Jumaat, 8 April 2011

Tugas Umat Akhir Zaman Melaksanakan Tugas Ambia

Nabi Muhammad SAW adalah rasul dam nai terakhir:

"... Rasul Allah dan penutup nabi-nabi." (Surah al-Azhab, ayat 40)

Ini bermakna selepas Nabi Muhammad, tidak akan ada lagu nabi dan rasul. Implikasi daripada hakikat ini adalah segala tugas dan tanggungjawab mengingatkan manusia tentang al-Quran berada di atas bahu setiap muslim.

Al-Quran mengandungi banyak perkataan "sunnatullah". yang bermakna cara Allah atau hukum-hakam Allah". Al-Quran menegaskan hukum-hakam itu kekal releven sepanjang masa dan tidak berubah.

"Yang demikian adalah menurut "sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang lalu dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "sunatullah" itu." (Surah al-Azhab, ayat 62)

"Dan tidaklah menjadikan kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Dia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan kami dan tidaklah menjadi kebiasaan kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim." (Surah al-Qasas, ayat 59)

"Sesiapa yang beroleh petunjuk (menurutpanduan Al-Quran), sesungguhnya faedah petunjuk yang didapati itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) dan tidaklah kami mengazabkan sesiapa pun sebelum kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)." (surah al-Israk, ayat 15)

Berdasarkan ayat-ayat di atas, amak tugas seorang muslim adalah berdakwah bagi menyampaikan ajaran Islam ke seluruh alam. Mereka yang bertungkus lumus menyampaikan ajaran islam dakan diselamatkan daripada pelabagai bencana itu. Seperti anggota polis, dia memiliki pakian serangam dan tugas. Tugasnya menjaga keselamatan dan disiplin masyarakat. Dalam perumpamaan polis tadi, apabila seseorang itu sudah memakai pakaian seragam polis tetapi tidak menjaga keselamatan dan disiplin, dia tidak dianggap sebagai seorang polis. Hakikat ini terpakai pada individu yang bergelar muslim. Seperti polis, seseorang Muslim juga memiliki pakaian yang melambangkan identiti Islamnya. Dia juga mempunyai tugas. Pakaian seorang muslim ialah rukun Islam, iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Tugasnya pula berDAKWAH bagi menyebarkan hidayah rahmat ke seluruh alam. Jika seseorang muslim itu hanya menjalankan rukun Islam, dia sekadar seperti orang yang memakai pakaian Islam. Namun, seleagi dia belum menjalankan tugas DAKWAHnya, dia belum dikira SEMPURNA. DAKWAH itu menyebabkan seseorang ataupun sesuatu kaum itu diselamatkan daripada bencana atau pun tidak. 

"Dan tiadalah kami membinasakan mana-mana negeri (yang dibinaskaan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu. Rasul-rasul pemberi amaran. Memperingatkan mereka dan kami tidak sekali-kali berlaku zalim." (surah asy-syu-arak, ayat 208 - 209)

Kewujudan tanda-tanda kiamat, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi Muhammad iaitu gempar bumi di barat, timur dan wilayah Arab, dan kemunculan dajal, asap dan Yakjuj & Makjuj, membuktikan beliau memang layak di utus untuk umat akhir zaman.

Tiada ulasan: