Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang..
Sesungguhnya kejayaan Manuisa dalam agama. Sejauh mana kita dapat mentaati segala perintah Allah SWT dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.
Sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa atas segala-galanya. 7 Petala langit dan 7 petala bumi adalah atas ciptaan Allah SWT. Allah SWT maha hebat telah menciptakan segala kehidupan yang terdapat di muka bumi dan alam semesta.
Setiap benda yang hidup satu hari nanti, pasti dan pasti akan menemui maut. Tidak kira sama ada orang yang kaya atau pun miskin, raja atau rakyat biasa, besar atau pun kecil dan sebagainya, pasti dan pasti malaikat maut akan datang untuk menjemput. Orang yang beriman akan sentiasa bersedia untuk menghadapi kiamat kecil (maut).. Orang yang tidak beriman akan berusaha sdaya mungkin untuk mengelak daripada malaikat maut, sedangkan maut itu ketentuan Allah SWT sejak azali lagi. Kita hanya mampu berdoa semoga kehidupan kita di dunia dan akhirat dirahmati dan dikasihi oleh Allah SWT.
Allah SWT telah bagi banyak ancamankepada orang yang tidak beriman melalui kitab suci Al-quran dan telah diterjemahkan dalam kehidupan realiti oleh Baginda Nabi Muhammad SAW yang kini diwarisi oleh golongan ulama. Yang dahulunya telah diamalkan oleh para sahabat Rasulullah SAW dan terbukti itulah jalan Islam yang sebenar. Allah SWT telah memerintahkan kepada umat akhir zaman dengan satu perintah yang sangat agung, iaitu solat 5 watu sehari semalam. Dimana, melalui solat ini, Allah SWT berjanji akan bagi pelbagai nikmat dan ganjaran yang sangat tinggi nilainya disisi orang yang beriman. Bagi orang yang tidak beriman dan tidak meyakini firman-firman dari Allah SWT melalui kitab suci Al-Quran, solat 5 waktu itu tiada gunanya. Azan dilaungkan, tiada erti bagi diri orang ynrg tidak beriman. Mendengar laungan azan oleh muazin dari masjid atau surau bagaikan mendengar lagu-lagu hiburan yang biasa didengarkan di corong-corong radio. Apakah itu dinamakan orang Islam? Dimanakah tandanya dirimu sebagai orang Islam? Sedangkan beza antara orang Islam dan bukan Islam ialah Solat. Apakah nilainya diri kita disisi Allah SWT andai perintah Allah SWT yang telah menciptakan kita dan satu hari nanti pasti dan pasti kita akan kembali kepadaNya.
Apa ertinya dirimu dengan Islam?
Soalan yang sudah diketahui umum dan sudah bocor soalan serta jawapannya dialam barzakh. Akan ditanya pasal solat kita, cukup atau tidak. Akan ditanya mengenai amalan kita didunia. Baik amalan kita maka baiklah kubur kita, dan baik jugalah pengakhirannya.
Amalan yang pertama akan ditanya adalah Solat. Jika solat kita lengkap dan ditambah dengan solat yang berkualiti. Alhamdulillah, satu petanda yang baik untuk menghadapi alam yang seterusnya setelah alam kubur.
Allah SWT jamin 5 perkara kepada sesiapa yang menunaikan solat dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. :
- Dimurahkan rezeki didunia. : keberkatan rezeki dalam kehidupan seharian.
- Diangkat azab kubur. :Kubur akan terbuka luas seluas mata memandang. Haruman syurga semerbak mewangi.
- Menerima buku catitan amal dengan sebelah tangan kanan di padang mashyar.
- Melalui titian sirat sepantas kilat : Titian sirat setajam mata pedang Nabi Ibrahim a.s dan senipis rambut dibelah tujuh. 1500 tahun perjalanan, seedangkan 1 hari diakhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia. Subhannallah.
- Masuk syurga Allah SWT tanpa hisab.
Bicara Tanpa Suara daripada Allah SWT telah bagi tahu kepada kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAWjutaan rahsia kejayaan diakhirat.
Sekian sahaja.
Renung-renungkan diri dan beramalah kerana Allah SWT maha pengampun dan maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam diri kita. Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan