Khamis, 18 Mac 2010

Kisah Hidup Nabi Muhammad SAW (eisode 2)

Nabi Muhammad s.a.w merupakan putera kepada Abdullah bin Abdul Mutalib. Ibu Baginda bernama Aminah bin Wahab berasal daripada kalangan suku kaum Quraisy yang dii pandang mulia ketika itu. Kedua-dua nasabnya masih mempunyai hubungan kekeluargaan daripada kakandanya yang kelima. Tetapi pergaulannya tidak bertahan lama, kerana ayahnya telah meninggal dunia ketika Muhammad masih berada dalam kandungan ibunya. Baginda tidak mengetahui keadaan ayahnya. Nabi Muhammad s.a.w tidak mewarisi peninggalan harta benda yang tetapi hanya berbekalkan beberapa ekor unta. Keluarga baginda bukanlah dari gologan hartawan.

Ketika menerimakelahiran dimuka bumi ini Baginda s.a.w sudah digolongkan sebagai anak yatim. Mencari ibu susuan daripada golongan mulia sudah menjadi kebiasaan masyarakat Mekkah pada ketika itu, dengan harapan agar ianya mempegaruhi bayi tersebut.

Pada saat itu Halimatul Sa’diah hadir kepangkuan Baginda s.a.w. Beliau menawar diri sebagai ibu susu Nabi Muhammad s.a.w. Hasil persetujuan seluruh ahli keluarga, Nabi Muhammad di bawa bersama ke rumah Halimatul Sa’diah sebagai ibu susu untuk tempoh selama 2 tahun. Ketika Nabi Muhammad di bawah asuhannya di saat merwat Nabi Muhammad, Haliwatul Sa’diah berasa semakin gembira dan kedudukan ekonominya semakin bertambah. Binatang ternakannya membiak dengan sihat dan sempurna tanpa sebarang jangkitan kuman. Tanamannya bertambah subur.

Sa’diah amat merasai perbezaan kegembiraan dalam disupnya sebelum dan sesudah memelihara serta mengasuh Nabi Muhammad s.a.w. Sesudah tiba tempoh yang di tetapkan Halimatul Sa’diah menemui ibu Nabi Muhammad s.a.w iaitu Aminah. Aminah meminta tempoh tambahan 2 tahun lagi untuk mengasuh Baginda s.a.w. Perbincangan bersama hli keluarga dilakukan dan mereka mempersetujui untuk menyerahkan Nabi Muhammad s.a.w kembali kepada Halimatul Sa’diah bagi tempoh 2 tahun lagi. Secara keseluruhannya. Nabi Muhammad s.a.w berada di bawah asuhan Halimatul Sa’diah selama 4 tahun.

Tempoh 4 tahun berada di bawah asuhan Halimatul Sa’diah membuatkan beliau masih terasa berat untuk mengembalikan Nabi Muhammad s.a.w kepada ibunya. Sebagai memenuhi tuntutan perjanjian, Nabi Muhammad s.a.w diserahkan kepada ibunya Aminah yang begitu menantikan ke pangkuannya untuk diasuh di dalam rumahnya ketika berusia 5 tahun itulah Nabi Muhammad s.a.w berpeluang untuk berada dibawah asuhan ibunya Aminah.

Tiada ulasan: