Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat
Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab
dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh
500 tahun perjalanan.”
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai
Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan
dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka,
dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang
yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar
berjalan!”
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik!
Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku
sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar
apabila melihatmu.”
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat
Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi
Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah
aku wahai umatku di atas Sirat ini!”
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga
melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung
yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan.
Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat.
Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW
melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan
menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan ke lapan
menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan
dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad
SAW!”
Nabi Muhammad SAW berkata: “Ya Allah! Selamatkan mereka! Ya Allah! Selamatkan mereka!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan