Dalam sural al-mulk, Allah SWT menyatakan bumi pernah memasuki atau
ditenggelamkan ke dalam kawasan yang padat dengan meteor. Akibatnya, bumi
dientam oleh hujan meteor dan bumi dikatakan akan ditenggelamkan semula ke
dalam kawasan yang sama. Buktinya adalah ayat berikut :
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang
pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang- balikkan bumi menimbus kamu,
lalu bergegarlah bumi itu dengan serta merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah
yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut
yang menghujani kamu dengan batu maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana
buruknya kesan amaranKu?
Dan demi sesungguhnya! Orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada
mereka telah mendustakan (rasul- rasulnya lalu mereka dibinasakan) dengan yang
demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
Surah al-Mulk : Ayat 16
hingga 18
Bahagian terakhir ayat 18 surah al-Mulk menyatakan, "Dan demi sesungguhnya!
Orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-
rasulnya lalu mereka dibinasakan) dengan yang demikian, (perhatikanlah)
bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu." Ini mengisyaratkan bumi pernah
ditenggelamkan ke dalam kawasan yang penuh dengan meteor pada masa lalu dan
perkara yang sama akan berlaku lagi pada masa mendatang. Jadi, ini kitaran
kemusnahan besar-besaran yang pasti akan berlaku.
Dalam ayat yang lain pula, ada dinyatakan :
(Setelah mereka mengejek-ejek dan membuat tuduhan- tuduhan
itu) tidakkah mereka melihat apa yang ada di hadapan mereka dan yang ada di
belakang mereka dari langit dan bumi (dapatkah mereka melarikan diri)? jika
Kami kehendaki nescaya Kami timbuskan mereka di bumi, atau Kami gugurkan atas
mereka ketul-ketul dan serpihan- serpihan dari langit (yang akan membinasakan
mereka). Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang memberi
keinsafan) bagi tiap-tiap hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat dan
berbakti).
Ayat
al-Quran diatas mengandungi perintah Allah supaya manusia mengkaji sejarah
langit an bumi (al-Quran menyebut 'dibelakang mereka') dan juga keadaan langit
dan bumi pada masa sekarang (al-Quran menyebut dihadapan mereka). Tujuannya
adalah supaya manusia dapat meramalkan keadaan langit dan bumi pada masa
hadapan. Dalam hal ini, ayat diatas menjelaskan pada masa lampau, Allah pernah
menggugurkan meteor dari langit ke permukaan bumi. Ini yang menyebabkan
kepupusan dinasor, dan peristiwa semacam ini akan berulang pada masa depan.
Dengan demikian, maka batu-batuan yang ada dibumi perlu diselidiki (dengan manfaat ilmu geologi)
bagi mengetahui tentang sejarah planet kita ini. Misalnya adalah kajian
mengenai batuan yang berada di dalam kawah hasil hentaman meteor, yang mana
kawah meteor mengandungi kandungan iridium yang lebih tinggi berbanding dengan
tanah yang tidak pernah dihentam oleh meteor.
Dalam pada itu, ayat al-Quran diatas mengambarkan urutan
peristiwa, iaitu :
1. Pertama : Pada suatu ketika, Allah akan meneggelamkan bumi
beserta isinya (termasuk manusia) ke dalam kawasan yang penuh meteor); dan
2. Kedua : Akibat dimasukan ke dalam kawasan itu, bumi akan
dihentamkan oleh batu dari langit (meteor).
Sumber : Armagedon 2012 (Muhammad Alexander)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan