Jumaat, 21 Januari 2011

Kau Sahabat Kau Teman

Hijjaz (Munif Ahmad)

Kau Sahabat Kau Teman 

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Rabu, 19 Januari 2011

Jawatan Kosong Di E-Recruitment

Terdapat 100 jawatan kosong sepanjang 2011.. untuk maklumat lanjut layari E-Recuirement
No.Nombor IklanJawatanTarikh IklanTarikh Tutup
1.S99B2011TUKANG K2 (TUKANG LETRIK)15-01-201131-12-2011
2.S99A2011PEGAWAI KEBUDAYAAN B1715-01-201131-12-2011
3.S98B2011TUKANG K2 (TUKANG BESI)15-01-201131-12-2011
4.S98A2011PEMBANTU LAUT15-01-201131-12-2011
5.S97B2011TUKANG K2 (TUKANG LETRIK KERETA MOTOR)15-01-201131-12-2011





Isnin, 17 Januari 2011

Fadhilat Zikir

Dari Abu Hurairah r.hu katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya apa-apa yang akan aku lakukan terhadap hambaku adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu, dan aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu didalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hatiKu, dan jika dia mengingatiKu dalam perhimpunan maka Aku ingati dia di dalam perhimpunan yang lebih baik (iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci daripada segala dosa). Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekatiKu dengan berjalan, maka aku dekati dia dengan belari.” [Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukahri, Muslim dan Lain-lain]

KETERANGAN
Berbagai-bagai perkara diterangkan dalam Hadith ini. Pertama ‘Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu’ bermaksud, hendaklah kita senantiasa mengharapkan kurniaan dan rahmat daripada Allah SWT, janganlah sekali-kali putus asa daripada rahmatNya. Sememangnya kita adalah pendosa dan kita meyakini bahawa segala dosa dan perbuatan kita itu pasti akan dibalas. Namun begitu, jangan sekali-kali berputus asa daripada rahmat Allah SWT. Adalah tidak mustahil bagi Allah SWT untuk mengampuni keseluruhan dosa kita dengan rahmat dan kemurahanNya semata-mata. Terdapat dalam Al-Quran :

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) denganNya dan Dia mengampuni dosa selain daripada syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya.” [An-Nisa : 116]

Akan tetapi tidaklah semestinya segala dosa akan diampuniNya. Lantaran itulah para ulama mengatakan bahawa iman adalah antara harap dan takut.

Satu ketika Nabi SAW mengunjungi seorang sahabat muda yang berada dalam keadaan nazak, Baginda SAW bertanya kepadanya, “Bagaimana dengan keadaan kamu?” Jawabnya, “Wahai Rasulullah, aku mengharapkan rahmat Allah SWT dan aku takut mengenai dosa-dosa ku.” Sabda Baginda SAW, “Jika kedua-dua yakni harapan dan ketakutan didapati dalam keadaan seperti ini maka pasti Allah SWT akan mengurniakan apa-apa jua yang diharapkan dan menyelamatkan daripada apa-apa saja yang ditakuti.” [Jam-‘ul Fawaaid] 

Jumaat, 14 Januari 2011

Inginkan Tuhan adalah Naluri terindah

Sebahagian pengkaji barat menamakan pencarian Tuhan sebagai aktiviti otak yang tercipta secara semula jadi. Menreka mengandaikan bahawa ia adalah got spot dalam siratan neuron manusia maka dengannya manusia tidak puas-puas mencari kebenaran. Dalam bahasa kita, ia disebut fitrah. Mari kita melihat kewajarannya.

Kisah 1
Firaun adalah antara manusia yang paling keliru di planet bumi kerana pernah mendakwa bahawa dia Tuhan! Merasakan dirinya memiliki kekuasaan, dia sudah layak ditabal sebagai Tuhan Maha Tinggi. Firaun kemudian melaksanakan keyakinannya itu dalam hidup sehariannya. Hasilnya bukan kebaikan tetapi kezaliman yang tidak terperi.

Kita tentu tertanya-tanya tentang fitrahnya atau dimana fungsi god spotnya? Untuk memahami sesuatu drama itu kita perlu menyaksikan sehingga cerita tamat. Ini yang berlaku dalam mencari kaitan firaun dan fitrahnya.
Ketika dia berada di dasar Laut Merah, kakinya memijiak karang sedangkan permukaan laut pula begitu jauh dari kepalanya, dia sedang berada di dasar laut! Dalam lonjakan dan begitu bergelut untuk bernafas mendapatkan udara, Firauan baru sedar siapa dirinya. Saat itulah dia berkata, “Aku beriman dengan Tuhan Musa dan Harun…”

Akhirnya Firauan menemui ajal dengan mati lemas. Dia tumpas dengan air yang tak sempat dikuasainya! Malang bagi Firaun kerana hanya menyedari perkara paling penting hanya pada saat-saat terakhirnya dalam hidupnya. Baru hari itu dia melayan apa yang dibisikan oleh fitrahnya.

Kisah 2
Kisah ini tentang lelaki komunis Melayu pertama. Dia dengan penuh angkuh mengisytiharkan agar dikumpulkan semua mashaf yang berada di dalam rumah orang isalam dan diberikan kepadanya. Dia mahu jadikan helaian al-Quran sebagai kertas pencuci najis! Alangkah angkuh biicara ini. Faham komunis yang menganggap agama islah candu menguasai pemikirannya lalu membentuk keangkuhan melampau.
Sekali lagi kita perlu menunggu sehingga penamat untuk memahami sesuatu drama.

Ketika lelaki ini sedang nazak di pembaringannya, rakan-rakan yang menziarahinya terkejut bersar kerana apabila mereka mengangkat tubuh lemah ini, mereka menemui ada senaskah al-Quran di bawah bantal, betul-betul di bawah kepalanya. Ketika ditanya kepada isterinya, dia hanya menjawab kerana itu permintaan suaminya.

Hairan, bukan? Tetapi itulah kuasa fitrah yang manusia sering cuba ingkar.

Dua kisah manusia ekstrem yang menolak Tuahn di atas cukup bagi kita mendap-at gambaran tentang kedudukan Tuhan dalam diri manusia. Mahu menerimanya atau tidak, ia adalah fitrah yang ada pada manusia sejak manusia itu belum dilahirkan lagi. Oleh itu, masakan manusia boleh mengingkarinya.
Oleh itu daripada kita menentang fitrah tetapi akhirnya terpaksa mengalah adalah lebih baik kita suburkan fitrah kerana daripadanya kita akan memperoleh kekuatan selaku seorang insane. Rasulullah setiap kali bangun daripada tidurnya akan membaca ayat Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, perselisihan antara malam dan siang, ada tanda bagi mereka yang mempunyai mata hati… “

Dengan membandingkan alam sekeliling kemudian merangsang minda secara fitrah, ia akan membawa kita kepada menyaksiakan kebesaran dan keagunagn Tuhan. Masakan tidak, apabila kita melihat bumi yang berputar melawan pusingan jam tanpa hendti dengan kelajuan 3340 km/jam tidakkah kita berfikir siapakah penguasanya? Pada masa yang samabumi di atas orbit yang kukuh berputar melawan pusingan jam dengan kelajuan 108, 000 km/jam. Sekali lagi tidakkah kita terfikir tentang kuasa yang mengurus selia semua ini?
Seorang pelumba Formula One yang memecut kereta lumbanya pada kelajuan 320 km/jam dan Berjaya menaiki podium sebagai juara, kita member tepukan berdiri penuh rasa kagum dan hormat.

Alangkah tidak adilnya kita… Dengan sedikit kehebatan manusia, kita rasa kagum tetapi dengan kemuncak kehebatan Tuhan, kita membutakan mata.!

Marilah kita buat sesuatu yang sejajar dengan fitrah. Bukan memeranginya, kita hakikatnya memerangi dalaman diri kita sendiri.

Kita berada di antara dua tempat gelap : Pertama rahim ibu, kedua kubur. Sinarilah hidup ini dengan kebaikan nescaya kegelapan kedua dilimpahi cahaya.

Rabu, 5 Januari 2011

Mahukan Kesenangan


Manusia selalu mencar-cari kesenangan. Sudah senang, ingin lagi senang. Kesenagan itu tidak pernah terasa. Yang terasa ialah susah. Kesusahan itulah yang menjadi pembicaraan sepanjang hari. Tidak tidur malam hari memikirkan kesusahan. Kesenangan yang dicari, kiranya kesusahanlah yang bersua. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran. Maksudnya :

" Orang-orang kafir itu dalam usaha mereka (mencapai kesenangan dunia) adalah seperti fatamogana di padang pasir. Dari jauh disangka air, setelah mereka sampai ditempat itu, kiranya tidak ada sesuatu pun. Mereka itu disisi Allah dihisab dengan sempurna. Dan Allah cepat sekali menghisab." (An-Nur : 39)

Fatamogana adalah pantulan sinar di padang pasir. Para musafir yang kehausan dibakar terik mentari di padang pasir, tiba-tiba ternampak sungai mengalir di hadapannya. Nampak jelas air sungai mengalir tenang, anak-anak mandi berenang-renang hilir mundik, dan perempuan mencuci kaki di pinggirnya. Kerana sangat haus dan dahaga, maka musafir tersebut belari ke sungai itu. Tetapi, sesampai disana sungai itu hilang, dan yang didapati belaka. Inilah yang sering terjadi di padang pasir. Fatamogana itu bukan sebenarnya sungai, melainkan pantulan sinar matahari kerana sangat panas.

Kesenangan dunia dalam pandangan Allah SWT diumpamakan seperti fatamogana. Dia nampak, tetapi setelah didekati ia pun hilang. Senang yang mutlak di dunia memang tidak ada. Di dalam senang berisi Susah. Senang itu hanya terdapat dalam melamu. Orang-orang bodoh cara berfikirannya lain. Itu sebabnya manusia banyak yang bathil kerana mengharap kaya. Disangkanya kekayaan itu dapat mewujudkan kesenangan. Dengan ini salah. Berfirman Allah SWT di dalam Al-Quran :

"Dan tidak ada kesenangan hidup di dunia ini, bahaya tipu daya (semata)". (Ali Imran : 185)

Mahu Hidup Lama

Sudah menjadi kudrat bahawa manusia tidak merasa puas hidup, tidak ingin mati, dan ingin hidup terus-menerus. Mereka takut mati dan enggan berpisah dengan keluarga. Padahal hidup didunia ini tidak abadi. Semua makhluk ini akan mati. Nabi-nabi, orang yang dianggap suci sekali pun juga akan mati. Demikian juga malaikat dan jin. Kalau ingin juga hidup terus-menerus, maka pilihlah hidup akhirat, sebab disanalah hidup yang kekal, bukan di dunia. Semoga jangan salah pilih.

"Dan (kehidupan) akhirat itu lebih baik dan lebih kekal." (Al-A'la : 17)

Selasa, 14 Disember 2010

Jawatan Kosong SPP


Protal Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran... kalau korang nak mohon mana2 jwtn kosong... pg di website ni...

Jumaat, 10 Disember 2010

Nice View..








Jwatan Kosong : Jabatan Ukur dan Pemetaan Malayisa

IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohanan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakkan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-
Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) N17 (Sambilan)
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi : Perkhidmatan pentadbiran & Sokongan
Taraf Jawatan : Sambilan
Syarat Lantikan :
a.       Warganegara
b.      Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c.       Kelayakan pendidikan seperti berikut :
i.                     Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
ii.                   Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (Termasuk : Lulus Ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
d.      Skop fungsi dan bidang Tugas
i.                     Tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas jabatan/bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan dan statistic.
ii.                   Urusan-urusan perkhidmatan seperti perlantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pertukaran, cuti dan persaraan.
iii.                  Urusan pengemaskinian maklumat HERMIS.
e.      Tempoh Lantikan : Januari 2011 hingga Disember 2011 ( 1 Tahun)
f.        Cara memohon
i.                     Pemohon hendaklah menggunakan boring JUPEM/2011 yang boleh didapati di alamat seperti berikut :-
Pengarah
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Seksyen Topografi Sarawak
Tingkat 7, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga,
93592 Kuching
ii.                   Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, dan salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan bagi kelayakkan yang disyaratkan dan hendaklah disahkan.
iii.                  Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm X 23sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan dipohon dengan HURUF BESAR DAN TARIKH TUTUP.
iv.                 Permohonan yang berikut akan ditolak ;-
1.       Tidak menggunakan boring JUPEM/2011;
2.       Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
3.       Tidak lengkap atau tidak terang/tidak jelas;
4.       Tidak memetuhi syarat yang ditetapkan
5.       Tidak ditulis no. kad pengenalan;
6.       Borang diterima selepas tarikh tutup iklan;
7.       Borang permohonan tidak ditandatangani.
v.                   Tarikh Tutup Permohonan : 17 Disember 2011

Isnin, 6 Disember 2010

Kesyahidan Hazrat Anas r.hu

Hazrat Anas bin  Nadhr r.hu ialah seorang sahabat yang tidak dapat menyertai peperangan badar. Beliau sedih tentang perkara itudan telah mengutuk dirinya dengan berkata, “Badar adalah peperangan yang pertama dan agung dalam islam sedangkan engkau tidak dapat menyertai peperangan itu.”.

Belau bercita-cita sekiranya ada peperangan lain maka beliau akan tunaikan tuntutan semangatnya. Secara kebetulan peperangan Uhud pun tiba maka beliau telah pun menyertai peperangan itu dengan penuh kepahlawanan dan keberanian. Dalam peperangan uhud, orang islam telah menang pada permulaan perang itu. Tetapi, akibat satu kesilapan, orang islam akhirnya kalah. Kesilapan tersebut berlaku begini. Rasulullah saw telah menetapkan beberapa orang disebuah bukit yang tertentu dengan bersabda, “Selagi saya tidak beri arahan, kamu jangan tinggalkan bukit itu kerana musuh mungkin akan menyerang dari tempat itu”.

Orang islam telah menang pada permulaannya. Kemudian apabila tentera-tentera yang berada diatas bukit melihat orang kafir melarikan diri maka kebanyakan mereka telah turun dari bukit itu dengan menyangka bahawa peperangan sudah berakhir. Oleh itu mereka berlari-lari mengejar orang kafir untuk mendapatkan harta rampasan. Ketua jemaah tersebut telah melarang dengan berkata, “Ini ialah larangan Rasulullah saw, kamu jangan tinggalkan tempat ini.”

Walaubagaimanapun, mereka menyangka bahawa perintah Rasulullah saw hanya semasa pertempuran sahaja. Oleh itu, mereka turun dari tempat tersebut dan menuju ke medan. Semasa melarikan diri, orang kafir telah Nampak bukit itu telah dibiarkan kosong lalu mereka pun dating dari arah tersebut dan membuat serangan. Pada ketika itu orang islam berada dalam keadaan leka. Tanpa disedari, orang kafir telah melancarkan serangan mengejut dan ini menyebabkan orang islam berasa tertekan. Tambahan pula, orang islam berada di tengah-tengah orang kafir yang menyerang dari kedua-dua arah.Oleh sebab itu mereka lari tidak tentu hala.
Hazrat Anas r.hu telah ternampak seorang sahabat, Hazrat Sa’ad bin Ma’az r.hu dating dari arah hadapan. Beliau berkata, “Wahai Sa’ad, kemana engkau hendak pergi? Demi Allah, keharuman syurga sedang dating dari arah bukit Uhud.”

Setelah berkata sedemikian beliau menyerbu kearah kumpulan orang kafir dengan pedang yang masih terhunus di tangan. Selagi tidak syahid, selagi itu beliau tidak akan pulang. Setelah gugur syahid, didapati badannya telah tercedera parah. Terdapat lebih daripada lapan puluh liang luka pada badanya akibat terkena pedang dan anak panah. Saudara perempuan  beliau sahaja yang dapat mengenalinya melalui hujung jari beliau.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Luwak Kopi Halal Paling Mahal



Indonesia : Kopi Luwak iaitu kopi yang dikutip hasil dari najis musang mendapat sambutan tangat di Indonesia. Dikatakan kopi paling majal di dunia harganya sekilogram boleh mencecah U$440. Ia boleh didapati di kepulauan Jawa, Sumetra dan Sulawesi serta beberapa Negara di Asia Tenggara. Kopi Luwak hanya boleh dihasilkan sebanyak 450 Kilogram saja setahun. Isu kopi Luwak menjadi hangat apabila ada yang mempersoalkan sama ada ia halal diminum oleh orang Islam kerana ia dating dari najis musang. Setelah mengadakan perbincangan yang agak panjang, akhirnya Majlis Ulama Indonesia memutuskan, kopi  itu halal dengan syarat biji kopi itu dibersihkan sebelum diproses.




Rabu, 21 April 2010

Doa Maulana Saad di Medan Ijtimak 2009

Doa Maulana Saad


Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami

Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami

Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan

Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami

Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami

Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami

Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu

Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah

Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai

Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai

Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat

Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah

Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu

Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini

Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama

Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu

Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat

Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah.

Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya

Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw

Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat

Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami

Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami

Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami

Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini

Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat

Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat

Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil

Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil

Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil

Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq

Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami

Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami

Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan

Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting

Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .

Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.

Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu

Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dan Engkau Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami.

Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )

Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu

Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa

Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat

Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini

Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3 X )

Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami taufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu

Ya Allah Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Metaati Perintah-Perintah Mu

Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka.

Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit

Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami

Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami

Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka

Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat

Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami

Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami

Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami


Ameeen Ya Rabbal Alameeen

Jumaat, 16 April 2010

Kerana Nilai Setitik Rosak Susu Sebelanga

Majoriti masyarakat yang tidak kenal secara dekat memandang negatif kepada Jemaah Tabligh. Pantang sahaja ada ruang dan titik lemah pasti Jemaah Tabligh akan dilanyak habis-habisan layak statusnya lebih rendah daripada penjenayah dan kaki maksiat. Tak kurang juga orang yang lebih ilmu agamanya memandang sebelah mata terhadap Jemaah Tabligh.


Jemaah yang memperjuangkan 6 prinsip yang diamalkan oleh Para Sahabat tidak pernah melabelkan mereka sebagai Jemaah Tabligh. Jemaah yang mengajak umat Islam kembali kepada Al-Quran dengan cara hidup yang ditujukkan oleh Rasulullah SAW. Jemaah yang sentiasa mengajak Solat Berjemaah di masjid, bersangka baik kepada Allah dan sesama Manusia, menghormati yang muda dan memberi khidmat pada yang tua, membudayakan membaca kitab setiap hari di rumah dan masjid, mengamalkan akhlak baik, berkongsi ilmu walaupun sedikit, mengajak kita mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam kehidupan dan banyak lagi aktiviti baik yang bertentangan dengan amalan kehidupan moden.

Mana yang lebih baik seandainya seorang pemuda Islam itu mengikut Jemaah Tabligh atau mengikut Jemaah Rempet, dadah dan jenayah? Yakinlah ramai dikalangan kita tidak kisah jika anak bangsanya tercebak dalam dunia rempet, dadah dan jenayah daripada ikut Jemaah Tabligh. Agama lain memang sudah lama tidak suka kepada Jemaah Tabligh yang sentiasa sahaja bertebaran di seluruh dunia tanpa dibayar oleh sesiapa dan lebih malang lagi apabila umat Islam sendiri juga membeci Jemaah Tabligh.

Jemaah Tabligh juga manusia yang sentiasa dibisikan kata-kata hasutan oleh Iblis durjana jadi sudah pasti ada kes-kes terpencil seperti kes kahwin bawah umur dan pencabulan. Jangan hanya kes-kes terpencil ini maka Jemaah Tabligh yang banyak jasanya kepada perkembangan Islam di dunia dilabelkan dengan label yang negatif.

Tak kenal maka tak cinta. Ambilah peluang untuk mengenali Jemaah Tabligh dan azam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kita keluar ke jalan Allah SWT. Siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk bertebaran di seluruh muka bumi menegakan Islam sekarang? Jemaah Tabligh sekarang ada dimana-mana, dikota, di desa, di bandar dan dimana-mana sahaja dipelusuk dunia. Jemaah Tabligh sekarang berada di seluruh seantero dunia. Adakah lagi Jemaah Islam yang berbuat demikian?? Adakah sesiapa yang di dunia ini yang sanggup mengorbankan hartanya untuk pergi seantero dunia semata-mata nak sebarkan agama Islam?? Adakah sesiapa di dunia ini yang sanggup meninggalkan anak-isteri-kampung semata-mata untuk meyebarkan agama Islam di seluruh Alam???

Jemaah yang sentiasa merendah diri, berdiam diri dengan segala tomahan. Belajar-belajar macam mana agama boleh tersebar ke seluruh alam. Macam mana nak sampaikan agama kepada manusia di hujung-hujung dunia?? Fkir ini lah yang Sahabat dan Rasulullah SAW buat. Sehingga Agama tersebar ke seluruh alam.

Oleh itu, berhentilah menagatakan bahawa jemaah ini, jemaah yang tak betul dan macam-macam perkara negatif, kerana kita adalah satu umat. Kena satu fikir dan satu hati dan barulah agama ini akan hidup seperti mana di zaman Rasulullah SAW. Jaganlah membeci jemaah ini semata-mata merka tidak suka dengan parti politik kita dan mereka tidak suka akan politik.

“Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:’Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu.” (QS. 29:19-20)

“Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu” (Al An’am: 11)

Khamis, 1 April 2010

Doa Hazrat Abullah Bin Jahsh dan Hazrat Sa’ad r.anhuma

Dalam Peperangan Uhud, Hazrat Abdullah Bin Jahsh r.hu telah berkata kepada Hazrat Sa’ad bin Abi Waqas r.hu, “Marillah kita berdoa bersama-sama. Setiap orang berdoa sesuai dengan keinginan dan yang sorang lagi mengaminkan doa itu, maka peluang untuk doa itu diterima ialah lebih besar.” Kedua-dua mereka telah pergi ke satu penjuru dan berdoa.

Mula-mula Hazrat Sa’ad r.hu berdoa, “ Ya Allah, eso, sewaktu peperangan berlaku, tentukkan untuku seorang lawan yang sangat berani dan dia melawan dengan bersungguh-sungguh. Biarlah dia menyerangku dengan garang dan aku menyerangnya dengan hebat. Kemudian kurniakanlah kepadaku kemenangan ke atasnya supaya aku dapat membunuhnya di jalanmu dan supaya dapat aku memilki harta rampasan.” Maka Hazrat Abdullah r.hu telah mengatakan Amin.

Selepas itu, Hazrat Abdullah r.hu pula berdoa, “Ya Allah, esok dalam medan peperangan, tentukanlah aku dengan seorang pahlawan yang akan menyerangku dengan hebat. Aku akan menyerangnya dengan bersungguh-sungguh dan dia pun akan melawan aku dengan hebat. Kemudian biarlah dia membunuhku lalu memotong hidung dan telingaku. Kemudian pada hari akhirat, apabila dibentangkan amalan dihadapanMu, Engkau akan berkata, “Wahai Abdullah, kenapakah hidung dan telingamu telah dipotong?” Lalu aku akan menjawab, “Ya Allah hidung dan telingaku ini telah dipotong di jalanMu dan di jalan RasulMu.” Kemudian Engkau akan berkata, “Benarlah, ia telah dipotong di jalanKu.” Hazrat Sa’ad r.hu berkata Amin.”

Pada keesokan hari, peperangan telah berlaku. Doa kedua-dua mereka telah dimakbulkan sebagaimana yang telah di pinta [Tarikhul-Khamis]. Hazrat Sa’ad r.hu berkata, “ Doa Hazrat Abdullah bin Jahsh r.hu lebih baik daripada doaku. Pada waktu petang aku dapati telinga dan hidungnya telah dicucuk dengan benang.”

Dalam peperangan Uhud itulah, pedang Hazrat Sa’ad r.hu telah patah. Rasulullah SAW telah member kepada beliau sebatang ranting yang kemudiannya bertukar menjadi pedang sebaik sahaja dipegang oleh beliau. Pedang itu menjadi miliknya untuk beberapa lama dan kemudian dijual dengan harga dua ratus dinar [Isobah]. Dinar ialah matawang bagi emas.

Keterangan
Dalam kisah ini terdapat beberapa pengajaran. Pertama, dari segi keberanian yang sejati. Pahlawan sejati sentiasa bercita-cita untuk bertemu dengan musuh yang gagah berani. Kedua, dari segi ketulusan cinta. Hazrat Abdullah bin Jahsh r.hu yang cintakan Allah SWT ingin supaya badannya dicincang di jalan Allah SWT dan berharap apabila Allah SWT bertanya “ Kenapa ini semua terjadi?” Beliau akan menjawab demi untukMu.” [Tarikhul-Khamis]

Rabu, 31 Mac 2010

Kau Karkun Sekarang

Aku dengar kau karkun sekarang, kawan
Minima 2½ jam setiap hari
3 hari setiap bulan
Setiap tahun empat puluh hari
Tanpa jemu

Datang kau sekarang dengan jubah, putih
Senyum kau sekarang dengan siwak, bersih
Dagumu berjanggut
Beratmu yang susut
Apa khabar saudaraku, sekian lama tidak ketemu

Bukankah kau anak kampung yang aku kenal dahulu
Yang datang si dara, kau bersiul berlagu
Yang datang si janda, kau malu tersipu
Di tepi parit, di tembok jambatan
Kau, aku dan gitar-gitar
Di waktu Maghrib, dihalau azan
Kau, aku terketar-ketar

Bukankah kau pemuda yang selalu berkata dahulu
Hidup ini tanpa lagu rock
Seperti ayam tidak berkokok
Bak kenyang yang tidak cocok
Kalau tidak menghisap rokok

Falsafah kita bersama:
Kau, aku dan kerjaya
Biarlah tidak kaya-raya
Asalkan kita boleh bergaya

Sekarang lihatlah
Betapa cerah
Sinaran wajah
Penghuni jannah InsyaAllah

Aku dengar kau giat tabligh sekarang, kawan
Dari surau ke surau
Dari kampung ke kampung
Dari pulau ke pulau
Dari tanjung ke tanjung
Kau jelajah ia
Kau daki ia
Kau redah ia
Kau takik ia
Satu persatu cabaran, dengan tabah kau tawan

Aku dengar kau alim sekarang, kawan
Bahasamu berlapik, tuturmu halus belaka
Tidak lagi memekik, macam orang Melaka
Jelinganmu rendah, matamu sejuk bak salji
Isterimu berpurdah, anakmu khusyuk mengaji
Seleramu buta, tidak akan memilih
Asalkan ada, tidak akan merintih

Kau yang aku lihat
Dan
Kau yang aku ingat:
Bak siput dan kilat

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau bertamu di teratak murahku?
Yang aku menangi mudah
Dari loteri tajaan syarikat jamu?
Yang aku hiasi meriah
Dengan potret gadis idaman kalbu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau menjamah masakan hidanganku?
Seorang yang tidak bersolat
Yang berdoa bila perlu?
Seorang yang sujud untuk menayang
Yang dia alim
Muslim bermutu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau datang menziarahiku?
Sedang kau menasihat dan bermesyuarat
Biarlah aku hidang teh dan air jus
Sedang kau bersyarah dan bertazkirah
Biarlah aku tenung anak matamu
Dan aku khayal mengelamun
Dan aku berangan sampai ke Jepun
Kata-katamu
Tidak meninggalkan kesan
Ia berlalu
Dari telinga kiri ke kanan

Oh
Kawan lamaku, si karkun
Usaha murnimu yang tekun
Adakah
Kau menghargai sama
Pengalaman lama?
Mahukah
Kau menilai semula
Persahabatan kita?
Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah?

***Sekian, sajak di atas diambil dari blog azhar jaafar

Selasa, 30 Mac 2010

Pengorbanan Datangkan Hidayat

Agama perlukan pengorbanan harta, diri dan masa. Agama bangkit dengan pengorbanan, susah payah dan mujahadah Nabi Muhammad SAW dan Sahabat r.huma. Bilal r.hu belajar hakikat iman di tengah padang pasir yang panas, batu atas perut dan dicemeti siang dan malam. Hari ini agama perlukan pengorbanan dari setiap orang. Hari ini, semua manusia inginkan kesenangan, kemewahan, kebahagiaan sedangkan perintah Allah SWT dan sunnah Nabi Muhammad SAW ditinggalkan. Hari ini semua manusia inginkan kejayaan yang sangat-sangat sementara. Sedangkan itulah kebinasaan. Disangkakan dia berpangkat, sudah berjaya. Disangkakan banyak harta, sudah berjaya. Sedangkan Allah SWT meletakkan kejayaan manusia hanya dalam agama. Taat perintah Allah SWT, Ikut sunnah Nabi Muhammas SAW. Bukan maksud saya, tak boleh nak berpangkat, tak boleh nak berharta. Kalau kita ada pangkat, harta dan segala jenis kesenangan yang kita rasa "kejayaan", maka gunakanlah kesenangan itu untuk agama Allah SWT.

Alangkah indahnya kehidupan jikalau orang yang kesenangan harta, diri dan masa boleh taat perintah Allah SWT. Dalam apa juga keadaan sekali pun kalau seseorang itu taat perintah Allah SWT, maka dia adalah seorang yang berjaya disisi Allah SWT.

Orang yang miskin, kalau dia taat perintah Allah SWT, Ikut sunnah Nabi SAW dalam kehidupannya maka di adalah seorang yang berjaya di sisi Allah SWT, walaupun dia tidak mempunyai sebarang harta.

Orang yang kaya, kalau dia taat peintah Allah SWT, Ikut sunnah Nabi SAW dalam kehidupannya maka dia adalah seorang yang berjaya di sisi Allah SWT, walaupun dia mempunyai segala kekayaan dunia ini.

Seorang petani, peniaga, cikgu, pegawai, perdana menteri dan seluruh umat dalam pelbagai keadaan sekali pun, kalau dia taat peintah Allah SWT, Ikut sunnah Nabi SAW dalam kehidupannya maka dia adalah seorang yang berjaya di sisi Allah SWT.

Allah SWT tak pandang pangkat, darjat, harta, kekayaan, kemewahan, kesenangan yang ada pada seseorang itu, yang Allah SWT nak tengok ialah bagaimana keadaan iman dan amal seseorang itu.

Masalah umat seluruh alam hari nie bukannya masalah orang buang bayi hidup-hidup, bukan masalah orang minum arak, bukan lah masalah GRO sana-sini, bukan lah masalah bunuh sana-sini. Masalah utama umat hari ini adalah masalah IMAN selagi iman yakin umat hari ini tidak di perbetulkan maka selagi itu lah masalah demi masalah akan datang pada umat ini. Cara nya bagaimana? Ikut cara bagaimana Nabi SAW ubah keadaan Arab Jahiliah dahulu kala. Uamt yang mana keadaannya lebih kurang dengan keadaan umat hari ini. Zaman Arab Jahiliah pun, orang tanam anak perempuan hidup-hidup. Hari ini lagi teruk, bukan anak perempuan sahaja yang di buang hidup-hidup, lelaki-perempuan di buang hidup-hidup tanpa belas kesihan. Zaman Arab Jahiliah, minum arak siang dan malam. Hari ini lagi teruk, orang islam sendiri pun minum arak siang dan malam. Dan banyak lagi kejahilan umat hari ini yang sama, malah lebih teruk dari kejahilan Arab Jahiliah. Nabi SAW telah datang tarbiah keadaan manusia yang tidak taat perintah Allah SWT, maksiat sana-sini, sembah berhala. Dan Nabi SAW telah usaha ke atas iman yakin para sahabat. Siang, malam, pagi, petang Nabi SAW telah jumpa umat. Lorong ke lorong, pintu ke pintu, ajak manusia kepada perkara yang hak. Dari yakin pada makhluk, bawa yakin manusia kepada Allah SWT.

Hari ini, kita kena buat perkara yang sama, lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu cakap tentang kebesaran Allah SWT. Allah SWT Khalik, Malik dan Razik.

Maka dalam keadaan umat jauh dari agama ini, pengorbanan dari setiap tuan-tuan yang ada kalimah tayyibah sangat-sangat diperlukan.