Jumaat, 8 April 2011

Berselawatlah Kalian

Muhammad bin Abdullah atau Nabi Muhammad yang dimaksudkan di dalam buku ini adalah nabi dan utusan Allah. Bagi orang Islam, apabila bertemu dengan perkataan tersebut, digalakkan bersalawat (berdoa) untuknya.

Di dalam al-Quran, surah al-Azhab ayat 56, Allah menyatakan yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Al-Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad bepesan "Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling berselawat kepadaku."

Bacalah selawat, "Allahuma solli 'ala saidina Muhammad wa'ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin''. Maksudnya, "Ya Allah, kurnikanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabat beliau."

Tiada ulasan: