Ahad, 3 Julai 2011

Anak Sulung Memangkas Gelombang

Satu Catatan Buat
Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara

Rumah kecil tiang seribu,
      Rumah besar tiang sebatang,
Kecil-kecil ditimang ibu,
      Sudah besar ditimang gelombang

Dalam hidup ini bolehkah kita selama-lamanya bergantung kepada orang lain? Semasa kecil anak ditimang ibu, dengan kasih penuh didada, sayang tidak terhingga. Akan tetapi apabila dia meningkat dewasa, mahu tidak mahu ibu bapa harus melepaskannya untuk pergi. Carilah penghidupan sendiri. Maka tibalah saatnya anak sulung itu harus merempuh ganas gelombang kehidupan. Maka pada saat itu, dia tidak boleh menagatakan dirinya anak sulung lagi. Sepatah pembayang pantun berbunti "Anak seluang, seluang juga, tak kan sama anak tenggiri". Itu tak benar. Memanglah dahulunya anak seluang/ Anak seluang renang-renangan. Renangan tidak sampai ke mana. Keluarnya pagi renang ke hilir, pulangnya senja renang ke hulu. Parit itu dunianya, dari parit ke parit, paling-paling kesaar ke anak sungai. Akan tetapi seluang-seluangnya, anak sulung itu, yang membesar dihiris duri sendayan, nafasnya ubi dan jagung, nyawanya nasi minyak jelatah, dia bukan sebarangan seluang desa. Memanglah seluang tetapi siripnya duri tajam belati, sisiknya besi, insangnya tangsi, matanya mencerlang baiduri, hatinya berisi keransi. Dipuncak gelombang hidup yang panas hari ini, tidaklah mustahil anak seluang menjadi tenggiri!

Malah pengalaman anak seluang yang pahit akan mengajar kita untuk berfikir dan mencipta yang baru, seperti kata pujnagga necessity is the mother of invention. Ingatkah kita lagi akan penderitaan dan keperihan hidup pada zaman penjajahan jepun? Pada zaman kesukaran seperti itu, setiap benda difikirkan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi menyambung keperluan dan tuntutan hidup. Biji getah menjadi tempe, kulit ubi menjadi syur, daun nanas menjadi benang dan bermacam-mcam penemuan lagi.

Dalam konteks pembangunan negara, tanggungjawab para pemimpin negara yang diterahui oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohammad, Tun Dato Sri Abdullah Badawi, dan Kini YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak adalah untuk menyambung perjuangan pejuang-pejuang bangsa terdahulu. Mereka telah menyediakan segala keperluan dan kemudahan pembangunan sama ada fizikal atau spritual kepada rakyatnya. Apabila rakyat dan bangsanya sudah dewasa dan matang iaitu setelah 54 tahun merdeka, maka sudah menjadi tanggungjawab generasi masa kini, untuk meneruskan dan menentukan penghidupan bangsa kita supaya terus bebas dan berdaulat. Kedaulatan dan kemerdekaat yang diperjuangkan oleh mereka tidak ahrus dipersiakan, sebaliknya harus dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang.

Tun. Dr. Mahathir Muhammad ialah pemimpin negara yang disegani. Beliaulah anak sulung yang berani. Tekadnya melangit tinggi bahawa suatu hari nanti, tempat permaninannya dan tempat permainan kita tidak di bawah batang getah tumbang lagi, tidak dibendang dan di selut sawah lagi. Anak sulung itu dari hulu merempuh ke muara. Tajam siripnya menancap dada lautan negeri. Lalu seluang perit akhirnya bermain samudra gelora. Fikirnya tinggi, tekadnya pasti, semangat apinya menagkis ombak, menangkis karang, menerjah benua ke benua. Terukir namanya dan nama negara, sehingga terpahat wibawa bangsa. Sekarang anak seluang ini menjadi tenggiri, menjadi pencipta sejarah demi sejarah, disegani dan dihormati; kewibawaannya mengharum diseluruh pelosok dunia.


Pesan Tun Dr. Mahathir lagi; "Kalau seluang menajadi tenggiri, jadilah tenggiri!". Dengan semangat "Malaysia Boleh!", kita bejuang mempertahankan negara agartegap berdiri dan mandiri. Jangan biarkan tanah air kita diceroboh, jaga harga dan jati diri. Biar mereka di luar sana memandang tinggi mahligai kita yang gagah berdiri. Negara kita menjadi gedung berstari, dan kita lambailah mereka ke mari dengan pembagai khazanah dan barangan jual beli. Lalu berbondong-bondonglah mereka masuk, mengagumi kehebatan negara kita, daripada anak seluang, kini menjadi tenggiri.

Sumber : Salam Buat Mahathir, Md. Hasidin Zaini

Tiada ulasan: