Satu ketika, ada seorang guru meminta pelajar-pelajarnya membawakan satu kantung plastik ke sekolah. Lalu, dia meminta setiap pelajar-pelajarnya memasukkan beberapa biji kentang ke dalamnya. Setiap pelajar diminta memasukkan sebiji kentang bagi setiap seorang yang mereka benci dan tidak mahu maafkan dengan menulis nama orang yang mereka benci itu. Ada beberapa pelajarnya yang kantungnya agak ringan walaupun sebahagian besarnya mempunyai kantung yang berat.
Mereka diminta membawa kantung yang berisi kentang itu kemana sahaja mereka pergi dan sepanjang masa termasuk masa makan dan tidur selama dua minggu. Lama-kelamaan keadaan kentang itu makin tidak menentu. Banyak kentang itu mula membusuk dan buruk. Hampir semua pelajar mengeluh dengan tugasan ini.
Akhirnya tamat tempoh dua minggu itu dan guru itu mendapati ramai pelajarnya yang membuang kantung itu kerana tidak tahan dengan kentang-kentang yang mula membusuk itu. Pelajar-pelajar yang mengeluh dan tidak faham mengenai tugasan ini akhirnya mendapat jawapan daripada guru mereka. Guru itu berkata "Membawa beban yang tidak berguna sesungguhnya amat memeritkan dan mensia-siakan kehidupan kita. Begitu juga dengan hati yang penuh dengan dendam dan benci akan memburuk dan akhirnya merosakkan diri kita."
2 ulasan:
BENAR sekali..
Cerita ni ada versi pisang. :D
Catat Ulasan