Beberapa bulan yang lalu Lautan manusia. Begitulah suasana yang boleh digambarkan apabila kira-kira 200,000 jemaah tabligh dari seluruh dunia membanjiri Kuarters Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sempena Ijtimak Dunia 2009 yang berlangsung selama tiga hari.
Bilangan jemaah yang hadir dijangka meningkat kerana ulama-ulama tersohor dari seluruh dunia juga akan hadir sepanjang tiga hari program tersebut.
Bagi tujuan itu, pihak penganjur telah membelanjakan RM2 juta untuk menyediakan 10 khemah besar yang setiap satu boleh menempatkan 10,000 hingga 11,000 jemaah.
Selain itu, sebanyak RM5 juta lagi diperuntukkan untuk penyediaan makanan dan minuman yang diuruskan oleh 1,500 tukang masak yang juga dari kalangan pendakwah.
Dalam lautan manusia, keadaan kebersihan tetap di utamakan termasuk kebersihan tandas, tempat wuduk dan dalam khemah (khitta). Ujian daripada Allah s.w.t ketika hari kemuncak, medan ijtimak kekurangan air untuk keperluan asas, tetapi keadaan ini dihadapi oleh jemaah yang hadir dengan penuh rasa ketakwaan.
Dalam pembinaan...
Masih dalam pembinaan
SIAP!
Keadaan dalam khemah...
Khitta 4. menempatkan jemaah dari kepulauan Borneo
Sarawak, Brunei, Sabah dan Indonesia Kalimatan
Keadaan tempat wuduk
Ujian Allah : Lautan manusia menggunakan temapt berwuduk ini
menjadi asbab bekalan air tidak mencukupi
Makanan turut disediakan dengan bayaran rm10 untuk setiap dulang
Tempat memasak bagi jemaah ta'am. Seramai 1500 orang terlibat
10-JULAI-2009 (JUMAAT)
Kali pertama solat jumaat di adakan secara besar-besaran di Malaysia bertempat di Masjid Kuaters KLIA yang berdekatan medan ijtimak. Turut hadir solat jumaat bersama jemaah ialah ketua menteri Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.
Orang kenamaan yang turut hadir dalam perhimpunan (ijtimak) Malaysia 2009 adalah seperti :
Yang Di Pertuan Negeri Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhayidin Yasin
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Mufti Negeri Sembilan Dato' Haji Murtadza Bin Hj Ahmad
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Dr.Hassan Ali
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid
Tujuan ijtimak ini diadakan adalah untuk menyatukan kembali fikir dan hati setiap umat bahawa kejayaan manusia hanya dalam agama Allah s.w.t.
Isu utama yng telah dibincangkan adalah keadaan Iman dan amalan umat Islam pada hari ini yang jauh dari Perintah ALLAH S.W.T dan Sunnah Nabi MUHAMMAD S.A.w. Umat Islam, adalah Umat dakwah yng menyuruh manusia kepada Kalimah LA-ILAHA ILLAH dan cara hidup yng dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Manusia telah jauh dari perintah Allah. Kejayaan hakiki adalah dlm Agama bagaimana Agama hidup dalam diri kita, rumah kita, kpg kita, negara kita dan seluruh alam. Kita kena ada risau.
Agama telah jadi yatim. Tiada orang mahu ambil tanggung jawab. Kita tidak boleh tolak usaha Agama kepada mufti, pihak jabatan ugama, PERKIM atau mana mana badan . Kita semua kena buat dakwah , anak laki kita, anak perempuan kita, ibu kita, pak saudara kita, mak saudara kita, dato kita, nenek kita. Baru lah Agama hidup. Makan beras itu penting, tetapi jangan lupa bahawa menanam padi itu penting. Kalau tiada orang turun bendang untuk tunas padi, maka padi akan pupus, begitu lah dgn Agama.
Time Solat Jumaat....Masjid Kuartes KLIA berdekatan
Sebelum Solat Jumaat pun dah penuh..
Lautan manusia..
Khitta 1 yang menempatkan jemaah dari luar negara : Thailand, China, Indonesia,
Selepas Solat Jumaat
Syukur Alhamdulillah...ada pemimpin Malaysia yang hadir di Ijtimak Dakwah Tabligh sedunia yang berlangsung pada 9, 10, 11 & 12 Julai 2009 di KUARTERS KLIA, sebagai menghargai usaha dakwah mereka menyebarkan syariat Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam ke seluruh dunia...saya amat gembira mendengar berita ini walaupaun saya bukanlah ahli jamaah Tabligh...kerana pada pemerhatian saya jamaah Tabligh adalah satu kumpulan yang berada "di jalan yang lurus" dalam menyubur dan mengembangkan syariat Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam...
Perdana Menteri pun hadir
Berhentilah kita melemparkan komen-komen negatif kepada jamaah mereka...hanya kerana seorang dua dari jamaah mereka yang "tersasar" dari landasan dakwah.... Berhentilah kita menghentam mereka dengan fatwa-fatwa dan dalil-dalil syarie mengikut tafsiran kita...mahupun dalil-dalil ayat Al-quran yang hanya dipandang pada zahir ayat!!....hanya kerana jamaah mereka tidak menyokong parti politik kita!!!...
Balik dah..
Ijtimak Malaysia 2009 mengumpulkan 200,000manusia. Karkuzari ijtimak Tongi, 2 juta manusia yang hadir. Dikatakan perhimpunan umat islam yang ke2 terbesar selepas haji di Mekkah. AllahhuAkhbar!!Suasana Ijtimak Tongi
Jutaan manusia berkumpul atas maksud yang sama. Satu fikir, Satu hati untuk Agama Allah.
Tak cukup tempat!
Time Bayan
04/12/2009 (JUMAAT)
Saya sendiri hadir, merasai, melihat dan mendengar sendiri di medan ijtimak, sangat merindui keadaan dan suasana ijtimak. Suasana para malaikat, 24 jam ibadat. Di sana sini sentiasa dengan zikir-solat sunat-baca al-quran dan ibadat sunat lain. Bagi yang sudah naik haji sudah semestinya merasai persamaan suasana.
Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
Firman Allah SWT :"Sesungguhnya orang-orang yang ber Iman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka Ayat-ayat Allah bertambahlah Iman mereka karenanya dan kepada Rabb lah mereka bertawakal(Qs. Al Anfal : 2)"
Sabda Rasulullah SAW :"Seandainya dunia ini berharga disisi Allah SWT daripada sebelah sayap-sayap nyamuk , niscaya Dia tidak akan memberi minum setitis air pun kepada orang kafir (Hr. at Tirmidzi)"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan