Ahad, 19 Mei 2013

Hakikat Bersaudara



Datangnya Islam membawa sinar kepada kaum muslimin di Mekah dan di Madinah. Kaum Ansar dan Muhajirin walau berlainan negara namun bersatu dalam satu aqidah yang sama. Malah, kaum Aus dan Khazraj juga  menjadi saudara dengan adanya sinaran Islam sebagai cara hidup yang sempurna.

Begitulah tarbiyah Rasulullah SAW.  Pendeketan baginda sebagai pemimpin negara sungguh  lembut dan berhikmah. Baginda berjaya menyatukan dua hati yang dulunya selalu bermasam muka namun menjadi saudara, saling mencintai kerana Allah dan RasulNya.

Sedangkan kita pada waktu ini terlalu banyak sengketa walaupun satu bangsa apatah lagi satu agama.

Di kaca televisyen, di corong radio ada sahaja berita dan khabar yang melagakan saudara yang lain. Cerita yang kurang enak disebarkan malah ada yang sanggup menjaja fitnah serata dunia semata-mata menegakkan pandangan dan fahaman yang diyakini.

Taksub dengan apa yang di bawa, sehingga dengan mudahnya mencanang maruah saudaranya tanpa ada rasa berdosa. Hasad dan dengki yang tertanam dalam diri, menyemarakkan lagi kebencian di dalam hati saudara-saudara yang lain. Bahagia apabila berjaya mencalar maruah saudara yang dibenci. Malah merasa lebih bahagia jika orang lain juga turut sama mencaci.

Ada pula yang merasa seronok dan terhibur dengan berkongsi cerita di laman sosial terkemuka. Tidak tahu sejauh mana kebenarannya namun masih tegah mempromosinya agar semua yang membaca akan turut sama merasa benci dan dengki...

Mungkin kita sudah lupa sesuatu... Titipan mutiara pesanan Rasulullah yang sangat berharga.. Rasulullah saw berpesan yang bermaksud: 

"Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.  Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke'aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).  Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara"  - (Hadis riwayat Bukhari)

Inilah hakikatnya dunia hari ini. Jauh berbeza dengan zaman para sahabat dan tabi'in. Apatah lagi di zaman baginda, Rasulullah SAW. Zaman dahulu manusia banyak diamnya banyak amalnya. Hanya berkata apabila perlu dan penting. Hanya akan diam pada perkara yang tidak tahu dan tidak pasti akan kebenarannya.

Sabda baginda lagi, daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:

"Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam." - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Mungkin bukan sekali dua kita juga pernah melakukannya. Menyebarkan sesuatu yang tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Nilai persaudaraan kita kikis tanpa kita menyedarinya ...

Kita lupa kebaikan saudara kita tatkala kemarahan kita menjadi raja..

Kita abaikan pengorbanan saudara kita ketika kita sudah berada di kemuncak jaya..

Kita ketepikan saudara yang banyak berbudi ketika kita dihujani dengan puja dan puji..

Tanyalah iman dalam diri... Hebatkah kita?


Sabtu, 18 Mei 2013

MPL : Sarawak (7) VS (0) NS Betaria 17.05.2013


Umpama pesta goal, apabila Sarawak yang kini menduduki takhta Piala Perdana Malaysia membenam pasukan lawan, NS Betaria di Stadium Negeri Kuching, Sarawak.

Separuh masa pertama, permainan agak perlahan dengan hanya 2 goal dari Zamri Morshidi pada minit ke 29 dan Boby Gonzales pada minit ke 39.

Separuh masa kedua, Sarawak masih lagi memburu goal, serangan demi serangan dilakukan tanpa memberi peluang kepada pihak lawan untuk melakukan serangan balas. Hasilnya, meledak gawang goal pelawat pada minit ke 48 dan 54. Guy, turut berjaya menyumbat satu goal untuk Sarawak pada minit ke 68. Pemain import dari Bosnia, Salibasic pula berjaya menjaringkan goal hasil dari tendangan penalti pada minit ke 77.  Boby Gonzales sekali lagi menjaringkan goal pada minit ke 90.


Salibasic memukau peminat...

Jumaat, 17 Mei 2013

Taat ibu bapa dijanjikan syurga

Kisah Urwais menyayangi orang tua wajar dijadikan teladan

Umat Nabi Muhammad SAW seharusnya sedar meraikan ibu mahupun bapa tidak boleh dilakukan dalam bentuk berkala dan sesekali sekala saja. Menjadi tanggungjawab utama yang perlu diutamakan setiap anak, sentiasa menghormati dan menjaga kedua-dua ibu bapa tanpa melihat kepada takwim.

Ibu adalah anugerah agung yang dikurniakan Allah kepada kita. Lihatlah bagaimana Urwais al-Qarni yang mendapat pengiktirafan tertinggi daripada Allah sebagai bakal ahli syurga semata-mata kasih sayang terhadap ibunya.

Baginda SAW ketika bersama sahabatnya, pernah menceritakan watak dan personaliti Urwais buat pengetahuan sahabat. Terpegun sahabat baginda tatkala baginda menyarankan mereka memohon kepada Urwais supaya berdoa kerana doa Urwais sangat dikabulkan Allah.

Baginda SAW juga ada memberitahu bahawa pada hari kiamat nanti, ketika semua ahli ibadah dipanggil untuk masuk ke syurga, Urwais sebaliknya diminta berhenti dulu untuk memberi syafaat.

Allah memberikan keistimewaan kepada Urwais untuk memberikan syafaat kepada setiap orang daripada Kabilah Bani Rabi’ah dan Mudar. Mereka semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa ada yang tertinggal disebabkan syafaat yang diberikan Urwais.

Kata Baginda SAW lagi, Urwais seorang yang berstatus miskin dan lantaran kedudukan sosioekonominya yang bertaraf rendah menyebabkan masyarakat sekitar tidak mengenalinya, malah dikatakan terdapat kalangan masyarakat mengejek dan mengolok-olokkan perwatakannya.

Urwais seorang yang berjiwa tenang, tidak pernah terguris di hati apa orang lain ucapkan. Dia tidak pernah berburuk sangka kepada sesiapa meskipun dia sering dituduh sebagai seorang pencuri.
Segala kata nista dan umpatan keji ditelan bulat-bulat demi menjaga iman dan takwanya di samping mengharapkan keredaan Allah. Pemuda dari Yaman ini seorang anak yatim dan hidup bersama ibu yang sudah lanjut usia serta lumpuh. Penglihatan ibunya juga kabur.

Saban hari Urwais yang menjaga dan menguruskan segala hal ehwal ibunya. Biarpun miskin, hatinya tidak miskin. Hatinya kaya nilai berbudi kepada ibunya sehinggakan baginda memberitahu Urwais ini tidak terkenal di bumi, tetapi amat popular dalam kalangan penduduk langit.

Urwais bergantung hidup bersumberkan pekerjaan sebagai pengembala kambing. Upah diterima sekadar cukup makan bersama ibunya saja. Pada hari-hari tertentu apabila mendapat upah lebih, dia akan berkongsi dengan jiran tetangganya pula.

Dia tidak pernah kedekut walaupun dia sendiri hidup dalam serba kekurangan. Niatnya dan azamnya untuk bersedekah kepada insan lain sentiasa terpahat dalam sanubari.

Walaupun sibuk mengembala dan menjaga ibunya, Urwais tidak pernah cuai dalam amal ibadah. Pada siang hari dia berpuasa dan malam dipenuhkan ibadah yang termampu dilaksanakannya.

Urwais memeluk Islam ketika Yaman menerima seruan Baginda SAW dan Urwais adalah salah seorang penduduk Yaman terawal menerima seruan dakwah baginda. Ramai penduduk Yaman yang berkesempatan berkunjung ke Madinah untuk bersama Baginda SAW, tetapi tidak Urwais lantaran kemiskinan serta perlu menjaga ibu yang uzur.

Berlinang air mata Urwais ketika mendengar cerita masyarakat Yaman yang kembali dari Madinah, mereka gembira kerana dapat menjadi tamu dan bertemu Rasulullah SAW yang mereka cintai.

Hari demi hari perasaan rindunya kepada baginda semakin bersarang di lubuk hatinya. Ada ketikanya dia ingin menyuarakan hasrat untuk ke Madinah kepada ibunya. Namun, selepas memikirkan keadaan ibunya yang uzur itu, niat itu terpadam begitu saja.

Namun, Urwais akhir mengalah kepada desakan rindunya untuk bertemu Baginda SAW, lalu dikuatkan hati bertemu ibunya dan memberitahu apa yang terpendam selama ini. Ibunya memahami niat suci anaknya itu, tetapi berpesan supaya segera pulang selepas berjumpa Baginda di Madinah.

Malang sekali selepas meredah ‘belantara padang pasir’ sejauh 800 kilometer, insan yang dirindui tiada di rumah kerana pada ketika baginda berada di medan peperangan. Baliklah semula Urwais berbalut hati yang kecewa kerana gagal berjumpa Nabi SAW.

Sekembalinya baginda dari medan perang, Aisyah ada memberitahu seorang pemuda dari Yaman yang ingin berjumpa baginda. Kemudian baginda memberitahu isterinya dan sahabat: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah yang dia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”

Baginda kemudian memandang ke arah Umar dan Ali sambil berpesan, “Nanti apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfar daripadanya. Dia penghuni langit, bukan penghuni bumi.”

Demikian kisah seorang anak yang taat dan sentiasa mengutamakan ibunya sehingga diangkat Allah kepada kedudukan tertinggi. Ini satu teladan dan pengajaran buat kita yang hidup di zaman mutakhir ini.

Sekadar gambar hiasan...

Rabu, 15 Mei 2013

Selamat Hari Guru


Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.

Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu.  Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.

Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An-Nisa' :59)

Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.

Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.

Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.

Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.

Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.

Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)

Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.

Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.

Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan  guru dalam setiap urusan mereka.

Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.

Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan "awak".  Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.

Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.

Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan.

Begitulah hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah.

Selasa, 14 Mei 2013

Provokasi Media Terhadap Skuad Bujang Senang?

Sejak kebelakangan ini, pasukan bola sepak Sarawak FA atau Skuad Bujang Senang menunjukan prestasi yang cukup membangakan buat penyokong sejati Ngap Sayot. Namun, agak mengecewakan apabila kemenagan pasukan Ngap Sayot itu seringkali tidak dilaporakan dimedia masa utama di Malaysia. Tayangan video kemenagan dan perlawanan live jauh sekali ditonjolkan. 

Apakah ini satu PROVOKASI dari pihak media tempatan terhadap kejayaan dan kemenagan pasukan Ngap Sayot?

Kenapa? Mengapa? Liga Perdana tahun 2012 seringkali ada live di TV, kenapa tidak tahun ini? Kenapa Liga Super sahaja yang ada LIVE? Memang tidak diakui bahawa Liga Super adalah "Liga Kelas Pertama" buat peminat bola sepak tempatan, namun adakah patut Liga Perdana ''Dianak Tirikan'' sehingga tiada langsung pendedahan oleh media?? Jika Liga Perdana tidak ditayangkan di Media secara Live macam mana bola sepak Malaysia nak maju?? 

Lihat sahaja bila Sarawak FA bersaing di Liga Super tahun depan, saya yakin dan pasti tidak akan ada perlawan Sarawak akan disiarkan secara LIVE. Diharap tidak seperti itu la... :)

PROVOKASI kah ini??

Bilamana Sarawak FA melakukan sedikit kesalahan semsa perlawanan sedang berlangsung, satu Malaysia akan tahu. Bilamana menang, hanya 1 Sarawak yang tahu? Why? Kenak?

Contoh yang paling ketara, semasa Sarawak Vs Kelantan pada 16.04.2013 lalu, ternyata keputusan daripada pengadil berat sebelah! 3 gol jaringan Sarawak FA tidak dikira, dikatanya offsite? Mungkin benar, mungkin tidak, tapi yang pasti saya yang melihat sendiri dengan jelasnya tiada offsite! 

Walaupun begitu, hanya penyokong sejati "Ngap Sayot" yang tahu bagaimana corak permainan dan kemampuan sebenar pasukannya!! Walaupun begitu, kualiti permainan Sarawak FA juga mampu merai sokongan peminat dari negeri lain, jika ianya ditayangkan di media mungkin boleh menjadi gelombang baru buat arena bola sepak negara!

Macam lah tidak ada team bola sepak lain yang bersiaran di kaca TV! Asyik-asyik, Kelantan, JDT, Selangor, ATM! Teruk sangatkah kualiti permainan Ngap Sayot?? Jika teruk mana mungkin orang negeri lain ingin melihat dan turut meminati pasukan SARAWAK FA. Malah ada orang negeri lain ingin melihat corak permainan SARAWAK. 

Bukan lah saya marahkan fan dari negeri lain, namun saya ingin menyatakan 'Sepatutnya HAK PENYIARAN LIVE perlawanan bola sepak, haruslah sama rata antara MPL dan MSL!

Sarawak bukan sahaja tidak dapat hak penyiaran secara liva, malah Hightlight score dari kemenagan Sarawak sebelum ini jarang ditayangkan! Contohnya perlawan menentang PDRM semalam, langsung tiada highlight dari mana-mana media! Sedangkan Sime Darby Vs NS Beteria, ada ditayangkan! Kenapa? Mungkin pihak media tempatan tidak cukup Camrea untuk merakam detik kemenagan itu???

Setiap kali perlawan Home, Stadium Negeri Sarawak akan dipenuhi hampir 40 000 orang penyokong dari Kuching SAHAJA! Belum lagi dari daerah lain menghantar penyokong! Seperti mana yang berlaku semasa menentang kelantan pada 16.04.2013, dikatakan hampir 50 000 yang hadir, sehingakan tempat duduk tidak mencukupi, ekoran daripada kehadiran penyokong dari luar kawasan Kuching, ada yang datang dengan Bas secara berkumpulan! 

Kebangkitan bola sepak di Bumi Kenyalang kian meresap disetiap anak jatinya! 

Encang Sarawak Encang!!

Kau Harus Ada_Hujan

Lelah parut senyum dah jemu
Metafora cair bertemu
Rasa itu ini sementara
Ku takkan di sini selamanya
Rugi jika sendiri
Hanyut jika sendiri

Kau harus ada
Kau harus ada di mana tempat ku berada
Kau harus ada
Kau harus ada bersamaku

Rasa itu ini sementara
Ku takkan di sini selamanya
Rugi jika sendiri
Hanyut jika ku sendiri

Kau harus ada
Kau harus ada di mana tempat ku berada
Kau harus ada
Kau harus ada bersamaku

Kau harus ada (harus ada di sisi )
Kau harus ada di mana tempat ku berada
Kau harus ada ( harus ada di sebelah )
Kau harus ada bersamaku


MPL : Sarawak Vs PDRM 13.05.2013

 

"Ngap Sayot" kekal berada di tangga teratas Liga Perdana Malaysia apabila mengalahkan PDRM 3 - 1 di Stadium Hang Jebat, Melaka petang semalam.

Jurulatih Sarawak, Robert Alberts melakukan sedikti perubahan dengan tidak menurunkan Joseph Kalang Tie pada perlawanan tersebut. Pemain import, Muamar Salibasic juga tidak diturunkan untuk separuh masa pertama dan diturunkan pada separuh masa kedua pada minit ke 68, ekoran kecederaan yang dialami. Zamri Morshidi diletakkan dibahagian kanan, sementara Azizan Baba sebagai Midfielder sepertimana percaturan menentang Sime Darby jumaat lalu.

Kedua-dua pasukan terikat 0 - 0 pada separuh masa pertama sehingga wisel dibunyikan.

Azizan Baba menjadi penjaring pertama apabila menanduk kemas hantaran bola pada minit ke 48. Namun PDRM merapatkan jurang apabila dihadiahkan sepakan penalti. Sarawak segera bangkit, dan hasilnya Boby Gonzales menjaringkan gol mudah pada minit ke 78. 

Muamar Salibasic dimasukan pada minit ke 68, dan menjaringkan gol pada minit ke 80. Kedudukan 3 -1 kekal sehingga ke wisel penamat.

Dengan kemenangan itu, Sarawak kekal ditangga teratas liga dengan 43 mata.

Sime Darby FC kekal ditangga ke-2 liga, apabila menewaskan NS Beteria FC 2 - 0 dengan 42mata.

Isnin, 13 Mei 2013

Ramai Ahli Syurga Dikalangan Orang Miskin


Abu Abas, nama sebenarnya Sahal bin Sa’ad as-Sa’idi melaporkan: “Suatu ketika ada seorang lelaki lalu di hadapan Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW bertanya kepada seorang sahabat yang duduk di sebelah beliau: Apa pendapat saudara berkenaan orang ini?

“Sahabat itu menjawab: Orang ini ada kedudukan dan mulia dalam masyarakat. Demi Allah, sekiranya dia meminang memang patut pinangannya diterima. Sekiranya dia meminta supaya orang lain menyalurkan bantuan, memang patut permintaannya dipenuhi.
“Nabi Muhammad diam saja. Kemudian seorang lelaki lain pula lalu. Nabi bertanya lagi kepada sahabat tadi: Apa pendapat saudara berkenaan orang ini?

“Sahabat itu menjawab: Wahai pesuruh Allah, orang ini datang daripada golongan orang Islam yang miskin. Sekiranya dia meminang, memang patut pinangannya ditolak. Sekiranya dia meminta supaya orang lain menyalurkan bantuan, memang patut permintaannya tidak diendahkan. Sekiranya dia bercakap, memang patut kata-katanya tidak didengari.

“Nabi Muhammad pun menerangkan: Orang ini lebih baik sebanyak sepenuh bumi berbanding orang tadi.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Sa’id al-Khudri melaporkan: “Nabi Muhammad menerangkan, syurga dan neraka pernah bertengkar.

Kata neraka: Orang perengus yang suka memaksa orang lain dan orang yang angkuh ada dalam syurga.

Kata syurga: Orang yang lemah dan miskin ada dalam saya.

“Allah pun meleraikan mereka, kata-Nya:

Kamu syurga adalah rahmat kasih sayang-Ku. Denganmu nanti Aku merahmati sesiapa yang Aku inginkan. Dan kamu pula neraka, adalah azab seksaan-Ku. Denganmu nanti aku menyeksa sesiapa yang Aku inginkan. Aku pasti akan memenuhkan kamu berdua.” (riwayat Muslim)

Usamah Zaid melaporkan, Nabi Muhammad menerangkan: “Saya berdiri di hadapan pintu syurga. Kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya adalah orang miskin. Orang kaya pula masih ditahan untuk dikira amalan mereka, kecuali mereka yang memang ahli neraka, diarahkan masuk ke dalam neraka. Kemudian saya berdiri di hadapan pintu neraka. Kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya adalah orang perempuan.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Selamat Hari Ibu


Perak dan Sarawak terpaksa tanggung akibat angkara penyokong

Angkara sikap penyokong yang kurang berdisiplin, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sudah boleh berkira-kira menyiapkan wang bagi membayar denda.

Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengesahkan sudah menerima laporan dan menyiapkan surat pertuduhan kepada dua persatuan berkenaan yang akan dihantar selewat-lewatnya minggu ini.
Tentukan minggu depan

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak berkata, memandangkan pilihan raya umum sudah selesai, pihaknya akan kembali bersidang untuk menyelesaikan beberapa kes tertangguh sebelum ini.

“Surat pertuduhan untuk kes Perak dan Sarawak sudah disiapkan dan akan dihantar minggu ini,” kata Taufek ketika dihubungi semalam. “Tetapi jawatankuasa disiplin hanya akan bersidang selepas menerima surat jawapan dari persatuan. Saya jangka paling awal minggu depan atau minggu berikutnya.”

PAFA berdepan empat pertuduhan membabitkan aspek keselamatan ketika perlawanan menentang Johor Darul Takzim 27 April lalu di Stadium Lumut yang kini tidak lagi digunakan sebagai gelanggang tuan rumah selepas Stadium Perak di Ipoh kembali berfungsi.

Sabtu, 11 Mei 2013

MPL : Sarawak Vs Sime Darby 10.05.2013

Stadium Negeri Sarawak dibanjiri hampir 45 000 orang penyokong "Ngap Sayot" menentang Sime Darby malam semalam. Sime Darby terlebih dahulu memulakan permainan dengan beberapa serangan seawal 10 minit perlawanan, namun tidak mampu membolosi gawang gol tuan rumah.

Keputusan berakhir Sarawak 1 - 0 Sime Darby. 

Klik Disini Untuk selanjutnya

Kasih Ibuku

Masih teringat akan aku,
Pengorbananmu pada waktu dulu,
Sakit perit yang amat pilu,
Bersabung nyawa membesarkan aku,
Mengalir segala kasihmu,
Menusuk jauh di kalbu..

Kasihmu kasih abadi,

Cintamu cinta suci,
Dirimu wanita bestari,
Pengorbananmu sangat bererti,
Segala telah kau berikan,
Kasihmu tiada batasan,
Walau beribu halangan,
Kau tetap memberi harapan..

Ibu,

Tahun silih berganti,
Dari kecil hingga kin,
Kau mengubat jiwamu yang lara,
Tanpa insan bergelar lelaki dan suami,
Dibawah sinar mentari,
Bercucuran keringat di dahi,
Kau bekerja saban hari,
Walaupun tomahan diberi,
Kau tetap tabahkan hati,
Kerana aku kau kasihi..

Ibu,

Ketahuilah aku kasih padamu,
Aku sayang padamu,
Rela berkorban demimu,
Itu janjiku Ibu,
Dari anakmu,
Yang jauh dimatamu,
Namun dekat dihatiku...

#Selamat Hari Ibu... Aku rindu Ibuku, yang kini berada jauh di kampung halaman.. Semoga dirimu tenang dan sihat selalu.. Selamat Hari Ibu.

Jumaat, 10 Mei 2013

Kembalilah Tersenyum

Beruntung sungguh menjadi seorang Muslim. Setiap gerak tingkah sentiasa ada pedomannya. Walau perkara yang amat kecil jika dipandang, namun hati tetap senang dengan setiap landasan yang diberikan. Islam agama yang menyentuh keseluruhan kehidupan.

Rukun Iman yang enam sudah kita ketahui dan perlu diyakinkan. Menarik untuk perkara yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar atau dengan kata lain percaya kepada apa yang Allah tentukan.

Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti akan diuji.

Firman Allah SWT:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [Surah al-Ankabut, Ayat ke-2]  

Ini adalah sunnatullah; ketetapan Allah yang perlu diterima. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian. Kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya kerana Allah lebih berhak terhadap diri kita. Semua adalah pinjaman.

Yakinlah kita bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semestinya Dia tidak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Pasti tidak! Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan Iman masing-masing.

Firman Allah:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." [Surah al-Baqarah, Ayat ke-286]

Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah. Mungkin penulis sedikit kurang untuk indah berbahasa, namun keyakinan penulis tetap pada kalamullah yang tiada setara indahnya bahasa. Bukakanlah selaput kelabu di hati, agar kunang-kunang singgah ke mari, sinar cahaya kan kembali lagi.

Wallahua'lam.

Azan Subuh jadi penyelamat

Rumah pusaka didiami empat beradik musnah dalam kebakaran.
 
Kuala Krai: Azan Subuh menyelamatkan empat beradik daripada rentung selepas abang mereka yang bangun daripada tidur untuk menunaikan solat melihat api membakar dinding bilik tidur rumah mereka di Kampung Laloh, dekat sini,lalu menjerit menyuruh semua adiknya keluar dari rumah, semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi, rumah pusaka berusia lebih 30 tahun itu musnah sama sekali dan kerugian dianggarkan RM170,000.

Mangsa Mohd Faizol Mat Jusoh, 22, berkata, dia mendengar jeritan abangnya, Mohd Alias Mat Jusoh, 42, yang memaklumkan dinding bilik tidur terbakar dan menyuruh supaya segera keluar dari rumah.

Katanya, ketika kejadian, hanya mereka berempat berada di rumah kerana ibu mereka Samsiah Hamid, 56, berada di rumah ayah tiri.

“Ketika kebakaran bekalan elektrik terputus. Api marak pantas menyebabkan kami tidak sempat menyelamatkan barangan penting termasuk dokumen pengenalan diri

Sumber : myMetro

Khamis, 9 Mei 2013

LGBT : Azwan Gay Dia Ok, Saya Tidak Ok

Isu gay kini hangat didebatkan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang secara umumnya menolak kegiatan yang berlandaskan nafsu apatah lagi yang songsang.

Azwan Ismail muncul dalam video bertajuk It Gets Better in Malaysia: Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK" di Youtube dan meluahkan rasa mengenai hidupnya yang mengambil masa selama 32 tahun untuk memberanikan dirinya memberitahu umum bahawa dirinya seorang gay.

Dalam video tersebut juga, Azwan ada mengatakan bahawa guru-guru, ustaz dan kawan-kawan memberikan pandangan mengenai hidup dari sudut pandang mereka yang kebanyakannya merupakan orang yang heteroseksual. Tambahnya, "Mereka tidak merasai dan tidak memahami menjadi seorang yang gay."

Sudah tentu! Manusia memberikan pandangan berdasarkan sudut pandang yang mereka lebih arif. Kita boleh memberikan pandangan dari pelbagai sudut, namun akhirnya kita lebih selesa dengan pandangan yang kita sendiri pernah atau sedang alami.

Namun apakah bermaksud seseorang perlu menjadi gay terlebih dahulu baru boleh memberikan pandangan mengenai gay? Tidak semestinya.

Kita tidak perlu terjebak terlebih dahulu ke dalam sesuatu kancah untuk belajar sesuatu daripadanya, apatah lagi jika kancah tersebut menurut catatan sejarah telah banyak membawa kemusnahan dan musibah kepada manusia.

Analoginya, kita tidak perlu memotong kedua-dua tangan dengan pilihan sendiri hanya untuk belajar betapa susahnya untuk makan dengan menggunakan kaki.

Berbalik kepada video Azwan Ismail, ia dipotong apabila Azwan cuba menjelaskan "Kita lebih mengetahui diri kita, dan kita perlu mengambil masa dan terus mencuba untuk memberitahu orang-orang sebegitu....."

Apa sebenarnya yang ingin diberitahu oleh Azwan kepada "orang-orang sebegitu"? Adakah untuk memberitahu bahawa dirinya gay?

Pada pendapat saya, apa yang sebenarnya perlu diberitahu oleh Azwan Ismail, dan mungkin golongan yang sudah terpengaruh dengan mesej yang disampaikan oleh Azwan adalah bahawa mereka boleh menghadapi cabaran hidup sebagai orang yang nafsunya sengaja disongsangkan.

Jika orang buta diduga dengan nikmat penglihatan yang ditiadakan dalam hidup mereka, jika orang bisu diduga dengan kebolehan bercakap yang ditarik daripada lidah mereka, dan jika orang yang "lembut menyotong" diuji dengan cara yang begitu dalam hidup mereka sehari-hari, golongan gay ini pula perlu memilih sudut pandang bahawa mereka diuji dengan cara begitu - nafsu mereka songsang.

Dalam videonya, Azwan ada juga menyebut mengenai sukarnya menjadi gay di Malaysia atas faktor agama dan budaya. Ini bermaksud, Azwan masih mengiktiraf bahawa agama itu ada dan ia menjadi kekangan untuk beliau mengekspresikan dirinya sebagai seorang gay. Di hujung videonya pula, Azwan menyebut tentang sumber kekuatan untuk orang yang berjiwa songsang untuk memberitahu bahawa diri mereka bahawa mereka gay.

Namun, sebenarnya sumber kekuatan yang perlu dicari oleh Azwan bukanlah daripada sesiapa melainkan Allah. Seharusnya Azwan terlebih dahulu mengkaji baik buruk amalan gay sebelum beliau memilih untuk menjadi gay. Jadi, sumber utama yang perlu dikaji tidak lain dan tidak bukan ialah al-Quran.

Sudah jelas di dalam al-Quran diceritakan bagaimana Allah menghancurkan kaum Nabi Luth sebagaimana yang diceritakan di dalam surah Hud. Minta nasihat daripada orang-orang yang mendalami ilmu al-Quran agar mendapat panduan yang terarah dan paling tepat mengenai ketetapan yang telah Allah berikan untuk umat manusia patuhi.

Saya fikir mungkin Azwan Ismail menemukan sumber kekuatan yang salah, lantas membuatkannya memilih jalan yang salah untuk meneruskan hidup dalam kancah gay. Seharusnya, apabila ada sesiapa yang memberikan pandangan mengenai isu gay, Azwan perlu menimbangkan banyak perkara termasuk agama yang dianutinya (yang saya percaya Islam berdasarkan namanya). Bukannya memandang isu ini dari sudut peribadi semata-mata.

Nasihat saya, daripada mencari kekuatan untuk memberitahu diri sendiri dan orang lain bahawa diri mereka gay, seelok-eloknya mereka mencuba lebih kuat lagi untuk memberitahu bahawa mereka cukup kuat untuk menentang hasutan nafsu songsang yang jika dituruti, natijahnya akan membawa kemusnahan pada kehidupan manusia secara keseluruhannya itu.

Mereka perlu percaya bahawa ada sinar di hujung jalan, dan mereka perlu mencari jalan untuk keluar daripada terowong gelap yang sedang mereka lalui. Jadikan insan yang normal, yang secara fitrahnya diciptakan untuk menyukai orang yang berlainan jantina apabila berkata mengenai kecenderungan seks.

Saya fikir hujah yang mengatakan "biarlah itu antara aku dan Allah" apabila berkata mengenai kesongsangan nafsu seks adalah hujah yang lemah kerana Allah sudah terlebih dahulu melaknat kaum-kaum songsang seperti gay sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran. Samalah halnya jika orang-orang yang tidak bertudung, apatah lagi yang berpakaian seksi yang kerap menggunakan alasan "itu antara aku dengan Allah" untuk menghalalkan perbuatan mereka yang jelas menyalahi hukum agama.

Dalam Islam juga telah diajar agar penganutnya kembali kepada Allah dalam mencari kekuatan hati dan meminta petunjuk jalan yang benar. Antaranya dalam doa-doa yang kerap diamalkan, dan yang juga perlu dihayati seperti "rabbana la tuzigh qulubana", "ya muqollibal qulub, thabbit qulubana," dan sebagainya.

Buat Azwan Ismail, anda tak perlu menurut apa-apa yang orang lain beritahu anda, tetapi anda perlu menurut apa yang Maha Pencipta telah beritahu menerusi Kitab-Nya yang suci. Orang-orang yang memberitahu anda apa yang anda perlu buat untuk membentuk diri anda sebenarnya menyampaikan apa yang sudah tertulis, bukannya atas faktor mereka menyampaikan dari sudut pandang mereka sebagai orang heteroseksual. Turut sahaja dan insya Allah things will get better.

Sumber : Iluvislam

Selamat tinggal Fergie

London: Pengurus Manchester United Alex Ferguson akan bersara hujung musim ini selepas 26 tahun membimbing kelab itu, penamat karier paling gemilang sebagai pengurus dalam arena bolasepak Britain.

Juara Liga Perdana Inggeris itu semalam mengesahkan Ferguson, 71, akan mengundur diri sejurus kali terakhir mengemudi United beraksi menentang West Brom pada perlawanan terakhir liga 19 Mei ini.

“Keputusan untuk bersara adalah sesuatu yang saya fikirkan sejak sekian lama dan bukan sesuatu yang mudah untuk mengambil keputusan ini. Inilah masa yang paling tepat,” kata Ferguson yang mengemudi kelab itu mengharungi 1,498 perlawanan dalam laman web rasmi kelab itu.

Pengurus Everton David Moyes, juga dari Scotland dan bekas pengurus Chelsea Jose Mourinho, adalah antara calon yang disebut-sebut bakal menggantikan tempat Ferguson.

United berkata, Ferguson yang memikul tugas itu daripada Ron Atkinson pada 1986 dan memenangi 13 kejuaraan liga, lima Piala FA dan dua Liga Juara-Juara, akan kekal bersama kelab itu sebagai pengarah.

“Amat penting bagi saya untuk meninggalkan organisasi ini dalam keadaan yang kukuh dan saya percaya sudah melakukan tugas itu,” kata pengurus kelahiran Glasgow itu yang sebelum ini pernah menyatakan untuk bersara pada musim 2001-02 tetapi mengubah keputusannya itu.

“Kualiti yang ada dalam skuad ini dan faktor umur yang seimbang antara pemain adalah satu petanda baik bagi meneruskan kejayaan lebih gemilang sementara struktur teratur dalam barisan pemain remaja akan menjamin masa depan lebih cerah buat kelab ini.

“Kemudahan latihan kami adalah antara yang terbaik dalam arena sukan dunia dan Old Trafford dilabel sebagai antara stadium terbaik di dunia.

“Saya gembira apabila diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai pengarah dan duta untuk kelab ini. Dengan pelbagai lagi aktiviti, saya tidak sabar untuk melaksanakan tugas ini.”

Apabila Ferguson memulakan kariernya di Old Trafford, mereka dibayangi kehebatan seteru utama, Liverpool tetapi selepas bermula agak hambar, beliau berjaya membantu kelab itu memenangi kejuaraan liga pada musim 1992-93 dan kemudian menjadikan kelab itu lebih dominan di England.

Beliau turut membentuk karier David Beckham, Ryan Giggs dan Paul Scholes, begitu juga pemain berkaliber lain seperti Eric Cantona, Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney di Old Trafford. - Reuters

Sumber : myMetro

Rabu, 8 Mei 2013

Perak Vs Negeri Sembilan 07.05.2013



Pemain import Perak, Paulo Rangel mengusai bola di udara ketika menentang NS di Ipoh, malam tadi.

Ipoh: Negeri Sembilan semakin tertekan terus gagal meraih sebarang kemenangan selepas 15 perlawanan apabila tumpas 2-1 kepada Perak di Stadium Perak, malam tadi sekali gus menyaksikan skuad Hobin Jang Hobin itu kekal terdampar di tangga tercorot Liga Super.

Jaringan Paulo Rangel dan Mohd Azlan Ismail pada setiap babak membolehkan anak buah Azraai Khor Abdullah menghadiahkan kemenangan kepada 15,000 penonton yang hadir menyaksikan perlawanan yang pertama kali diadakan di Ipoh, musim ini. 
Malah Perak sepatutnya mampu memenangi perlawanan dengan jurang lebih besar jika beberapa peluang terbuka sepanjang perlawanan berjaya diterjemahkan sebagai gol. 

Tanduk hantaran silang 

Rangel membuka jaringan pada minit ke-21 apabila menanduk masuk hantaran silang Yong Kuong Yong pada minit ke-13 untuk gol pemisah babak pertama.

Bersambung babak kedua tuan rumah menggandakan asakan dan berjaya mengukuhkan kedudukan 2-0 menerusi jaringan Azlan pada minit ke-61 sebelum Negeri Sembilan merapatkan jurang melalui jaringan Mohd Nazrin Md Nawi pada masa kecederaan.

Dengan kekalahan itu, Negeri Sembilan kekal tercorot dengan hanya mengumpul tujuh mata manakala Perak yang tewas 3-1 kepada FELDA United, Jumaat lalu berjaya mengumpul 21 mata hasil kemenangan keenam itu.

Lain-lain keputusan 07.05.2013

Terengganu (1) Vs (2) Singapore LIONSXII
ATM (2) - JDT (0)
Pahang (2) - (2) Selangor
PKNS (2) - (1) PBDKT T-Team
Kelantan (3) - (0) Felda United

Kedudukan Liga Super 07.05.2013


Sumber : MyMetroSoccerway

ATM Vs Johor Darul Takzim 07.05.2013

JAMES (tengah) cuba menanduk bola tetapi dihalang oleh pemain JDT.

Seremban: Marlon Alex James memastikan ATM terus mengekori rapat pendahulu Liga Super, LionsXII apabila menjaringkan dua gol ketika membantu Gladiators menewaskan pasukan bertaraf bintang, Johor Darul Takzim, 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Penyerang St Vincent & Grenadines itu nyata menampilkan aksi yang menjadikannya penjaring terbanyak liga apabila menguji benteng Johor DT seawal minit ke-6, namun impian ATM untuk mendahului awal tidak menjadi apabila tandukan penyerang import itu tersasar.

Ayam tambatan naib juara Piala Malaysia itu sekali lagi menguji kecekapan Al Hafiz Hamzah pada minit ke-13, tetapi penjaga gawang Johor DT itu dapat menangkap kemas percubaannya. Kealpaan pemain pertahanan JDT, juga menjadi faktor serangan merbahaya daripada ATM.

Ketika aksi separuh masa pertama menghampiri penamat James sekali lagi berdepan dengan peluang untuk meletakkan ATM di depan tapi usahanya sekali lagi gagal sehingga kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan ATM menggandakan asakan dan James akhirnya memecah kebuntuan apabila menanduk kemas hantaran Bruno Martelotto pada minit ke-54.

Kedudukan kemudian menjadi lebih selesa buat pasukan tuan rumah itu apabila James sekali lagi membocori gawang Johor DT selepas menggelecek dua pertahanan lawan sebelum merembat padu untuk gol kedua peribadinya pada perlawanan itu.

Pemain Tentera, Nor Fazly Alias (tengah) diasak oleh pemian Johor DT, Safiq Rahim (kiri) pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam tadi.

Begitupun Johor DT yang cuba meletakkan diri mereka dalam kelompok pencabar, memperoleh peluang terbaik untuk memperbaiki jurang, namun sepakan penalti Leonel Nunez pada minit ke-66 diselamatkan penjaga gawang, Farizal Harun.

Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan dengan ATM kekal menghuni tangga kedua, ketinggalan satu mata kepada LionsXII. Pasukan dari Singapura itu terus unggul di persada liga dengan 31 mata, tapi mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding ATM.

Lain-lain keputusan 07.05.2013

Terengganu (1) Vs (2) Singapore LIONSXII
Perak (2) - (1) Negeri Sembilan
Pahang (2) - (2) Selangor
PKNS (2) - (1) PBDKT T-Team
Kelantan (3) - (0) Felda United

Kedudukan Liga Super 07.05.2013

Sumber : MyMetro, Soccerway

Gelandangan Di Manila, Filipina






Sumber : Blog Serius

Siapa DihatiMu

Siapa Di hati Mu

Terasa bagai ditusuk sembilu bisa
Pedihnya entah bila akan terhenti
Berkasih di rimba asmara berapi
Terbakar hanya ku sendiri
Oh mengapa…

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Ke mana tumpah selaut harum kasturi
Apakah mungkin kan terulang kembali
Asyiknya cinta bagai dulu
Atau serapuhnya mimpi
Yang pulang pagi…

Semakin ingin aku lupakan
Dan semakin bayang wajahmu kan menjelma
Di manakah puncanya derita
Kusendiri tidak pasti.. sayang…

Siapa merebut seri cinta
Waktu aku buka jendela
Di keheningan pagi indah
Siapa sejambak mawar merah
Harum di kamar hatimu
Hingga diriku disingkirkan

Redup senja di kaki malam
Menghilangkan warna ilalang
Dan cinta kini bagaikan
Perkasihan mimpi…

Selasa, 7 Mei 2013

LGBT : Mengapa Dicabar Fitrah Ilahi?

Allah SWT menjadikan alam ini dengan cukup sempurna. Setiap sesuatu yang diciptakannya pula berpasangan-pasangan. Ada langit, ada bumi. Ada siang, ada juga malam. Juga kejadian-kejadian lain yang menyaksikan hikmah yang tersembunyi disebaliknya adalah untuk saling melengkapi antara satu dengan lain. Dengan itu alam ini menjadi seimbang.

Begitu juga dengan kejadian manusia. Sejarah penciptaan makhluk istimewa yang diamanahkan untuk menjadi khalifah di bumi ini dimulakan dengan penciptaan Nabi Adam AS. Kemudian Allah SWT menciptakan pula pasangan bagi Adam AS yang dinamakan Hawa. Kisah penceritaan ini ada dinyatakan dalam ayat 1 surah An-Nisa.

Maksud firman Allah SWT:

"Hai sekelian manusia , bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanyalah Allah menciptakan isteinya dan daripada kedua-duanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak."

Maka jelaslah, sifat semula jadi alam ini adalah lelaki akan tertarik kepada perempuan dan perempuan akan tertarik kepada lelaki. Itulah fitrah yang diciptakan oleh Allah SWT. Fitrah tidak mudah untuk berubah dengan sendirinya. Kecuali diubah oleh tangan-tangan manusia yang berani untuk mencabar kehebatan yang Maha Mencipta segalanya.

Cinta Sejenis

Nikmat yang Allah kurniakan di atas muka bumi ini memang tidak terkira banyaknya. Namun begitu, kenikmatan itulah yang selalunya membuatkan manusia kian lupa diri. Malah semakin berani untuk menentang apa yang telah sempurna diaturkan. Hingga ada yang sanggup merosakkan fitrah dengan menjalani kehidupan bertentangan agama. Inilah yang sedang dilakukan oleh para pengamal cinta sejenis yang semakin hari semakin bangga mempamerkan kehebatan mencabar kuasa Allah SWT. Mereka inilah yang bangga mengakui serta selamba mempamerkan diri sebagai Gay dan juga Lesbian!

Gejolak nafsu songsang yang melanda umat manusia kini bukan lagi rahsia. Bagi mereka, adalah normal kalau lelaki mencintai lelaki, dan wanita 'bersuamikan' wanita. Tidak ada lagi rasa malu dan segan untuk memberitahu dunia bahawa mereka berjiwa songsang. Malah cuba pula untuk mempertahankan serta memperjuangkan 'hak' kononnya mereka perlu dilayan sama rata. Perlu diberi ruang menjadi sebahagian daripada kelompok dunia.

Tidak terkecuali masyarakat di Malaysia yang kini mahu menjadi seperti Hollywood. Gejala cinta sejenis makin diterima dan mula menjadi sebahagian daripada gaya hidup serta mula dibudayakan. Dengan kemunculan pelbagai kelab-kelab malam yang eksklusif untuk golongan sejenis, mereka bebas berseronok menjalani tabiat di luar tabii. Tanpa ada undang-undang yang mampu mengawal kegilaan itu, kemudian muncul pula spa dan rumah urutan khusus untuk lesbian dan gay. Mereka semakin terbuka. Malah ada yang tak mampu lagi untuk sorok-sorok mempamerkan kemesraan terlampau di hadapan umum walaupun fizikal dan biologinya, mereka adalah sama.

Begitu juga dengan penciptaan begitu banyak laman sesawang yang khas direka untuk memudahkan golongan ini berinteraksi sesama mereka. Ia bagaikan pil perangsang. Dari situ 'virus' homoseksual ini terus merebak dan mempengaruhi lebih ramai umat manusia. Terutamanya yang lemah imannya untuk terus-terusan melawan fitrah. Seolah-olah tidak mengapa untuk mencabar kuasa pencipta.

Benarkah naluri cinta sejenis ini adalah fenomena semula jadi? Ataupun sengaja dilakukan sebagai cara lain untuk menikmati puncak kepuasan syahwat? Jangan keliru, jangan buat-buat keliru lagi. Apa jua alasannya, setiap kurniaan tubuh badan, akal fikiran dan nafsu itu perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Bukan untuk diubah. Juga jangan cuba menidakkan fitrah yang telah ditetapkan. Jika tidak, bersediakah anda untuk menerima amaran dan bala Allah sekali lagi? Sebagaimana pernah diturunkannya kepada umat terdahulu- mereka menjadi buta, diterbalikkan bumi, dihujani dengan batu-batu kerikil dari neraka dan dihantar halilintar kepada mereka. Semuanya gara-gara gagal untuk mengawal nafsu songsang dan mencintai kaum sejenis!

Sumber : Iluvislam

Cinta Muka Buku_Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku


Isnin, 6 Mei 2013

Whatsapp, Twitter saingi SMS



Di awal kemunculan telefon bimbit kita hanya boleh menelefon saja, kemudian memasuki pula era meninggalkan pesanan melalui pager, di mana pengguna menerima pesanan ringkas dan jika mahu mengetahui lanjut perlu menelefon ke pusat panggilan.

Mungkin bagi remaja kini, mereka tidak mengetahui mengenai perkembangan telefon bimbit dan sistem pesanan ringkas sebegini kerana teknologi kini menyediakan pelbagai kemudahan perhubungan.

Malah pernah terjadi satu tahap di mana pengguna gemar menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbanding menelefon kerana ia mudah dan menjimatkan.

Itu dulu, jika lihat sekarang ini semuanya masih lagi berhubung melalui telefon bibit tetapi bukan melalui SMS lagi. Pelbagai aplikasi chatting sudah boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.

Populariti ini sedikit sebanyak mengorbankan SMS. Fakta tersebut semakin diperkuat dengan adanya kajian yang baru saja dilakukan oleh Financial Times.

Dalam kajian tersebut dinyatakan bahawa SMS memang miliki lebih banyak pengguna dibandingkan dengan aplikasi chatting. Namun jika dikira dari jumlah pesanan yang dikirim, aplikasi chatting ternyata jauh lebih banyak.

Melalui kajian mendapati aplikasi chatting mampu mengirim sebanyak 41 bilion pesanan setiap hari. Angka tersebut dua kali ganda dibandingkan pesanan yang dikirim melalui SMS.

Fakta ini juga turut diperkuatkan dari dakwaan pihak WhatsApp yang mengatakan bahawa mereka memiliki lebih banyak pengguna berbanding Twitter. Pihak WhatsApp juga menyatakan mereka mengirimkan pesanan sebanyak 18 bilion sehari, jumlah itupun lebih banyak dibandingkan pesanan melalui Facebook sebanyak 10 bilion pesanan.

Sumber : Berita Harian

Sarawak Vs KL SPA 03.05.2013


 
KUCHING: Despite an early scare in the first half, it was still business as usual for the Crocs who defeated KL SPA Putrajaya FC 2 – 1 in their Premier League match played at State Stadium, Petra Jaya last night.

The visitors led the Crocs 1 – 0 before the breather when Joel Armel Tchami had an easy one in the 42 minute.

Earlier on, both teams played cautiously and the waiting game was capitalised by KL SPA Putrajaya FC three minutes before the referee blow the whistle.

The Crocs almost drew first blood in the 20 minute through a free kick just outside the visitors’ penalty box was given after Zamri Morshidi was fouled but Muamer Salibasic curling shot went wide.

Another fine attempt was made by Ronny Harun 11 minutes later but KL SPA Putrajaya FC’s goalkeeper, Mohd Soffuan was in his element and denied the homesters the first goal of the match.

The second half saw the rejuvenated Crocs going for the kill and almost got the equaliser in the seven minutes of the game through Hairol Mokhtar but it was disallowed after the referee suspected KL SPA Putrajaya FC’s goalkeeper was fouled.

Guy Bwele became the toast of his team after he scored the equaliser in the 56 minute with a superb free kick just outside the six yard box.

Bobby Gonzales sealed the visitors’ doom in the 69 minute after he headed the winner thanks to the overhead cross by Junior Eldstal.

The Crocs almost increased their score line in the 76 minute when Muamer’s hit on target after connecting a pass from Ramesh Lai.

The fans who were jittery after the early scare in the first half were simply overwhelmed with their heroes’ comeback and bag yet another full points in their quest to cement the return to the Super League next season.

Read More : BorneoPost

Bertakhta Dihati_Farahdia

Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat... lihat...
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat... lihat...
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang

Jumaat, 3 Mei 2013

Senyum selalu seperti Rasulullah


Bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

Banyak Tersenyum

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,

"Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya."
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,

"Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas."

Senyum Kepada Sesiapa Sahaja

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:

"Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?"

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, "Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.

Bertegas Bila Perlu

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

"Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"

Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:

"Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya".

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

Khamis, 2 Mei 2013

Muamer tidak sabar ledak gol


KUCHING: Penyerang import Muamer Salibasic berhasrat menghadiahkan gol kepada penyokong Sarawak apabila melayan kunjungan skuad warga kota, KL SPA Putrajaya FC di Stadium Negeri, malam esok.

Ketika ditemui semalam, pemain dari Bosnia itu tampak bersemangat menjalani latihan dan yakin dapat menemui sentuhan pertamanya pada perlawanan tersebut.

“ Setelah tiga minggu bersama Sarawak, keyakinan saya semakin memuncak dan saya mahu meledak banyak gol untuk pasukan selepas ini.

“Saya juga semakin selesa dengan rakan sepasukan dan mereka banyak membantu saya menyesuaikan diri sepanjang tempoh ini,” ujarnya.

Pada perlawanan menentang UiTM minggu lepas, Muamer hanya diturunkan pada 10 minit terakhir kerana mengalami hamstring.
Namun, ia tidak begitu serius dan beliau yakin dapat bermain sepenuh masa malam esok.

Menurut Muamer lagi, sebelum ini beliau kurang selesa dengan keadaan cuaca di sini yang menurutnya agak panas.

“Saya sudah biasa bermain dalam keadaan suhu kurang dari dua darjah Celsius.

Sebaik tiba di Kuching, saya agak kurang selesa dengan suhu di sini namun keadaan itu tidak lama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Robert Alberts akan menurunkan kesebelasan terbaik kerana tidak mahu tercicir tiga mata berharga dalam usaha merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Sime Darby.

Katanya, tonggak tengah Guy Bwele dan kapten Shahrol Saperi akan kembali bermain selepas tamat tempoh penggantungan.

“Kita berada dalam ‘mood’ terbaik untuk mengutip tiga lagi mata susulan kemenangan besar membenam UiTM pada minggu lepas.

“Pemain juga berada dalam prestasi memuncak dan saya yakin kita bakal beroleh kemenangan,” katanya.
Pada masa yang sama, Alberts turut menasihati barisan pemainnya agar sentiasa fokus dan tidak memandang rendah kekuatan lawan.

Katanya, kealpaan mampu mendatangkan padah seperti apa yang berlaku pada perlawanan minggu lepas di mana gawang Sarawak dibolosi dengan mudah sebanyak dua kali.

“Kekuatan SPA sukar diduga kerana mereka berjaya mengikat kita pada perlawanan di pusingan pertama dulu.

“Justeru, saya mahu pemain sentiasa berhati-hati kerana mereka pastinya berhasrat untuk mencuri mata di sini,” katanya.

Sumber : Borneo Post

Selasa, 30 April 2013

Pulanglah_Awie Rafael

Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Verse
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Chorus
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Aku dah bingung

Ulang Chorus

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Ulang Verse
Ulang Chorus 2X
Ulang Verse

Runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu

Ulang Chorus 2X