Khamis, 4 Ogos 2011

Istimewanya Ramadan

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda, "Umatku telah diberikan dalam bulan Ramadan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka. 1-Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. 2-Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka. 3-Setiap hari Allah SWT akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daripada beban-beban dan mereka akan datang kepadamu." 4- Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat dalam bulan Ramadan dan mereka tidak dapat berbuat sesuatu dalam bulan Ramadan ini seperti mana yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain. 5-Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadan. Rasulullah ditanya, "Adakah ia Lailatulqadar?". Baginda menjawab, "Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya."

Tiada ulasan: