Selasa, 22 November 2011

Pelajar Malaysia Ke Palimen Britain

Najmil Faiz Mohamad Aris bermula dengan kegagalan dalam akademik tetapi akhirnya memenangi anugerah The Best Research of Good Prospect dari Menteri Perindustrian dan dibentangkan di Parlimen Britain ketika beliau menuntut  di sana. Beliau telah membuktikan iaitu kegagalan adalah perkara yang boleh diubah sepenuhnya asalkan kita mempunyai keazaman dan ketabahan bagi mengubahnya. Kegagalan adalah satu tanda bagi kita bangkit dan berusaha dengan lebih kuat dan bersemangat dari sebelumnya. Kegagalan bukan alasan terbaik bagi kita menamatkan impian. Kegagalan bukan alasan terbaik bagi kita menamatkan impian. Sebaliknya ini adalah masa terbaik kita membuktikan diri bagi yang sebenarnya.

Kegagalan dengan memperolehi pangkat tiga dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadikn beliau mengerti sekiranya kita 'bukan sesiapa'.  Dipandang rendah oleh masyarakat termasuk kawan-kawan. Mujur ibu bapanya berfikiran positif dengan sentiasa memberikan beliau semangat.Fikirkan mengenai masa hadapan dan lupakan kegagalan yang telah berlalu.

Beliau tolak dai situ, beliau menyumbang pelajaran di sebuah kolej swasta di Damansara dengan mengambil diploma dalam kejuruteraan mekanikal. Selepas sahaja tamat pengajian, beliau bekerja di Kilang Espon bagi mengumpul duit melanjutkanpelajaran ke luar Negara. Sukar bagi beliau mendapatkanpinjamandisebabkankeputusanSPM yang kurang baik itu.

Ketika mula-mula sampai di Britain, beliau hanya mempunyai 200 pound streling sahaja ditangan untuk hidup. Sedangkan kos pengajian seperti yuran universiti, penginapan dan makan minum ditanggung sendiri.

Tanpa berlengah, beliau mula mencari kerja dan seminggu selepas itu, beliau mendapat pekerjaan yang pertama sebagai pencuci rak di pasar raya. Sampai satu tahap, beliau pernah melakukan tiga pekerjaansekali gus dalam masa satu hari bagi menampung kos pengajiannya.

Kadang-kadang beliau hanya tidur dua atau tiga jam sehari kerana terpaksa memperuntukan masa antara akademik dan pekerjaan. Beliau sempat memanfaatkan masa yang ada bagi kedua-duanya kerana kedua-duanya amat penting. Malahan beliau pernah bekerja pada waktu tengah hari sementara  menunggu kuliah petang. Pelbgai kerja yang dilakukannya temasuk menjadi pencuci stadium, pembalut kota dan pengangkut barang.

Bagi menjimatkan belanja, beliau hanya memakan roti dan turut membawa roti disapu jemke kuliah. Biasanya beliau akan menyediakan roti ini pada malamnya dan terus diletakkan di dalam beg kerana beliau takut tidak sempat menyiapkannya pada waktu pagi.Terutamanya sekirany beliau terpaksa masuk kerja pada pukul 7.00 pagi. Seawal pukul 5.30 pagi, beliau sudah mula berjalan walaupun ke tempat yang jauh kerana ini dapat menjimatkan belanja.

Kata bliau, "Pukul 5.30 pagi atau 6.00 pagi saya sudah mula berjalan. Semasa itu musim salji. Sejuk dan   keadaan berkabus. Saya jalan seorang diri pun nampak tidak nampak sahaja. Waktu itu saya sendiri rasa seperti dalam mimpi. Saya mula terfikir, betapa susahnya hidup di Negara orang. Namun, saya kuatkan semangat. Saya kata, sudah buat, buat betul-betul. Tidak kisah, saya harungi juga salji yang memutih."

Mengenai kejayaan, beliau mengatakan, "Hakikatnya tiada apa yang kita tidak dapat capai. Paling penting kita sanggup berusaha atau tidak. Pengalaman susah, senang, buruk, baik  yang saya lalui menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran yang akan lebih mematangkan saya."

Tiada ulasan: