Rabu, 12 Februari 2014

Orang Sarawak Demam Bola

Sejak kebelakangan ini, Dunia umunya seakan-akan demam bola dengan kehadiran Piala Dunia yang bakal berlangsung. Malaysia Khasnya seakan-akan memerlukan aura perubahan Industri Bola Sepak ke arah yang lebih profesional agar tidak ketinggalan jauh kebelakang. Namun disini saya ingin menceritakan, serba sedikit suka duka perjalanan Skuad Bujang Senang yang popular dengan gelaran Ngap Sayot.


Setelah muncul Juara Liga Perdana tahun lepas, Skuad Bujang Senang memulakan musim 2014 agak perlahan dengan mencatat beberapa kekalahan dalam saingan Liga Super. Namun, Robert Albert bijak mengatur strategi dan perlu melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan walaupun ada kekurangan.

Prestasi pasukan menaik dengan mendadak ditambah lagi dengan sokongan padu hampir 2 juta anak jati Sarawak. Tidak kira dimana Skuad Robert Albert beraksi, stadium lawan diibartkan seperti stadium sendiri. Setiap perlawanan, stadium pastinya tidak lengang dengan kehadiran penyokong setia Ngap Sayot dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran GB13.


Disebalik itu, kontraversi dari pasukan lain yang seringkali memenuhi dada akhbar tempatan turut menarikperhatian rakyat Malaysia. Namun, sebagai penyokong bola sepak profesional tidak seharusnya berfikiran negatif dan menyalahkan pihak lain. Lebih baik diam daripada meyampuk. 

Hormat menghormati, menyumbang kepada keharmonian Dunia Sukan. Player dan penyokong menghromati antara satu sama lain dan tidak adanya caci maki jika berlakunya kekalahan dan tidak ada kemegahan jika beroleh kemenangan. 


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari dahulu seringkali dikecam kerana dikatakan tidak profesional dalam mengurus pasukan kebangsaan Malaysia. Negara lain sudah layak ke piala dunia, Malaysia?? Jika telus dalam segala hal, tidak mustahil Malaysia boleh menghasilkan pemain bola sepak bertaraf dunia. Namun, pengurusan dan masalah dalaman yang berlaku di FAM menidaksan segala-galanya. 

Isu Rasuah? sedar atau tidak, perkara inilah yang memusanahkan segala impian dari kenyataan. Berkata tentang rasuah, teringat isu rasuah yang melibatkan perlawanan antara Sarawak vs Lion XII beberapa tahun yang lepas. Hehe Apa dah jadi? FAM tetap bangsat selamanya! 

Hukuman atau Denda?? Satu perkara yang FAM akan berikan perhatian 100%. Padahal alasan disebalik hukuman dan denda yang dikenakan kadang-kadang tidak logik dari segi fikiran otak yang sihat! 

Pembangunan?? rasanya isu rasuah, denda, hukuman lebih kerap kali kedengaran daripada pembangunan bola sepak peringkat akar umbi.

Walau apapun terjadi, sokonglah pasukan anda dengan sebaik mungkin. Kurangkan Kontraversi dan tingkatkan prestasi. Wasalam.

The Sayoters.

Tiada ulasan: