Rabu, 19 Februari 2014

FA CUP : Sarawak 2 - 2 KL Felda

Kuching : Hasrat Sarawak untuk menjulang Piala FA terkandas di peringkat suku akhir apabila seri dua sama ketika beraksi dihadapan hampir 30 ribu penyokong di halaman sendiri. Sarawak FA yang beraksi tempang tanpa pemain tengah Junior Estadel kerana telah menerima dua kad kuning dalam perlawanan sebelumnya, terlebih dahulu meledak gawang pelawat hasil jaringan Joseph Kalang Tie pada minit ke-17.

Namun benteng pertahanan Sarawak FA berjaya dibolosi pada minit ke-37 apabila Zar Rahan menyamakan kedudukan satu sama.

Separuh masa ke dua, perlawanan lebih rancak dengan counter attack daripada kedua-dua pihak. Namun, Sarawak FA berjaya menjaringkan gol, hasil jaringan Akmal Rizal pada minit ke-80. Tiga minit kemudian, Zar Rahan sekali lagi menyamakan kedudukan, sekaligus menutup ruang dan peluang untuk Sarawak FA mara ke peringkat separuh akhir. KL Felda United, mara ke peringkat seterusnya dengan kelebihan jaringan ditempat lawan.

The Sayoter's.

Tiada ulasan: