Rabu, 5 Januari 2011

Mahu Hidup Lama

Sudah menjadi kudrat bahawa manusia tidak merasa puas hidup, tidak ingin mati, dan ingin hidup terus-menerus. Mereka takut mati dan enggan berpisah dengan keluarga. Padahal hidup didunia ini tidak abadi. Semua makhluk ini akan mati. Nabi-nabi, orang yang dianggap suci sekali pun juga akan mati. Demikian juga malaikat dan jin. Kalau ingin juga hidup terus-menerus, maka pilihlah hidup akhirat, sebab disanalah hidup yang kekal, bukan di dunia. Semoga jangan salah pilih.

"Dan (kehidupan) akhirat itu lebih baik dan lebih kekal." (Al-A'la : 17)

Tiada ulasan: