Jumaat, 1 Julai 2011

Aku dan Teman

SELAIN cermin mati dirumah kita, kita sebenarnya perlukan cermin hidup untuk melihat wajah kita, untuk melihat siapa kita, untuk menilai siapa kita. Cermin hidup adalah insan yang kita yakini, yang boleh memberikan jawapan atau gambaran siapa kita, apa kia, bagaimana kita di khalayak sebenarnya.

Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yang sebenar. Kalau kita ada tahi lalat, cermin mati akan memunjukkan kita ada tahi lalat itu, tapi kalau kita ada sifat buruk disebalik wajah cantik ataupun handsome itu, bolehkah cermin mati bagitahu kita? Jawapannya tidak.

Sebab itu kita perlukan cermin hidup, iaitu seseorang yang boleh membicarakan tentang kita, perangai kita, sifat buruk kita, tindakan-tindakan bodoh atau sifat terburu-buru kita, sifat panas baran kita, kaki mencerca kita, kaki mengumpat kita dan macam-macam lagi sifat negatif.

Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri, tanpa ragu-ragu, tanpa takut-takut, tanpa was-was bahawa kita akan menolak. Maknanya cermin hidup ini seorang yang amat jujur, baik berhemah, tapi tidak begitu rapat dengan kita, namun kita yakin dia boleh memberi pendapat tentang diri kita.

Hah, mampukah kita mendapat kawan begini?

Inilah watak cermin hati kita, cermin yang boleh bercakap dan tidak sekadar menunjukkan bagaimana wajak kita, bagaimana hidung kita, bagaimana fizikal badan kita, akan tetapi boleh memberitahu kita jauh lebih daripada itu. Cermin hidup kita akan memberitahu kita secara jujursiapa kita sebenarnya. Dia akan memberitahu kita bagaimana hati kita. Hati besar kita, selalu cakap besartentang diri kita, dan hati kecil selalunya kalah. Cermin hidup boleh membantu membelai hati kecil selalunya lebih jujur.

Nak cari di mana orang macam ni, orang yang boleh membantu kita mengenali diri kita sendiri? 

"Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahaja itu belumlah banyak; jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak"

2 ulasan:

Zam90 berkata...

nice blog.. keep in touch

thepesan berkata...

Thanks..:)