Ahad, 15 Mei 2011

Dunia Vs Akhirat

KEHIDUAPN didunia dalah satu kehidupan yang sementara. Kehidupan selepas kematian adalah kehidupan yang KEKAL untuk selamanya. Umunya semua orang tahu bahawa dunia sementara, akhirat kekal selama-lamanya. Tapi, berapa ramaikah yang betul-betul faham, nilai dunia disisi Allah SWT?

Dari Sahl bin Sa’ad as-Saidiy radhiallahu anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Seandainya di sisi Allah dunia itu sebanding dengan sayap seekor nyamuk, sungguh orang kafir tidak akan diberi minum walau seteguk air”. (HR. at-Tirmidzi 2/52, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah 3/253, Imam at-Tirmidzi berkata: Hadits ini Hasan Shahih, dan dishahihkan pula oleh Syaikh al-Albani dalam as-Shahihah no. 943).

Bagi orang yang beriman, 1 hadith sudah mencukupi untuk bagi faham.

Umum sudah tahu bahawasanya solat adalah perintah Allah SWT. Tapi berapa ramaikah di antara kita yang faham atas perintah Solat itu? Berapa ramaikah diantara kita yang betul-betul faham kebesaran/kehebatan/fadhilat/kebaikan/kelebihan dalam solat itu?

Al-Quran, telah menceritakan kepada kita segala-galanya. Butakah mata hati kita? Kekasih Allah SWT, Nabi Muhammad SAW telah bagi tahu kepada umatnya melalui firmannya (hadith), butakah mata hati kita? Janji Allah dan Rasul pasti dan pasti benar. Maha suci Allah SWT dengan segala zat kemuliaanya, telah bagi kita bnayak peluang agar kita kembali ke jalan yang benar dan diredai Allah SWT. 

Jani Allah, telah diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada orang yang menjaga solat 5 waktunya:

1. Dimurahkan Rezeki
Kesibukan mencari rezeki menghalang kita untuk solat? Sedangkan yang bagi rezeki itu Allah. Allah SWT telah berjanji, barangsiapa yang bersyukur atas nikmatku, Allah akan tambahkan nikmat untuknya. Inilah kuasa nilai iman kepada hambaNya yang betaqwa. Allah maha kuasa atas segalanya, tanpa asbab Allah bagi bagi rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka. Bantuan ghaib Allah hanya bersama orang yang beriman dan bertaqwa. 

Alangkah indahnya, seorang yang miskin/papakedana, rumahnya buruk, bajunya koyak rabak, tetapi dia taat perintah Allah. Sesungguhnya dia lebih mulia dari seorang yang kaya, berpangkat, berharta disisi Allah SWT.

Alangkah indahnya, seorang yang kaya raya, rumahnya besar, tetapi dia taat perintah Allah. Sesungguhnya dia mulia disisi Allah SWT.

Kesimpulannya : Kaya/Miskin/Tua/Muda/Lelaki/Perempuan...kejayaannya diakhirat hanya dalam Agama, sejauh mana kita manusia ini taat perintah Allah dan amalkan sunnah Rasulullah SAW!

2. Diangkat azab kubur.
Bagi orang yang beriman, kuburnya seluas mata memandang, harum semerbak mewangi dan amal-amalnya dia dunia menyelamatkannya dari azab yang pedih.
Bagi orang yang beriman, kuburnya sempit sekali, sehinggakan tulang rusuk kiri dan kanannya berceragah, busuk sebusuknya, bertemankan kala jenagking dan ular ajratul aqr'a.

3. Menerima Buku Catitan Amal sebelah tangan kanan di Padang Masyar.
Padang Mashar, seluas mata memandang, berlantaikan timah yang mendidih kepanasan, keperitan dan penderitaan dirasi bagi yang ingkar perintah Allah. Seorang yang menjaga solatnya akan menerima berita baik, takala orang yang tiada amal dan iman di dunia menerima seksa yang tiada kesudahannya. Lalu, mereka berkata "Ya Allah, masukan sahaja kami dalam nerakamu, kami tak tahan lagi dengan pahit peritnya di Mashar ini".!

Disinilah kita melihat siapa yang untung dan siapa yang rugi. 
Seorang anak datang kepada ibunya, "Wahai ibuku, dahulu didunia engkau kasih dan sayangkan aku!, aku minta padamu 1 sahaja nilai pahala, agar aku dapat selamat dari azab Allah.". Apa kata ibunya, "Maafkanlah aku wahai anakku, aku sendiri tidak tentu lagi nasibku"!
Begitulan seterusnya, si ibu mencari suami, si anak mencari si ayah dan sebagainya.

4. Lalu titian sirat sepantas kilat
Titian yang sehalus rambut dibelah tujuh. Tajam nya seperti pedang yang paling tajam. Bagaimanakah keadaan kita yang lemah ini melalui titian sebegini rupa. Ya Allah, selamatkan umat!. Kedita berada di titian sirat, Nabi SAW yang kasih dan sayang akan kita, menunggu dengan penuh harapan di hujung titian sirat yang perjalanannya mengambil masa 1500 tahun perjalanan. Dihujungnya adalah syurga, dibawahnya api neraka menjunam tinggi. Disaat seorang hamba melalui titian sirat dengan penuh kesengsaraan dan kesusahan, maka Nabi SAW berkata kepada hamba tersebut, "Wahai sifulan, engkau khabarkan kepada Allah, bahawa engkau di dunia dahulu telah mengamalkan perintah Allah dan engkau telah mengamalkan agama yang telah aku sampaikan.". Maka hamba tersebut berkata dengan penuh tagisan dan resah di hati, "Wahai Rasulullah, maafkan aku, wahai Allah ampunkan aku, aku di dunia dahulu tidak taat pada perintahmu dan tidak mengamalkan agama yangtelah disampaikan oleh Rasulullah, ampunkan aku." Maka dengan cepatnya, api neraka menyambar hamba Allah tersebut, jatuh dalam neraka jahanam!. Melihat kepada keadaan ini, Rasulullah SAW pengsan di hadapan pintu syurga. Allah Hu Akhbar!!


Sampai bila kita nak susahkan Nabi SAW? Di dunia Nabi SAW mati-matian buat usaha Agama, pagi petang, isang dan malam, semata-mata untuk kita umatnya.

5. Masuk syurga Tanpa Hisab
Iman sebesar zarah, kita bawa jumpa Allah, kita punya syurga 10 kali ganda dunia.  Seorang yang mempunyai iman seperti ini adalah seorang yang paling akhir sekali masyur syurga, setelah ribuan tahun diseksa dalam neraka Jahanam. 


Apabila keluarnya, hamba Allah tersebut dari neraka, dari jauh dia melihat pintu syurga menyinari dengan terang benderang. Dihadapan pintu syurga dia sampai, dia tercengang selama 40 tahun. Bila terdengar akan geseran daun dalam syurga, dia tercengang lagi selama 40 tahun. Maka terbuka lah pintu syurga, dia tercengang lagi selama 40 tahun, melihat akan luasnya syurga yang Allah bagi kepadanya. 


Iman yang sebesar zarah pun dapat 10 kali ganda dunia dia punya besar syurga!



Tiada ulasan: