Selasa, 18 Oktober 2011

Kita Adalah Apa yang Kita Fikirkan

Orang lain akan menilai kita melalui apa yang kita tampilkan dan ini semua berpunca daripada apa yang kita fikirkan. Ini menepati seperti apa yang ditulis oleh Dr. David J. Schwartz dalam bukunya The Magic Thinking Big. Beliau menulis, "Pemikiran mampu menghasilkansesuatu yang begitu berbeza. Orang lain akan melihat kita sebagaimana kita melihat diri kita sendiri. Kita menerima jenis layanan yang kita fikir kita layak menerimanya."

Seterusnya beliau menyambung, "Pemikiran kita memainkan peranan penting dalam menentukan sesuatu. Seseorang yang memikirkan dirinya kekurangan, tanpa mengira kelayakan dirinya yang sebenar adalah seorang yang benar-benar kekurangan, dia akan bertindak bersesuaian dengan kekurangan itu."

Amat penting bagi kita berfikir secara positif mengenai diri kita. Ia akan memberitahu orang lain,  siapa kita. Mereka hanya akan mengenali kita melalui apa yang kita gambarkan kepada mereka. Selepas itu apa pun tanggapan mkereka kepada kita, kita akan menerimanya sahaja kerana bagi kita, Kita tahu siapa diri kita. Pemikiran yang baik kepada diri kita sendiri menjadikan kita sebagai seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi.

Mempunyai jati diri yang tinggi bermakna kita adalah orang yang berpendirian, tegas, yakin, tidak mudah goyah dengan rintangan  dan persekitaran yang negatif dan akan sentiasa positif tetapi pada matlamat dan landasan yang telah kita pilih bagi kejayaan hidup kita. Biarpun seribu orang mengatakan tentang perkara negatif tentang diri kita, usaha kita atau impian kita tetapi dengan memiliki jati diri yang tinggi ini. Kita akan tetap berusaha. Berusaha bagi membuktikan pada diriku. Bukan pada orang lain.!

Ramai diantara kita yang tidak mengendahkan apa yang difikirkan oleh diri sendiri. Mereka juga tidak kisah mengenai mindanya dengan membenarkan segala perkara negatif masuk dan meresap sedalam-dalamnya kedalam lubuk fikiran.

Semuanya bermula seawal pagi sehingga malam hari. Bentuk pemikiran positif mengenai diri kit mulai sekarang. Fikirkan mengenai perkara yang baik, indah dan cemerlang mengenai diri kita. Gambarkannya melalui tingkah laku, tutur kata, pakaian, pergaulan dan segala-galanya.


Seperti yang dikatakan  oleh Dr. David J. Schwartz tentangnya. Kata beliau, "Terdapat bukti konkrit bahawa diri kita adalah apa yang kita fikirkan, apa yang kita fikirkan akan berusaha bagi menantukan apa yang kita akan jadi. Sekiranya kita fikir kita adalah seorang yang lemah, serba kekurangan dan akan tewas. Berfikir  cara begini, kita akan sentiasa kecundang tetapi sebaliknya berfikir seperti  'Saya adalah seorang yang penting'. Berfikir dengan cara begini dan kita dalam perjalanan menuju kejayaan"

Sentiasa berasaskan diri kita adalah orang yang penting. Kita mampu menyumbang dalam banyak perkara. Menjadikan diri kita sebagi seorang yang penting bukanlah bermaksud kita mesti menawarkan kepada  semua orang atau melibatkan  diri dalam semua perkara. Kita tidak perlu melakukan begitu. Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan sentiasa menambah pengetahuan diri dalam apa jua bidang, menjalinkan perhubungan sosial yang baik sama ada ditempat kerja tau komuniti serta berusaha menjadikan diri orang lain lebih penting kepada kita.

Apabila kita menjadikan orang lain lebih penting, secara tidak langsung orang itu akan menjadikan diri kita penting juga. Bagi menjadikan orang lain lebih penting kepada diri kita, kita tidak boleh memandang rendah kepada orang lain. Walau apapun pekerjaan dan taraf kehidupannya, itu adalah satun paparan yang tidak semestinya menggambarkan siapa diri mereka sendiri. Sekurang-kurangnya betul pada hari ini tetapi tidak mungkin pada masa hadapan.

1 ulasan:

School Of Tots berkata...

It's all in the mind. The dad of Kungfu Panda says, "you must belief our noodle is the best. No secret recipe in the noodle." It's all in the mind.