Jumaat, 6 Januari 2012

Impian Yang Mesti Tercapai

Suatu hari kita menjamah makanan yang sangat lazat. Keenakannya membuatkan hati ini seolah-olah berkata ingin dimakan kesemuanya. Meja yang besar cuba dipenuhi, namun perut yang kecil menjadi penghalang. Selesai sahaja kita makan, perut sudah mula memulas. Nafas semakin lelah. Bahkan perut yang penuh tidak membuatkan kita teruja untuk menyuap lagi hidangan walaupun dijamu menu yang lebih menyelerakan. Bukan tidak sedap. Tetapi itulah dinamakan resmi perut, bila lapar semuanya manis, bila kenyang semuanya pahit.

Bagaimana pula dengan pelaku maksiat? Bermula dengan rokok, kemudian arak, berjudi, ke disko dan akhirnya terjebak ke kancah penzinaan. Semua jenis wanita sudah dia guli. Dari yang berkulit sawo matang, kuning langsat, hinggalah hitam berkilat. Lalu akhirnya, jika ditanya kepada dia. Apa lagi yang dia mahukan? Adakah tidak merasa bosan. Bukankah klimaks segala maksiat sudah dikecapinya?

Syurga didepan mata?
Inilah realiti dunia. Ada awal, ada juga kesudahannya. Kesimpulannya, anda sama sekali tidak akan mendapatkan kebahagiaan di dunia daripada awal hingga akhir kecuali kesudahan yang mencacatkan! Jika kita inginkan kebahagiaan tanpa kebosanan carilah syurga. Namun ramai yang tidak mencarinya hanay kerana ia tidak nampak di hadapan mata. Berapa ramai yang berimaginasi rumah idaman, kereta idaman, anak dan keturunan. Namun jarang orang berfikir tentang istana syurga masa hadapan.

Nabi S.A.W bersabda dalam sebuah hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan muslim yang bermaksud : "Allah berfirman, 'Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hambaKu yang soleh apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati manusia.

Perhatikan hadith tersebut. Kata 'a'dadtu' berbentuk kata kerja masa lalu (fi'il madhi) berbentuk kata kerja masa akan datang (fi'il mudhari), bererti ia sudah disiapkan sejak suatu zaman. Hadith ini telah diucapkan sejak seribu empat ratus tahun yang lalu, sejak masa itu telah menggunakan kata kerja masa lalu. Mengapa demikian?

Ini kerana Allah sudah bersiap daripada awal untuk menyambut tetamu-Nya. Sama seperti bersemangatnya seorang ibu menyambut kamar indah dan makanan yang enak untuk menyambut kepulangan anaknya ke tanah air setelah bertahun di luar negara.

Indahnya syurga

Gambaran keindahan syurga membuatkan penghuninya menjadi begitu sibuk. Tetapi bukan sibuk seperti kesibukan dunia. Hakikatnya sibuk disana adalah sibuk menikmati nikmat syurga sehingga terlupa sesiapa sahaja. Firman Allah S.W.T. dalam surah Yassin ayat 55 yang bermaksud : "Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka)"

Bahkan bagi sang pencinta wanita pasti terkesima dengan janji bidadari bagaikan tidak termimpi. Manakan tidak.... sekaya mana harta melimpah, mahupun sekacak mana kita didunia. Belum tentu ayat manis kita mampu memikat Ratu Cantik Duna. Namun jika poket yang kosong tetapi boleh menemukan kita dengan bidadari syurga. Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Wqiah ayat 36-37 yang bermaksud: "Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umur."

Para ulama memberi penafsiran bahawa 'sebaya umurnya' bermaksud umurnya sekitar enam belas tahun. Manakala 'penuh cinta' itu bermaksud bidadari bijak mengambil hati suaminya. Hingga berkata Ibn Qayyim al-Jauziyyah rah. suaminya akan terbuai dengan kata cintanya hingga dia lupa pada syurga dan terus hatinya terpaut kuat pada isterinya.

Merialisasikan Impian

Wahai anak muda. Sesuatu yang memasakkan hati dan mengendurkan maksiat ialah dengan meg'impikan' syurga. Lalu katakan pada diri kita. "Apakah aku akanrela kehilangan syurga?" Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi hilang dek kerana hanya maksiat selama sejam? Bukankah sedetik nikamt di syurga lebih indah dari langit dan seisinya.

Seorang yang beriman yakin sepenuhnya kepada Allah swt, akan sentiasa merindui syuga dan sentiasa membayangkan syurga dihadapannya bila dalam solatnya. Tiada apa yang dapat digambarkan ketika solat, melainkan syurga. Subhanallah..
......................................................................................................................................................................

Allah s.w.t telah berjanji bagi siapa yang menjaga solat lima waktunya akan dipermudahkan urusan dunianya, dimurahkan rezekinya. Bagi seorang yang beriman, Allah s.w.t akan bagi taufiq dan hidayat untuk datang ke rumah Allah lantaran kuatnya iman, hasil dari pemikiran, percakapan dan pandangan yang berlandaskan syariat islam. Perbanyakan percakapan tentang kalimah tayyibah, maka sedikit demi sedikit yakin kepada kebendaan dunia akan luntur dan makin bertambah makanan kerohanian kita iaitu iman.

Lagi bicara tana suara dari Pencipta yang maha Agung, pencipta langit dan bumi dan segala isinya melalui Rasulullah SAW, akan terlepas dari azab kubur bagi siapa yang menjaga solatnya lima waktu sehari semalam. Kubur akan terbuka, seluas mata memandang hanya bagi orang yang beriman yakin kepada Allah, masa hayatnya. Bila seorang yang beriman masuk ke dalam kubur, kubur akan menyambut dengan gembiranya, terbentang luasnya kubur seluas mata memandang, wangian syurga harum semerbak. Ketika dan saatnya menunggu hari kiamat, maka datang nya seorang perempuan cantik jelita, disangka bidadari rupanya bukan. Oleh kerana gembira dan sukanya pada perempuan itu, maka ingin dipeluknya dengan ghairah, maka tertarik kalung dan terburailah kalung tersebut kelantai. Disaat, orang beriman itu berusaha untuk mengutip deraian manik yang terburai, maka dunia terus kiamat. Allahu Akhbar!.. Begitu sebentar alam kubur bagi orang yang beriman.. Bagi orang yang tidak beriman, kubur begitu lama 40 000 ribu tahun lamanya, sedangkan 1 hari diakhirat bersamaan 1000 tahun didunia. Kubur sesempit yang mungkin, sehingga tulang rasuknya berceragah.

Lagi bicara dari Allah, menerangkan kelebihan orang yang menjaga solatnya. Caranya sudah terbentang, bagaimana ingin selamat di dunia dan di akhirat. Kita bukannya buta dan peka. Tapi keegoan kita mengatasi segalanya. Setelah melalui alam dunia yang sementara, terus melalui alam kubur yang lama tidak terkira bagi orang yang tidak beriman dan sekejap tidak terfikir bagi orang yang beriman. Alam barzakh pasti akan dilalui oleh setiap insan ciptaan Ilahi. Bermulanya dipadang Mahsyar, semua manusia dikumpulkan..... [akan bersambung seketika nanti, demi masa, aku kesuntukan]

3 ulasan:

AkuDaim berkata...

Entri yang tidak berkesudahan,akan membunuh "feeling" pembaca.Ibarat digantung tanpa bertali,pembaca sangat berkehendak untuk mengethui penghujungnya.Sungguh "suspens".

thepesan berkata...

teruskanmembaca...

AkuDaim berkata...

Baiklah..