Barisan panjang semasa pembelian tiket jam 5 petang
Seawal jam 5 Petang, barisan panjang penyokong "Ngap Sayot" sudah berpusu-pusu berbaris membeli tiket di perkarangan Stadium Negeri Sarawak untuk menyaksikan perlawan Sarawak Vs Kelantan yang akan bermula jam 8.15 malam.
Buat julung kalinya Stadium Negeri Sarawak dipenuhi oleh 45000 orang penyokong 'Ngap Sayot' malam tadi. Sehinggakan ada yang tiadak ada tempat duduk dan terpaksa berdiri sepanjang perlawanan. Pelbagai aksi yang menarik dapat disaksikan dan dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan, yang berkesudahan dengan kemenangan dimiliki oleh ‘The Red Warriors’2 - 0, dan aggregate 4 - 1. Gol jaringan daripada Indera putra pada minit ke 19 dan daripada Farhan pada minit ke 31.
Sebahagian daripada penyokong 'Ngap Sayot' sebelum perlawanan
Perlawanan terhenti hampir 10 minit gara-gara balingan botol daripada penyokong 'Ngap Sayot' ekoran daripada jaringan gol yang tidak dikira oleh pengadil, adakah offsite? tiada penjelasan langsung daripada pihak pengadil. Agak mengecewakan hampir 3 gol jaringan 'Ngap Sayot' tidak dikira oleh pengadil. Jika 3 gol tersebut dikira, maka penentuan panalti akan dilaksanakan. Hampir-hampir juga perlawanan malam tadi dibatalkan, jika tiada kerjasama daripada penonton, namun aksi 'Ombak' daripada seluruh penonton yang hadir pada malam tadi, meredakan keadaan menandakan kedua-kedua penyokong ingin perlawanan hebat itu diteruskan. Apa yang mengecewakan ialah, apabila berita ini dilaporkan di media-media tempatan, tidak pula dinyatakan jaringan 3 gol dari 'Ngap Sayot' tidak dikira, dan tiada penjelasan daripada pihak FAM dan pengadil, apakah yang berlaku sebenarnya?
Semasa Perlawanan
Walaubagaimanapun, Sarawak pada musim ini menonjolkan aksi yang cukup baik berbanding prestasi sebelumnya. Apa yang mengecewakan ialah sikap penonton yang terlalu fanatik, sehingga hampir mencetuskan pergaduhan antara kedua-dua belah pihak penyokong.
Ada suara-suara yang menyatkan ada pihak yang merancang perlawanan dan kemenangan antara perlawanan pada malam tadi antara Sarawak Vs Kelantan dan begitu juga keadaanya di Stadium Shah Alam di antara Johor Darul Takzim Vs Selangor, yang dikatakan sikap pengadil yang berat sebelah, seolah-olah ingin menemukan Johor Darul Takzim dan Kelantan di pentas Final Piala FA. Jika benar keadaan ini berlaku, macam mana prestasi bola sepak Malaysia khasnya ingin maju seperti liga-liga lain di dunia ini. Fikir-fikirkan!
Kekecewaan Joseph Kalang Tie
Gate B : Siapa2 duduk di bahagian ini mesti terasa bahang fanatiknya penyokong 'Ngap Sayot'
Pemain Sarawak Ivano Babic meluahkan kekecewaan setelah jaringannya dibatalkan
3 ulasan:
Result semalam aggregat 4-4.Kelantan layak kerana kelebihan jaringan di tempat lawan.
andai kata 3 jaringan dikira, kelantan tetap layak ke separuh akhir kerana kelebihan jaringan di tempat lawan. Mcm mana saudara blh katakan ingin mempertemukan selangor dan johor darul takzim di final sdgkan mereka bertemu di suku akhir. Rasanya TV3 ada menayangkan gol dr Sarawak yg offside tu. Hrp sebelum menulis sila buat research dulu.
TV3 x menayangkan video, cuma menyatakan...
Catat Ulasan