Hotel Suites.NL ialah sebuah hotel mewah yang diubah suai dari sebuah pesawat Ilyushin 18 yang digunakan oleh pemimpin tertinggi kerajaan Jerman Timur. Selepas Jerman bersatu semula pada tahun 1990, pesawat buatan Russia ini diubah menjadi sebuah restoran. Pada tahun 2007 ianya dibeli oleh syarikat Belanda Hotel Suites dan diubah suai menjadi sebuah hotel mewah. Hotel kapal terbang ini kini terletak di Lapangan Terbang Teuge Belanda. Hanya seorang tetamu akan tinggal di dalam hotel sepanjang 40 meter ini pada satu-satu masa. Ia dilengkapi tab mandi, sistem audio visual terkini serta rekaan dalaman yang cukup selesa. The only downside ialah harga penginapan semalam ialah EURO 350 (RM 1357) dan hanya dua orang dibenarkan tinggal pada satu-satu masa.
Sumber : Blog Serius
Tiada ulasan:
Catat Ulasan