Jumaat, 1 Mac 2013

Kenapa Aku Masih Gagal


Teringat pada satu komen dalam salah satu post di facebook mengenai satu soalan yang ditanyakan oleh seorang ahli motivasi terkenal di Malaysia "kenapa masih ada orang gagal setelah berusaha?" Sewaktu saya menjadi pembimbing rakan sebaya waktu di sekolah dahulu, saya sering juga ditanyakan oleh kawan kawan dengan soalan seperti ini.

"Kenapa aku asyik gagal dalam exam jer walaupun dah berusaha dengan kuat?"

"Kenapa aku nampak sorang roomate aku ni asyik study saja siang malam tapi result exam bawah 3 pointer juga...."

Sudah tentu, apabila saya ditanya soalan, saya akan menjawab sekadar yang termampu. Mungkin saya bukan lah orang yang paling layak untuk menjawab soalan ini kerana saya bukanlah orang yang boleh dianggap berjaya tapi sekadar mahu berkongsi pengalaman sahaja. Ya, memang ini soalan yang sering terbuntu di benak fikiran ramai orang termasuk saya sendiri, tapi setelah lama melihat, memerhati dan mengkaji tentang orang orang yang usaha tapi gagal ini, saya boleh merumuskan bahawa....

Mustahil orang yang berusaha akan gagal!!

Kemudia mereka bertanya lagi

"Tapi saya dah belajar siang dan malam, bermati-matian tapi masih lagi gagal untuk dapat straight As... Kenapa?"

Jawapan saya mudah..  

Macam mana anda tahu yang anda sudah berusaha bermati-matian??

Soalan di jawab dengan soalan. Sengaja!  

Teruskan bersusaha dan jangan sesekali putus asa kerana tuhan itu Maha Adil. Pada mereka yang berusaha pasti mereka akan berjaya. Walaupun saya juga tidak pernah dapat straight As dalam mana mana peperiksaan dalam hidup saya sehingga ke hari ini, setelah berusaha namunsaya mempunyai ramai kawan kawan yang mendapat staright As dalam peperiksaan mereka. 

Dan apa yang saya perhatikan ialah mereka tidak pernah give up dalam pelajaran... (alangkah baiknya kalau saya menyedari hakikat ini semasa saya di tingkatan satu dahulu... ). Ingatlah saat kita berputs asa itulah sebenarnya waktu kita benar benar akan gagal dalam apa yang kita ceburi. Benar kejayaan itu memang sangat sukar untuk dicapai tetapi apa yang penting ialah kita berusaha untuk mendapatkannya.

Ada juga yang mengatakan bahawa mereka gagal kerana diuji oleh tuhan ataupun ini adalah sebagai satu qada dan qadar yang telah ditentukanNya. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. Setakat hari ini saya belum pernah jumpa pelajar yang study hard and study smart tetapi dalam mana mana exam yang diambil. Tuhan itu maha pengasih dan tidak mungkin akan menghampakan perasaan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh hambanya untuk berjaya hatta masuk ke syurga tuhan pun perlu usaha (walaupun hakikatnya masuk syurga itu bukan kerana iman dan amalan kita tetapi kerana RahmatNya). Maka, dari sinilah kita boleh melihat bahawa memang tuhan menyuruh hambanya agar berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu yang mereka kehendaki. Capailah rahmat Allah itu dengan berusaha bersungguh sungguh.

Sesungguhnya Allah amat suka kepada mereka yang bersungguh-sungguh. Firman Allah yang bermaksud :-

"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (berbuat baik)."
(Surah Al-Baqarah ayat 195)

Cubalah kita bermuhasabah, mengapa kita gagal mencapai matlamat yang kita kehendaki dalam hidup ini terutamanya bagi mereka yang bergelar pelajar, siswa atau siswi. Mungkin kita adalah seorang yang kaki study hard tetapi bukan kaki study smart. Siang malam kita berkepit dengan buku sahaja dan menghafal namun kosong dari memahami apa yang dibaca dan dihafal.

Dan apabila keluar keputusan kita berkata,

"Kenapa gagal lagi nih... mesti ada salah periksa"

"Mustahil aku boleh gagal, aku dah belajar sungguh-sungguh"

Mari kita  tanya kepada pelajar-pelajar cemerlang bagaimana mereka study smart walaupun mungkin  tidak ramai pelajar cemerlang akan mengaku kaedah yang mereka amalkan. Setiap kali saya tanya pelajar cemerlang, mereka pasti kata

"tak de rahsia pun, baca jelah buku". 

"Saya bukan orang genius"

Bagi saya, ini adalah salah sama sekali. Mustahil hanya dengan baca buku sahaja seseorang itu dapat memiliki keputusan yang cemerlang. Justeru, bukan hanya 'genius' seseorang itu dapat memiliki keputusan yang cemerlang. Tetapi dengan usaha dan bijak dalam mengatur 'strategi pembelajaran'. Orang yang ditakdirkan memiliki tahap pemikiran yang agak 'lambat' juga mampu berjaya. Hanya dengan usaha dan tawakkal!

Saya pun sering kali gagal mencapai matlamat study saya sehingga ke hari ini. Saya tidak pernah memiliki perfect score dalam apa jua subjek peperiksaan yang saya ambil namun saya yakin, jika kita berusaha lebih kuat lagi, InsyaAllah kita pasti akan berjaya. Teruskan berusaha semaksimum yang mungkin dan teruskanlah berusaha sampai bila- bila kerana kejayaan itu memang bukan mudah untuk dicapai.

Janganlah kita menyalahkan takdir ataupun sesiapa sahaja di atas semua yang terjadi jika kita gagal kerana tidak berusaha. Allah beri kita pilihan samada mahu atau tidak untuk berjaya, sama ada ke arah kebaikan atau kearah keburukan. Jika kita berusaha dengan cara yang betul, mengatur strategi pembelajaran dengan sebaiknya, InsyaAllah kita pasti tidak akan gagal.

Kita yang membenarkan pemikran kita dikuasai oleh perkara yang baik atau jahat. Sekiranya kita berfikir kita akan gagal sebelum bertindak, maka sudah pasti kita akan gagal. Ingatkah kita kepada Thomas Edison yang telah berjaya menghasilkan lampu? Cuba bayangkan jika Thomas Edison berputus asa dalam proses menghasilkan lampu, nescaya pasti dunia ini akan bergelap ,  dia tetap berusaha sehingga 1000 kali untuk mengahsilkan lampu yang akan menerangi dunia. Maka, ubahlah mind setting' kita, Allah Maha Adil, setiap yang berusaha Allah tetap beri. Walaupun bukan yang dia ingini tapi Allah tetap gantikan dengan apa yang dia perlukan.


Maka, tiada yang GAGAL jika berusaha. Hanya belum ada rezeki lagi untuk berjaya.

Dan apa yang lebih penting ialah kita mestilah sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita dapat dalam hidup ini walaupun apa yang kita perolehi itu bukan yang kita inginkan. Terimalah ia dengan hati yang terbuka dan berazam untuk dapatkan keputusan atau natijah yang lebih baik pada masa akan datang. Jangan mudah putus asa. Lebih baik gagal setelah berusaha sedaya yang mampu daripada langsung tidak berusaha.

Sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini and diberi kejayaan di akhir usaha yang telah kita lakukan kerana Tuhan itu Maha Besar dan lagi Maha Adil. Ingatlah satu pepatah 

" What You give, you get back "

"Kejayaan tidak akan bergolek, maka perlu pada usaha untuk mendapatkannya"

Selamat Berusaha!

Sumber : iluvislam

Tiada ulasan: