Perjuangan Anak Raja Melayu...Wajib tahu kalau kamu Anak Melayu...!!!
Kisah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj menanggis untuk MERDEKA kan Tanah Melayu......Tunku berkata: “Saya ni nak pi London, UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit, saya nak jual Istana tapi Ayahanda duk murka.. Ayahanda suruh saya jadi Raja, saya tak mau jadi Raja, Saya nak jadi Presiden UMNO, nak bagi Malaya MERDEKA dan bela orang-orang Melayu”.Bonda Toh Sri Siti Rahmah memberitahu, ketika menyebut perkataan “tak dak duit”, air mata Tunku bercucuran membasahi pipinya..............*renung-renungkan....
Siapakah pula yang nak meruntuhkan negara dan kerajaan yang telah terbina kukuh atas dasar pengorbanan. Siapa yang tak tersentuh bila terbaca ayat-ayat yang pernah terungkap oleh pemimpin negara yang banyak berkorban untuk negara. Baca balik buku sejarah kita masa sekolah menengah dulu. Aku cintakan Malaysia, dan keamanan.
Setelah diberi segala kemerdekaan dan kebebasan untuk bersuara. Pembangunan sedia ada, terhampar segala kemudahan untuk kebaikan semua, tuduhan dan tomahan keji dilemparkan pada kerajaan. Bagi seorang insan yang sihat akal fikirannya, dia mampu untuk berfikir dengan waras dan wajar setelah melihat dan memahami, bagaimana terbentuknya Negara Malaysia, yang kini sedang membangun dengan drastik.
Kenapa pula ada insan yang tak kenang budi setelah dapat semuanya? Ada Otak dan ada akal, anda sempurna fikirannya, fikir-fikirkan dan renung-renungkan, apa anda buat untuk Malaysia? Menyusahkan atau sekadar memerhati ironi politik semasa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan