Disaat pasukan mengalami kekalahan yang berturut-turut tanpa kemenangan, timbul suara dari penyokong Sarawak untuk menggugurkan Ketua Jurulatih Sarawak FA, Robert Albert. Percaturan pelik yang diketengahkan oleh Robert dalam beberapa siri perlawanan sejak kebelakangan ini, mungkin diragui oleh ramai peminat tegar bola sepak tempatan. Namun harus diingat, percaturan Robert Albert dalam merancang formasi sesuatu perlawanan mungkin ada sebab tersendiri yang tidak tercapai oleh 'minda' seorang penyokong. Walaubagaimanapun keputusan perlawanan, hanya barisan jurulatih sahaja yang mengetahui segalanya. Ada kemungkinan tahap kecergasan pemain diambil kira, dan adakalanya prestasi semasa latihan diambil kira sebelum menurunkan skuad utama dalam sesuatau perlawanan.
Daripada sumber yang boleh dipercayai, Robert Albert ingin meninggalakn Sarawak FA, tetapi Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) enggan melepaskan beliau.
Daripada sumber yang boleh dipercayai, Robert Albert ingin meninggalakn Sarawak FA, tetapi Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) enggan melepaskan beliau.
Selain itu, pemilihan pemain import juga turut dipersoal sejak bermulanya musim 2014 lagi. Ada sumber yang mengatakan bahawa, pemilihan pemain import seperti Hassan_30, yang dilakukan tanpa sebarang trial dan hanya melalui tontonan di youtube sahaja. Jika benar maklumat ini, tidak hairanlah prestasi pemain import seperti yang ada tidak mencapai tahap sebagai seorang 'pemain import' yang sepatutnya. Begitu juga yang berlaku dengan pemilihan Alireza_20.
Dalam pada itu, pengguguran Bobby Gonzales juga turut dipersoal oleh ramai penyokong setia ngap sayot. Bobby Gonzales pada musim 2013, telah banyak membantu Sarawak FA mencipta kejayaan yang sangat bermakna. Namun, sumber mengatakan pengguguran BG_9 dari skuad ngap sayot disebabkan, FAS enggan menaikkan gaji BG_9. Seharusnya isu gaji bukan lagi isu utama yang harus dijadikan persoalan utama oleh pihak pengurusan FAS, kerana peningkatan kehadiran penyokong ke Stadium sejak 2013 sangat-sangat menggalakkan. Apakah FAS ada agenda tersembunyi yang tersendiri? Dengan ketiadaan BG_9 dalam Skuad Ngap Sayot, memberikan kesan yang sangat-sangat dapat dirasai ditambah lagi dengan kecederaan tonggak utama, Muamer Salibasic yang mengalami kecederaan berpanjangan. Apakah mungkin, PDRM FC mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar gaji BG_9? Sedangkan, kalau dilihat Sarawak FA memiliki sumber kewangan yang lebih baik dengan adanya penyokong yang sentiasa memenuhi stadium setiap kali perlawanan diadakan.
Ketiadaan, Guy Bwele juga turut dirasai sepanjang musim 2014 ini kerana tiada pengganti yang sehebat beliau. Ternyata Sarawak FA kehilangan seorang pemain yang boleh beraksi dimana-mana posisi dan tahan lasak. Pernah mendapat gelaran mesin goal dan kereta kebal Ngap Sayot. Boleh dikatakan kekuatan beliau umpama dua kali kekuatan yang ada Junior Estadel sekarang ini.
Dalam saingan Liga Super 2014, pasukan kesayangan kita pernah dipandang rendah oleh pasukan lawan. Ramalan kalah 8 - 0 di Stadium Negeri dalam perlawanan terakhir keatas pasukan 'terkaya' di Malaysia oleh 'pakar ramalan Malaysia' merupakan ramalan yang tidak masuk akal kerana Skuad Ngap Sayot bukan pasukan belasahan, dan terbukti pada perlawanan tersebut kita mampu menjinakkan pasukan berstatus bintang dengan kemenangan tipis 1- 0. Walaupun ramalan 8 - 0 itu menyakiti perasaan penyokong tegar Sarawak FA, namun ianya tidak menghalang penyokong di kedua-dua pihak untuk menjalinkan hubungan silaturahim yang erat di Stadium Negeri dan perlawanan berakhir dengan keadaan aman walaupun perlawanan terakhir Liga Super 2014. Penyokong tidak akan bertindak agresif, jika tidak ada sentimen perkauman dilemparkan.
Dalam saingan Piala Malaysia 2014, ramai penyokong meramalkan bahawa Sarawak FA tidak mampu ke final, malah untuk melepasi peringkat kumpulan merupakan satu keajaipan buat Sarawak FA. Ini kerana, ketiadaan tonggak utama, Muamer Salibasic yang dibelengu kecederaan berpanjagan sejak bermulanya musim 2014 lagi. Ditambah pula dengan keadaan kecederaan dan prestasi yang tidak memberangsangkan beberapa lagi pemain import. Ternyata, ramalan itu benar-benar belaka.
Saingan Piala Malaysia 2014, diakhiri dengan kejadian rusuhan di Stadium Negeri oleh ribuan penyokong. Keadaan ini berlaku disebabkan sentimen perkauman yang dimeparkan oleh penyokong dan kakitangan PAFA ketika Sarawak FA berkunjung di Ipoh 20 Ogos yang lalu. Dalam kejadian di Ipoh, beberapa penyokong Ngap Sayot di pukul oleh Penyokong Perak dan video ramakan kejadian menjadi hangat di laman sosial. Laporan polis telah dibuat oleh mangsa kejadian, namun sehingga sekarang tiada tindakan diambil oleh mana-mana pihak berwajib. Rusuhan paling buruk sepanjang arean bola sepak Malaysia itu memusnahkan 6 buah kereta Polis dan sebuah terbakar teruk. Apa-apa pun, kejadian rusuhan ini berlaku berpunca daripada sikap rasis penyokong perak dan pentadbiran Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
Diperlawanan terakhir Piala Malaysia 2014, Sarawak berada dikedudukan ke-4 dalam kumpulan B dan sekadar seri 0 - 0 keatas Terengganu, lantas memberikan laluan kepada Terengganu untuk ke suku akhir Piala Malaysia.
Dengan keadaan pasukan kita dianggap pasukan Underdog oleh sesetengah pihak dan seringkali diperkecilkan kehebatannya oleh pasukan lawan dan 'pakar-pakar ramalan di Malaysia', Skuad Ngap Sayot tetap menjadi pujaan ramai peminat bola sepak tempatan, walaupun seringkali kecundang diatas padang, namun kemenangan sebenar adalah kepuasan menyokong pasukan kebangaan yang membawa nama kebanggaan ramai SARAWAK.
Arena bola sepak Sarawak, dilihat bukan sahaja sekadar Bola Sepak semata-mata. Malah ianya merupakan medium untuk mengeratkan silaturahim dan tali persaudaraan dikalangan rakyat negeri Sarawak yang pelbagai kaum, bangsa dan agama.
Hubungan baik juga terjalin antara penyokong Sarawak dengan penyokong pasukan pelawat yang bertandang ke Stadium Negeri setiap kali perlawanan diadakan. Hanya segelintir penyokong pasukan lawan yang memberi layanan buruk di gelanggang sendiri menerima padah apabila berkunjung ke Stadium Negeri (mun paham bisa).
Dengan taraf pengadil kelas E, yang disediakan oleh FAM ternayata Liga Bola Sepak Malaysia tidak akan dapat melahirkan pemain-pemain berkelas dunia, malah untuk layak ke Piala Dunia sekalipun akan menjadi mimpi disiang hari buat selama-lamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan