1. Tiada Perancangan
Banyak peniaga tidak merancang apa yang diperlukan dan bagaimana cara untuk menjalankan perniagaan untuk satu jangka masa yang panjang. Tidak melihat dengan jelas kemana anda mahu pergi akan menyebabkan, anda tidak tahu mana nak pergi. Anda tidak boleh mencapai sasaran dalam sukan memanah, bila tidak ada sasaran. :)
Banyak peniaga tidak merancang apa yang diperlukan dan bagaimana cara untuk menjalankan perniagaan untuk satu jangka masa yang panjang. Tidak melihat dengan jelas kemana anda mahu pergi akan menyebabkan, anda tidak tahu mana nak pergi. Anda tidak boleh mencapai sasaran dalam sukan memanah, bila tidak ada sasaran. :)
2. Aliran kewangan yang buruk
Aliran kewangan yang tidak terjaga akan menyebabkan bisnes gagal. Wang masuk mestilah melebihi perbelanjaan dan kos kos lain. Jangan asyik berbelanja membeli kamera dan lensa tetapi wang pendapatan tidak sebanyak mana.
3. Tiada modal
Terlalu banyak peniaga kecil tidak mempunyai modal yang cukup untuk menjalankan perniagaan, malah untuk sustain perniagaan mereka dalam satu jangka masa yang cukup untuk mendapatkan tapak dalam perniagaan.
4. Tidak Unik
Idea yang unik sangat sukar ditemui. Amat penting untuk perniagaan anda mempunyai satu produk atau perkhidmatan yang unik untuk diketengahkan kepada pelanggan. Ini adalah satu perkara yang membezakan antara anda dengan pesaing anda.
5. Taktik pemasaran yang tidak berkesan
Apabila menghasilkan strategi pemasaran, adalah penting untuk anda mengetahui mengapa mereka membeli daripada anda. Bukan sekadar mahu mereka membeli. Anda perlu tahu mengapa.
6. Tidak fleksible
Taktik pemasaran atau taktik perniagaan mestilah fleksibel. Jangan takut membuat perubahan sekiranya sesuatu taktik tidak berkesan.
7. Tidak mempedulikan pelanggan
Customer service perlu dijaga, malah anda perlu membuat sesuatu perkara yang mungkin anda tidak perlu pun, seperti memberikan nasihat yang berguna, diluarkebiasaan kerja anda.
8. Anda bukan Superman
Jangan cuba membuat semua benda dalam perniagaan anda. One Man Enterprise selalunya tidak akan mencapai greatness, jarang dapat jumpa yang success dengan hebat. Upah orang lain untuk menjalan tugas tugas yang boleh anda berikan supaya dapat mengurangkan beban anda.
9. Boss hebat, staff hampeh
Pastikan pekerja anda adalah terlatih, diberi imbuhan dengan baik dan berkongsi semangat juang yang ada dalam diri anda. Pastikan mereka juga berkobar kobar untuk mencapai kejayaan untuk syarikat.
10. Tumbesaran tidak terkawal.
Kadangkala, apabila market demand terlalu besar untuk anda, dan production anda tidak dapat memenuhi supply, pelanggan anda mungkin akan lari mencari tempat lain. Pastikan anda mendapat tempahan yang anda boleh cover. Jangan marketing saja tapi nanti tak boleh deliver.
Sumber : Seni Fotografi 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan