Khamis, 31 Januari 2013

Jawatan Kosong Pustaka Negerii Sarawak



Permohonan adalah dipelawa daripada warga negara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Juruteknik, J17 - Sivil

Permohonan hendaklah secara bertulis beserta dengan butir-butir peribadi (Curriculum Vitae) yang lengkap dengan memberi keterangan tentang kelayakan, pengalaman, salinan sijil-sijil berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PUSTAKA NEGERI SARAWAK
Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium
Petra Jaya, 93050 Kuching

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
Tarikh tutup permohonan : 9 Februari 2013

Perhatian:
Sebagai penghargaan terhadap portal iklan jawatan kosong di Malaysia (Careeron9). Admin amat berterima kasih sekiranya anda Like Kami di Facebook, Tweet kami di twitter dan jangan lupa Google Plus kami di G+1. Terima Kasih. Sebagai tanda terima kasih kepada kami, sila ke homepage KLIK SINI, dan klik social button di bawah ruangan email submition.Terima Kasih admin ucapkan kepada semua.

Harimau Menganas Lagi



Skuad B-23 negara, Harimau Muda A terus mengaum di bumi Kanggaru apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam siri empat aksi persahabatan di Australia selepas menewaskan pasukan divisyen dua negara itu, Brisbane Lions 2-1 di Pusat Sukan dan Olahraga Queensland (QSAC), Brisbane, semalam. 

Penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan mudah menolak masuk gol pertama Harimau Muda A seawal minit ketiga sebelum lawan menyamakan kedudukan, 11 minit kemudian. 
Gol kemenangan dijaringkan Rozaimi Abd Rahman menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-39. 

“Ternyata Brisbane Lions lebih kuat daripada Palm Beach Sharks tetapi perlu diingat yang saya juga membuat lima hingga enam pertukaran pemain berbanding kesebelasan yang menang 5-1 ke atas lawan pertama kita (Sabtu lalu). 

“Walaupun mungkin ada yang kata lawan hanyalah pasukan divisyen dua Australia, bagi saya mereka tetap memberi kesukaran dengan fizikal yang tinggi, cuma dari segi teknikal dan disiplin, pemain kita lebih baik,” kata pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika dihubungi di Brisbane, malam tadi. 

Dia turut gembira melihat semua pemain menunjukkan persaingan sengit sesama sendiri merebut tempat dalam kesebelasan utama menjelang Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember depan. 

“Kesungguhan inilah saya mahu lihat di kalangan pemain. Perebutan tempat dalam kesebelasan masih terbuka,” kata Kim Swee menjelang baki dua lagi perlawanan bertemu satu lagi kelab divisyen dua, Brisbane Olympic, Sabtu ini dan kelab liga utama Australia, Brisbane Roar, Selasa depan.

Pengadil Punca Gaduh



Kuala Lumpur: Pergaduhan membabitkan pemain Selangor dan Tentera ketika aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu, berpunca daripada kesilapan pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaccob melayangkan kad merah kepada pemain tengah Red Giants, Shukur Jusoh.

Ia bukan disebabkan provokasi penyerang Selangor, Afiq Azmi atau tindakan pemain Tentera, Shukor Adan menolak kepala Shukur selepas pemain itu enggan keluar padang. Amirul, 27, yang bergelar pengadil antarabangsa sejak tahun lalu menjadikan situasi pada perlawanan itu panas tiba-tiba apabila bertindak melayangkan kad merah kepada Shukur pada minit ke-117, tetapi seminit kemudian selepas menyedari kesilapannya, membenarkan pemain Selangor itu masuk semula ke padang.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT), Kol Abdul Rani Abdul Rahim, berkata jika pengadil tidak melakukan kesilapan melayangkan kad merah, sudah tentu tidak berlaku pergaduhan.

“Ini berpunca daripada kesilapan pengadil...jika tidak, sudah tentu tiada masalah pergaduhan berlaku dan perlawanan akan berakhir dengan suasana biasa tanpa kira siapa menang atau kalah.

“Lagipun Selangor dan Tentera tak pernah bermusuh dan hubungan kami sebelum ini sememangnya baik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik hasrat Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin menyelesaikan masalah itu di luar Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
“Saya sudah mengadakan perbincangan awal dengan Hamidin dan kami bersetuju untuk menyelesaikan perkara ini secara baik,” katan

Sumber : Berita Harian Online

Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari


Wah! Panjangnya tajuk atau nama konsert Anuar Zain… cuba baca betul-betul kat atas tu… Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari.

Kalau ada rekod tajuk konsert paling panjang, pasti konsert ini akan tercatat dalam rekod Malaysia World Records – The Malaysia Book of Records.

Sebelum konsert ini diumumkan, dua tiga minggu lepas banyak khabar angin telah tersebar. Kononnya, Anuar Zain akan umum sesuatu yang besar. Ada yang kata Anuar Zain akan umum tarikh kahwin. Mmm… macam-macam…

Jika masih ingat, kali terakhir mengadakan konsert solo pada 2009, di Istana Budaya.

Tidak perlu dicerita secara lebih lanjutlah ya, segalanya ada dalam nama konsert ini. Diadakan sempena genap 30 tahun Anuar Zain berada di arena seni suara dengan penuh cinta pada muzik dan beliau sangat sayang pada peminatnya sepenuh hati sanubari. Itulah rumusan yang boleh Budiey berikan.

Tambah mengujakan apabila ianya berlangsung sehari selepas sambutan ulangtahun Anuar Zain.

Sebenarnya, sebelum pengumuman ini dibuat, Budiey dah pun diberitahu 2 minggu lalu tentang konsert ini di mana pihak penganjur berniat untuk bekerjasama dengan budiey.com untuk membantu mempromosikan konsert Anuar Zain. Itu sahaja yang Budiey boleh bagitau. Selebihnya, biarlah pihak penganjur yang akan umumkan. Namun, Budiey harap segala yang mereka rancang akan berjalan dengan lancar tanpa halangan.

Saat diberitahu tentang konsert solo Anuar Zain yang Budiey sifatkan sebagai sesuatu yang mega ini, Budiey menarik nafas lega. Fuh… akhirnya, impian peminat Anuar Zain #AnuarZainForever bakal menjadi realiti. Ini ada berita yang baik dan ditunggu-tunggu oleh sekalian peminat lelaki ini yang penuh pesona, unik dan punya lantunan vokal yang lumak lagi lantang.

Konsert akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 16 Februari 2013.
Sudah lama peminat menunggu bilakah agaknya Anuar Zain akan buat konsert solo berskala besar. Akhirnya, kini terjawab. Semasa majlis Pelancaran Video Klip Anuar yang terbaru – Ajari Aku siang tadi, Anuar Zain Network ditemani penganjur bersama Universal Music Malaysia telah mengumumkan tentang konsert ini.

Berikut adalah info tentang Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari:-

Tarikh: 16 Februari 2013 (Sabtu)

Lokasi: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Masa: 8.30 malam

Pengarah Muzik: Mac Chew

Pemuzik: 26 ahli orkestra

Persembahan: Bold & Classy

Ejen Tiket: Tiket Charge. Layari: www.ticketcharge.com.my

Tarikh Pasaran Tiket: 12 Disember 2012 (12.12.12)


Anuar juga tidak akan menampilkan penyanyi undangan atau paduan suara pada konsert itu. Mengenai penajaan, Anuar berkata, perkara itu masih lagi diusahakan.

“Konsert ini anjuran syarikat saya, Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Universal Music. Buat masa ini kos penganjuran ditanggung bersama. Kami belum dapat kos sebenar, tapi jumlahnya memang tinggi kerana kami mahu menyajikan yang terbaik buat peminat. Bagaimanapun, usaha mendapatkan penajaan berterusan.”

“Saya sudah memilih lagu yang bakal dinyanyikan dan semuanya lagu popular saya sejak mula menjadi penyanyi. Selain itu, konsert ini juga akan menggunakan skrin LED,” katanya.

Lagu-lagu popular dari album Anuar Zain dari awal kemunculan sehinggalah sekarang akan dinyanyikan oleh Anuar Zain di konsert ini. Itu dah pasti. Cuma mungkin akan ada penyanyi jemputan untuk berduet. Itu kita tak pasti lagi.

“Sesuai sambutan 30 tahun saya dalam dunia seni, banyak perkara menarik akan diketengahkan dalam konsert ini. Antaranya, perubahan dari segi susunan muzik.”
Selama 30 tahun sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti Anuar Zain dan pengalaman 30 tahun itu akan dikongsi bersama dengan peminat pada malam itu. 30 tahun pancawarna Anuar Zain di dalam gelanggang muzik Malaysia akan dilagukan merentasi memori terindah bersama pengarah muzik tersohor tanahair, Mac Chew.

Tiga dekad kembara muzik Anuar Zain bakal dipersembahkan dengan iringan 26 ahli orkestra di bawah pimpinan Mac Chew menjanjikan temasya sebenar meraikan Anuar Zain dan legasi muziknya.

Rangka promosi konsert ini akan diadakan bermula bulan Disember dan Januari nanti. Nantikan ya…

Isnin, 28 Januari 2013

Rekaan Tol Di Gujerat, India





Ibu Bapa Kongkong Kehidupan



Saya berusia 24 tahun dan kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.
Saya tidak mempunyai sebarang masalah dalam pelajaran kerana keputusan peperiksaan sentiasa konsisten. 
Cuma, sekarang saya berasa makan hati dengan sikap ibu bapa yang keterlaluan mengongkong hidup saya biarpun pada usia ini saya boleh dikatakan sudah dewasa. 

Saya berasal dari keluarga yang boleh dikatakan senang dengan segala keperluan mencukupi. Walaupun ibu bapa bersikap penyayang, sikap suka mengongkong mereka itu membuatkan saya sangat bosan.

Dunia pergaulan saya hanya di kampus dan rumah semata-mata. Saya selalu ditegah keluar rumah dengan tanggapan boleh membahayakan keselamatan.

Malah, lebih teruk, ibu bapa membelikan saya sebuah permainan video dengan tujuan melekakan saya supaya tidak keluar. 

Jika keluar pun, perlu memberitahu mereka atau mesti berteman yang selalunya daripada kalangan keluarga. 

Saya tahu apa dilakukan mereka tujuannya baik, tapi saya juga mahukan sedikit kebebasan untuk mencorakkan masa sendiri seperti bersama rakan lain menonton wayang dan sebagainya. 

Saya tidak faham kenapa mereka melayan saya seperti budak-budak. Saya bukan anak tunggal malah mempunyai tiga orang lagi adik-beradik yang semuanya meningkat dewasa. Kami semua menerima layanan yang sama. 

Saya bosan dengan keadaan ini. Bantulah saya. 

MAHU BERDIKARI, 
Perlis 

Membaca coretan adik menjadikan Dr memahami dilema yang sedang adik hadapi. Dalam usia adik yang sudah dewasa tapi masih lagi dikongkong, sudah pasti akan meninggalkan konflik dalam diri. 

Apa yang adik lalui ini ada kaitan dengan tahap perkembangan umur diri adik serta gaya asuhan ibu bapa. 

Sikap kontra antara kedua-dua pihak akan mewujudkan konflik kerana tidak terdapat keserasian. 

Umur adik terus meningkat dengan gaya pemikiran dewasa, tapi bagi pihak ibu bapa pula beranggapan adik masih kecil dan memerlukan pemerhatian demi keselamatan diri. 

Percanggahan ini timbul kerana dua generasi iaitu adik dan ibu bapa memandang kehidupan ini dari sudut berbeza. Generasi muda ada matlamat dan perancangannya, begitu juga ibu bapa yang mungkin tidak memahami matlamat itu. 

Bagaimanapun, masih banyak lagi jalan penyelesaian boleh dilakukan selain membuat strategi yang boleh mendatangkan kebaikan bersama. 

Antaranya mengendalikan konflik antara anak dengan ibu bapa menerusi penyelesaian masalah secara bersama. 

Ia bukan mudah kerana masing-masing mempunyai tuntutan sendiri terutama ibu bapa yang bertindak bagi menentukan keberkesanan sesebuah keluarga. 

Mahatma Gandhi pernah berkata, `tiada sekolah setanding rumah tangga bahagia dan tiada guru setanding dengan ibu bapa yang tulus ikhlas dan berhati mulia’. 

Erikson, seorang ahli psikologi terkenal menjelaskan, pada tahap umur adik ini, individu mula membentuk hubungan yang akrab dan rapat terutama dengan rakan berlainan jantina. Mereka mula memikir soal teman hidup, percintaan, hingga membawa kepada dunia perkahwinan. 

Ibu bapa adik mengikut Santrock, seorang ahli psikologi lain, tergolong dalam kategori authoritarian. Ibu bapa jenis ini akan mengenakan peraturan dan hukuman kepada anak mereka. 

Selain itu, ibu bapa authoritarian mahukan anak mereka patuh dan menghormati mereka. Pertuturan lisan antara ibu bapa dengan anak adalah terhad dan kurang digalakkan. 

Jadi persoalan adik bahawa `saya tidak faham kenapa mereka buat saya seperti budak-budak’ ada kaitannya dengan bentuk asuhan keluarga ibu dan bapa adik. 

Beberapa langkah yang digunakan ibu bapa boleh mengurangkan konflik antara anak dengan mereka. Gaya asuhan keluarga yang authoritatif boleh dicadangkan. 

Antaranya, ialah melalui pemberian kasih sayang sejati, peruntukan masa bersama- sama, disiplin kukuh, saling menghormati, didikan kepada perkara yang betul bukan sebaliknya dan layanan mesra.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mendengar pendapat dan bersifat realistik serta menggalakkan anak remaja berdikari. 

Seorang anak pula wajib mentaati ibu bapanya dalam semua perkara kecuali dalam perkara maksiat atau kemungkaran kepada Allah.

Sumber : myMetro

Segala-galanya Bola!


'Goooolllll' adalah jeritan paling ramai didengari di kawasan awam. Sama ada di kedai mamak, restoran mewah hinggalah ke hotel lima bintang, semuanya sudah bijak memancing pelanggan dengan menayang perlawanan bola sepak di skrin lebar. Ikuti kajian ringkas MURSHID EUNOS mengenai fenomena remaja ini.

Tidur bola, makan bola dan mandi pun bola! Semuanya pasal bola hingga kini trend menonton bola sudah banyak berjangkit kepada golongan gadis pula. Ramai juga gadis sudah pandai memborong jersi bola sepak dan menggayakannya di warung mamak setiap kali berlangsungnya perlawanan bola secara langsung di kaca televisyen.

Baiknya fenomena ini, ia mendorong minat bersukan dan mengisi masa terluang golongan muda daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah. Tapi yang tak manisnya apabila sanggup bengkak mata datang ke pejabat sebab bersengkang mata tengok siaran langsung.

Kerja pun terganggu, fokus hilang dan prestasi serta produktiviti mula merosot. Yang punya kekasih hati pula, ada kalanya minat dan taksub terhadap bola boleh mengundang pergaduhan kerana golongan lelaki lebih pentingkan bola daripada hati si dia.
Apa pun, Gen.Y sendiri memang menggalakkan golongan muda meminati bola. Setidak-tidaknya semangat itu sudah ada walaupun sukan bola sepak kita masih belum terpilih ke Piala Dunia.

Ikuti beberapa fakta menarik yang disediakan Gen.Y berdasarkan kajian yang dilakukan majalah perniagaan Forbes dengan mengambil kira kepada akaun pendapatan, keuntungan dan tahap hutang hingga 2012.

5 kelab paling bernilai
1. Manchester United (England) - RM6.8 bilion
2. Real Madrid (Sepanyol) - RM5.71 bilion
3. Barcelona (Sepanyol) - RM3.97 bilion.
4. Arsenal (England) - RM3.92 bilion.
5. Bayern Munich (Jerman) - RM3.74 bilion

5 kelab terkaya
1) Real Madrid (Sepanyol) - RM1.778 bilion
2) Barcelona (Sepanyol) - RM1.609 bilion
3) Manchester United (England) - RM1.414 bilion
4) Bayern München (Jerman) - RM1.305 bilion
5) Arsenal (England) - RM1.108 bilion

5 pemain termahal
1. Lionel Messi (Barcelona) - RM133.8 juta
2. David Beckham (LA Galaxy) - RM127.7 juta
3. Cristiano Ronaldo (Real Madrid) - RM118.4 juta
4. Samuel Eto'o (Anzhi Makhachkala) - RM94.4 juta
5. Wayne Rooney (Manchester United) - RM83.4 juta

5 pemain terkaya
1. David Beckham (LA Galaxy) - RM650.5 juta
2. Rio Ferdinand (Manchester United) - RM173.5 juta
3. Ryan Giggs (Manchester United) - RM144.5 juta
4. Wayne Rooney (Manchester United) - RM144.5 juta
5. Steven Gerrard (Liverpool) - RM130.1 juta

5 pemilik kelab terkaya
1. Sheikh Mansour (Manchester City) - RM 96.3 bilion
2. Alisher Usmanov (Arsenal) - RM59.7 bilion
3. Roman Abramovich (Chelsea) - RM49.6 bilion
4. Keluarga Liebherr (Southampton) - RM14.5 bilion
5. Joe Lewis (Tottenham) - RM13.5 bilion

5 pengurus kelab terkaya
1. Sir Alex Ferguson (Manchester United) - RM130.1 juta
2. Arsène Wenger (Arsenal) - RM96.3 juta
3. Roberto Mancini (Man City) - RM91.5 juta
4. Steve Bruce (Sunderland) - RM43.3 juta
5. Alex McLeish (Aston Villa) - RM28.9 juta

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/28
Sumber : myMetro

Korban Keseronokan


NOSTALGIA siri tele­vi­syen popular Doo­gie Howser yang popular pada 1989 tetap terpahat dalam ingatannya.
Siri yang mengisahkan kejayaan doktor kanak-kanak itu akhirnya menjadi pencetus cita-cita untuk bergelar doktor dan sejak itu dia juga semakin rajin belajar. 
Kini, anak sulung dua beradik ini belajar dalam bidang perubatan di Mana­gement and Science University (MSU) Shah Alam, Selangor. 

“Siri itu memang meninggalkan kesan mendalam dan menjadi sumber inspirasi bergelar doktor.
“Walaupun ketika itu masih kanak-kanak, inga­tan serta pengaruhnya cukup besar hingga saya sentiasa bercita-cita menjadi doktor.

“Kini, saya sedang me­ngejar impian itu,” katanya. 
Mengimbas nostalgia zaman kanak-kanak, setiap kali guru bertanya cita-cita, semua rakannya mahu menjadi askar dan guru. 

“Tapi saya hendak jadi doktor biarpun guru kata kerjaya itu terpaksa ‘bermain’ darah. 

“Yang terbayang di mata ialah bagaimana bergaya apabila memakai seragam doktor dan peluang bertemu ramai orang,” katanya. 

Bagaimanapun, bekas pe­lajar SMK Seri Perhentian, Pontian, Johor itu berkata, bukan mudah meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. 

Mengakui bukan saja perlu mempunyai pencapaian akademik cemerlang malah terpaksa mempunyai keberanian dan kekuatan semangat bukan sedikit. 

“Kekuatan semangat itu bukan sekadar keberanian untuk berdepan darah, mayat malah keupayaan mengorbankan keseronokan serta masa terluang. 

“Hanya mereka yang mengikuti jurusan ini saja tahu betapa seksanya bergelar doktor. 

“Tapi, saya ti­dak pernah menyesal sebab memang ingin jadi doktor. Susah senang saya perlu hadapinya,” kata anak kelahiran Pontian, Johor. 

Berkongsi cabaran uta­ma­nya sebagai pelajar perubatan, paling sukar ialah menjalani latihan praktikal sesi viva (soal jawab dan penilaian). 

“Rasa cemas dan takut memang ada kerana kemampuan akan dinilai dari segenap sudut oleh doktor sebenar dan pesakit sebenar. 

“Pelajar tidak boleh gagal dalam sesi ini kerana boleh memberi kesan terhadap penilaian keseluruhan,” katanya. 

Mahu bergelar doktor pakar suatu hari nanti, dia menganggap bidang perubatan menjanjikan kehidupan lebih baik. 

“Masyarakat sering me­nganggap doktor boleh hi­dup senang. Jika itulah matlamatnya, nilai kemanusiaan akan hilang. 

“Sebaliknya anggaplah ke­pakaran dan bakti doktor sebagai amal jariah selain penghubung kepada pembinaan jiwa dan pengukuhan nilai kemanusiaan,” katanya. 

Di waktu lapang, dia membabitkan diri dalam sukan olahraga yang menjadi terapinya mengatasi tekanan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/28
Sumber : myMetro

Jumaat, 25 Januari 2013

Khutbah Jumaat : "Bedtime Story"


"Assalamualaikum sayang. Abang tak sempat balik rumah. Abang singgah dekat masjid dulu. Sembahyang jumaat. Sayang makan dengan anak-anak dulu ye." Mokhtar menaip mesej kepada isterinya, Khairunnisa.

Seketika kemudian, *1 message received*

"Waalaikumussalam. Ok abang, bawak kereta elok-elok ye." Balas Khairunnisa. Ringkas.

Kereta Honda Civic, dipandu Mokhtar. Cermat dan berhemah pemanduannya. 10 minit kemudian, Masjid Batu Permai tersergam dihadapannya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"
(Surah Al-Jumu'ah ayat 9)

"Haa, dah azan kedua rupanya. Alhamdulillah, sempat lagi dengar khutbah ni", Mokhtar bermonolog sendirian.

Jemaah di masjid itu tidak terlalu ramai. Tidak sesak. Mungkin sahaja kerana kedudukannya yang tidak begitu strategik. Selesai sudah Mokhtar mengambil wuduk, khutbah pun dimulakan.

Mokhtar memerhatikan sekeliling. Dia mengerutkan dahinya, sambil mengetap bibir. Ramai jemaah yang sedang khusyuk memandang lantai.

"Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.............." Khatib membacakan khutbah. Lesu penyampaiannya. Tidak bertenaga.

Terdetik dalam hati Mokhtar, "hmm, tak hairanlah, masjid jadi tempat tidur je, penyampaian khutbah pula, subhanallah."

Sengaja saya datangkan kisah seperti di atas, agar kita sama-sama berfikir. Mungkin juga kita sendiri pernah mengalami situasi sedemikian. Bagi yang menyedarinya, Alhamdulillah. Bagi yang sekadar acuh, moga sama-sama kita memperbaikinya. InsyaAllah~

Ambil Peluang Sebaiknya

Perkara sebegini sering sahaja berlaku. Tidak dinafikan, waktu khutbah jumaat adalah antara waktu yang begitu menjadi pilihan untuk tidur, tidak kira golongan muda atau tua.

Sembahyang jumaat adalah antara waktu muslimin akan berkumpul bersama-sama untuk berjemaah. Tidak dilakukan berseorangan. Waktu inilah latihan bagi golongan lelaki yang liat ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah, akan turut sama berkumpul di masjid. Mungkin sahaja akan pergi ke masjid seminggu sekali, itupun hanya pada waktu sembahyang jumaat.

Seharusnya menjadi inisiatif para khatib untuk menyampaikan teks khutbah dengan lebih bertenaga. Malah, gunakan intonasi dan gaya bahasa badan yang lebih menonjol, agar suasana di dalam masjid tidak menjadi hambar.

Bagaimana ingin menarik minat golongan yang jarang hadir ke surau, sekiranya peluang sebegini tidak digunakan sebaiknya? Sudahlah mereka hadir ke masjid seminggu sekali, disajikan pula dengan khutbah dan tazkirah yang begitu hambar. Sebaiknya, inilah masa yang terbaik, untuk memberi kesedaran kepada mereka agar mengamalkan cara hidup Islam yang lebih sempurna. Dakwah secara berhikmah dan berhemah, bukan sekadar membaca teks semata-mata.

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah n-Nahl ayat 125)

Sampaikanlah khutbah dengan lebih bersemangat, agar terkesan di hati-hati jemaah yang hadir untuk solat jumaat. Bukan hanya pulang dengan hati yang kosong. Tiada perubahan.

Sungguhpun begitu, tidak boleh salahkan khatib semata-mata. Kita juga perlu mempunyai kesedaran sendiri. Sudahlah jarang datang ke masjid, inikan pula jarang menghadiri majlis ilmu atau ceramah. Sebaiknya, sedarlah diri. Mungkin sahaja kita hanya mendengar khutbah atau tazkirah, seminggu sekali. Itupun ketika sembahyang jumaat. Patutkah kita tidur? Fikir-fikirkan.

- Artikel iluvislam.com

Selasa, 22 Januari 2013

Maharaja Lawak Mega 2012 — Jozan Bergelar Juara & Bawa Pulang RM500,000


Walaupun sehingga saat akhir para peminat masih tertanya tanya akan kehadiran Johan untuk melengkapkan persembahan Jozan, kehadiran beliau dalam keadaan masih sakit seakan terubat.
Jozan yang di’anggotai Zizan Razak & Johan berjaya bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2012 yang merupakan musim kedua — membawa pulang RM500,000 dan trofi kejuaraan sumbangan Astro.
“Terima kasih kepada Zizan yang mengekalkan Jozan berada di’atas sepanjang saya tiada — dan terima kasih kepada Prince Court (Medical Centre) yang menjaga saya & membenarkan saya keluar”
Tempat kedua berjaya di’raih oleh Jambu dan membawa pulang RM250,000 manakala tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Shiro yang membawa pulang RM125,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Boboi yang merupakan naib juara persaingan musim pertama hanya mampu berpuashati dengan tempat keempat & wakil Indonesia, Say Who melengkapkan senarai pemenang di tempat kelima.

Tahniah buat Jozan yang tampil penuh kelakar dalam persaingan akhir bertemakan Freestyle & Muzikal ini. Berikut merupakan gambar sekitar pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2012 yang berlangsung dari Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru. Terima kasih Astro!

BISHWA IJTEMA : PERTEMUAN 5 JUTA UMAT ISLAM DI BANGLADESH


Bishwa Ijtema ialah himpunan tahunan Tabligh terbesar dunia. Ianya berlangsung di Tongi, Bangladesh bersebelahan sungai Turag. Acara ini berlangsung selama 3 hari dan dipenuhi dengan membaca kitab suci Al Quran, bermunajat dan berdoa kepada yang Esa. Ianya sudah disambut sejak 1946. Tahun ini sebanyak 5 juta umat Islam berkumpul di Tongi untuk Bsihawa Ijtema. Ianya berakhir ada lalu dan sebanyak 5 orang jemaah dikatakan meninggal dunia kerana kemalangan. Ramai betul umat! Literally 

Selepas perhimpunan diadakan, jemaah yang terdiri daripada 6 - 10 orang akan dihantar ke seluruh dunia untuk berdakwah. Subhanalla...

Ada juga dihantar ke Malaysia, dan jangan hairan ada kelihatan Jemaah Tabligh di Kampung atau Kawasan Kediaman Kita.

Foto oleh UNIR UZ ZAMAN/AFP/Getty Images



Sumber : Blog Serius 

Lagu Melayu Yuna di AS



Sejak Yuna mengumumkan dirinya dilamar komposer terkenal, David Foster, untuk bernaung di bawah syarikat rakaman Verve Records, ramai yang ingin mengetahui perkembangan berita itu sepenuhnya daripada mulut si empunya diri. 

Bukan calang-calang anak seni mampu mendapat peluang seperti itu. Apatah lagi untuk seorang artis tempatan yang bertudung sepertinya membuatkan berita itu cukup mengejutkan industri hiburan tanah air. 
Justeru, tidak hairanlah andai majlis kenduri kesyukuran untuk meraikan kemenangannya pada Anugerah Juara Lagu ke-27 di Ampang malam kelmarin dipenuhi wakil media yang ingin mengetahui perkembangan lanjut berita gembira itu. 

Mengimbau kembali bagaimana komposer itu mengesan bakatnya, gadis berusia 26 tahun ini berkata semuanya bermula dengan publisiti meluas yang diberikan media ketika dia mula-mula menjejakkan kaki ke Los Angeles, tiga tahun lalu. 

Sebelum ini, memang ada perbincangan untuk mengambil saya sebagai artis rakamannya, iaitu ketika publisiti mengenai kehadiran saya tersebar luas di sana. Namun waktu itu, David belum memegang jawatan tinggi di syarikat rakaman terbabit. 

Bagaimanapun, selepas dia dilantik menjadi Pengerusi Verve Music Group, barulah hasrat itu dapat dilaksanakan. Kebetulan pula kontrak saya dengan syarikat rakaman Fader Label sudah tamat, jadi peluang itu muncul tepat pada masanya, cerita Yuna. 

Imej tudung tiada masalah 
Kata Yuna, walaupun David komposer terkenal, dia tetap memberikan kebebasan untuknya menghasilkan karya sendiri bagi album sulungnya bersama syarikat rakaman itu. 

David memberikan kebebasan untuk saya mencipta lagu sendiri untuk dimuatkan dalam album ini. Tapi tak tahulah jika pada masa akan datang dia berminat untuk menyumbang lagu untuk album ini. Buat masa ini, sudah tiga lagu saya rakamkan. Cuma saya anggap lagu itu sekadar pemanas saja sebelum pembikinan album sebenar. 

Untuk album ini nanti, saya teringin untuk memuatkan sebuah lagu Melayu. Terlanjur ada peluang, sekurang-kurangnya saya dapat mempromosikan lagu Melayu di luar negara, katanya. 
Ditanya bagaimana penerimaan David terhadap imej bertudung yang dibawanya, pantas Yuna menjawab, tokoh muzik terbabit amat terbuka dalam soal itu. 

Imej sebegini bukanlah sesuatu yang baru baginya. Sebelum ini pun dia pernah berkunjung ke Malaysia dan sudah biasa dengan pemandangan sebegini. Senang bekerjasama dengannya dan saya akui begitu teruja dapat berkolaborasi dengan komposer terkenal sepertinya, tutur pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Teknologi MARA ini. 

Mengikat kontrak berdasarkan jumlah album, iaitu tiga semuanya, Yuna berkata album itu bakal berada di pasaran pada pertengahan tahun ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, selepas menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem Hollywood berjudul Savages, Yuna sekali lagi menjadi perhatian penggiat seni di sana untuk menyanyi dalam filem animasi terbaru berjudul The Croods. 

Lagu berjudul Shine Your Way ini ialah hasil ciptaan komposer yang mencipta skor muzik filem itu dan saya hanya sekadar menyumbangkan suara. Memang saya teruja apabila sekali lagi menjadi pilihan untuk menyumbangkan suara dalam filem animasi ini, katanya. 

Sedia terima jodoh kulit putih 

Jika ada yang mengikuti perkembangan laman sosial bergambar Yuna, iaitu Instagram, pasti akan ada yang perasan kekerapan gambar seorang jejaka Inggeris dipaparkan di situ. Pelbagai aksi dan gaya dapat dilihat dan kebanyakannya memperlihatkan kemesraan Yuna bersama jejaka terbabit. 

Enggan berteka-teki, Yuna diminta memberi penjelasan mengenai lelaki itu dan apakah mereka berdua mempunyai hubungan yang serius? Seakan memahami ke arah mana soalan itu bakal dituju, Yuna menjelaskan lelaki bernama Julian Shcratter itu tidak lebih sekadar teman biasa. 

Dia ialah jurugambar rasmi saya. Kebetulan dia memang teringin datang ke Malaysia, tetapi tidak mengenali sesiapa. Memandangkan kami sudah menjadi kawan, jadi saya mempelawanya mengikut saya dan sekali gus bertindak menjadi jurugambar rasmi saya untuk apa saja acara yang saya hadiri, katanya. 

Diusik pertanyaan apakah dia terima jika Julian ditakdirkan menjadi teman hidupnya, Yuna berkata, semuanya terpulang kepada jodoh.

Soal jodoh, itu semua ketentuan Tuhan dan saya tidak mampu untuk menolaknya jika ditakdirkan satu hari nanti kami bercinta. Keluarga saya tidak pernah menghalang dengan siapa saya berkawan. Bagaimanapun, buat masa ini saya lebih selesa menumpukan perhatian terhadap kerjaya saya yang baru hendak berkembang di sana, tegas Yuna. 

Usah panjangkan kontroversi 

Mengenai kontroversi membabitkan isu penyanyi Uji Rashid yang mendakwa dirinya disingkirkan pada saat akhir daripada membuat persembahan di AJL tempoh hari, Yuna berkata, dia berpegang kepada kenyataan dikeluarkan pihak pengurusannya sebelum ini. 

Saya anggap perkara ini sudah pun selesai apabila pihak TV3 tampil memberikan penjelasan bagi menjernihkan suasana menerusi program Melodi semalam (kelmarin). Lagipun saya tiada di tempat kejadian dan saya rasa kenyataan dikeluarkan pihak pengurusan saya sudah memadai. 

"Tak perlulah dipanjangkan perkara ini dan usah melihatnya sebagai sesuatu yang negatif. Saya percaya semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, ujarnya.

SPRM sah 'Pegawai palsu'


Kuala Lumpur: Siapa sebenarnya empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyoal siasat pengadil perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Selasa lalu?

Persoalan itu timbul selepas Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya mengesahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mereka tidak menugaskan mana-mana pegawai bagi memantau perlawanan itu dan melakukan soal siasat. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata beliau sendiri menghubungi seorang pegawai tertinggi SPRM, semalam bagi mendapatkan penjelasan lanjut selepas membaca laporan muka belakang BH Sukan, kelmarin. 
Saya baru saja mendapatkan pengesahan daripada Ibu Pejabat SPRM yang mereka tidak menghantar pegawai semasa perlawanan itu. Justeru, pihak SPRM meminta FAM menyerahkan nombor telefon empat pegawai perlawanan (pengadil) bagi membolehkan mereka melakukan siasatan lanjut insiden berkenaan.

Jadi, kita perlu terima lumrah perkara ini berlaku. Mungkin ada pihak tertentu cuba melakukan sesuatu dengan tujuan tertentu, kata Azuddin ketika dihubungi, semalam. 


Cincin Tersekat Jari OKU


Kuala Lumpur: Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) menahan sakit hampir dua jam selepas cincin yang baru dibeli dan dipakainya tidak dapat dikeluarkan dari jarinya dalam kejadian di Kuala Kubu Baru, di sini, kelmarin.

Cincin yang dipakai di jari tengah tangan kanan mangsa yang berusia 17 tahun itu menyebabkan jarinya bengkak hingga terpaksa dibawa ke hospital, jam 8.30 malam.

Bagaimanapun, cincin itu berjaya dibuka sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru.

Ketua Operasinya Omar Mohd Yatim berkata, sepasukan bomba bertungkus-lumus selama setengah jam untuk membuka cincin berkenaan menggunakan gergasi besi selepas mangsa dibius pihak hospital.

Katanya, cincin dipakai mangsa gagal dibuka keluarganya sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru.

“Kami dimaklumkan kejadian itu jam 8 malam dan empat anggota bomba bergegas ke hospital untuk membantu membuka cincin itu.


Sumber : myMetro

Mee Kolok Sigek_Zee Avi


Puteri Santubong Puteri Sejinjang
Menjaga Gunung Negeri Sarawak
Manis Sik Ada Dapat Di Lawan
Anak dak Dewa Turun Kayangan

*****

Datang ke Kota Kuching untuk cari Ilham
Datang ke Kota Kuching mencari Angan Bejalan
Di Kota Kuching hidup memang lagik tenang
Di Kota kuching kita mencarik pengertian

Bungkus mee kolok sigek pakey makan pagi
Malam tok kita bergumpul di depan rumah ali
Kita Beloya Kita Beklaka Lamak sik nenga cerita

Lamak sik jumpa lamak sik nangga padah lok apa berita

Hujung minggu tok kita ramey ramey pegi pantey
Tapi aritok kita nait penambang seberang sungey
Sungey menjadi pembahagi dua idup berbeza

Tapi Akhir kata
Kita semua sama
Kita Semua sama


Terukir Di Bintang_Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Rabu, 5 Disember 2012

Kaya atau miskim

Memilih Allah SWT daripada kenikmatan dunia

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Hati siapa takkan tertarik melihat kemilau dunia berada di depan mata. Tangan pasti segera mengambil harta benda yang boleh mendatangkan kenikmatan. Perhiasan-perhiasan pula dipakai untuk menunjukkan darjat yang tinggi dan gelaran orang kaya akan jadi sebutan orang ramai. Indahnya dunia bagi si kaya.

Al-Qarni pernah menulis tentang perbezaan antara si kaya dan si miskin dengan menyatakan; “Orang kaya yang pendiam dipuji manusia sebagai orang yang warak dan tawaduk sedangkan orang miskin yang pendiam dikata bodoh dan lembab. Orang kaya yang banyak bercakap digelar cerdik dan pintar manakala orang miskin yang banyak cakap dikata sebagai kuat berangan, cakap tak serupa bikin. Orang kaya yang banyak memberi digelar sebagai dermawan, orang miskin yang memberi pula dikata tak sedar diri hendak menunjuk-nunjuk. Orang kaya yang bercakap lembut dan mesra dipuji sebagai berjiwa rakyat. Orang miskin yang mesra pergaulannya disangka suka mengambil kesempatan ke atas orang lain.” Jelas, kemenangan sentiasa berada di pihak si kaya.

Allah Taala telah menggariskan takdir setiap manusia ketika dia masih dalam perut ibunya. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tak semestinya yang kaya kurang iman dan yang miskin pula kuat imannya ataupun sebaliknya. Mungkin dulu saat tak ada duit banyak kita sering gelisah dan marah dengan takdir Allah, apabila duit banyak pula lupa daratan dan tak tahu bersyukur. Boleh jadi juga masa susah dekat dengan Tuhan tetapi dah hidup senang tak sempat pula menikmati ibadat sebab terlalu sibuk. Semua itu adalah pilihan masing-masing. Allah berhak menguji iman hamba-Nya dengan kekayaan atau kemiskinan.

Begitulah hakikat kehidupan, manusia digesa untuk berusaha ke arah mempertingkatkan taraf hidupnya. Supaya dunia digenggam dalam tangan dan ditadbir menurut iman dalam hati yang sentiasa meletakkan akhirat bertahta di sanubari. Rasulullah SAW bersabda ketika baginda menziarahi kubur kaum muslimin bersama sahabatnya yang mafhumnya: “Wahai Abu Muwaihibah, sesungguhnya aku telah ditawarkan dunia beserta seluruh isinya, lalu aku disuruh memilih antara dunia atau berjumpa dengan Allah Taala dan masuk ke syurga-Nya.” Abu Muwaihibah berkata: “Wahai Rasulullah ambillah dunia ini dahulu kemudian baru engkau meminta syurga.” Baginda bersabda: “Tidak, wahai Abu Muwaihibah, aku memilih berjumpa dengan Allah dan masuk ke syurga-Nya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Nyata betapa murahnya harga dunia ini dibandingkan dengan kenikmatan syurga Allah SWT. Maka tak hairan jika orang kaya yang beriman tidak sayang kepada hartanya ketika dia berbelanja di jalan Allah. Begitu pula si miskin yang kaya hati, tak berubah imannya ketika susah ataupun senang. Dia tetap berkorban di jalan-Nya. Kaya dan miskin hanya sekadar status yang tidak merisaukan sedikitpun bagi mereka yang beriman. Begitu juga ketika mereka dibangkitkan nanti di hari pembalasan.

Sebagaimana sabda baginda SAW yang bermaksud: “Pada hari kiamat kelak, akan dihadapkan seseorang yang paling kaya di dunia sedangkan dia adalah calon ahli neraka. Maka dicelupkan orang itu ke dalam api neraka sebentar kemudian dikeluarkan dan disoal: “Wahai anak Adam, pernahkah kamu (semasa di dunia dahulu) merasakan kesenangan dan kebahagiaan selama hidupmu? Ia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku! Kemudian didatangkan seseorang yang sangat menderita hidupnya di dunia sedangkan dia adalah calon ahli syurga. Kemudian ditanya kepadanya: Wahai anak Adam, pernahkah kamu merasakan penderitaan dan kemalangan selama hidupmu? Ia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku, aku tidak pernah menderita sama sekali. (Hadis riwayat Muslim)

Nikmat akhirat telah menghapus ingatan si miskin tentang penderitaannya dahulu di dunia, sedangkan si kaya pula terlupa bahawa dia pernah berada di puncak kenikmatan dunia saat merasai azab Tuhan di akhirat. Bagaimana pula dengan ingatan kita, adakah ia akan hilang seketika, kuasa apakah yang begitu hebat menghapus memori dunia dari akal fikiran kita? Betapa dahsyat dan ngerinya peristiwa hari kebangkitan. Tetapi begitu mudah pula manusia melupainya.

Peristiwa hari pembalasan terlalu segar dalam ingatan para sahabat baginda SAW sesegar ingatan kita tentang jumlah harta yang tersimpan hasil jerih payah sendiri. Mereka melihat akhirat dengan begitu terang seolah-olah menyaksikannya dengan imbasan gambaran yang hidup. Sedangkan hati mereka mengingati firman Allah Taala yang bermaksud: “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani. Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning, kemudian menjadi hancur dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah al-Hadid ayat 20)

Mereka yang pula miskin berbondong-bondong mencari keredaan Allah dengan sedaya-upaya mereka. Bahkan pernah ayat al-Quran turun disebabkan tangisan mereka yang tidak dapat bersedekah kerana tidak memiliki apa-apa. Sedangkan di kalangan sahabat yang kaya berlumba-lumba mengeluarkan bantuan untuk kemenangan Islam. Pernah suatu ketika penghulu orang-orang miskin mengadu kepada baginda Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah memborong semua pahala dan tingkat-tingkat yang tertinggi serta kesenangan yang abadi. Rasulullah bertanya: Mengapa demikian? Mereka berkata: Mereka solat sebagaimana kami, berpuasa sebagaimana kami dan mereka bersedekah sedangkan kami tidak dapat bersedekah, mereka memerdekakan hamba sedangkan kami tidak mampu. Rasulullah SAW bersabda: Sukakah kamu aku ajarkan kepada kamu amal perbuatan yang dapat mengejar mereka, dan tidak ada seorang yang lebih utama dari kamu melainkan yang berbuat seperti perbuatanmu? Mereka menjawab: Baiklah, Wahai Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda: Bertasbih, bertakbir dan bertahmid selepas sembahyang 33 kali. Kemudian setelah itu mereka kembali lagi dan berkata: Wahai Rasulullah, saudara-saudara kami orang-orang kaya mendengar perbuatan kami, maka mereka melakukannya juga. Rasulullah bersabda: Itulah kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut menegaskan betapa beruntunganya menjadi orang kaya yang beriman dibandingkan si miskin yang jauh ketinggalan dalam berbuat kebajikan. Namun tidak dinafikan ujian harta amat berat dibandingkan ujian kesusahan, kerana harta ramai orang terpedaya dan menggadai iman. Memang sepatutnya si kaya layak mendapatkan kelebihan dibandingankan yang miskin jika mereka beriman kerana harta itu bagaikan rantai besi di lehernya yang mengikat dengan keras dan terkadang menyakitkan.

Kaya dan miskin semua itu kurniaan Allah Taala, yang menyelamatkan hanya amal salih dan hati yang suci seraya tunduk kepada-Nya. Jika si miskin berangan-angan betapa indahnya hidup menjadi orang kaya, sesungguhnya si kaya juga tak pernah puas dengan apa yang dimiliki dan berangan alangkah mudahnya jika hidup miskin, tak payah fikir banyak dan cari hal yang susah-susah. Bukankah dunia ini sememangnya sekadar mainan?

Sabtu, 11 Ogos 2012

Disaat Kiamat - Part 4

Anak-anak Yang Meninggal Sebelum Baligh

Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.

Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”

Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”

Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”

Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.

Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.

Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”

Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal di dalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.

Dipetik Dari Buku: 1001 Duka Siri 1 “1001 Duka Siri 1 “Himpunan
Kisah-kisah Menyayat Hati”
Pengarang: Muhammad Isa Selamat.
Sumber: DarulNuman

Kiriman kongsi dari Kekanda Hafiidzzul.

Khamis, 9 Ogos 2012

Disaat Kiamat - Part 3

Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat

Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”

Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”

Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”

Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.

Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan ke lapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!”

Nabi Muhammad SAW berkata: “Ya Allah! Selamatkan mereka! Ya Allah! Selamatkan mereka!”

Selasa, 7 Ogos 2012

Disaat Kiamat - Part 2

Rasulullah SAW Membela Umatnya

Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah Nabi Ibrahim a.s. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”

Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”

Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku… Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku…. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku… Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”

Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud i hadapan Tuhannya.

Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?”

Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yanghalus?”

Allah Taala berfirman: “Aku percaya!”

Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.”

Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.

Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.

Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.

Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”

Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”

Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.”

“Dan, kami akan menghimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.” Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”

Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”

Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar firman Allah Taala, “Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (Surah ‘Abasa, ayat 37)

Fatimah r.h. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”

Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”

Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”

Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.”

Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.”

Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.

Apabila seruan dari tengah Arasy kedengaran, maka manusia yang menyembah-Nya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”

Allah Taala berfirman kepada mereka, “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”

Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”

Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?”

Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.”

Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”

Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.

Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi Adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.

Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?”

Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”

Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya.Apabila Nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.

Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”

Nabi Nuh a.s. berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”

Nabi Ibrahim a.s. berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa a.s.! Mintalah pertolongan darinya!”

Nabi Musa a.s. berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa a.s.!”

Mereka pergi berjumpa Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”

Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Merekaberkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”

Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.

Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”

Nabi Adam a.s. pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”

Nabi Adam a.s. bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”

Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”

Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”

Nabi Adam a.s. berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”

Isnin, 6 Ogos 2012

Disaat Kiamat... Part 1

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas r.a., bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur(bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”

Ibnu Abbas r.a berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril a.s. akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”

Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdir, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”

Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril a.s. menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”

Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as. berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibril a.s. berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Jibril a.s. berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”

Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibril a.s. berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”

Jibril a.s. datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”

Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”

Malaikat Israfil a.s. menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril a.s. berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila nabi Isa a.s. datang, Jibril a.s. menyeru: “Tempatmu!” Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”

Jibril a.s. berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril a.s. berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibril a.s. berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”

Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”

Jibril a.s. berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”

Jibril a.s. berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”

Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”  

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.