik namanya yang hebat”.

Namun, Pulau Pinang muncul pemenang dan kembali meletakkan Sarawak berpijak di bumi nyata. Azmi Othman tanpa berlengah memulang paku buah keras gaya anak mami kepada Awang Mahyan, “ambik hang ubat!”.

Sarawak ketika ini terperosok di tangga ke-5 Divisyen 1, di belakang Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang dan Kedah. Hanya 3 mata dari 3 perlawanan.

Sarawak 0 – Kedah 0

Perlawanan berikutnya tanggal 16 Julai ialah menentang seteru lama Kedah, yang menewaskan Sarawak ketika separuh akhir Piala Malaysia 1988.

Skuad Ngap Sayot dan penyokong setia mereka masih berdendam pada insiden tahun lepas di Kuching yang menyaksikan perlawanan dibatalkan kerana penonton melimpah ke tepi padang dan Awang Mahyan masuk ke tengah padang. Sarawak tewas dalam perlawanan ulangan yang diadakan di Singapura, tetapi rata-rata rakyat Sarawak percaya mereka pasti sudah menundukkan Kedah jika ia dilangsungkan di Kuching.

Sebelum perlawanan, 30,000 penonton disajikan dengan persembahan pantomim matador dan seekor lembu. Seperti diduga, lembu tersebut merupakan simbol pasukan Kedah sedang Sarawak memainkan peranan matador. Dan di akhirnya matador membunuh lembu tersebut disambut tepukan gemuruh penyokong Sarawak.

Kedah bermain tanpa V Sundramoorthy, tetapi masih mempunyai khidmat import Rincic Bratislav dan ‘midfield general’ Radhi Mat Din yang membekalkan amunisi kepada Hussin Jaafar. Berdepan dengan lawan yang lebih hebat dari segi skil dan taktik, Sarawak bertahan dan banyak bermain kasar.

Setelah 45 minit dan 12 kekasaran, pengadil meniup wisel untuk rehat.

Separuh masa kedua bermula dan peminat Sarawak cuba mebangkitkan semangat pemain mereka dengan semboyan perang Ngap Sayot. Tetapi sekali lagi Kedah menguasai permainan. Kali ini Norazam Ishak dan Naina Mohd Ismail bijak merencana serangan tetapi Sarawak perlu berterima kasih kepada Affendi Jol yang cemerlang di gawang.

Perlawanan berkesudahan seri dan Sarawak jatuh lagi ke tangga ke-6 Divisyen 1. Namun, sokongan peminat masih tetap padu kepada Awang Mahyan dan skuad Ngap Sayot.

Sarawak 2 – Singapura 1

4 perlawanan, 1 menang, 1 seri dan 2 kalah bukan apa yang Awang Mahyan harapkan dari anak buahnya. Ngap Sayot mempunyai semangat luar biasa tetapi ianya dalam bidang taktikal mereka kelihatan serba kekurangan.

Tanggal 23 Julai menyaksikan kunjungan Singapura ke Kuching. Juara Piala Malaysia 23 kali ini merupakan antara pasukan pilihan musim 1989. Sebelum perlawanan dengan bongkak Singapura mendakwa Sarawak tidak mempunyai sebarang kemahiran dan hanya mengharap kepada corak permainan kasar.

Dan itulah yang terbukti seawal minit ke-30, bila D Tokijan membuka akaun untuk Singapura mendahului dengan satu gol. Ramai yang menjangka ketika itu lebih banyak gol bakal terhasil dari skuad Singa kerana buat kali pertamanya malam tersebut, Sarawak bermain bolasepak dengan disiplin dan tanpa sebarang terjahan keras. Khabar angin mengatakan permainan Sarawak agak lembut malam itu kerana kehadiran Pengerusi Majlis Pengadil FAM, Tan Sri Jeneral (B) Zain Hashim.

Tetapi di separuh masa kedua permainan taktikal Sarawak mula membuahkan hasil. Burhaniza Abu Bakar merobek gawang Singapura pada minit ke-65 dan 11 minit berselang Mohd Ali Shafie memastikan 3 mata penuh buat Sarawak. Tetapi ketika ramai menyangka Sarawak telah berlembut, penjaga gol Affendi Jol membuktikan semangat Ngap Sayot masih hidup dengan menendang pemain Singapura setelah mereka berlaga pada minit ke-80.

Jurulatih Singapura, Jita Singh memuji Sarawak usai perlawanan, “Saya agak terkejut dengan permainan mereka. Mereka bermain baik dan layak untuk menang. Saya harap kita dapat melihat lebih sisi Sarawak yang begini”.

"Sarawak berjaya menjulang Piala Perdana1997"

Namun pujian tersebut tidak diterima baik oleh Awang Mahyan. “Maksud kamu selama ini kami tidak bermain bolasepak sebenar? Baiklah. Selepas ini kami akan bermain lebih taktikal dan pastinya lebih sukar untuk dikalahkan!”

Ah, semangat Ngap Sayot. Sarawak kini melompat kembali ke tangga ke-5 dengan 7 mata.

Sarawak 0 – Selangor 0

Pembantu jurulatih Selangor, Khaidir Buyong terbang ke Kuching pada malam 23 Julai ketika Sarawak bertemu Singapura untuk mengintip kekuatan Ngap Sayot. Laporannya kepada jurulatih Stevan Bena, Sarawak bukan lawan yang mudah bila bermain di Kuching.

Sejumlah 35,000 penonton memenuhi Stadium Negeri pada 30 Julai untuk menyaksikan Sarawak bertemu Selangor. Perlawanan dijangka sengit, dengan Selangor yang terperosok di dasar liga memerlukan kemenangan sementara Sarawak dijangka mengekalkan momentum selepas kemenangan ke atas Sarawak.

Tetapi kedua-dua pasukan nampak pasif. Hanya di penghujung permainan Sarawak bangkit untuk mengkucar-kacirkan permainan Selangor tetapi Zainal Abidin Hassan cemerlang memastikan benteng Selangor terus kukuh untuk mereka berkongsi mata.

Bulan Ogos Bulan Sukan SEA

30 Julai adalah hari terakhir Liga Semi-Pro sebelum ianya berehat sebulan untuk memberi laluan kepada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur. Malaysia menang emas acara bolasepak dan Dr Mahathir memberi cuti satu hari.

Di seberang Laut China Selatan, Awang Mahyan dan anak buah Ngap Sayot mengisi waktu rehat ini dengan mengembara ke pelosok Sarawak. Wartawan New Straits Times, Fauzi Omar adalah antara mereka yang bertuah untuk dapat turut serta.

Diceritakan ketika di Sibu, Awang Mahyan telah didatangi seorang anak kecil berusia 4 tahun bersama neneknya. Anak kecil itu mahu mendengar cerita. Cerita tentang pasukan Sarawak, tentang Ngap Sayot. Awang Mahyan pun bercerita.

Selang beberapa ketika si nenek memberitahu kepada cucunya masa sudah tiba untuk beredar. Anak kecil itu menangis. Dia masih belum puas. Masih mahu mendengar lebih cerita tentang Ngap Sayot. Awang Mahyan tersentuh dan bercerita lagi. Hanya selepas 2 jam berlalu, barulah si anak kecil itu berpuas hati.

Sarawak ketika itu bermandikan semangat Ngap Sayot. Toman Mamora, pengerusi kelab penyokong berkata, “Kami melihat Ngap Sayot sebagai kuasa penyatuan rakyat Sarawak”.
https://www.facebook.com/sarawakfootballteam
Bersama Awang Mahyan, Toman Mamora pergi ke kampung-kampung. Di Kampung Buntal dan Kampung Santubong, mereka mengedarkan skaf Ngap Sayot, menjual tiket dan berucap dengan pembesar suara mengajak orang kampung turun ke stadium.

Dalam satu perjalanan ke Serian melibatkan konvoi 20 kenderaan, mereka membawa bersama peti televisyen dan pemain kaset video. Di sana rakaman perlawanan menentang Kuala Lumpur ditayangkan kepada penduduk kampung. Dalam satu lawatan ke Bau, mereka disambut pula oleh 500 pelajar sekolah, yang kemudiannya diajar bagaimana membuat tepukan dan menyanyikan lagu Ngap Sayot.

Sarawak FA tidak memberi peruntukan yang banyak buat misi Awang Mahyan dan Toman Mamora menjelajah Sarawak. Sumbangan derma diterima dari pihak swasta seperti Petronas, Oriental Bank, Fuji Film dan Sanyo. Tetapi sumber utama mereka ialah jualan baju, skaf, topi dan stiker.

Toman Mamora mempunyai satu mesej yang jelas. “Bukan sahaja pasukan yang perlu menjadi profesional. Sokongan dari peminat juga perlu profesional. Jika tidak bolasepak di sini tidak akan berjaya sebagai satu industri.”

Dan itulah mesej Ngap Sayot yang jelas buat kita semua, khususnya peminat Selangor dan Kelantan.


Sumber : Penyokong Ngap Sayot

Tanah Air Yang Dirahmati

Lima puluh lima tahun telah berlalu sejak Merdeka, Malaysia kini boleh berbangga dengan pencapaian kemajuannya. Malaysia telah berubah daripada ekonomi yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan pembuatan dan kini beralih kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Pendekatan "Pertumbuhan yang saksama" telah dapat memastikan hasil pembangunan diagihkan secara adil kepada semua rakyat..

Perpaduan sentaias menjadi matlamat utama pembangunan negara. Kerangka pembangunan telah digubal melalui dua Rancangan Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) dan sembilan Rancangan Malaysia. Pada masa ini, Malaysia sedang melaksanakan Rancangan Malaysia ke-10, 2011 - 2015.

Malaysia bermula dengan tahap pembangunan yang rendah. Pada era 1950an dan 1960an, kita bergantung terutamanya kepada perlombongan dan komoditi pertanian untuk memacu ekonomi negara. Sejak itu, kita sedar bahawa untuk mencapai kemajuan lebih pesat, kita perlu beralih kepada perindustrian, dan bermula dengan industri pembuatan ringan. Kita telah membangunkan keupayaan melalui pelaburan dalam infrastruktur termasuk jalan raya, elektrik dan bekalan air. Meningkatkan penjagaan kesihatan dan pembagunan modal insan telah diberi keutamaan.


Pada tahun 1971, Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan dengan matlamat serampang dua mata, iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat. Dasar ini telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dengan amat ketara, iaitu daripada separuh isi rumah rakyat Malaysia berada dalam keadaan kemiskinan pada tahun 1970 kepada kurang lima peratus pada masa kini.

Pembentukan asas perindustrian dan pertanian moden telah dilaksanakan dalam dekad ini. Pelabuaran langsung asing telah merancakan pembagunan perindustrian (Terutamanya industri elektrik dan elektronik), dan FELDA melaksanakan pembangunan tanah. Kedua-dua elemen ini telah menjana peluang ekonomi yang dapat meningkatkan mobiliti sosial. Ases yang lebih luas daripada pendidikan telah disediakan bagi memenuhi pertambahan keperluan modal insan negara serta membasmi kemiskinan.

Pada era 1980an, sumbangan sektor pembuatan kepada keluaran dalam negeri kasar telah mengatasi sektor pertanian. Industri berat telah bermula. Kelapa sawit menjadi komoditi pertanian utama. Sektor swasta menjadi rakan kongsi dalam pembangunan melalui program penswastaan init elah mempercepatkan pembangunan negara.

Pada tahun 1991, Wawasan 2020 telah diperkenalkan sebagai hala tuju Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Koridor raya multimedia dan infrastruktur sokongan teknologi komunikasi dan maklumat telah mengalakkan kemunculan ekonomi berasaskan pengetahuan. Sains dan teknologi serta penyelidikan dan pembagunan telah diberi penekanan yang besar untuk memperkukuh sistem inovasi negara. Sektor pendidilan telah diliberalisasikan bagi memenuhi keperluan modal insan yang kian meningkat. Pendekatan unik yang dilaksanakan oleh Malaysia dalam menagani krisis kewangan Asia 1998 telah mengukuhkan lagi sektor kewangan dan membolehkan Malaysia mengharungi cabaran pada masa hadapan dnegan lebih yakin

Cabaran dan peluang pada masa hadapan adalah berbeza. Untuk menjadi Negara berpendapatan tinggi yang merangkumi aspek keterangkuman dan kemampanan, pembangunan perlu dipacu oleh produktiviti dan inovasi. Modal insane yang berkemahiran dan berpengetahuan akan menjadi pengerak utama pertumbuhan. Pembangunan yang dilaksanakan mestilah bersifat mesra rakyat, iaitu menumpukan kepada meningkatkan pendapatan per kapita dan kemakmuran rakyat. Kebahagiaan rakyat menjadi matlamat paling utama pembagunan Negara

Sarawak Vs Pelis 20.04.2013

Encang Sarawak Encang!

Selepas kekalahan menentang Kelantan 16 April lalu, Sarawak menjadikan Perlis sebagai 'mangsa' untuk membalas dendam dihalaman sendiri, walaupun daripada dua liga berbeza. Kehadiran ribuan penyokong "Ngap Sayot" memeriahkan lagi suasana, namun agak berbeza sedikit apabila keadaan agak tenang berbanding keadaan ketika menentang Kelantan 16 April lalu, mungkin disebabkan pengadil yang adil lagi saksama.



Rentak permainan Salibasic memukau peminat.. Ada yang mengatakan permainannya seperti Messi..

Penampilan sulung Salibasic yang merupakan pemain import Sarawak kelahiran Bosnia sabtu lalu ternyata memukau peminat bola sepak "Ngap Sayot'' apabila mempamerkan aksi-aksi menarik lantas memberikan kemenagan kepada pasukan "Ngap Sayot". Gol pertama hasil hantaran lintang daripada beliau menghasilkan gol yang disambut baik oleh Boby Gonzales. 

 Aksi Joseph Kalang Tie... menjaringkan gol ke-2 untuk "Ngap Sayot" pada malam itu.

Joseph Kalang Tie menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua, disaat kekecohan di depan pintu gol pelawat. Joseph Kalang Tie, pernah mewakili Malaysia, No.11 Striker yang paling diminati peminat bola sepak "Ngap Sayot".

Penjaga gol Perlis terus diasak, menyebabkan beliau mengalami sedikit kecederaan.

Separuh masa kedua, Perlis mengandakan asakan namun tidak mampu untuk memecah kubu tuan rumah. Keputusan berakhir dengan 2 - 0. "Ngap Sayot" menang lagi!


Ramai pemain Perlis mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut, memaksa pertukaran pemain ketahap maksimum oleh pihak pengurusan Perlis.

Jumaat, 19 April 2013

Panduan Menangani Marah

Marah adalah emosi manusia yang normal dan sihat tapi apabila tidak dapat dikawal, emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian sehingga menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang.


Rasa marah ini disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Biasanya ketika marah, tekanan darah dan kadar denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga adrenalin dan noradrenalin juga turut akan meningkat. Oleh hal yang demikian jika anda ingin hidup gembira dan sihat, kawal kemarahan anda dengan sebaiknya. Ambil masa dan kawal diri dengan sebaik mungkin. Terdapat pelbagai cara bagi menangani marah, antaranya adalah seperti berikut:

1. BERTENANG

Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda. Ambil nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda, bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati', ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.

2. SUSUN SEMULA PEMIKIRAN

Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali marah, tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda "ia sungguh mengecewakan", "ia memang teruk", atau "saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal". Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda.

3. SELESAIKAN MASALAH

Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya, selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.

4. KOMUNIKASI YANG BAIK

Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat. Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa. Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.

5. BERTUKAR ANGIN

Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah. Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.

6. MARAHLAH SECARA SIHAT

Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan perasaan anda pada individu yang paling anda percayai contohnya seperti kaunselor.

7. BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK

Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian bersama insan tersayang. Jika keadaan tidak mengizinkan, biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang membuatkan anda seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

8. GUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL

Tumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokuskan pada cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat amat nyaman dan menenangkan perasaan.

9. MENGUCAPKAN TA'AWUZ

Iaitu membaca : "A'uzu billahi minassyaithanirrajim."

Sesungguhnya marah itu daripada syaitan (jalan masuk hasutan syaitan kepada diri manusia). Maka berlindunglah dengan Allah dari kejahatannya.

10. LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH

Hendaklah duduk jika sedang berdiri, berbaringlah jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dengan melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang). Sabda Rasul s.a.w. : 

"Sesungguhnya syaitan itu daripada api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang)." (Hadis Riwayat Abu Daud.)

"Sesiapa yang menahan marah, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dengan keamanan dan keimanan." (Hadis Riwayat Abu Daud)